Saturday, August 30, 2014

Our Msc Viva

Assalamualaikum and Hi semua, 


I don't know where to start sebenarnya bila nak cerita balik kenangan masa both of us (my husband and me) viva untuk our MSc by Research study. 
Kita start dengan mengimbau kenangan lah yer. I memang jenis yang suka kenang masa lalu gitu. Kenangan yang baik je la.

Both of us registered as post-graduate students dekat UTP on 25th January 2012. At that moment, we only have our 10 months young Ilyaas Hafiy. Kalau nak ikutkan, saya sempat jugak type beberapa entry untuk kenangan kami dengan perjalanan master kami. Boleh baca entry-entry Label Master Journey. Ada yang berguna, ada yg mengarut jer. heheh. Kalau rajin, baca lah entry lama-lama tu. 
Berliku-liku jugak perjalanan kami berdua (berempat) nak habiskan master ni. Ada yang saya catatkan dalam blog ni, ada yang saya dan suami simpan sediri .
Syukur, both of us, dapat habiskan dalam masa lebih kurang 30 bulan. Di tambah dengan kehadiran cahaya mata kedua kami dalam tempoh tersebut. Our Master Baby, Imani Hafiyya..


My husband's viva was on 19th August 2014. Keesokkan harinya, viva saya pulak (20th August 2014). 
Selang sehari je viva kami. Sebenarnya kami happy dapat viva date jarak dekat-dekat. Senang urusan kami nak berjimba sama-sama lepas tu. 
Preparation slides viva memang dah dibuat beberapa minggu sebelum. In fact sebelum hari raya lagi dah start prepare viva slides. Memang kami doa sangat2 dapat viva dalam bulan Syawal jugak.. so kena prepare awal-awal la. 



My husband nak masuk viva room. Sebenarnya, ni bukan viva room pon. Ni just Meeting Room untuk department Petroleum Geosains. Biasanya viva akan di buat di presentation room dekat graduate school. Tapi, kebetulan hari kitaorg viva, ramai pulak students lain nak viva.. Semua bilik yang dah biasa digunakan untuk viva dah full. Maka, kami viva dekat meeting room je. Kelebihan jugak la buat kitaorg, since dah beberapa kali kot kitaorg present dalam bilik, memang dah familiar sangat dengan bilik ni, dari segi computernya, projectornya, suhu sejuk nya, susun atur perabut dan kedudukan audience semua dah familiar. 
My husband's Msc Title. 
Beberapa kali jugak I QC slides viva husband I ni, sebab dia punya research memang theoretical and ada equations panjang2, boring jugak orang nak mendengarnya. Memang I akan bebel suruh bagi colourful sikit, so that orang attracted nak stay awake during his presentation. 

My husband ni jenis yang chillax je orangnya.. Dia nak viva, I yang berpeluh peluh ketiak. I nervous betul masa hari my husband nak viva. Tapi dia relax je, santai gitu. Boleh plak sebelum viva start dia dok belek handphone, padahal examiners dah sampai. tunggu sign je from Chairman nak mulakan presentation tu. 

I punya nervous dekat dia, sampai hilang my nervous untuk own presentation on the next day. 


Alhamdulillah, he did well. Masa mula2 start presentation tu, dengar gak suara dia terketar-ketar. 
tp lepas 2-3 minit, smooth je . Alhamdulillah. 

Ok my viva day pulak. 

Errrr, I sebenarnya tak risau sangat pasal nak present. seminggu sebelum viva, I dok pikir nak pakai baju apa untuk viva. Itula yg lebih2 berpusing dalam kepala otak. 
Nak kena pakai blazer ke tak. Baju blouse ke baju kurung..
I memang set, nak viva ni tak boleh beli apa-apa pon yang baru. Pakai je apa yang ada. 
Setiap hari selama seminggu sebelum viva, I dok test baju. 
Semua jenis baju I try. Ketat la, singkat la, seluar ada lekat warna putih2 la, blazer ni panas la, takde poket la.. macam-macam la...
Last-last, 3 hari before viva, I decided I nak pakai kebarung songket (bukan real songket ler) untuk viva I. Kain songket ni mak sedara I bagi masa tahun 2008. I buat baju kebarung tahun 2009.
Woot woot, muat lagi ok pakai baju ni..cuma ketat sikit kat bahu. Al maklumla , dah menyusukan dua orang anak.hahahahah



So, here goes myself on my viva day. 

Ada la rasa nervous sikit pagi nak viva tu. Presentation start lebih kurang kol 10pagi.

Tapi yang lebih berdebar mcm nak pecah dada tu masa examiner suruh I keluar lepas habis presentation. 
Biasanya, just audience je keluar dari bilik viva lepas presentation. Ini tidak, dengan presenter sekali kena keluar. Examiners dengan chairman nak discuss terus. Biasanya, student/presenter kena defence thesis/jawab soalan dengan examiner s terus after the presentation..

Seriously, masa tu I keep on baca doa dipermudahkan segala urusan. 
Cuak gila. kena tunggu sorang2 examiner dok discuss thesis. 
Siap nampak dorang discuss lagi..

Lepas almost 30-40 minit dorang discuss, dorang panggil I masuk. 
Pastu terus bagitau corrections/apa yang dorang nak I tukar untuk setiap chapters. 

Kira macam go through each of the chapters. Lama jugak amik masa nak go through the whole thesis. 

Setiap kali dorang bagitau apa nak kena tukar, I dok sebut Allahuakbar. Rasa mcm alamak, lulus ke tidak aku ni...

Dok teringat anak2 kat rumah pengasuh je time ni.. Kesiannya anak2 I kalau I tak lulus master ni... cuak cuak cuak...

Ada gak benda I kena terangkan balik sebab examiner tak faham apa I tulis, sebab bidang berbeza. 

Finally dalam pukul 12.45pm chairman announce "You are now Pass your Master of Science in Petroleum Geoscience with only Minor Corrections" I rasa nak nangis sangat. Nak lari balik rumah pi peluk anak-anak I... Syukur nya Ya Allah.. 

Alhamdulillah. My husband pon pass with minor corrections. Double celebrations for both of us and our two children. Tapi kami tak celebrate mana pon. tgh penjimatan mega sekarang ni.hehehe


Petang tu, I berjimba kejap amik2 gambar dengan kawan2 perempuan yg sama-sama study by research.
Dorang ni la tempat dengar luahan perasaan I bila emo dengan software or emo dengan supervisor. 




Atilia yg tudung merah tu pon dah pass with minor corrections on early august .. sekarang dah nak start kerja kat miri dah. Jasmine ( the chinese lady) sekrang tgh further phd dalam coral taxonomy. 
Aishah yang blouse grey tu tgh writing thesis Msc dia.. InsyaAllah pasni turn Aishah plak nak viva.

Lepas amik2 gambar dengan dorang, I shoot balik rumah. Amik anak2 kat pengasuh. 
Bestnya dpt tgk muka dorang. 
Umi dah pass. Ayah dah pass. 
Thank You my kids yg sentiasa jadi tulang belakang kami berdua untuk cepat2 habiskan Msc ni.

Total 30bulan, termasuk almost 40 weeks (10bulan) mengandung, 2 bulan dalam pantang, dalam 19 + 3 months menyusukan dua-dua IHs ni, umi dan ayah berjaya habiskan MSc kami. 

Sekarang tgh buat yang terbaik supaya dapat submit hardbound thesis dalam masas terdekat so that dapat convo tahun ni.... 

Mmmmm, itu je la experience viva kami.. 

Klu I rajin, I buat entry pasal tips nak viva..hahahah, baru MSc je pon, macam tak layak je nak tulis tips2 bagai.. tengok la nanti, klu tergerak hati I buat la entry camtu.. Google je dah boleh dapat macam2 tips...:) heheh


Thank You jugak untuk readers yang mendoakan kami...

3 comments:

  1. Congratulations sis..
    Next step plak ye..
    Alhamdulillah..happy for u

    ReplyDelete
  2. Tahniah Athi&Halim!! syok kan dah abes? lagi best minor corrections je..

    ReplyDelete
  3. wow.such an inspiration kot.i mmg admire sgt those yang study and ada anak ni.like myself, yang still tak habiskan study ,bila baca entry u rasa membuak buak jer kembali nak study.

    btw, jemput singgah blog saya yer.

    FAD

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...