Tuesday, August 26, 2014

Update Jalan Felda Aring Tahun 2014

Assalamualaikum and Hi semua, 


Ni nak share dengan korang semua yang Jalan Felda Aring (di Kelantan) dah berturap elok. 

Sepanjang 30km melalui kawasan Felda Aring 1 hingga Aring 10, semua jalan dah ber tar. 

The last time kitaorg melalui jalan ni masa tahun 2012. 

Lepas bersalin kan Imani, memang kami tak lalu jalan ni, memandangkan dengan ada anak kecil bawah umur setahun, agak susah nak cari tempat untuk berhenti kalau ada kecemasan apa-apa sepanjang perjalanan. 

Masa balik ke KT waktu cuti raya hari tu, saya dengan suami nekad nak cuba jalan ni sekali lagi, since anak-anak pon dah besar jugak. 

And tujuan utama of course nak jimat kan masa perjalanan. 

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, boleh di katakan 90% jalan adalah dalam keadaan yg baik dan elok. 

Kebanyakkan jalan baru je di tar. 

10% yang tak elok tu, adalah lubang sikit-sikit.. 




Pemandangan sepanjang perjalanan melalui Felda Aring (update tahun 2014)

No longer view mcm rally kereta di Dhakar.

Boleh baca entry saya tahun 2012 menceritakan pengalaman kitaorg melalui jalan Tasik Kenyir-Felda Aring-Gua Musang dan Cameron Highland untuk pulang dari KT ke Tronoh...(timur-barat)


Tempoh masa kami dari KT ke Tronoh ialah lebih kurang 5 jam setengah sahaja. Jimat banyak sangat. 
Bertolak pukul 9.00pagi, sampai Batu Gajah pukul 2.30 petang. 


1 comment:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...