Sunday, November 4, 2012

Alahan Laktosa@Lactose Intolerant

Assalamualaikum. Malam ni rasa nak kongsi pasal experience menghadapi anak yg mengalami cirit-birit and disahkan doktor sebagai alahan laktosan @ lactose intolerant. 

Before saya continue experience saya, saya nak share apa itu Laktosa.

Laktosa ialah gula disakarida semulajadi di dalam susu lembu. Ia tidak menghasilkan rasa manis mcm gula biasa. Disebabkan namanya ialah gula disakarida, bermakna, laktosa terdiri daripada dua unit monosakarida iaitu glukosa dan galaktosa. Apabila bertindak balas dengan tubuh manusia untuk pencernaan, laktosa perlu dicernakan menjadi glukosa dan galaktosa terlebih dahulu sebelum badan boleh menyerap kebaikannya. Namun,  andai usus kecil kita tak dapat tukarkan laktosa kepada glukosa and galaktosa,  tenaga dari laktosa tidak akan diserap oleh darah kita. Ini menyebabkan usus kita mengalami alahan laktosa@ lactose intolerant.
Option terbaik untuk mengatasi alahan laktosa ni ialah memberi susu lembu tanpa laktosa atau susu soya based.  

Back to my experience bila anak mula tunjuk simptom2 alahan laktosa---->

Bila amik Ilyaas dari rumah bs, bs cakap Ilyaas asyik berak2 and cirit the whole day. Habis semua cloth diapers, and disposable diapers yang saya bekalkan ke pengasuh.

Balik rumah, saya terus check bottom's Ilyaas. Sgt merah. Then, tak sampai sejam lepas tu, dia cirit lagi. 
Malam, after dinner, cirit lagi. Before masuk tidur, cirit lagi. Kulit punggung dia mmg dah melecet sgt. Merah gila-gila dah. Time tidur dia tercirit 2 kali lagi. Dah la kitaorg nak bangun awal sbb nak start journey balik Terengganu. Tak cukup tidur la jadinya. Tapi tengok Ilyaas kepedihan and punggung yang sangat merah sebab asyik cirit je, jadi risau sangat. Lepas minum susu pukul 2pagi, saya stop terus susu. Sebab dah rasa susu je punca Ilyaas cirit birit. And saya bagi ubat stopkan cirit, smecta

Pagi tu, lepas Subuh, kitaorg still continue with our plan, teruskan journey to Terengganu. Dalam perjalanan, Ilyaas cirit sekali, muntah sekali. The rest, dia ok je, tidur most of the time. Maybe sbb dah stop kan susu, so dia tak banyak cirit, tapi dia jadi restless la. Sepanjang perjalanan tu, kalau dia nak minum, saya bagi minum air kosong or teh-o je. Makan, saya bagi mcm biasa. 

Sampai je Terengganu, terus gi klinik. Lepas jumpa doktor, cerita semua..doktor cakap tindakan sy stopkan susu pada Ilyaas  mmg betul. Sebab Ilyaas mengalami alahan laktosa dalam susu. Doc cakap mungkin dari air. Walaupun air tu kita dah masak, mungkin kuman/virus (rotavirus) tu masih ada. Jadi, usus diserang rotavirus dan melawan dgn laktosa dalam susu. So, doctor bagi ubat untuk kurangkan cirit (smecto), ubat untuk kuatkan usus and bagi Ilyaas minum susu Novalac AD. Ilyaas mmg tak amik suntikan vaksin untuk rotavirus, sebab masih ada kesangsian pada status halal vaksin tu. 


ubat hentikan cirit.flavour vanilla orange. saya campur dalam susu ilyaas.
Lepas minum susu Novalac AD ni untuk beberapa hari, nampak poo-poo Ilyaas back to normal. Pada hari ke-3 , saya try bagi susu Dumex yang Ilyaas biasa minum. Bila dia poo-poo, nampak cair sikit. So, saya stop bagi Dumex and continue with Novalac sampai habis satu tin kecil. After that, saya continue with Dumex mcm biasa, and alhamdulillah sampai hari ni, poo-poo Ilyaas adalah normal dan tak cirit lagi. 
Tp, saya ada beli susu tanpa laktosa, buat spare di rumah. In case, keadaan ni terjadi lagi. Tp, masa gi farmasi aritu, Novalac takde, so saya beli susu Similac. 

*Btw, susu Novalac AD hanya ada untuk kanak-kanak bawah 1 tahun. Susu Similac LF, ada dari 0-12, 1-3, 4-10 years old* 

Masa Ilyaas kena alahan laktosa ni, barulah saya mula membaca pasal ni. Terjumpa la beberapa blog lain yang share experience dorang.Blog ini dan juga blog ini.  Thanks to them, kalau tak susah jugak nak tau pengalaman selain baca kat babycenter or health.com.

Selain tu, ni senarai beberapa susu tanpa laktosa yang ada kat pasaran Malaysia (yang saya sempat tahu la)

Similac LF
Novalac
Enfalac
Bebelac (Dumex)

Jangan terpedaya ye,Anmum bukan susu tanpa laktosa. Anmum ialah susu tanpa sebarang gula tambahan. Since, laktosa ialah gula semulajadi dalam susu lembu, bermakna Anmum turut mengandungi laktosa. Thanks to Kak Mar yang update entry pasal penggunaan susu Anmum (yg mulanya disangka lactose free). 

Wow, panjangnya entry malam ni. Cukup la dulu part sharing is caring ni. Apepun saya nak ucapkan thanks to my husband, my mil and my mom yang bg pertolongan, nasihat and sokongan sepanjang Ilyaas kena cirit birit akibat alahan laktosa ni. Tanpa dorang, gelabah jugak sy dibuatnya. Maklumlah, first time mommy kan:p


3 comments:

  1. ramai orang tersalah anggap cirit birit akibat cacing. Doktor kata kalau cacing ada nampak cacing dalam najisnya atau telur cacing.. So, cara paling selamat ialah cuba tukar dulu susu kepada susu tanpa lakstosa sekurang-kurangnya selama 2 minggu utk bagi perut bayi berehat. Pastikan juga cara penyediaan susu yang betul dan bayi dijaga dengan baik utk elak dia dijangkiti virus.

    ReplyDelete
  2. Sis ank sy sblm ni try minum susu lembu ber laktosa... Then lpas minum die muntah2 smpai dehydrated smpai klua muntah kuning.. Sy tuka susu soya isomil (sbb ingt dia alah pd protin susu lembu) isomil is lactose free and dia ok xmuntah pn tp mslh nye die xnk minum sbb mgkin bau xsdp n rase dia mgkin xbrp sdp bole x sy tuka ke susu lembu balik tp ambil yg tnpa laktosa cth pediasure sy bru nk try yg muntah2 tu pn slh 1 dr alahan laktosa ke?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...