Wednesday, January 28, 2015

CNY SALE: 20% Discount for Nursing Cover and Diaper Clutch

Assalamualaikum semua, 


Yes, kedai kecik I skrg tgh buat CNY Sale.. 20% discount untuk nursing cover and diaper clutch. 

Untuk 10 hari je... 

Starting yesterday, 27th January 2015 (1pm) sampai 6th Feb 2015 (1pm)


Cepat-cepat grab pilihan hati korang sementara tengah sale ni...



Thursday, January 22, 2015

Imani Hafiyya is Two


Assalamualaikum semua, 


I bersiaran kembali hari ni. Dengan tujuan nak update pasal birthday anak dara kesayangan I tu. 
Cik Imani Hafiyya kita dah berusia 2 tahun semalam, 21 Januari 2015. 

Alhamdulillah. Of course, ayat cliche mak mak kan, kejap je anak dah besar. Memang pun, rasa mcm baru je sakit nak beranak kan budak ni, tibe2 dia dah 2 tahun (cliche lagi), dah xsuka berdukung sekarang ni. Bukan main sekarang ni anak dara sorang ni, makin menjadi jadi tunjuk taring kenakalan dia. Al maklumlah, Terrible Two gitu. Umi ayah dia redha je la melalui fasa ni dengan penuh kesabaran. 

Sempena birthday Imani yang kedua, I order cheese cake sebijik. Last minit order sebab plan nak beli terus kat kedai, tp pikir pikir, mcm kena bagi tema sikit la (walaupun tak berapa nak bertema sgt) untuk si kecik yg minat Princess Sofia. Nak order kek princess sofia mmg tak sempat dah, so order kek yg warna purple white. At least masuk theme kaler la. Print A3 poster gambar Imani ngn Princess Sofia lekat kat dinding. 
Dah jadi la mcm tu je celebration kami anak beranak. Cukup sekadar ingatan. 


Budak excited tengok birthday cake sendiri. 
Segan2 dia nak tiup lilin tu.. 
Last2 dia tak tiup lilin pon, dia cubit kek tu makan dengan jari terus. 
Nak suruh dia pakai night gown Princess Sofia, baru kena tema, tp dia dah nekad pilih nak 
night gown frozen pulak semalam. Belasah je la. 



Lepas sessi makan malam (kek tu xde sapa pon makan, hahahah), baru bagi hadiah. 
Part ni Imani excited, Abang Ilyaas pulak start ngamuk sebab dia kata dia x dapat hadiah. 
Padahal dah belikan lego Ironman yg ciplak kat dia. 
Dua beradik ni memang kurang sikit rasa nak berkongsi mainan sesama dorang. 


Berapa kali Ilyaas dok pujuk adik dia nak main kejap mainan baru adik. 
Adik pon dah pandai tak nak share dengan abang dia. 
haiyaaa, pokai la umi kalau setiap kali beli mainan nak kena beli 2 set utk korang. 
belajar la sharing2 anak2 ku sayang..




Ni la hadiah Imani.. Shopping cart. 
Kemain dia tolak keliling rumah. 
Si Abang pon bukan main jelez. Bila adik bagi chance dia tolak, 
kemain sengih sampai telinga, bawa trolley tu mcm mat rempit sampai bertabur buah buah kat dalam tu.. 

Alhamdulillah, walaupun tak de celebration besar besaran, at least ada few pictures and cake for her to remember. Umi sayang sangat2 kat adik tau. 

Ayah pun sayang adik sangat2.. 
Abang Yash pon sayang adik sangat2. 

Adik nnt besar jaga diri elok2 kay. 

Love you sayang..

XOXO

Umi

Monday, January 12, 2015

Hari pertama Ilyaas ke sekolah


Assalamualaikum semua, 

Baby boy I yang sorang tu dah masuk sekolah.... 

I feel I'm old now...

So, today 12Jan 2015, Ilyaas Hafiy dah start zaman persekolahan di peringkat tadika. I hantar dia ke tadika kemas dekat dalam taman perumahan kitaorg ni je. senang dari segi logistik. 

2 hari sebelum start schooling, semua persediaan dah dibuat. Biasala, dapat umi mcm I ni, excited + nervous semua campur aduk. Anak relax aje. I berkali kali check beg sekolah dia, check barang2 semua.  




Hari sabtu gi gunting rambut bagi lebih handsome...


Pagi tadi, pukul 7.15 baru kejutkan Ilyaas, bagi mandi and breakfast. I buat sandwich telur dekat Ilyaas. Berselera pulak dia makan pagi2.. sekeping sandwich telur dengn sekeping roti sapu nutela habis dia makan. 

Kol 7.40pagi gerak ke sekolah. 
Sampai je Ilyaas terus masuk kelas. 
Ada dalam 8 orang students untuk umur 4 tahun. 


Abang Ilyaas and Adik Imani siap sedia nak gi sekolah. 
Adik ngamuk nak join abang kat school. 



Environment dalam kelas Ilyaas. 
Ilyaas dah ngantuk tu garu2 mata... 


Sebelum start kelas makan pagi dulu. 
Arini menu sarapan roti dengan susu. 
Walaupon dah makan kat rumah tadi, Ilyaas still berselera makan kat sekolah. 

Pukul 10 ke 10.30 pg jap lagi ada makan pagi lagi. 
Menu hari ni Mee Bandung. 

Umi rasa lega sangat sebab Ilyaas tak nangis n nampak dapat sesuaikan diri dengan kawan2 n cikgu . 

Moga Ilyaas dapat menimba ilmu di sekolah dan menjadi pelajar yg baik, baik akademik, baik akhlak.. Amin....