Wednesday, January 29, 2014

Kegilaan sekarang



Tosei!!!!

Hari-hari kalau boleh nak makan tosei....


Paling suka tosei masala...ada isi kentang lembik2 flavour curry dgn daun kari banyak dalam tu, disaluti tosei yg garing, cicah pulak dgn kuah kelapa yg warna putih tu, mmg terbaik!


Sejak 3 minggu kot, asyik2 gi kedai mamak je, order tosei masala..
semalam nak dinner request nak makan tosei masala kat husband..
pi mamak depan taman perumahan, dia takde plak tosei masala..down :(
boleh plak dia kata, nak tosei masala, balik buat kat rumah...
LOL i datang kedai dia nak makan, dia suruh kita masak kat rumah sendiri....


so, pagi ni, suami I yg mithali dah tolong penuhi hajat isteri dia nak makan tosei masala...

gi breakfast kat mamak taman maju, tp hajat tak kesampaian jugak, masalah tak siap lagi....

so kita order tosei telur je...


tapi tak best sgt..sebab tak garing...and mcm lembap je tosei tu sbb ada telur kat dalam....


still tosei masala paling best...


tibe-tibe citer tosei pulak kan....


ok, Happy long weekend korang...

Sapa nak drive, drive hati2, kalau penat berenti rehat dulu k...



*jgn nak spekulasi i mengidam sebab berisi ye*






Tuesday, January 28, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

ehheheheheheh, mood join giveaway datang hari ni...=) tadi giveaway ctmah, ni giveaway erin pulak...Tq la korang rajin buat giveaway dan sudi nak bg hadiah...


So, untuk giveaway Erin (klik jgn tak klik link blog Erin ni),  kita usha dulu kat bawah ni


Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!

TEMA GIVEAWAY


 Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini



Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!



*Ok Erin, I copy semua dalam blog u ni*



teether ayah ke anak ni?

 Suami mithali saya tolong tenangkan anak yg tgh aktif sampai tumpah kan air milo atas seluar passenger sebelah. Time ni kitaorg dalam flight from KK nak pegi Tawau. Imani excited sgt pastu Ilyaas plak jadi takut nak naik flight kecik yg bising bunyinya.. 
As husband n wife, kitaorg take turn jaga anak-anak...

teether tu kita beli untuk Imani, tapi ayah dia yg gigit..
aper citer ni bang?


Ok siap dah...


kot2 dapat frame ABC tu best jugak...=)



1st Giveaway Ctmah Rahim

Hari ni terdetik hati nak join giveaway geng bloggers mommy gojes...:) Ipar duai I baca ungkapan mommy gojes tu sure dorang gelakkan I...gojes la sangat kan...bior la...

First giveaway yg nak di join ni from Ctmah...dengan tema gelagat anak dalam kereta...


Comel kan Budak Alisha anak Ctmah ni? muka mcm tgh poo poo dalam kereta je tu...dia comel sbb mak dia comel la...:)

Join giveaway ni boleh dapat hadiah comel tau mcm ni



Dapat number berapa pon I tak kisah la...janji dapat..klu tak dapat, takpe bukan rezeki kot...


so gambar anak ku yg nak dipertandingkan ialah




gambar mek muni ni...




Tu dia anak dara I masa umur 7 bulan..
Bukan main dia mcm Big Boss kat dlm kereta.
Orang suh duduk dalam carseat dia duduk kat tempat isi air..




Okay tu je tak mau panjang2 caption...tak larat aunty ctmah nak baca...


=)

Ada rezeki dapat bag skiphop tu...hehehhehe




Monday, January 27, 2014

Ayam Bakar paling senang

Assalamualaikum, Good Morning semua!

Pagi pagi Isnin ni, korang mesti ada ''Monday Blues kan...Alahai, biasalah tu, tp takpe, sebab minggu ni kejap je kerja, pastu dah nak cuti dah...Bagi yg bekerja la, bagi yg masih student ni, patutnya takde la hari cuti, patutnya hari2 kena buat revision baru jadi student cemerlang,terbilang dan gemilang...ye dok...Tp I orang cuti, I pon cuti jugak...hahahahaa.

Rasa mcm dah lama tak share resepi kat sini..So, nak share resepi Ayam Bakar paling senang! Seriously senang gila, sangat2 recommended untuk ibu-ibu yang bekerja, tapi still nak masak untuk makan malam family, atau tgh rushing nak siapkan kerja-kerja lain...


Sebelum kita gitau cara nak buat ayam bakar ni, kita tayang gambar dia dulu....tu belum masak tu kat atas ni...nampak menyelerakan dah kan...

Bagi korang yg kerja 8-6pm (mcm I treat my study ni), bangun pagi pas subuh tu, korang keluarkan ayam siap2 dari peti ais, rendam dalam air...takpon buat malam sebelum tidur, keluarkan dari frozen fridge ke fridge biasa...senang sikit ayam beku tu nak cair..

Pastu, gaul ayam2 tu dengan kunyit and garam and bawang besar kalau ada and boleh perap dalam aluminium wrap! (Balut penuh ok, jangan biar ayam tu terdedah, sbb klu terdedah nnt dia kering, n keras, xsedap sgt  la...klu balut penuh dia juicy)...
Pastu simpan balik dalm fridge yg tak sejuk beku... Petang balik kerja, masuk dalam oven, bakar 190 darjah celcius for 40-50 minutes... Simple sgt kan! Tapi rasa dia InsyaAllah sedap sebab ayam tu juicy and ada air air ayam keluar so dia berkuah jugak. Makan dengan sambal belacan instant Adabi...Pun dah memenuhi selera tekak kampung I dengan husband...Tapi sebenarnya dalam gmbar yg I tempek kat atas tu, I tambah gaul ayam tu dengan sambal Puteri + Kunyit + Garam...(and takde bawang)...

Benornya, ikut kekreatifan korang la nak gaul ayam tu dengan apa...Setakat ni, I pernah cuba jaya beberapa kombinasi bahan..Yang paling senang Kunyit ngn Garam je mcm nak goreng ayam...Kombinasi lain Sos Tiram + Kunyit + Bawang + Daun Kunyit...atau Sambal + Kunyit +Bawang atau aritu cuba Kicap+ Sambal+ Kunyit...ada pernah gak cuba Sos Tomyam+ Daun Limau Purut ...Terpulang la bahan apa yg ada kat rumah masa tu...hehehe

Nak padankan dengan lauk senang ni, sayur brokoli rebus, carrot rebus, dengan salad.. Memang senang ..Kalau korang betul2 tak sempat nak memasak, yang ni mmg sgt membantu la..Sambil tunggu ayam tu masak dalam oven, korang boleh la settlekan hal2 lain, basuh botol anak ke, lipat baju ke, mandi mandi pastu tibe2 je ayam dah masak.. Jangan lupa masak nasik gak...satgi kena tunggu nasik masak baru leh makan...Btw, klu ada isi ayam lebih dari ayam bakar ni, korang simpan dalam tupperware buat sandwich or tortilas wrap, pastu boleh buat breakfast for the next day...

Ni lunch express kitaorang semalam...Masak express di hari Ahad sebab budak comel tak mau lepaskan umi ...
Ayah dia plak sessi berbadminton , balik2 kang dah lapar...so kita masak ayam bakar paling senang...




Tu la budak comel jadi kitchen assistant umi.. Dia suka sgt main kat dapur..Semua bekas bekas kecik simpan makanan dia buat mcm barang2 dapur dia...Btw,gyro bowl tu I beli RM6.90 je kat Mr DIY....tgk kat internet paling murah RM19.90...ada jual sampai RM39.90...mahal sesangat tu,..tp tak tau la kot kualiti dia better lagi ke apa...tp yg Rm6.90 ni pon I rasa ok dah pon...after all, semua Made In China jugak....


Ok, ni nak tempek gambar urs truly jap eh...jangan korang meluat sudahla..:P Tujuan nak promosi seluar palazzo best beli dari Kak Mimi.material dia lycra tp bukan melekat2 kat badan ...berangin n ringan je.......Sekarang dah sold out, tp dia bukak pre-order sampai 29 Januari ni...mmg best la seluar ni, rasa mcm sgt2 menutup aurat, tak nampak bentuk kaki, kembang2 mcm skirt...getah dia best, sebab getah lebar...klu nak gi toilet, tarik getah tu tinggi2 atas perut, so tak la meleret seluar tu...


K tu je, Happy monday. Happy long holiday...

Announcement jap eh...



The Hafiy(s) akan balik kampung di Terengganu sempena cuti CNY ni..

Jadi, tarikh akhir pengeposan ialah pada 29 Jan 2014.Sila buat bayaran sebelum 12am (midnight) 29 Jan 2014Order selepas 29 Jan 2014 akan diuruskan selepas kami pulang bercuti ( 4 Feb 2014)
Bagi customer yang ada kat KT and berminat nak beli diaper clutch atau nursing cover, kami boleh lakukan COD di sekitar area Kuala Terengganu dan Marang sahaja.
Sila whatsapp/sms ke 0194488744 sebelum 29 Jan supaya kami boleh siap sedia barang2 pesanan anda utk dibawa pulang bersama..

Terima Kasih


Tuesday, January 21, 2014

First 365 days of Imani Hafiyya. HAPPY 1st BIRTHDAY SAYANG UMI

Assalamualaikum Imani Hafiyya, 

Anak umi sayang..this date, a year ago, we were having our last breakfast together as the same body. You were still inside my womb and finding your way to get out of it. And the contractions were quite strong but still manageable. 

We checked in at Pusat Perubatan Ar-Ridzuan at about 9.30 am, doc did VE on me, and found out that it's already 6cm.. Another 4cm before we can finally meet each other, betentang mata gitu. I was excited and cant wait for that, though I knew it already, its going to be the most painful journey before I can see you. But things changed as my water bag broke, it turns green, like you have been eating lotsa of spinach. You pooped inside me! 

We can't wait too long before you can find your way out of my tunnel, so we decided to help you find a way out of me via emergency csect...Oh well, history repeated but ayah and umi were a lot calmer and happier coz we know that was the best decision we ever made.... 

Your birth story 1 and 2....




  • And that was you!
  • The bottom left picture was you 1 hour after delivery. Putih gebu sangat. 
  • You weight 3.0kg and 50cm long...(errr umi can't remember how long you were actually, nnt kita check buku pink ok)..
  • Air liur mengalir non-stop since the day you were born.. Apa la entah yg umi x dapt makan ni...
  • Alhamdulillah, you don't have any jaundice like your brother. So we were discharge 2 days after delivery.... 




  • Kita berpantang seminggu kat rumah sendiri, Day 0-4, Mak Tok datang jaga kita..
  • Day 4-7, Nenek and Umi Azie datang jaga kita...
  • Then, kita balik pantang dekat rumah Mak Tok..
  • Pantang with you was a lot easier. you were an easy baby. Minum susu, poo-poo then sleep again..
  • In fact masa pantang, umi spend more time attending your brother who was 22 months old that time. 
  • Thank You Imani for making my pantang a lot easier..Tidur malam pon cukup nyenyak..
  • Start to imitate orang sekeliling since 2 months old..
  • Suka ketawa bila abang Ilyaas bercakap...
  • had your akikah in your second month of life. Sponsored by Tok dad dan Nenek. 



  • Mula meniarap masa umur 3 bulan setengah, tp fully meniarap masa 4 bulan lebih. 
  • Perkembangn 3 bulan
  • Start makan masa 4 bulan setengah. Your first food was blend rice. 
  • Dah start sgt clingy..
  • Manja dgn abang Ilyaas
  • Sorry Imani, ada gambar dlm collage ni tak ikut umur..gasakla yer



  • Mula masuk walker...eh actually masuk walker since 4m la umi rasa...
  • Eksyen sgt dah terrer meniarap.
  • Tidur pon nak meniarap je..
  • You were circumcised .Alhamdulillah. Nangis kejap je. tak sakit pon kan.


  • Kita pergi cuti kat Cameron Highland dgn nenek, tok dad, cik ana, cik awa..
  • Still maintain pakai headband eh masa ni..
  • Suka makan yogurt..
  • dah pandai pegang botol susu sendiri...
  • Dah tumbuh 2 batang gigi kat bawah
  • Perkembangan umur 7 bulan, baca kat sini

  • Perkembangan umur 8 bulan baca kat sini....
  • Had your first flight to Sabah masa umur 9 bulan.
  • senang nak jaga, tak banyak kerenah.. 
  • Was very happy through
  • Dah start berdiri dengan sokongan..
  • Perkembangan 9 bulan
  • balik dari sabah, tumbuh 4 batang gigi atas...nasib baik tak demam



  • Dah pandai berdiri..kadang2 cuba lepas tangan..
  • Mulut sgt banyak membebel..
  • dah pandai sebut Abang Ayah...mak...umi belom pandai lagi...

  • Dah mula bertatih...9 Jan aritu, dah boleh jalan 5-6 langkah..
  • suka sgt menangis kalau tak nampak umi..
  • kadang umi depan mata pun nangis lagi. nangis kuat smpi orang ingt Imani sakit..
  • Loving adik to your abang.. tp suka tarik rambut abang..abang redha je..suka kacau abang main lego..
  • Gigi dah ada 6 + 2batang lagi tgh tumbuh
  • Dah pandai panggil umi umi bila menangis..
  • pandai sebut Ikan....
  • 2 malam lepas, mengigau ayah...dlm tidur panggil2 ayah sambil ketawa...mentang2 ayah dia takde kat sini, mula la nak rindu rinduan ye..
  • Sgt2 manja, clingy tak ingt dgn umi...Umi pasrah, mungkin umi tua nnt umi boleh clingy dgn Imani pulak kot..heheheh




  • And that was your birthday cake. Rainbow cake..
  • Kita celebrate 4 hari awal, sebab harini, ayah takde kat sini..ayah gi conference
  • umi order from Aunty Wattie kat Taman Pauh Jaya... kek 2kg ++ ni Imani, tp umi bagi Imani rasa sikit je...heheheh
  • Sapa nak order kek area seberang perai, I mmg suggest la order dgn akak ni.. sgt senang berurusan, kek sedap kalah secret recipe..servis tip top..

Ok itu je...banyak yg umi tak ingt..sobs2..umi dah tua ni, pelupa betul milestone anak2 sendiri...
apepun, I always pray supaya Imani jadi anak solehah, lembut hati,dengar kata dan sihat tubuh badan...

And Thank You Allah, dah setahun jugak Imani menyusu susu badan dengan umi.. InsyaAllah selagi ada rezeki kita teruskan...:)


Love you Imani Hafiyya sayang...



-Your umi-







Friday, January 10, 2014

More than a year ago

That was me! At 29 weeks pregnant to Imani Haffiya, whom will turn 1 year old in few days

How time flies? 
Masa terbang cepat sgt...
lebih kurang setahun lepas, umi boyot gemuk gila dok bawak budak Imani tu ke hulu ke hilir sambil kelek Abg Ilyaas yg manja mcm baby panda...

macam tak sempat buat apa2 tiba2 budak tu dah keluar dari perut ni, 
tiba tiba sekarang dah dok bertatih jalan..
Her milestone, semalam 9 Jan 2014, she can walk by herself, lebih kurang 5-6 langkah. 

Muka bukan main eksyen sgt semalam masa pick her up from babysitter's house..Siap berlagak nak bangun berdiri sendiri, pastu nak tunjuk her milestone yg dpt berjalan...

Excited omak dgn apaknya tgk anak dah nak boleh berjalan..
Ikut2 Ilyaas dulu boleh berjalan masa umur 13 bulan...
Imani kira cepat sikit la, belum cukup 12 bulan dah boleh menapak...
Lain anak lain milestonenya...

Ada amik video dia berjalan smlm, boleh compare dgn video abg dia jalan dulu..

Tak plan pon nak buat celebration birthday ke apa utk Imani...
Tak adil pulak kan..Ilyaas dulu umur setahun celebrate birthday kat taska...
Hmm, maybe beli kek makan dgn cik ana cik awa je la kot..
sebab ayah Ilyaas nak pegi Doha masa birthday Imani.
Umi purposely withdraw presentation umi kat Doha just to be with my princess on her birthday...
Sweet tak umi?
hehehehhe
sebenarnya byk lagi sebab kenapa umi withdraw pergi Doha, tp tujuan utamanya sebab nak ada bersama Imani!

Nak spend one day la work at home with Imani on her birthday...

Nanti kita usulkan proposal kat ayah...


Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, January 7, 2014

Ilyaas Hafiy at 34months old

Assalamualaikum, 

Dah agak lama kan tak update perkembangan anak-anak dekat blog ni..Meh ari ni nak rekodkan perkembangan  abang Ilyaas Hafiy yang lagi 2 bulan cukup 3 tahun.

Besar dah anak umi...
Walaupun nampak mcm dah besar, tapi kitaorg tak la treat dia mcm budak besar..even though dah jadi abang..kesian je rasa kalau treat dia mcm budak besar, mcm tak kena lagi..baru nak masuk 3 tahun kan..

still allow him to throw his tantrums, mengamuk, menangis, menyepahkan rumah mcm biasa..
kesabaran kitaorg je la kena sentiasa di kawal...

contohnya, Ilyaas ni suka sgt tgk tv dekat2..kitaorg duduk rumah sewa kan, jadi tak nak la tebuk lubang kat dinding rumah nak wall mounted kat tv kitaorg, so letak atas kabinet biasa je la..mmg faveret budak2 ni tengok tv dekat2...
so kitaorg letak satu lagi meja nak avoid dorang dari terlalu rapat dgn screen tv...Ilyaas kan dah besar n kuat, ada je idea dia nak merapatkan diri dengan kabinet tv...bila dihalang dia marah, nangis, mengamuk..
bila dia dah redha sikit, saya akan panggil dia, peluk dia, duduk berdua dgn dia and akan explain elok elok kat dia, kenapa umi dgn ayah tak bagi buat mcm tu..slowly dia paham walaupun amik masa untuk dia terima dan dia akan ulangi perkara yg sama berulang kali..


Ilyaas suka sgt main lego..sejak balik dari Legoland aritu..hari2 kot dia main lego..kadang2 dia buat bangunan tinggi2..kadang2 dia buat lego tu mcm kek, susun2 then dia akan potong kek letak dalam piring mainan..sambil cakap "ummi, yash buat kek ni"

Weekend aritu, saya try buat satu lagi busy box utk entertained Ilyaas. Fuh, susah nak siapkan satu busy box ni sebab ada sorang budak tu, suka sgt destroy apa saja yg umi dia buat. lain x lain si kecik Imani tu la... Umi pegang kertas nak gunting, dia koyakkan.. 
Yang Ilyaas plak, kita nak lukis kat kotak tu guna crayon, dia senyap2 amik crayon conteng..last2 terbengkalai je projek nak buat shape box utk dia..
Nasib baik projek nak buat road trip box dpt siap walaupon x berapa nak berpuas hati..tp bolehla..Ilyaas boleh main kat box road trip tu dekat sejam...
semalam siap request nak main lagi, tp dah malam so tak layan permintaan dia...



hasil kerja tangan umi yang keras dan tak berapa kreatif..gasaklah tak kisah pon
janji anak teruja...n objektif tercapai.kos cuma RM2.00..tu pon banyak lagi sticker
tu tak guna. boleh simpan buat activity lain..

Ilyaas sekarang dah pandai berkawan.. Suka ajak keluar rumah nak main dgn anak2 jiran...cuma, tak berapa gemar sikit kalau biar dia main tanpa supervision kitaorg..bukan apa, nak bagi anak berkawan kena tengok jugak mcm org yg dia nak berkawan tu.. 
I mmg prefer kalau nak bg Ilyaas main kat luar rumah, I or husband ada sekali..tunggu dia main..
Pernah aritu biar dia main dlm pagar, sekali tgk dia dok syok makan keropok anak jiran dok hulur hulur..
I tak suka la Ilyaas terima makanan dari orang lain. ni jiran baru, mak bapak budak tu pon belum pernah bersembang ngn kami suami isteri..walaupon i ada hadiahkan kek coklat kat family dorang, tanda berbesar hati kami menerima jiran baru, tp still none of the husband or wife saya thank u, or bertegur sapa dgn kami.. bukan nak suruh dorg mesra alam pun ngn kitaorg, just kenalkan diri nama apa, nak panggil apa...sekurang kurangnya tahu sapa dok kt sebelah rumah..adab berjiran kan..tp biarlah, lain orang lain caranya...eh, ni patut entry update Ilyaas, dah melalut citer lain pulak...hehehehe sorrryyyy...

Sambung pasal Ilyaas k, dia suka naik basikal...kalau boleh, setiap weekend kitaorg bawa dia gi park bagi dia naik basikal. kalau kat rumah babysitter pon ada satu basikal roda tiga yg agak besar ..Ilyaas akan main basikal tu tiap2 petang sementara tunggu kitaorg datang amik dia...

Ilyaas ni, apart from his tantrums, he is actually a very lovely and responsible brother..
Mudah mudahan sampai ke besar mcm tu. Jaga adik dia yang sorang tu..
2-3 minggu lepas, kitaorg dah start potty training kat Ilyaas dengan kerjasama babysitter dia yg sgt helpful.
Waktu siang, mmg dah tak pakai pampers... kecuali time dia tidur siang, baru kitaorg pakaikan..itupun selalu tak basah pon pampers tu..

Malam plak, sebelum tidur baru pakaikan..
kadang2 dia request sendiri " yash xnak pakai ampers, yash nak pakai spander je"

I memang tak beli pon training pants ke apa utk potty training ni...tak sempat nak belek2 website dah nak baca pasal2 ni bagai...tp I just follow je la apa yg I rasa ok n betul...Kalau tak pakai pampers, mmg I bagi pakai spender..Actually sejak dia umur 2 tahun lagi, dah biasakan kalau pakai pampers gi jalan2 mmg akan spender skali...so slowly dia dah terbiasa pakai spender...
ada beli toilet seat mcm yg selalu tgk utk toddler tu..tp Ilyaas mcm prefer mencangkung lagi dari duduk..Biarla mana yg dia selesa..lama2 dia belajar la..lagipun sunnah jugak kan mencangkung masa buang air...
Jangan tanya la tips ke apa ke pasal potty training, kitaorg sendiri kelam kabut di buatnya..
Banyak kali dah oooi dia ter lepas wi wi depan tv..ter yak yak dlm spender...
jenuh la sental karpet bagi ilang warna bau dan rasa (eh tak rasa pon)...

kadang2 bila penat balik from uni, dia ter wi wi, sebab kitaorg terlupa yg dia tak pakai pampers..pastu menyirap je darah sbb tambah satu lagi kerja nak kena settlekan..kena bersihkan cepat2 sebelum adik Imani gi main plak dgn najis tu..serabut n penat je rasa..
Kena calm cept2 bagitau diri sendiri anak tgh nak membesar..
siap teringat nnt I dah tua, kalau I pakai pampers org dewasa, sudi ke anak2 I cucikan najis I...


eh ok la, nak gi farewell lunch my sv... saya akan tukar supervisor lagi...utk kali ke4 dlm 2 tahun studi master research ni...
pelik kan bila buat research ni, byk benda tak dijangka berlaku along the way...
harap dapt habiskan dgn jayanya...amin...

demi anak2 ini..

kesayangan saya

Monday, January 6, 2014

6th batch Diaper Clutch- MyHafiy Blogshop


Assalamualaikum, 

Sorry korang, awal2 pagi ni I spam you guys punya dashboard dengan iklan produk terbaik abad ini untuk ibu-ibu trendy...

MyHafiy Blogshop dah update diaper clutch corak terbaru kat FB Page kitaorg...

Jemput la tengok...

Beberapa corak dah sold out tau....
Jadi sapa yg nak, kena cepat ni...



Corak ni semua ada lagi...

tp ada yg dah reserved la

Corak stripes tu tinggal satu jer lagi
Corak bunga2 kat 2 pic terakhir dah sold out

corak bunga2 pic dua teratas dah sold out
corak polka dots tu dah sold out jugak...


Yang Rim pink dah sold out...
tinggal rim grey je satu...

Boleh cekidaut page facebook MyHafiy Ok... https://www.facebook.com/MyHafiyBlogshop

packed for our customers...
ok, pape, u guys know how to contact me kan...drop me a line kalau nak tanya apa2...

k, gtg simulation model dah siap....focus kat lain plak...


Wednesday, January 1, 2014

The Guts for 2014

Assalamualaikum 

It's 3rd day of 2014 and the first Friday of the year. 
Warga Johor dah mula bercuti hari ni. Join warga Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada hari Jumaat. 

Well, to begin the new year, I personally think it's good to write down your dreams, your desires and your wishlists for the next 365 days. InsyaAllah, kalau panjang umur dan di izinkan Allah, kita akan bertemu lagi tahun baru selepas 2014 nanti. 

As for myself, I did not write any of my dreams on paper for Year 2013, because I was actually afraid I will feel like a loser if I can't achieved those dreams. And I was actually not sure what I want for last year. I felt like malu pada diri sendiri bila yg ditulis tak tercapai... :( 

For this year, my main aim is to finish my master, InsyaAllah. and for my husband to finish his master too. 

And we will see what comes after that.

Along the way, I hope that I can develop a healthier balanced lifestyle for my family. We should eat more greens and do more exercise. Perhaps, both husband and myself kena start drinking milk for the sake of our tulang, and also makan oat every morning for the sake of our healthy hearts. For this purpose, I am wishing to have a healthy basket in the house. well, nak beli all these healthy food and supplements, we need lotsa money! So, have to aim for more money too lah.

where I will keep all my wishlists for this year
and keep my days organize


Few more wishes and resolutions are listed in my planner apart from the two I mention above. Would rather keep them secret in the planner and not publishing it here.. *segan*

So, from now on, have to work hard to realize those dreams. 

Happy New Year to all readers. For the whole last year 2013, if I had write anything that make some of you feel uneasy, I am deeply sorry for that ya...

Let's make sure we start our day with a doa mintak dimurahkan rezeki, dilindungi Allah dan di rahmatiNYA....

InsyaAllah...