Produk Baru di MyHafiy Blogshop. Zipper Diaper Stacker.
Assalamualaikum dan selamat petang,
Tadi saya singgah di blog Kak Sue Lunatots. Ada entry baru tentang tips berpisah/bercerai susu badan dari Mommy Luna. Cepat-cepat saya klik! Memang menarik minat saya seratus peratus nak baca sebab saya mmg perlukan kekuatan untuk bercerai susu dengan Ilyaas. Sebenarnya, Ilyaas juga perlukan kekuatan untuk bercerai susu dengan umi nya. Walaupun masih ada harapan dalam hati ni nak menyusukan Ilyaas hingga 2 tahun, tapi saya perlu belajar sedikit demi sedikit cara nak bercerai susu, sama dgn belajar sedikit demi sedikit cara nak fully breastfeed Ilyaas dulu.
Logic kan, kalau amik masa 9 bulan (sepanjang pregnancy) untuk belajar cara nak menyusukan bayi sepenuhnya, maka perlukan 9 bulan jugaklah untuk belajar cara nak bercerai susu? Sekarang Ilyaas 14 bulan, lagi 9 bulan dia akan jadi 25 bulan, it will be more than enough time for both of us sesuaikan diri dgn proses bercerai susu ni.
Ok, tak nak bebel panjang-panjang, nak letak tips dari Mommy Luna di sini. For my future reference...
1. Jangan tawar dan jangan tolak (Kadang-kadang sy offer, sebab rindu nak dia melekap kat dada)
Cara ini merupakan cara yang paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Berikan susu apabila anak minta dan jangan menolak sekiranya anak mahu menyusu. Konsep ini perlu digunakan bersama beberapa cara dibawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.

2. Mengubah rutin harian
Anak mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contoh : Sekiranya anak suka minum susu semasa ibu duduk di sofa. Ibu boleh mengelakkan untuk duduk di sofa itu,
3. Pertolongan dari ayah (Husband mmg membantu, tp masih belum berjaya)
Ayah juga boleh memberi peranan seperti membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi (sebelum anak meminta susu dari ibu)
Ayah juga boleh memberi peranan seperti membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi (sebelum anak meminta susu dari ibu)
4. Alihkan perhatian anak (Berjaya, suruh tgk BoboiBoy )
Adakalanya apabila anak anda leka bermain, dia terlupa untuk meminta susu. Gantikan dengan makanan snek yang berkhasiat seperti buah buahan atau roti. Ada ibu yang membawa anak ke taman permainan pada waktu yang biasanya anak meminta susu (seperti pada waktu petang).

5. Melengah lengahkan waktu menyusu (Menjerit sakan la jawabnya, sampai jiran tetangga ingat kita dera anak)
Menangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahu mereka untuk menunggu sebentar (dan menggantikannya dengan aktiviti lain) juga berkesan.
Menangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahu mereka untuk menunggu sebentar (dan menggantikannya dengan aktiviti lain) juga berkesan.
6. Memendekkan tempoh penyusuan (Kena gigit la jawabnya!)
Cara ini berkesan untuk anak berusia diatas 2 tahun. Memendekkan tempoh penyusuan kepada anak dengan cara memberitahunya ‘sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar’ perlahan lahan mengurangkan kebergantungannya dengan susu ibu.

7. Memberitahunya secara berhemah (Yet to try)
Anak berusia 1 tahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Tunjukkan contoh contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu dan anak anda pasti teruja diberikan kesempatan berpeluang menjadi orang dewasa.

No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...