Tuesday, September 17, 2013

Boh Tea Plantation & Big Red Strawberry Farm, Cameron Highland

Assalamualaikum semua =)

Hari ni nak cerita pasal trip kitaorg ke Cameron Highland. Family I ni, setiap tahun mmg wajib pegi CH. 

Klu tak caya, tengok la entry-entry ni, sejak dari tahun 2011 sampai skrg, setiap tahun mesti pergi CH. Tahun lepas siap 3 kali tu naik CH. semenjak jadi orang perak ni, mmg setiap kali family in law datang je, kitaorg jadi tourist guide ke CH. 

This time, pergi dgn my mother in law, my father in law dan dua orang adik ipar, Ana dgn Awa

Bertolak dari Tronoh pagi Sabtu. Singgah makan nasi lemak sedap dkt Batu Gajah. Then terus ke Kintaly Marble dekat Simpang Pulai. My fil nak survey harga marble utk extend kan rumah kat kampung. Pastu terus naik CH. Sampai CH around 10.45am. Kali ni kitaorg saja je nak bawa parents pegi BOH Tea Plantation pulak. setiap kali datang, ayah mesti pegi Bharat Tea Plantation je. Bosan sikit kalau kat Bharat Tea ni. Teh dia pon so-so saja. 

BOH Tea Plantation

Utk pegi sini, kita kena panjat bukit. Nama kawasan tu Sg Palas. Jalan nak masuk dia sgt sempit. Memang pemanduan yg cermat dan berhati hati di perlukan. Cara nak cari jalan masuk ke Sg Palas Boh Tea Plantation ni ialah:-

cari signboard Sg Palas Boh Tea Plantation
Simpang dia kecik je, so kena alert. Kalau dari arah Simpang Pulai, elok nampak je Equatorial Hotel, korang kena alert utk singboard tu. simpang masuk adalah sebelah kanan korang. 

Kalau dari arah Tapah, simpang masuk dia belah kiri jalan. Lepas Kea Farm dan berdepan Equatorial Hotel. 

Belok simpang je, terus naik bukit dan jalan yg sempit. 



Waktu melawat kawasan kilang buat teh dan cafe Boh Tea ni adalah pukul 8.30 pg- 4.30 ptg. 
Di buka setiap hari, kecuali hari ISNIN TUTUP. 

Atas ni gambar pemandangan jalan masuk ke sini. Jarak dari simpang ke pondok jaga (gambar hijau kat atas ni) ialah 2km. Dari situ, kena drive lagi 1km untuk sampai tempat parking. Dan kemudian kena jalan kaki panjat bukit sikit dalam 500m sebelum boleh sampai ke Cafe dan Kilang Boh Tea Plantation. Itu kalau datang dgn kenderaan sendiri la. Tapi, kalau sewa bus pengankutan dari Syarikat M. Raja Transportation, bus tu akan terus naik sampai ke kilang. Ni  bus mini je, so muat la lalu jalan sempit ni. Sikap tolak ansur antara drivers sgt penting utk memandu kat sini.  Biasanya bg rombongan yg datang ramai2 baru la logic sewa bus ni.



Gambar atas kiri tu view nak naik bukit pegi cafe boh tea.  Bagi yang dtg dengan ahli keluarga yg dah berusia, pls consider to ask around from the staff utk dptkan kenderaan bg boleh bawa our relatives yg dah tak berapa sihat sampai ke cafe tanpa perlu panjat tangga yg tinggi ni. tangga dia tak rata. mmg perlu berhati hati. jalan ni jugak tak friendly utk ibu yg dukung anak mcm saya. bahaya jugak la. kena peluk anak kuat2. I masa tu malas nak pakai baby carrier,so mmg dukung je Imani. Ilyaas pun husband dukung. fuh penat jugak la kan. satu lagi, kalau dtg dgn family yg pakai wheelchair, pls ask around too. for me, syarikat boh ni kena buat improvement dari segi customer friendly utk kesenangan pelanggan yg kurang upaya.


kami sekeluarga di Boh Tea Plantation Sg Palas. nice breathtaking view.
kalau orang tanya kitaorg tak boring ke gi CH tiap2 tahun, jawapanya ialah tak boring pun,
it's our kind of gateaway.
dari kecik lagi my parents pon suka pergi CH. sampai skrg, my small family pon suka gi.

Lepas makan minum serba sedikit kat sini, kitaorg gi kedai jual teh pulak. borong teh sampai seratus lebih. hahah, mcm kat tesco tak dak jual teh je. :P tp yg best kat atas ni, teh pelbagai jenis. semua kat satu kedai. Lepas turun bukit sg palas ni, kitaorg terus ke Tanah Rata, nak check in hotel. Pasal hotel ni, nnt I cerita kat entry lain. klu tak berjela korang baca entry ni saje. 


My handsome boy dgn mak cik kesayangan dia. Cik Ana yg bakal kawin bulan 3 nnt
Comel gila kan Imani? Geram sgt kat budak ni.
Dia happy senyum sengih je bila dapat pergi bercuti. this is her first trip to CH,
Masa dalam perut, 3 kali naik CH.




Big Red Strawberry Farm


Petang lepas rehat kejap kat hotel, kitaorg keluar gi strawberry farm. Niat di hati nak bg adik2 ipar pick strawberry. tp strawberry tak banyak. Kitaorg gi Big Red Strawberry Farm, dekat Brinchang. Gambar yg best banyak dlm camera, I is malas nak transfer bagai, so pakai gambar dlm henpon jer la ye. 

Kat sini bestnya sebab tempat ni berbumbung. So hujan lebat pun still boleh jalan sana sini dalam kawasan ni. Mcm one stop center jugak la. ada jual sayur. jual kaktus, jual strawberry. ada cafe. ada jual bunga-bunga,salad dia mak aiiii segar nya. rasa nak cilok satu pasu bawa balik. 

I sempat beli 3 jenis benih nak bg hadiah dekat my grandmother. hehe. cucu yg baik kan saya.

nak beli buah tangan pon ada gak jual kat sini. parking lot dia pun banyak. ada 200 bays. Parking free. tempat parking ada yg berbumbung, ada yg tak. kitaorg dpt tmpt berbumbung, so selamat la bila hujan lebat2 tu. masa tu suhu dah sejuk dah. anak2 dah bagi pakai long sleeve. eh ilyaas tak pakai long sleeve tp pakai sweater. ke tak ? eh lupa dah. 

tp kitaorg x lama pun berkeliaran kat sini, sbb anak2 dah ngantuk. kejap je, lepas amik gambar and makan ice cream strawberry, kitaorg masuk keta, susukan imani then lepak situ je, tunggu mak ngn adik2 ipar pusing tgk kawasan. ayah dok tidok kat hotel.dia malas nak jalan2.




ok, setakat ni dulu cerita trip CH 2013. nnt I tulis satu lagi pasal hotel dgn makan scones yg best dan lazat. 

nak sambung buat kerja. 



5 comments:

  1. i rs kalau pegi 2-3 bln sekali pun xkan bosan...best kan CH ni..

    ReplyDelete
  2. dah lama sangat tak ke CH..last was in 2009..hmm..
    bila la nak repeat nih

    ReplyDelete
  3. salam...nice blog..sy follow ur blog..can u follow mine
    http://sarahbodyfood.blogspot.com/
    tq..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...