Monday, May 7, 2012

Hari Manja-Ilyaas

Assalamualaikum and Hi, 

How was your Monday? Mine was Alhamdulillah, managed to settle few things and get back on track. 
Mula-mula kita speaking dulu, sekarang cakap bahasa sendiri :P

Pagi2 lagi hantar Ilyaas ke rumah babysitter. Halim and me decided to stop sending Ilyaas to nursery, and try on new babysitter, yang duduk setaman dengan kitaorg. Atas sebab-sebab yang kami dah discuss secara hati ke hati. Sayu hati ni, Ilyaas menangis meraung tak nak lepas kaki umi pagi tadi.. Tabahkan hati sebab ni bukan kali pertama hantar dia duduk dgn orang. Dulu time kerja pun Ilyaas duduk ngn pengasuh gak. mungkin dia belum betul2 mesra dgn pengasuh tu, jadi dia rasa tak selamat. 

Pukul 10pg, lepas selesaikan urusan kat Graduate Office, call pengasuh tanya kabar Ilyaas. Hati ni asyik teringat je kat anak..yela, tinggalkan dia dalam keadaan nangis sakan... Pengasuh kata Ilyaas ok je. Lega!

Balik from uni around 5.40pm, Ilyaas tgh tidur nyenyak . Terus angkat dia bawa masuk kereta. Dia tak sedar sampai la nak masuk gate rumah dia terjga. Mula-mula buat muka nak nangis, sekali nampak umi terus nak sambung tidur.. tp, tak sambung nye la..sebab dia cari Miss B . Minum susu fresh dulu..dan menggombeng selama 40 minit. Lama tu..seb baik dah solat asar kat uni, klu tak mau kelam kabut nak solat, nak masak dinner, nak masak makanan Ilyaas lagi. 

Halim gak la yg jadi SimonLela lap lantai rumah dari hujung ke hujung;pastu stress sbb rambut bini dia yang cun ni asyik gugur atas lantai. Thank You Abang for being patient with me..kena belanja Yun Nam Hair Care kot ?

Nak tau apa Ilyaas buat sampai umi dia rasa dia lenjor sangat arini, dia nak di-dukung sahaja! oleh umi ye, ayah tak nak. Rasanya sebab pagi tadi, umi dukung dia, pastu paskan kat pengasuh, so dia fobia kot! and gombeng 40 minit tu mmg pecah rekod la, dah lama tak mcm tu.rasanya masa dlm umur 0-3 bulan je dia gombeng selama itu, tu pun malam2 je..

Dah nak kena dukung, kena pakai baby carrier la jawabnya sambil siap2 nak memasak, basuh botol segala. So, ni la rupanya kami berdua petang tadi...

Muka cebik umi yang penat and rasa bersalah sebab Ilyaas jadi takut lepas dari dukungan umi,
dan muka Ilyaas yang selekah berpeluh2 kena ikat dalam baby carrier bawa masuk dapur. Tapi, honestly dia boleh stay dok dalam tu almost 30minutes ok, jarang la dia nak back carry sampai 30minit, front carry tu lain cerita la siap terlentok lena. ni siap makan biskut sambil2 tgk umi dia basuh botol, tumis bawang, goreng ayam semua..sampai dah rasa tak tahan panas baru dia jerit panggil..."Aaaaaaayyyyyaaaaahhhhh"
mintak diselamatkan dari kepanasan di dapur.Heheh..



Comel!




Manja!





Sayang Sangat!


Tapi, sori sayang, esok dan esok dan esok esok, umi tetap terpaksa hantar kamu ke pengasuh sebab umi kena pegi lab buat research. Kalau tak, tak jalan research umi ni..




Tapi umi bagi bekal bubur sedap ok....


ok, selamat malam. Ilyaas dah bagi sign nak susu... Off to bed...


Assalamualaikum

2 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...