Wednesday, August 29, 2012

17w and 19w Antenatal Check-up

Hari Jumaat, 17 August
Ummi dah 17weeks pregnantkan adik baby. And masa tu dah ada kat BM, dah ready nak raya.
Dah plan dgn ayah nak pegi scan adik baby kat klinik swasta since everytime check-up kat klinik desa, mmg xde scan pun. Nurse check pakai ngn tangan dia je.
Alhamdulillah, masa check tu adik baby tengah aktif bergerak, kaki macam tgh kayuh basikal.
Jadi, mmg xde harapan lah nak nampak alat sulit adik baby.
So identity masih tidak diketahui hingga saat ini.
Nampak kepala, brain (ada air yg cukup), jantung, tangan dan kaki.
Placenta pun dah berada kat atas.
Dari scan tu, tarikh due date ialah 28.1.2013.. 4 hari lewat dari edd asal mengikut kiraan last period.
Dapat gambar scan,tapi tak rasa nak share kat sini.heheh, sory, saya kolot sikit.
bab2 ni saya ikut nasihat mak saya dan mak mertua saya. tak usah expose gambar anak dalam kandungan.
lagipun biarlah ianya exclusive buat saya, suami dan kami sekeluarga dulu.
Kicking belum dirasai. Hanya bubbly effects je macam entry lalu.
Gembira sgt nmpk anak dalam perut ni sihat walafiat. So mood beraya pun ON.
Makan dgn gembira dan riang ria.

Hari Selasa, 28 August
Ummi dah 19 weeks pregnantkan adik baby.
Hari ni check up kat klinik desa.
awal2 dah kencing kat rumah, and dah bawa urine ke klinik.so takyah basah2 masuk toilet klinik.
Hemoglobin cantik, 13.8! nurse kata mcm tak pregnant.hehe
Berat naik 2.1kg! Nurse kata makan ikut selera sgt ke? logic la, baru pas beraya sakan kan..
Next check up klu naik berat lagi banyak, kena minum air gula
first kicking dirasai masa hari Jumaat, 24 August pukul 3.30ptg mcm tu lah.
Then next day, tunggu jugak, tapi tak rasa, or maybe ummi tak sedar...sebab sibuk layan Ilyaas.
Nurse suruh monitor kalau ada rasa kicking lagi, sbb nnt nk bagi suntikan kancing gigi dos tambahan.
suntikan tu hanya boleh diberi bila dah dpt rasa pergerakan baby.
 Nasib baik, petang tu lepas check up umi dok diam2 antara pukul 3-4ptg, dpt la rasa somersault dalam perut ni. Maknanya, alhamdulillah anak ummi bergerak comel di dalam.
Dapat bekalan vitamin mcm biasa.
Blood pressure ok. Cuma nurse risau kenaikkan berat yg mendadak. uhuk!
Mmg selera makan bertambah since lepas puasa. Ni pun dok terbayan lemang dan rendang, oh enaknya!
Keputusan ujian darah pun dah dpt. Alhamdulillah, negative HIV serta negative penyakit kelamin. Kuikukuikui.



Ummi dah start minum susu kambing HI-Goat Premium semula lepas badan reject masa bulan puasa haritu. Abg Ilyaas plak tumpang sekaki minum.
Oh ye, nurse nasihat stop breastfeed Ilyaas sbb kandungan dah nak masuk 5 bulan. Nak elak early contraction. Memang dh tak breastfeed Ilyaas, cuma masa travel aritu, Ilyaas was not in a good condition sbb motion sickness, the only way nak tenangkan dan tidurkan dia hanyalah memberi Miss B yang ada setitik dua susu ni..

Okay tu dulu update. bye2.

Tuesday, August 28, 2012

Gambar Perjalanan Kenyir-Gua Musang-CH-Simpang Pulai

Salam, masih ingt lagi tak awal puasa dulu saya ada buat entry pasal perjalanan dari Terengganu ke Perak melalui Tasik kenyir- Gua Musang-Cameron Highland dan Simpang Pulai?

Kalau tak ingat, boleh baca entry ni ye.

Dalam entry tu, takde gambar lansung because both husband and me were too focused dgn perjalanan kami. Ye la, first time lalu jalan yg di-review kurang baik oleh banyak pihak. Tapi sebab kami nak jimat masa, maka kami try jugak. turn out its not that bad lah. Plus, no toll at all, takde risk of speed trap juge.  But banyak jugak contras nye. Boleh la baca kat entry tu yer. 

So, balik raya smlm, kitaorg ikut lagi jalan tu. Here are some of the pictures yang saya sempat snap dari dalam kereta. 

Kenyir


View Tasik Kenyir. Atas jambatan yg panjang ni. di kawasan kenyir, signal phone tidak ada ye. mmg xde line. 

another view of tasik kenyir. jalan yg kelihatan tu, dah ditutup sebab jalan mendap. dah ada jalan baru/satu lane untuk cover jalan yg mendap tu. harus hati2 bila driving kat sini. kadang2 ada sink hole juga. tak boleh bawa laju sesuka hati walaupun confirm takde speed trap 
keadaan jalan. molek je. but as i said, hati2. kawasan kat sini tanah dia agak lembut. ada kejadian tanah mendap, sink hole etc
kawalan polis bantuan di pintu masuk ke felda aring 10. nak keluar felda aring pon ada kawalan polis bantuan. kawasan ni signal phone clear
Felda Aring 10-1 

sori pic tak reti nak rotate. ni signboard how many kilometres more. dekat pintu masuk felda aring 10. 
jalan yg tidak begitu elok di felda aring 7/6
tp masih di kira ok la.
boleh dikatakan teruk sedikit dari perjalanan di jerangau-jabor.
ni the worst condition of the jalan. ada lopak. mostly di felda aring 6 yg seperti rally dakar. slow2 pandu, iallah ok je. anak dlm carseat pon xterjaga walaupun jalan compang camping lopak sana sini.
Dari Gua Musang ke CH, melalui Felda Chiku dan Pekan Gua Musang. Kemudian daki Cameron Highland and turun ke Simpang Pulai tu mmg dah tak sempat nak amik apa2 gambar pon. Pening kepala mak ni jalan pusing pusing. Ilyaas pon sama2 pening. Nak buat camne, kami dua beranak mmg ada motion sickness. Heheheh. Tapi syukur, bertolak kol 7.30pagi, kol 1.00 tgh hari dah sampai Tronoh. =)

Hari Raya 2012


Assalamualaikum,

Hari ni dah 28 ogos. Dah masuk hari ke 10 aidilfitri tahun 2012 and saya baru berkesempatan jenguk blog. Sebenarnya banyak je kesempatan yang ada sepanjang bercuti di kampung, but being a family-first person (cheeewah), selalu rasa malas nak bukak laptop and mengadap dunia komputer. Sekadar tgk hp dah cukup kot rasanya..

So, pada hari ke 10 ni, harapnya tak terlambat la saya nak wish semua pembaca Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Sekiranya ada tersalah bahasa sepanjang membaca blog saya ni, harap dimaafkan. Mana yang kurang, kita perbetulkan, yang lebih, kita baik-baikkan.

Tahun ni kitaorg beraya pertama di Bukit Mertajam, Penang, rumah parents saya. Lepas solat raya, terus ke rumah nenek sebelah ibu di Bayan Lepas dan kemudian beraya di rumah nenek sebelah ayah di Sg.Seluang , Kedah pulak.Ni antara gambar semasa first raya.

Selamat Hari Raya dari kami. Tahun ni tema maroon.
Muka Ilyaas masam sungguh sbb dia nak amik gambar, tak nak berada dalam gambar...

Husband and me =)

Hari raya kedua, kitaorg rehat kat rumah lepas penat berjalan raya on the first day. Petang-petang baru keluar beraya ke rumah kawan di Kulim dan terus ke Sg.Seluang, sambung visiting pakcik2 yang xsempat berkunjung on the first day.

baju raya Ilyaas pada hari kedua.

BBQ di Bayan Lepas
Raya ketiga pun kami tak kemana-mana sgt. Just keluar ke Tesco sbb beli barang nak buat kek untuk di bawa balik ke kampung sebelah husband and malam tu attend family BBQ kat Bayan Lepas. Kitaorg balik awal sikit sbb nak bertolak very early in the morning (4.30pg)  ke Terengganu. Nak elak pengalaman tersangkut 10jam dalam jem di Tanah Merah.

Hari raya ke-4, awal2 pagi 4.30pg kami bertolak ke Terengganu. Pukul 11pg dah sampai Bukit Payong. Malam tu ada family photo shoot. Gambar lengkap semua ahli keluarga HD.

My HD Family. (halaman dhuha) + 2 in tummy, hehehe

Masa kat HD pun, ada BBQ and family badminton tournament. BBQ kali ni dibuat kat rumah my first SIL kat gong badak. Pakat2 bakar ayam, bakar roti, masak nasi goreng dan macaroni goreng, buat air asam serta salad. Sgt enjoy berkumpul ramai2 mcm ni. Budak2 meriah dan sibuk bermain sampai tahan ngantuk tak nak tidur.

Ilyaas n sepupu-sepunya. time ni tgh layan boboiboy kat ipad

ayam panggang special
Hari raya ke 9 baru kitaorg bertolak balik ke Tronoh.hehhe, lama gila bercuti. Nnt sy update pasal perjalanan balik kitaorg melalui Kenyir-Gua Musang-Cameron-Simpang Pulai ye.



Thursday, August 16, 2012

Ramadhan 2012: Sushi for Iftar

Assalamualaikum. Orang lain sibuk dah balik raya sana sini. I am still stuck here in this sunyi sepi lab sbb yang tinggal semua international students or non-muslim (tu pon sorang je dok tgh layan drama taiwan). Semua pakat tak study, mood dah ke laut katakan. Hari Isnin lepas, sy gi KLCC atas urusan data seismic sy lah. Sementara tunggu train ETS nak balik ke Bt.Gajah, saya round la Isetan dan kedai2 lain. Sampai part sushi tiba2 terus membuak2 rasa teringin nak makan sushi. Tapi nak beli yang dah siap mcm agak mahal kat dalam Isetan tu, so saya decide nak beli sushi set maker. Boleh buat kat rumah and boleh buat banyak2 kali. Niat di hati, kot2 tergerak hati sang suami nak makan sushi bila tengok wife dia tungkus lumus buat sushi (tp end up, sedih husband masih xconvince sushi itu sedap)


Ni bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat sushi tu. Terlupa pulak nak ambil gambar beras jepun yang saya beli dr Isetan and gigih angkut naik ETS. 

Untuk filling sy just letak japanese cucumber/zucchini/ dengan crab stick and omelet je. Dah lama tak buat sushi, last time buat masa kat Perth, ada entry dulu tp malas nak godek2 cari, hehehe. Saya sapu sikit mayonis biasa before gulung sushi tu. 

Oh lupa jugak nak amik gambar cuka untuk letak dalam nasi tu. Sy dah check ingredient cuka tu, takde alcohol. Saya check dgn staff Isetan sbb kat label semua tulis bahasa jepun, saya dah lupa camne nak baca katakana. dulu2 terrer la, dah lepas SPM terus dilupakan, rugi sungguh!

Cara-cara nak buat sushi ni saya follow dari wikihow je. Ada gak tengok resepi kat Hana'sFamily yang mmg menetap kat jepun sana. Plus inspired by Kak Najhwar (kenalan masa kat Perth). Tapi K.Najhwar kreatif, dia pakai sardin sbgai filling sushi..Menarik gak tuh. 


Ni lah hasil akhir sushi sy. Nasi tu mcm keras sikit, probably sukatan air terkurang. Saya bg Ilyaas makan beras jepun jugak untuk dinner malam tu since dah alang2 masak kan. Laju je dia makan dgn sup yg saya masak. Rasanya pun not bad. Tp Ilyaas makan beras yg belum dicampur cuka beras la.hehehe.

Perlu improve lagi sushi ni, sbb filling sikit..mcm kedekut je, padahal sendiri nak makan.N nasi perlu lebih lembut. Nnt nak cuba lagi, tapi nak buat sikit je nnt xlarat nak makan sensorang. Eh Ilyaas pun join gak makan sushi ni.hehehe. Saya xmakan dgn wasabi or kicap jepun pun, makan terus camtu je..



Wednesday, August 15, 2012

WW: Hari Raya Theme

2009 -cacar merba kaler campur aduk.

2010: Purple. sudah berdua masa ni
2011: Family Penang: Biru

2011: Kami pun biru

2011: Family Terengganu theme cacar merba campur aduk kaler


2012???? 

List Hari Raya 2012

As per said in the last entry, kali ni nak story pasal serba sedikit persediaan raya keluarga kecik saya ni. Untuk tahun ni...kami dah duduk menyewa sendiri..sebelum ni duk rumah ayah hehehe..so preparation tahun ni lain sikit la..tp xmeriah mana pon..mak tak berapa nak jenuh ..:D

Persiapan Rumah
Weekend aritu kitaorg laki bini, eh sebenarnya si suami yg byk buat kerja, bini dia sibuk kat dapor. 
Basuh Langsir
Basuh Sarung Kusyen
Sapu & Mop Rumah
Lap Sliding Door
Cuci Toilet
Lap Kabinet 

Persiapan Kereta
Tukar 2 biji tayar, dah nak travel jauh ni, keselamatan harus diutamakan
Servis ala kadar cek gitu gini..Husband buat sendiri jer

Persiapan Ilyaas Hafiy
Baju Melayu - 1 pasang [Handmade by Nenek. Dari Wedding Pok Keng TQ Mak =)]
Baju Tidur Raya -5 pasang [3 pasang saya beli. sepasang Tok (my mum) bagi dr last yr baru nak muat, sepasang lagi nenek (my MIL) jahitkan]
Baju Jalan Raya - 7-10 helai [ 3 helai sy beli. lain2 hadiah dari kaum keluarga]
Seluar Raya - 4 helai [ 3 helai saya beli, another one Kme bg hadiah last yr]
Kopiah/Songkok - Pakai ayah dia punya kopiah je
Kasut Raya - 1 pasang 
Socks Raya - Takde.Recycle sudah

Persiapan Umi
Dress sedondon dgn ayah and Ilyaas - 1 helai
Shawl beli dari PopScarf - 1 helai
Baju Kurung - 2 helai [pakai apa ada yg masih elok]
Baju Jalan2 Pregnant - [pakai apa ada yg masih elok]
Seluar Pregnant - [pakai apa ada yg masih elok]
Kasut Raya - Beli haritu tp dah pakai 
Telekung Raya- telekung hantaran kawin

Persiapan Ayah
Baju Melayu - Dari wedding Hakim
Baju Kemeja - 1 helai [lain2 pakai apa ada yg masih elok]
Tshirt tak berkolar- 1 helai [ tok dad bg Euro 2012]
Seluar - Tak beli lagi.[Kalau tak dan beli, pakai apa ada yg masih elok]
Songkok- Songkok Nikah
Samping - Samping Hantaran Tunang
Kasut - from last year

Duit Raya
Sediakan setakat kemampuan kami buat masa ni..hehe.
Niat nak bagi budak budak kecik kat kampung happy dapat duit raya, amount nya tak kisah la berapa..
Yang penting ikhlas. 
Masalahnya, sampul duit raya tak cukup ...
Last resort, bg je la sekeping2 duit takde sampul...

Kuih Raya
Tak buat langsung tahun ni. Mixer tinggal kat rumah ayah kat KL. Oven pun baru je sampai last week. 
So kuih tunjuk je. Tu pon dua jenis. Sugee and Almond Buttons from Thecupcake crazy.
Balik rumah mak, nak paw kuih mak.
Kek apapun malas nak buat. sungguh saya takde mood.

Hadiah Raya
Mak BM- Done. sebelum posa aritu dah bg.ntah2 dah pakai pon.
Mak Hd- Takde idea nak bg apa..pening pikir.. klu tak sempat beli, harap mak paham.
Ayah BM- Takde idea gak. Suruh husband pikir tak tau dia pikir ke tak. Klu tak sempat beli, harap ayam paham
Ayah HD- Sama status ngn ayah BM
Tok Nab- Kuih sugee je la kot.
Tok Azizah- Tudung
Tok Sutan- Tshirt
Adik-adik- takde. tunggu kakak kerja balik baru kakak beli hadiah raya mcm tahun2 sebelum ni yer. 
Anak-anak sedara- takde gak. Juppa je aritu jumpa baju yg sesuai. tu pun cikai2 je. harap juppa suka la.

Zakat Fitrah
Husband nak bayar kat kampung malam raya nnt 


Tu je la kot list nya..takde idea dah nak letak apa lagi..
yang penting, Syawal kali ni diraikan dgn hati tenang dan gembira. 
Kena kembali kepada fitrah manusia, bukan kepada perangai asal. 
Kena continue baca quran, qiam, dan semua perkara2 kebaikan.
Kena lebih rajin memasak dgn kreatif. Jangan malas!
Sekian dulu. 








Raya Mood 1

Assalamualaikum, 

Sana sini orang update pasal preparation nak raya, baju raya dan warna tema tahun ni, langsir rumah yang berganti dan yada yada yada lagi...So, kite kat sini pun nak update gak la..

  *Pasang lagu raya dulu, baru mood datang*

Tahun ni, kali kedua Ilyaas berhari raya. Tahun lepas umi ayah Ilyaas masih bekerja, masih bergelar executive di syarikat international, jadi baju raya Ilyaas tahun lepas mostly branded2 lah..eh tak jugak, rasanya campur2, ada branded, ada yang cap biasa2 je.. Paling branded pun Hallmark je kot, sbb Ilyaas baru 5 bulan masa raya tahun lepas. Kasut raya pun cap Kiko je tahun lepas. Takdelah nak membazir sgt sbb he grows out so fast. Skrg semua kasut baju tu simpan elok2, kalau2 adik dia lelaki, boleh bagi pakai. ada setengah baju dia dah jual pun kat second hand items group kat facebook. Baju Melayu tahun lepas pun dah selamat sampai kat tangan pengguna baru. Mudah jugak bila ada medium nak jual balik barang2 second hand yg masih good condition ni. Dari memenuhkan almari dan store kan. Boleh dpt extra duit topup beli benda baru. 

 Tahun lepas warna tema kami sekeluarga ialah warna biru muda. Sebabnya, kain hantaran yg ayah Ilyaas pilih untuk umi ialah berwarna biru dan masih belum dibuat baju lagi. P
Kebetulan tok and tokwan gi Mekkah masa 2010 dan bawak balik kain baju Melayu warna biru lembut untuk semua anak menantu lelaki. 
Ok, itu cerita tahun lepas.

Apa cerita tahun ni ???

Jap lagi lah, tulis entry lain untuk raya tahun ni...

Macam banyak plak nak ditulis, kang panjang lebar pulak entry ni..


K bye bye...nak baca well report dulu...

cari mood dulu....



Ya Allah,Lindungilah mereka

Ya Allah,lindungilah anak-anakku,Ilyaas Hafiy dan yang di dalam kandunganku ini...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 14, 2012

Masak Lemak Sardin


Aisssshhh, aktif pulak puan athi ni update pasal resepi. macam la terrer sgt masak. masak ala picisan sahaja sebenarnya. tp nak letak kat blog sbb dah alang2 ada label recipes yang dah dibuat sejak blog ni mula diterbitkan lagi...diterbitkan? publish ka? perasan sungguh. lantaklah, perkataan pun dah tak betul tp ai tak kisah...hehehe..(ni apehal mood menaip mcm lain pulak dah) isk!

Selalu dgr kakak-kakak ipar ku menyebut masak lemak sardin ni.. Atceli, klu dorang xsebut, tak tau agaknya kewujudan masakan ni. Bila sampai part dalam freezer dah takde ayam...so terbitlah idea nak try masak lemak sardin ni. senang je, google je resepi. Resepi inspirasi dari blog Azie Kitchen. Blog ni mcm best je, sbb byk gambar step by step. So, mmg ter-inspirasi lah gayanya. Resepi pun simple-simple je. Senang nak cuba. 

Bahan-Bahan:

Satu tin sardin (tin kecik je makan 2 orang je pun)
Bawang Besar 1 biji
Bawang kecil 3 biji
Bawang putih 2-3 ulas
Kunyit hidup 2cm cmtulah
10 biji cili api (hehehe pedas terangkat lah!)
Santan
Ubi kentang- dipotong dadu/wedges
Terung 
Garam sikit

Cara-cara:

Blend semua jenis bawang + kunyit hidup + cili padi
Masukkan bahan blend atas periuk dgn santan
Masak santan n bahan blend sampai pecah minyak
Masukkan ubi kentang dan biar sampai empuk. Tambah air ikut kepekatan yang diingini.
Bila dah empuk, masukkan sardin dgn sos dia sekali dan terung dan biar beberapa minit. 
Campur garam or perasa 
Tutup api...Siap la..

Senang amat I tell you! Boleh cuba bila2 takde idea or teringin nak makan. Patutla kakak2 ipar asyik dok sebut je, rupanya senang dan sedap. I letak terung sbb i teringin nak makan terung..hahah, tak pernah dgr plak masak lemak cili api ada terung, tp belasah je la kan...ikut selera sendiri :)




Resepi Telur Masak Pesamah

Assalamualaikum semua,

Hari ni dah masuk hari ke 25 berpuasa. Makin hampir dgn penghujungnya. Makin terasa nak berhari raya.
Ketahanan badan berpuasa pun makin kurang (untuk saya lah). Mungkin perlu banyakkan minum air kosong di akhir-akhir puasa ni, macam dehyrated je rasanya.

Minggu lepas hari Jumaat saya ada upload gambar masakan yg saya masak untuk berbuka puasa kami laki bini..

Bila upload kat fb, ada la beberapa orang kawan yang bertanya resepi pesamah ni. Boleh dikatakan semua orang tak pernah dgr perkataan pesamah ni. Jadi saya nak share la resepi telur masak pesamah ni. Resepi original dari ibunda tercinta la. Ni antara lauk kegemaran ayahanda serta suami tercinta. Bila dah kawin saya alter sikit resepi ni mengikut citarasa suami saya yg lebih gemarkan kepedasan dalam masakan. Klu nak follow resepi original, klik link ni yer. Tp klu nak ikut resepi yg dah sy alter ni, ikut resepi kat bawah ni la :)


Bahan- bahan:-

3/4 biji telur - direbus and disejukkan. kupas kulitnya.
Bawang Besar 1 biji
Bawang Kecik 2/3 biji
Bawang Putih 1 ulas
Daun kari
Rempah Kari 2 sudu (bleh tambah/kurangkan ikut selera)
Cili giling/boh 2 sudu (bleh tambah/kurangkan ikut selera)
kicap ABC or Kicap Manis Cap Kipas Udang
Garam/Perasa
Tomato/ ubi Kentang

Cara-caranya:-

1. Tumis bawang bersama daun kari sampai naik bau
2. Masukkan rempah kari dan air ke dalam kuali dan biar sampai pecah minyak
3. Masukkan cili giling dan gaul sebati. Biarkan sebentar. Tambah air jika perlu.
4. Then, masukkan ubi kentang biar sampai empuk.
5. Bila dan mendidih dan ubi dan empuk, campur kicap dalam kuali and kacau sebati.
6. Masukkan telur dan tomato and biar 1-2 minit and tutup api.
7. Saya tabur daun sup and daun bawang bagi naik aroma sikit.
8. Sedia terhidang.

* Klu nak masak pesamah ayam or udang, boleh masukkan ayam/udang sekali dgn ubi kentang *
* klu nak buat pesamah daging, better rebus daging dulu biar empuk dan guna air rebusan daging untuk gantikan air*
* Tambahkan air kalau nampak lauk nak kering, tp kalau suka kuah yg likat, biarkan je, keep on gaul untuk elakkan bahagian bawah hangit*

Ni resepi humble dari saya, nama resepi ni pun tak pernah didengar. rasanya mix antara kari-sambal-kicap. Ala-ala pedas campur manis berempah gitu lah. Klu suka rasa rempah, lebihkan rempah kari, klu suka rasa sambal, lebihkan sambal begitulah kekdahnya.


Friday, August 10, 2012

Ramadhan 2012: Iftar Hari-21



Ni menu untuk berbuka tadi.. 
Mulanya pening memikir nak masak apa sbb ayam dah habis. 
Besok baru nak gi pasar beli ayam. 
Stok ikan tenggiri masih ada tp semalam dah makan ikan tenggiri, rasa muak pulak selalu sgt. 
So, terpikir idea nak masak menu ni..

From Top Left to Bottom Right
Pesamah Telur Rebus
Sup Sayur 
Sambal Sosej
Sardin Masak Lemak
Kuih Muih (beli kat bazaar n sumbangan babysitter)

Makan ngn nasi panas2..memang terbuka selera kami laki bini...

=)

Iklan raya 2012 BERNAS

Sapa dah tengok iklan ni?


Saya dah tengok semalam sementara menunggu waktu isyak masuk. 


Tengok kat TV3...


Ya Alllah....


Sayunya hati sanubari saya sebagai seorang ibu bila tonton iklan ni...


At the end of the iklan, saya menangis tersedu sedan


Terus lari masuk toilet sbb husband dah terpaku tergamam pelik kenapa wife dia nangis sakan


Memang berjaya la BERNAS menyentuh perasaan penonton especially golongan ibu 



lepas ni, xmau tengok dah iklan ni, sedih...



Sayu beb!


Thursday, August 9, 2012

Ramadhan 2012: The first 20 days

Assalamualaikum,

Hari ni masuk hari ke-20 kita berpuasa. Cepat sgt masa berlalu. Ingt lagi, few weeks ago, dialog antara saya dan suami

Saya:  tak sabarnya nak tunggu hari ke 20... 
Suami: Eh kenapa pulak? patutnya hari ke 20 tu kita kena sedih sbb Ramadhan nak habis dah.
Saya: Emmmm, sedih tu sedih, tapi tinggal 10 hari lagi nak puasa...excited nak raya..
Suami: Ooooooohhh, ye la, mcm sayang ni memang kesian la, pregnant n berpuasa...
Saya: hehehe, takpe, ok lagi...


Bila dah masuk hari ke 20 ni, mood bercampur baur. Macam-macam perkara terjadi dalam bulan Ramadhan 2012 ni.

1. Sehari sebelum semua umat Islam berpuasa, Ayah Cik (ayah sedara sebelah suami) pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya. Saya sempat berada di samping Ayah Cik dan bacakan surah Yassin 1 jam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

2. Isnin lalu, kami dapat berita ex-office mate di CGGV dulu berada dalam keadaan serius akibat kanser hati. Since kitaorg ada kat KL atas urusan research saya, kitaorg terus ke TPMC untuk visit sahabat ni. Kesiannya tengok, the last time we saw him, dia seorang yang bertubuh sasa, sekarang jadi kurus dan cengkung. Isteri dia pun ada waktu kami melawat tu, tabah orangnya. Dia agak rapat dgn saya dan suami. Teman bermain badminton untuk suami saya, dan org yang wajib saya order kek lapis serta kuih raya setiap kali Aidilfitri tiba sepanjang sy kerja di CGGV dulu.

3. dugaan rahsia dan rahmat. Setiap masalah ada penyelesaiannya. kita kena tabah dan sabar. tambah2 sedang berjihad menuntut ilmu.

Syukur, kami sekeluarga masih diberi kesihatan yang baik sepanjang 20 hari pertama Ramadhan 2012. Masih dpt berpuasa penuh, thank you Allah. Masih dapat solat terawikh berjemaah bersama-sama berimamkan suami tercinta di samping anak 16 bulan yang tak banyk mengganggu umi dan ayahnya berjemaah serta baby 16minggu dalam rahim umi.

Harapan untuk 10 hari terakhir yang sedang menjengah ni, agar diberi kekuatan untuk terus berpuasa, menyediakan sahur dan juadah iftar untuk suami, berjemaah bersama suami, menghabiskan bacaan al-quran dan menyediakan persiapan ala-kadar untuk Aidilfitri. Semua persiapan hampir selesai, tinggal beberapa je lagi perkara minor.


Saturday, August 4, 2012

Ramadhan 2012: Thai Green Curry

Dalam 2 hari ni, dok dgr iklan KFC's Thai Green Curry. Rasa terliur sgt nak makan.
Tambah dok teringat zaman belajar kat Perth dulu, selalu gi makan kat Restoran Sara Thai.. 
Everytime makan sini, sure amik Thai Green Curry ni.
Dulu pernah cuba kat Restoran Bamboo dgn husband, tp end up dia tak berapa suka.
Memandangakn i pregnant, so ni kira mengidam, jadi husband pon bagi chance la masak sendiri thai green curry ni untuk iftar hari ini. 
Nak tak nak, dia kena telan jugakla kan, sbb bini tercomel dia dah masak..

Resepi dia nampak panjang dan complicated. 
Tapi sebenarnya tak pun. Nak sediakan paste tu je yg macam renyah sikit. 

Bahan2 dia banyak.. 
So tengok kat page resepi asal ni je la ye.
Saya amik resepi dari koleksi1001resepi



Inilah ropanya
rasanya entah la camane dok tahu lagi.
tunggu dah berbuka dulu lah baru kita tau sedap ke tidak, pedas ke tidak, masin ke manis ke pahit ke masam ke..



Selain tu masak kerang goreng ala minang dengan sayur campur masak lemak jugak. Semua lauk dah siap masak at 3.50pm, sebab nak lepak depan tv tgk match beregu badminton malaysia kat olimpik... 

Jom kita sokong Team Malaysia Jom!



Friday, August 3, 2012

COD Diaper Clutch di area KL

Assalamualaikum semua,

Just nak gitau, from esok until Isnin ( 4 August-6 August) saya akan berada di KL atas urusan kerja/study. Jadi sesiapa yang berminat nak beli diaper clutch dari MyHafiy Blogshop and tinggal di area KL and wish untuk COD je, boleh la order sekarang hingga malam ni. So that saya boleh prepare and bawa ur orders ke KL.

Prefer to COD di area Sentul, Jalan Tun Razak, KLCC ataupun Aeon AU2 Keramat yer. Memandangkan saya pun ada urusan yg perlu di settlekan jugak. Untuk urusan COD ni, boleh contact saya secara personal lah...

Btw, antara design diaper clutch yang masih available ialah:-

DC13_Blue Paisley
DC16_Black Crimson
DC18_Purple Floral
DC20_Elegant

 ELSalva
DC12_Batik Paisley
DC15_Pink Blush
DC14_Classic Floral
DC22_Pink Dots
DC11_Zebra (Fur/Minky)





Untuk gambar yang lebih clear, boleh visit facebook atau blog MyHafiy. 

Nak order, boleh email ke myhafiy blogshop, atau pm di facebook, atau sms terus ke nombor sy (tertera di blogshop dan facebook page)

Terima Kasih Banyak-Banyak