Wednesday, May 30, 2012

Ajal Maut ketentuan Ilahi

Assalamualaikum, 

Hari ni emosi ke-ibuan saya sedikit terganggu. Sebenarnya dah seminggu saya tahu berita ni, tapi tak sampai kudrat nak type di blog kesayangan ni. Ingat tak entry pasal Mama Rafiq yang saya tulis some where in Year 2011? Bagi rakan-rakan bloggers, pasti ramai yang dah tahu berita pemergian Allahyarhamah Norma ke rahmatullah seminggu yang lalu. Saya langsung tak mengenali arwah secara peribadi, apatah lagi berjumpa dengan nya. Saya mula membaca kisah-kisah arwah dari blog Kak Moon, biras arwah. 

Hari ni, selepas membaca entry tak ada tajuk dari Kak Moon, saya tak dapat menahan air mata especially lepas melihat gambar comel Rafiq yang tak tahu apa-apa.masih kecil. sebaya Ilyaas, tp sudah kehilangan ibu tempat bergantung. Saya sgt tersentuh dgn kisah kehidupan ini. Sekali gus menyebabkan saya lebih bersyukur dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat, anak yang comel, suami yang baik dan penyayang, masih mempunyai kedua ibu bapa, masih mempunyai kedua ibu bapa mertua, ada adik-adik yang baik, adik-adik ipar yang baik walaupun kuat membuli saya, masih ada datuk dan nenek. Alhamdulillah.

Tapi tak semua orang dpt mengecapi nikmat sebegini. Saya sangat bersyukur diberi nafas dan kekuatan untuk hidup demi mereka yang saya sayang. demi mereka yang masih perlukan saya. 

Untuk arwah, saya hadiahkan Al-Fatihah buatnya. Semoga arwah Norma ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Doa saya buat Rafiq , cahaya mata Norma, agar Rafiq menjadi anak yang soleh dan menyenangkan semua orang yang menjaganya. 

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Norma.


ps: Mengingati mati itu harus, kerana ajal dan maut tidak mengenal masa dan usia. Wallahualam.


1 comment:

  1. u tau tak dah byk i baca cerita ibu meninggal dunia tp ada anak masih kecil

    kalo u rajin cuba google siti hasnah hamzah,arwah ni penulis buku kamceng dgn solat n meninggal sbb accident n masa tu dia tgh menyusukan anak ke2

    Al-Fatihah buat mereka yg telah pergi

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...