Sunday, August 31, 2014

Nasi Kandar & Apam Kg.Melayu, Penang


Assalamualaikum and Hi semua, 

Merdeka Long weekend, kami sekeluarga balik Penang. Melawat mak ayah. 
Bangun pagi Ahad aritu, lepas Subuh, tekak rasa nak pekena Nasi Kandar Kampung Melayu. 
Habaq kat husband, dia pon ok ja. 
Pi habaq kat mak ngn ayah, depa lagi la suka, especially ayah la. sebut nasi kandaq, tengah lena pon dia sanggup mangkit (bangun). 


So, semua siap-siap nak pi Kampung Melayu, kat Ayer Hitam, Penang. 
Ayer Hitam ni dekat area nak pi Bukit Bendera tau. 
Kalau pagi, mmg Nasi Kandar Kampung Melayu ni bukak from awai pagi sampai pukul 11.30 pagi camtu la. 
Kalau petang, depa bukak kat area Sunshine Farlim Ayer Hitam..

Saturday, August 30, 2014

Our Msc Viva

Assalamualaikum and Hi semua, 


I don't know where to start sebenarnya bila nak cerita balik kenangan masa both of us (my husband and me) viva untuk our MSc by Research study. 
Kita start dengan mengimbau kenangan lah yer. I memang jenis yang suka kenang masa lalu gitu. Kenangan yang baik je la.

Both of us registered as post-graduate students dekat UTP on 25th January 2012. At that moment, we only have our 10 months young Ilyaas Hafiy. Kalau nak ikutkan, saya sempat jugak type beberapa entry untuk kenangan kami dengan perjalanan master kami. Boleh baca entry-entry Label Master Journey. Ada yang berguna, ada yg mengarut jer. heheh. Kalau rajin, baca lah entry lama-lama tu. 
Berliku-liku jugak perjalanan kami berdua (berempat) nak habiskan master ni. Ada yang saya catatkan dalam blog ni, ada yang saya dan suami simpan sediri .
Syukur, both of us, dapat habiskan dalam masa lebih kurang 30 bulan. Di tambah dengan kehadiran cahaya mata kedua kami dalam tempoh tersebut. Our Master Baby, Imani Hafiyya..

Tuesday, August 26, 2014

Update Jalan Felda Aring Tahun 2014

Assalamualaikum and Hi semua, 


Ni nak share dengan korang semua yang Jalan Felda Aring (di Kelantan) dah berturap elok. 

Sepanjang 30km melalui kawasan Felda Aring 1 hingga Aring 10, semua jalan dah ber tar. 

The last time kitaorg melalui jalan ni masa tahun 2012. 

Lepas bersalin kan Imani, memang kami tak lalu jalan ni, memandangkan dengan ada anak kecil bawah umur setahun, agak susah nak cari tempat untuk berhenti kalau ada kecemasan apa-apa sepanjang perjalanan. 

Masa balik ke KT waktu cuti raya hari tu, saya dengan suami nekad nak cuba jalan ni sekali lagi, since anak-anak pon dah besar jugak. 

And tujuan utama of course nak jimat kan masa perjalanan. 

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, boleh di katakan 90% jalan adalah dalam keadaan yg baik dan elok. 

Kebanyakkan jalan baru je di tar. 

10% yang tak elok tu, adalah lubang sikit-sikit.. 




Pemandangan sepanjang perjalanan melalui Felda Aring (update tahun 2014)

No longer view mcm rally kereta di Dhakar.

Boleh baca entry saya tahun 2012 menceritakan pengalaman kitaorg melalui jalan Tasik Kenyir-Felda Aring-Gua Musang dan Cameron Highland untuk pulang dari KT ke Tronoh...(timur-barat)


Tempoh masa kami dari KT ke Tronoh ialah lebih kurang 5 jam setengah sahaja. Jimat banyak sangat. 
Bertolak pukul 9.00pagi, sampai Batu Gajah pukul 2.30 petang. 


New Fabrics for Nursing Cover

Assalamualaikum semua, 

Pagi tadi dah update pasal diaper clutch 7.2.

Petang ni nak update pasal new fabrics utk nursing cover from MyHafiy Blogshop pulak. 

Semua kain adalah English Cotton yer. Confirm lembut. 

Harga RM60 (exclude postage). 

Di datangkan bersama zipper bag untuk kemudahan penyimpanan. 

Sila pilih yg mana berkenan, and boleh order melalui facebook page https://www.facebook.com/MyHafiyBlogshop

atau boleh whatsapp (athi) 0194488744

Diaper Clutch Batch 7.2


Assalamualaikum and Hi semua, 


Sekarang MyHafiy Blogshop dah restock untuk batch ke-7 diaper clutch. Saya namakan Batch 7.2 sebab sebelum Raya haritu dah terhabis jual batch pertama (7.1) sebelum sempat saya upload dalam album di Facebook Page ataupun di blog...

Untuk Batch kedua (7.2) ni, ada kuantiti yang ada lebih banyak. InsyaAllah batch 7.3 bakal menyusul selepas ni. Corak dan design yang sama mcm batch 7.2 jugak. 

Harga, RM60 (postage RM6 ke Semenanjung dan RM9 ke Sabah/Sarawak).

To order: Please pm our facebook page https://www.facebook.com/MyHafiyBlogshop?ref=bookmarks

atau boleh sms/whatsapp saya (athi) 0194488744

Kalau nak beli sebagai hadiah pon boleh. Untuk kegunaan sendiri pon boleh. 

Untuk Batch ke-7 ni, corak-corak yang ada memang cun sgt yer. Semunya daripada high quality English Cotton. 100% English Cotton. 


DC56_A
Warna: Pink Purple Lilac
Ballet artist with English Theme

Friday, August 22, 2014

Syahdunya rasa hati...MH17 dalam memori

Hari Jumaat
22 August 2014
Hari berkabung negara
sedihnya rasa hati...
Tak mungkin dapat membayangkan perasaan ibu-ibu yang sedang menunggu ketibaan jenazah anak-anak mereka tiba setelah hampir sebulan kejadian ini terjadi.
Bagaimana pulak runtun nya hati seorang isteri menunggu jenazah kaku sang suami, pemilik tulang rusuk yang pergi dahulu dalam tragedi penuh tragis ini..
Ya Allah....
kuatkanlah hati-hati mereka...

Saya tak nak imagine perasaan mereka.
Saya berdoa agar tiada siapa merasai apa yg mereka rasai...

Saya tak tahu kenapa saya emosional sangat. 
Mungkin saya seorang ibu, saya seorang isteri, mungkin sebab saya pernah berada dalam pesawat tersebut. 
Ya Allah, setiap apa jua kenangan bersama MH17, memang tak akan saya lupakan. 

Semoga urusan pengebumian semua jenazah tak kira Muslim atau bukan Muslim dipermudahkanNYA. 
Biarlah mereka bersemadi dengan aman. 
Ada pusara buat dikunjungi ahli keluarga. 

Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-bila-tiba-ungu-ost-sang-kiai.html#ixzz3B5A0A0t0

Thursday, August 21, 2014

Happy IHs with Ummi's Homemade Playdoh ( No Cook, without Tartar)

Assalamualaikum and Hi semua, 

Weekend lepas, sementara hati tengah resah tak berapa nak senang duduk memikirkan minggu ni I dengan husband akan menghadapi viva kitaorg, I cuba hilangkan tumpuan terhadap our upcoming viva dengan melayan kerenah anak-anak. (nanti I share experience kitaorg viva selang sehari in another entry)

Dah lama I tak share kat blog ni pasal homeschooling dorang kan. Bukan homeschooling mana pon. 
I cuma penuhkan aktiviti dorang je selain dari dok tengok CD or main mainan yang berlambak tu. 

kadang-kadang buat something yg lain sikit. 

So, yg bezanya kali ni I buat playdoh sendiri. Rupanya senang jer. Senang sesangat. dapat idea ni sebab kakak ipar I ada belikan anak2 dia playdoh. 
kenangkan anak sendiri, I google2 la resepi nak buat homemade playdoh. 
Sebab sekarang dalam proses jimat cermat mega buat keluarga kami, maka mmg sesuai sgtlah I aplikasikan homemade playdoh ni .



Sunday, August 17, 2014

Ayam Panggang ala Kak Filla

Assalamualaikum u alls, 

I nak share resepi I cilok from blogger fames iaitu Kak Fillanie. 
Kejap eh kita kasik link entry resepi kak Filla tu..


Fuh, berpeluh nak cari link ni, kejap je aritu baru baca, tup2 dah kebawah dah entry ni. cepat benar Kak filla update blog dia, padan la dia cepat jadi nuffnanngers berjaya.. 

Kalau blog I yang jenis melukut di tepi gantang ni, mmg lambat lagi la nak dapat status berjaya begitu....


Ni ayam panggang I masak ikut resepi kak Filla. tp I tambah tomato sos...bagi ada rasa masam-masam gitu.. 

Sedap, kami sekeluarga makan habis semua..hahahha...dengan Ilyaas pon dok request nak meratah ayam .. 

Ni resepi dia yer .. of course la I edit2 ikut apa jer barang yang ada kat rumah ni.

4 ketul ayam 

Bahan perap
lada hitam satu sudu
lada putih satu sudu
Madu 1 sudu
Sos Tomato 1 sudu
Kicap manis Cap kipas udang
Sos Tiram 1 sudu
Planta (I tak de butter kat rumah ,maka planta pon jadik ler)

Bahan Celur
Ubi kentang
Carrot

I masak dalam 40-50 minit. Guna oven biasa2 jer. Yang kecik tu. 

Dah nak masak, baru masukkan sayur2 yg celur tadi dalam oven. 
pastu dah siap, hiaskan dengan salad. 

I masak nasi planta gak malam tu. 
Memang combination terbaik la..
rasa ala-ala kenny rogers dah...(tipu sangat kan) heheheh

okay lah, itu jer update ni..

bye



Friday, August 15, 2014

Vat Claim at Schipol Airport

Assalamualaikum korang, 

Pernah dengar tak VAT Claim?

VAT ni bermaksud Value-added-Tax. Kalau kita travel ke negara-negara luar seperti USA, London, Europe etc, biasanya setiap barang yg kita beli from groceries kepada jewelry, semuanya dikenakan tax. 
Kalau kat Malaysia, dikira mcm GST yang bakal dilancarkan pada tahun 2015 ni. 
Sebagai seorang tourist, kita layak untuk buat tax claim terhadap semua barangan yg kita beli sepanjang kita menetap di negara luar ni. 



The Best of Me

Bila orang bertanya, What is the best of you? kepada saya,  penat saya mencarinya.
Memang sebenarnya saya betul-betul tak tahu apa yang terbaik ada dalam diri saya.
Banyak kali saya rasa seperti seorang 'loser', dalam banyak perkara, terutama sekali
dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri
dan juga seorang umi kepada dua cahaya mata kesayangan saya.

Susahnya soalan yang diberikan ini. Tiada jawapan yang dapat saya berikan.
Lain kalau soalan-soalan berkaitan research yang saya buat, pasti saya boleh jawab,
walaupun tidak semestinya jawapan tersebut tepat, tapi saya punya rujukan untuk mencari
jawapan-jawapan tersebut.

Thursday, August 14, 2014

Mittens Baby Murah-RM5 restock

Assalamualaikum korang,


Nak bagitau ni, sebab aritu ada yg whatsapp bertanya and pm kat facebook page pasal mittens murah ni..

Sekarang dah restock dah yer...

Tapi mcm biasa, korang tak leh la pilih kaler or corak, cuma cakap nak design Boy or Girl je yer.

Kali ni design banyak lagi dari hari tu..

Sila lah lihat gambar2 kat bawah ni

Nak order: Whatsapp/sms I (athi) 0194488744
or pm kat facebook page Myhafiy Blogshop yer

Girls' Design
RM5 per pair


Boy's Design
RM5 per pair




1st Giveaway by Melangkau Garisan

Sebab dah selamat pos hadiah untuk pemenang2 GA souvenir from Holland, maka arini, tuan punya blog ni nak join GA dari blog lain pulak. 

Hadiah best ni...
Kot2 ada rezeki...

=)

Giveaway ni from Blog Melangkau Garisan 



Tu hadiah pertama tu dalam gambar..

Ada 4 hadiah, so ada 4 pemenang la...

Korang nak join, pls klik banner gambar tu yer..


Wednesday, August 13, 2014

Pregnancy and Ovulation Tests termurah di pasaran

Assalamualaikum, 

Hi semua, 

Ok tajuk entry hari ni mmg khas untuk mereka yg dah berkahwin sahaja yer. Yang belum, boleh baca, tapi jangan cuba ok..

Sebenarnya, I nak share kat mana korang boleh beli pregnancy and ovulation test strips yang murah. sangat sangat murah, sampaikan korang tak kan percaya bila tengok harganya. 

RM1 sahaja untuk pregnancy test (UPT). 
RM 1.20 sahaja untuk ovulation test (LHT).

Lagi best, beli 9 percuma 1...
kalau nak beli sekeping pon boleh jer..no hal..

Terbaik sgt offer mcam ni..
Murah kan???

WW: Gaviscon Double Action Liquid Sachet

Pesanan Penaja




Tuesday, August 12, 2014

Update Anak Susuan: Zarifa dah tumbuh gigi

Assalamualaikum semua, 

Dah lama nak kongsikan cerita pasal anak susuan ke-3 saya ni. Korang ingatkan Nur Wafiatul Zarifa?

Despite her T18 Sindrome, she is now having her first teeth, at the age of 18 months old. Alhamdulillah. 

Satu lagi milestone besar buat our special Jippa. 



Monday, August 11, 2014

Pemenang GA Souvenir from Holland by Cherish Every Cherry

Assalamualaikum, 

Seperti yang I dah janjikan, hari ni I nak announce pemenang2 Giveaway Souvenir from Holland by Cherish Every Cherry. 

Alhamdulillah, ni second time I buat GA, sambutan menggalakkan. Thank You semua yang join. Ada 34 penyertaan. Ada di antaranya readers sedia ada, ada jugak readers/followers baru. Apepun, saya ucapakan terima kasih dan salam ukhwah buat semua.


Ok, tak mau bebel panjang2, I pon tak berapa boleh fokus dekat internet sekarang ni...
Hati dan otak hanya pada viva ku tinggal 9 hari jer lagi. 


Maka dengan ini, saya umumkan yer tiga orang pemenang GA saya ni...

------

Saturday, August 9, 2014

Senarai Peserta GA Souvenir from Holland

Assalamualaikum,

Saya dah list kan nama peserta yg join GA Souvenir from Holland. 

Nanti saya buat cabutan, 3 pemenang, akan saya umumkan hari Isnin ni yer..

Friday, August 8, 2014

12 days to go for viva la vida

The time has come for my me to defense my research.
It's viva day....
InsyaAllah it will be on the 20th of August this year..
Still in Syawal.. moga dapat keberkatan Syawal..

Sebenarnya, tekak ni asyik je mintak nak makan ketupat, lemang, dengan rendang.
Tak puas makan aritu.
Ikutkan hati nak ajak je suami balik rumah parents kat BM.
confirm balik BM, boleh merengek mintak mak masak rendang ayam sedap...*teringat ingat*
Pasti mintak ayah tolong belikan lemang ngn ketupat daun palas...
sedapnyaaaa

Thursday, August 7, 2014

Last Day for GIVEAWAY SOUVENIR FROM HOLLAND




Assalamualaikum and Hi semua, 

Nampak tak tarikh kat banner ni? 
Hari ni kan dah 7th August 2014, maka, hari ni adalah hari terakhir untuk korang semua nak join GA blog kesayangan I ni.. 
Cepat2 ye, sapa2 belum join, jemput join kalau nak buah tangan dari Belanda. 

Wednesday, August 6, 2014

Holland Trip 2014: Zaanse Schans

Assalamualaikum semua, 

Dah lama tinggalkan entry-entry berkaitan jalan-jalan sambil kerja kami di Holland bulan May/Jun yg lepas. 
Hari ni, nak sambung balik menulis pasal Holland Trip 2014. 
Kali ni nak bawak korang semua untuk virtual tour ke Zaanse Schans, sebuah wilayah perkampungan yg terletak di daerah Zaandam, 30-40km outside of Amsterdam. 

Cara nak pergi ke sini senang je. 
Amik  Connexxion Bus no 391 dari Amsterdam Centraal Station. 
Bus ni akan park depan centraal station tu, dekat area tram/bus stop. Bergerak setiap 30minit. 
Kalau waktu summer, setiap 15minit bus ni akan gerak.  
Tiket untuk ke Zaanse Schans boleh di beli dari kaunter tiket dalam Amsterdam Centraal Station. 
Kaunter tiket tu betul2 depan pintu masuk centraal station. 
Harga saya tak ingat dah sebab saya guna OV Chipkart je. 
Perjalanan dengan bus 40minit. 

Tuesday, August 5, 2014

Raya 1435H-Penang-Terengganu

Assalamualaikum semua, 

Puas beraya tak? Arini I dah mula 'kerja' mcm biasa. kerja la sgt kan. I mean working for my Master la.. 
InsyaAllah, dalam bulan Syawal ni jugak I akan viva.. 
Tarikh dah di proposed, tapi belum confirm. 
Slides dah ready tapi of course selagi belum sampai hari presentation, mesti ada je nak dibetul betulkan. 
Harap sgt tak banyak correction and results semua ok. 
Ada rezeki boleh convo tahun ni. tapi tak kisah sangat pon convo bila, janji boleh lulus. 

Before start cerita raya, jemput yer join GA from Holland. sila klik banner kat sidebar sebelah ni..

Jom cerita pasal raya kitaorg. 
Biasa-biasa je, sepanjang masa dengan family je. 
Kitaorg bertolak balik kampung sebelah I hari Jumaat 25 Julai. bertolak dalam pukul 4 ptg mcm tu. 
Sampai rumah parents kat BM ngam-ngam tengah azan Maghrib. Malam tu bukak puasa terbaik la masakan mak..