Wednesday, October 23, 2013

Imani 9 bulan



Alhamdulillah, Imani Hafiyya turns 9 months old on 21st October...
Pejam celik pejam celik, adik dah besar dah..progress mcm2... 
(research umi jugak tak habis2 lg, haisssshhhh)

ok, jom tengok milestone Imani Hafiyya setakat 9 bulan ni...




dah boleh duduk sendiri...tp kena monitor jugak, sebab masih belum stabil 


dah boleh berdiri sendiri. selalu sgt berdiri sambil pegang sofa, kabinet. 
dan dgn itu, reject bila di letak atas walker. kononnya dah boleh berjalan sendiri la tu. 
sebab dah tak nak duduk kat walker, ayah bawak keluar harta karun zaman Abam Ilyaas. 
Pre-walker ke apa nama ni, tak sure nama dia apa. Boleh adik praktis jalan2..
Tapi kena sentiasa tengok la, klu dak jatuh gedebuk mcm nangka busuk. 






Imani ialah seorang ratu tangis. 
kerja dia menangis je. 
letak sikit nangis. kalau nak letak dia, kita kena duduk jugak. 
klu kita bergerak satu inci, sure dgr suara dia nangis selak.mcm kena pukul. 
dia akan sebek sehabis. 
alahai anak, umi nak pakai baju pun susah. 
kalau time dia nak susu tu, tak yah cakap la....satu taman boleh dgr kot dia nangis..

satu lagi, Imani ni suspected ada stranger anxiety attack. fuhhh, pantang nmpk org baru, org baru tegur cantiknya baju dia.....dia dah nangis..
pastu peluk2 umi/ayah takut kita lepas dia kat orang lain. 





Imani dah ada 6 batang gigi. 2 bawah, tumbuh masa umur 6 bulan. 
4 di atas, tumbuh masa kami kat sabah. 
yang 4 tu, keluar serentak. 
besar-besar pulak mcm gigi arnab. 
tajam kemain. 
sakit meleleh air mata bila di gigit. 
dah mula gosok gigi guna berus gigi jari mcm dalm gambar kat atas tu. 
ni brand anakku. best sbb dpt cuci gigi dia dgn jari kita sendiri. 
plastic ni lembut je. 

oh ye, dah merangkak dgn jayanya. smlm dah pecah rekod tersembam. pastu mulut berdarah.

gigi bawah terkena bibir pastu cmne gusi leh darah sekali. 
terkejut sgt sbb time tu tgh solat isyak. ingt jatuh biasa je sbb tgh merangkak atas sejadah umi masa tu.
skali nangis selak tak henti2...dukung je nampak mulut penuh darah. cuak gak la. 
cpt2 amik ais n bg dia gigit...

sian baby girl umi..


dah pandai main dgn abang dia.
suka tgk dua beradik ni.. syukur atas amanah Allah ni. 

Imani skrg dah pandai sebut abam abam abam..
tula perkataan pertama dia. bukan umi.bukan ayah. tp abam
merujuk pada ilyaas la tu. 

sempena umur 9 bulan, umi hadiahkan activity learn and play table.
beli dari mommy nadia fabulous motherhood. masa dia tgh promo 20% disc aritu. 




gambar yg tgh main tu sebijik mcm ilyaas. 
dahi sama suak. hidung sama. mulut sama. 
tang mata je Imani sepet sikit. 
btw, nak main ni pon kena berteman. klu tak, nangis. 
kalau abg dia sentuh sikit meja tu, dia marah..nangis lagi. 
tak leh share ke dik?



dan Imani dapat hadiah dari huggies. 
2 kotak drypants. 
stok 2 bulan lebih ni. 

tq huggies. 
tq abg Ilyaas sbb abg Ilyaas jadi model tp adik dpt pampers...hehehe


oh ye, lupa pulak nak share.skrg huggies tgh buat contest tau. 
cekidaut below...



 
Kongsilah foto si manja mu bermain gembira memakai Huggies di luar rumah!
Juga, jemputlah rakan anda untuk menyertai Ganjaran Lencana dan dapatkan ganjaran-ganjaran yang menarik!
 



ok dah bye-bye...
umi nak smbung kerjo

3 comments:

  1. Ohh..dh mcm aish..letak je nangis..menempek je kt kaki klu kita tgh bersiap..huhu..aptb

    ReplyDelete
  2. happy 9 months imani...
    amboi best nya dapat pampers free.....:)...

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...