Sunday, October 27, 2013

Hotel Review "katanya" : Tempat Penginapan kami masa di KK dan Tawau

Sorry korang, aritu cakap dah xde dah cerita sabah....godek2 gambar, ada lagi ni boleh di up kan sebagai entry, dan mungkin berguna bagi yg suka google sana google sini. 

Nak cerita tempat penginapan kami masa kat Sabah. Total days masa kat sana ialah 6 hari, dan 5 malam. 

Hari 1 dan 2 di Courtyard Hotel, 1Borneo Mall

Hotel ni nama gah jugak la. tengok website dia memang rasa mcm good sangat la. Sebenarnya kitaorg nak duduk dekat Novotel 1Borneo sebab conference kat situ kan..tp masa call, dorang kata dah penuh. and orang Novotel suggest duduk kat Courtyard Hotel. So, orang Courtyard yang call I sebab orang Novotel dah forward kan booking ke dorang. Ok back to the story... 

Kitaorg amik bilik premier king. bilik dia size sederhana je. ada ruang sedikit utk letak bag, and solat segala.  Dari segi harga, rasanya tak berbaloi sgt la...most rooms are RM200++ with breakfast for two. Tapi, bilik tak berapa memuaskan dgn harga sebegitu.. 
Nasib baik mulut peramah saya ni rajin minta discount  so dapt la corporate rate. 
Location wise, jauh dari pusat bandar. located dkt one of the wings dalam 1 Borneo Mall. 
So nak cari makan semua  sgt senang. nak dptkan barang keperluan etc pun senang. ada shuttle bus dr 1 borneo ke city center. 







I mmg bawa lemek/tilam utk kemudahan anak2 melepak dlm bilik hotel. lembek/tilam ni boleh jadi bantal gak... in general courtyard hotel ni ok je, tp harga rasanya tak berapa berpatutan, maybe mahal sikit sebb location dia dlm 1B kot... kerbesihan pon so-so je la. wifi dalam bilik takde. tp ada cable utk connect ke laptop. wifi kat lobby je. 

sebelah hotel ni ada tune hotel. pastu  grand borneo hotel... novotel pon kat sini gak.

yang paling tak best pasal menginap kat mana2 hotel di 1B ni ialah parking. Seriously mmg mahal tahap melampau. parking yg khas utk hotel guest (dkt depan hotel) adalah sgt2 limited. sekali park RM10!...first day kitaorg park situ..tp tak berbumbung tau. 

second day, dah hujan, xdpt la park situ sbb x berbumbung., so kitaorg follow signboard hotel ke parking dlm shopping complex. kitaorg ingt utk pelanggan hotel still rm10. rupanya, once masuk dlm parking mall, mmg kena charge hourly la. berpuluh la kitaorg kena charge.. dah camne nak park dkt parking hotel kalau hujan lebat dan kitaorg ada baby kecik lagi...

bab parking ni, mmg I sgt tak puas hati,,ok dah..selesai utk hotel ni..hotel lain plak...


Hari 3 - Casuarina Hotel

On Day 3, kitaorg check in ke Casuarina Hotel dekat Tanjung Aru. Sebab kitaorg check out dari first hotel ialah kitaorg dah pulangkan kereta sewa and esok pagi2 dah nak pergi ke Tawau. Jadi, kitaorg cari hotel yg lokasinya dekat dgn airport KK. Tanjung Aru ni mmg sebelah je dgn airport. 

Another reason kitaorg pilih hotel ni ialah sebab hotel ni ada free shuttle utk ke airport dan city center. Shuttle van dia mula beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 ptg. kalau waktu selain dari waktu kerja tu, kena charge sikit la. 




Kitaorg amik bilik standard with queen size bed. Harga dia termasuk tax semua cuma RM118. I booked melalui booking.com. Kalau baca review kat situ semua ckp this is a value for money. Suitable for budget traveller yg nak bilik yg selesa. I mmg puas hati la dgn hotel ni, walaupun sinki kat toilet kitaorg tersumbat (air lambat mengalir), tp in general mmg ok la. Harga utk extra mattress set pun cuma RM30 je. 


Lupa nak gtau, lokasi hotel ni bukan la betul2 mengadap laut china selatan. kena jalan dlm 3-5minit baru sampai pantai. tp tk kisah sgt la. kira ok la tu. kat pantai tg aru tu ada food court so senang je nak cari makan. kalau nak pergi airport KK terminal 2, mmg dekat sgt, dlm 500m je. 
klu terminal 1 kena amik kenderaan la, xmampu nak jalan.
budak kepenatan tidur tergolek

toilet dia ok je. style lama sikit. tp what to expect harga pun rm118 je. shower dia kecik sikit. klu org berbadan besar, muat2 je la kot. 


sebelah hotel ni ada taman rekreasi. malam2 ada musical water fountain show. kitaorg tgk dr bilik je la. 

dapat breakfast sekali. tp jangan terkejut, kat sini, breakfast dia satu jenis je. takde buffet bagai. 

ruang cafe


ni la the one and only breakfast yg di sediakan. 

cara nya: korang masuk cafe, gi caunter, bg coupon breaky dkt staff hotel. dia tanya nak air teh ke kopi. 
pastu kita duduk dulu. pastu dia kan hantar breakfast ni kat meja kita. american breakfast. 
jgn berharap ada nasi lemak atau mee goreng. mmg yg ni je. setiap hari rasanya sbb baca review org lain semua ckp yg ni jugak...
kitaorg ok je sbb kenyang jugak makan yg ni.

yang i rasa paling selesa dgn hotel ni selain dari kemudan shuttle van ialah kebersihan dia. 
cafe bersih, bilik bersih, lobby bersih, ruang luar bilik semua bersih. 
ada internet cafe jugak kat lobby. tak sure kena charge ke tak. wifi just dkt lobby. 


Hari ke 4 kitaorg tido kat umah adik I dkt dalam estet Sime darby. 

Hari ke 5, dekat Promenade Hotel di Tawau

Yang ni fully sponsored by Tuan Imran..thanks adikku. To be fair, this is the best hotel yg kitaorg tido sepanjang kat Sabah. Kitaorg amik Junior Suite. Harga RM270. 
Harga dia sama dgn courtyard hotel dkt 1 Borneo Mall KK yg I review awal entry ni, tp bilik dia mmg far better. puas hati. cuma sayang kitaorg check in dh malam, pagi2 lepas breakfast dh check out sbb nak pi airport dah. tp mmg iyak2 sgt la dlm suite kan..hahaa..jakun2 gitu...

lobby

hotel ni bukan dlm bandar tawau tau. dia ke arah merotai. tp nak gi bandar tawau dlm 5minit je. dan attached dgn shopping complex. parking free je. 

jom cekidaut room 

katil king...marveles la....semua dok jakun2...hahha

puas hati sgt bilik ni..luas tahap melampau. thank u sgt dkt adik sbb belanja kakak dia ni..




utk brekpes pulak, mmg terbaik sgt. puas hati jugak. mcm2 makanan. pastu sedap belaka. 
cafe dia pun cantik. view bandar tawau n laut celebes. 

overall puas hati n definitely will suggest org utk ke hotel ni..


k dah panjang so setakat ni je....







5 comments:

  1. hotel last tu memang best!!! hihi..padan dengan harga compare dgn yg hotel first tu kann.... =)

    ReplyDelete
  2. sayangnya hotel yang last tu..
    kalau dapat duduk lama kan best..hehehe
    sponsored plak lagi..double BEST!!

    ReplyDelete
  3. banyaknya hotel! i pon duk kenan promenade hotel tu

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...