Sunday, August 31, 2014

Nasi Kandar & Apam Kg.Melayu, Penang


Assalamualaikum and Hi semua, 

Merdeka Long weekend, kami sekeluarga balik Penang. Melawat mak ayah. 
Bangun pagi Ahad aritu, lepas Subuh, tekak rasa nak pekena Nasi Kandar Kampung Melayu. 
Habaq kat husband, dia pon ok ja. 
Pi habaq kat mak ngn ayah, depa lagi la suka, especially ayah la. sebut nasi kandaq, tengah lena pon dia sanggup mangkit (bangun). 


So, semua siap-siap nak pi Kampung Melayu, kat Ayer Hitam, Penang. 
Ayer Hitam ni dekat area nak pi Bukit Bendera tau. 
Kalau pagi, mmg Nasi Kandar Kampung Melayu ni bukak from awai pagi sampai pukul 11.30 pagi camtu la. 
Kalau petang, depa bukak kat area Sunshine Farlim Ayer Hitam..



Masalah kat sini, susah nak parking.
Suggestion kami, pi parking kat belakang flat. Kat situ insyaAllah ada parking walaupun sesak jugak. 
Dah lepas parking tu, cepat2 la hantar wakil pi beratur. Sebab beratur memang always panjang berjela. 
Tapi beratur pun bukan la lama sangat. 
Sorang beratur, sorang lagi pi cop tempat nak duduk (meja makan). 

Tu dia lauk-lauk nasi kandar kampung melayu. 
Paling famous, kari ayam dengan daging masak hitam. 
Lauk gulai sotong pun sedap jugak. 

Paling power dia punya adunan kuah campur atas nasi kandar tu...yang tu yang paling sedap. 
Anak-anak kami pun makan berselera. 


Nampak dak?
Terliur dak?

Ni kari ayam dengan nasi kuah campur. 
Licin k makan. 
Tips dia kena mai sini dengan perut kosong. 
Baru puas hati makan. 

Kalau tak mau makan nasi kandar, roti canai, roti teluq pon ada gak. 
Pon sedap. 
Kuah campur ..rasa memang terbaik lah...

Depan kedai nasi kandar tu, tiap2 hari ada macam pasar pagi. 
Jual macam2 jugak la, tapi tak la banyak. 
Kadang2 ada barang2 rumah mcm pinggan mangkuk..cantik and murah2..
baju2 especially blouse and jubah and tudung pon banyak gak. 


Selain tu, ada gak gerai2 juai makanan..
Cucuq udang, cucuq kodok (bebola pisang), apam balik, mee goreng, nasik lemak, and yang paling best and wajib beli ialah APAM !!!

Ni memang sedap sesangat. 



Gerai apam ni no 2, betul2 depan kedai nasik kandaq ni...

Yang juai biasanya sepasang suami isteri mamak/mami Muslim.. 
Depa juai dua jenis apam.. Satu jenis yang manis (apam manis) satu lagi jenis tawar tapi berlemak (apam lemak). Harga apam manis, 5 biji RM2..yang apam lemak pulak sebiji 0.40sen. 

Tak jauh dari kedai nasi kandaq ni ada popiah pak sutan.. 
Memang world jugak. 
tak silap sebijik 0.70sen. 

Sapa sapa mai penang, sila la singgah sini. 
Nasi kandaq dia jenis tak pedas and tak banyak kas-kas macam kat Line Clear or kat Deen Jelutong..
So agak sesuai dengan tekak orang Melayu kita...


8 comments:

  1. salam..miss my nasi kandar..meleleh ayeq liur.atie slaloo mkn dkt nasi kndr amer jelutong..mak atie org jelutong

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi kandaq amer jelutong mmg dlm list nasi kandaq terbaik penang

      Delete
  2. Kenapa akk tak tahu ek.wahhhh..sedapnya!!

    ReplyDelete
  3. macam sama je.5 biji RM 2, 0.40 sebiji... HAHAHAHA

    ReplyDelete
  4. sedapnye! amal x penah makan nasi kandar yg mmg btul2 dr penang. nak buat camne, penang pun x penah jejak hehehe

    ReplyDelete
  5. Yt dah lama tak g penang. Baru je bagitau husb smlm nak pegi penang jalan2. Hehehe.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...