Friday, August 15, 2014

The Best of Me

Bila orang bertanya, What is the best of you? kepada saya,  penat saya mencarinya.
Memang sebenarnya saya betul-betul tak tahu apa yang terbaik ada dalam diri saya.
Banyak kali saya rasa seperti seorang 'loser', dalam banyak perkara, terutama sekali
dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri
dan juga seorang umi kepada dua cahaya mata kesayangan saya.

Susahnya soalan yang diberikan ini. Tiada jawapan yang dapat saya berikan.
Lain kalau soalan-soalan berkaitan research yang saya buat, pasti saya boleh jawab,
walaupun tidak semestinya jawapan tersebut tepat, tapi saya punya rujukan untuk mencari
jawapan-jawapan tersebut.



What is the best of me?
Tanya saya kepada diri sendiri.
Duduk sejenak, berfikir tenang-tenang.
Pasti ada jawapannya.

Lama saya termenung.
Berfikir.
Boleh menangis kalau saya fikir dalam-dalam apa yang terbaik dalam diri saya.
Seperti tiada apa-apa yang terbaik yang mampu saya berikan kepada orang yang saya
sayangi.

Mungkin, ingatan saya yang kuat terhadap keluarga saya ialah 'the best of me'.
Ke mana pon saya pergi, saya sentiasa ingat mak dan ayah saya. Mak dan ayah mertua saya.
Saya pasti telefon mak atau ayah saya.
Dan saya sentiasa pastikan suami saya akan telefon mak atau ayah mertua saya,
sekurang-kuranya untuk bertanya khabar. Walaupun sudah seharian bertukar update di whatsapp.

Mendengar suara, bertanya khabar mungkin dpat hilangkan rindu mak dan ayah pada kami, anak-anak yang dah besar dan punya kehidupan sendiri.Untuk memberi wang ringgit yang banyak, saya masih belum mampu.
Untuk membeli hadiah mahal-mahal, masih belum mampu.
Tapi biarlah ada hadiah hatta sebuah kerongsang kecil sebagai ingatan kepada mak dan mak mertua saya.
Mungkin mereka akan gunakan, mungkin juga hanya dibiar terbiar berhabuk dalam almari.
Yang penting, saya ingat pada mereka, tanda sayang pada mereka walau di mana jua saya pergi.

Kerana tanpa mereka, tidak akan lahir 'the best of me' dalam diri saya.
Merekalah contoh terbaik untuk saya menjadi seorang umi buat anak-anak saya.


Submit your story here

http://the-best-of-you.com/browse/submissions/#submit-form-link


#thebestofyou




No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...