Sunday, March 22, 2015

Perihal Rumah Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, 

Bulan Ramadhan 2014 (tahun lepas), kitaorg berdua rasa dah sampai masa untuk ada rumah sendiri. Waktu tu, target kitarog nak rumah teres dua tingkat. Kalau kat kawasan kitaorg tinggal ni, ada dua developer je. Hua Yang Bandar Universiti & MRCB Puncak Iskandar. Jadi, tak susah sangat untuk kitaorg buat decision nak pilih developer mana dan jenis rumah yang di idamkan.:P

Langkah pertama mestilah buat survey tinjau-tinjau projek perumahan yang ada dekat kedua-dua developers ni. Hua Yang memang ada beberapa jenis rumah teres dua tingkat. Untuk fasa pertama, rumah teres dua tingkat (Lavender) dengan keluasan 22x70m still ada satu unit yang available masa tu, dengan harga RM213k. Bila kitaorg melawat tapak rumah tu, rasa sangat tak berkenan dengan design rumah, sebab ruang porch kereta terlalu luas, menyebabkan ruang tamu + ruang makan jadi pendek and bahagian dapur jadi sekangkang kera. And tak dapat nak renovate untuk tambah ruang dapur, sebab dah tak ada kawasan tanah kat blkang dapur. So, kitaorg KIV dulu projek rumah teres dari Hua Yang ni. Ada Lavender 2 jugak, tp masa tu kitaorg rasa mcm sedikit tawar hati dengan Hua Yang plus perumahan kat kawasan Bandar Universiti ni atas tanah lombong. Nampak banyak rumah yg dah retak walaupun belum siap sepenuhnya. 


Jadi pencarian rumah berubah ke developer MRCB pulak. MRCB develop kawasan di Puncak Iskandar, Perak Tengah. Kawasan perumahn MRCB lebih dekat dengan UiTM Puncak Iskandar and kawasan Pejabat Daerah Perak Tengah. Well, dekat MRCB, cuma ada satu je projek rumah teres dua tingkat, itupun dah dalam pembinaan dan tak ada unit yang available. Both of us ada sedikit kecewa jugak masa tu, tp we all rasa mcm berjodoh dengan MRCB ni. 

Waktu tu, dorang baru nak launch projek rumah Semi-D setingkat fasa C. So, kitaorg letak duit booking dulu RM100. Of course before buat booking, kitaorg pergi tinjau2 rumah semi-D setingkat yang dah siap di bawah pembinaan MRCB. Design dia ok la, lebih menepati kehendak kitaorg walaupun kitaorg lebih inginkan rumah teres dua tingkat. Dalam booking form tu, I still tick preferable choice is teres 2 tingkat. Nak jadi cerita, selang 2 minggu lepas bayar booking fees tu, developer call bagitau ada satu unit rumah teres dua tingkat available sebab pembeli sebelumnya terpaksa tarik diri berikutan loan tak lulus. Mungkin nak jadi rezeki kami suami isteri, booking fee RM100 yang dibayar untuk rumah semi-D setingkat terus di transfer kepada rumah teres dua tingkat tu. Since itu je unit yang available, kitaorg both mmg takde choice lain nak pilih corner lot ke, lot paling murah dan sebagainya. Memang kitaorg terus bersetuju je dengan satu satunya choice yang ada. Alhamdulillah, kami dapat middle lot with extra land dekat tepi porch kereta sebab rumah terletak dekat corner jalan. 

Proses nak beli rumah ni kitaorg dah kaji dan tanya2 orang yg lebih berpengalaman. Alhamdulillah representative dari MRCB buat semuanya dan tak ada istilah dorang nak mark up harga atau mintak komisen. Dari urusan lawyer, cari bank nak bagi loan yang paling rendah interest rate dan pengeluaran wang KWSP untuk bayar deposit rumah semuanya dipermudahkan Allah SWT. Syukur sangat2. Proses ni ambil masa 4-5 bulan jugak la sebenarnya. Tapi setiap bulan/minggu ada berita dan progress. Menurut bank, selagi kitaorg tak dapat kunci rumah tu dari developer, kitaorg tak perlu bayar harga penuh bulan2. Setiap bulan sejak semua urusan lawyer-bank-developer selesai kitaorg perlu bayar kepada bank harga rumah mengikut peratus pembinaan rumah yang dah siap. 


Rumah kitoarg yang dalam pembinaan. Gambar ni masa bulan December 2014 yang lepas. before xmas holiday. 



Every month, developer akan send surat dekat bank nyatakan dah berapa % rumah tu siap dibina, and bank akan calculate berapa kitaorg kena bayar untuk bulan tersebut and they will notify us. So, kitaorg kena sedia duit je la bayar loan bank. Well, sementara nak tunggu 100% siap rumah tu, dapat CF dan dapt kunci rumah, kitaorg kenala bayar harga 2 rumah. Satu loan rumah pertama, satu lagi rental fee untuk rumah sewa sekarang ni.. Budget is very tight due to that. hehehe, lumrah hidup I guest. semua orang/pasangan pun melalui fasa yang sama, unless duit simpanan memang bertimbun2 mungkin tak terasa sangat la situasi mcm ni..




Our house last January. Dah cat dinding tapi belum pasang tiles lagi masa ni..
Boleh kata kalau takde urusan wktu weekend, kitaorg akan melawat tapak perumahan ni. Bawak anak2 sekali. Ilyaas paling kuat berangan pasal bilik tidur dia. Parents and parents in law pun dah datang tgk rumah ni. Kadang2 waktu lunch hour pun both of us pergi melawat, tgk rumah ni dari jauh, sebab jarak rumah ni dengan tempat kerja kitoarg less than 10minutes away. InsyaAllah lepas ni ada jalan baru menghubungkan kawasan perumahan ni terus ke pintu masuk office kitoarg. So, harapnya makin jimat masa nak ke pejabat n dapat balik rumah bila waktu lunch untuk prepare untk masak dinner....cita2 tinggi ni ..:D 

Pandangan rumah dari hadapan dan dari belakang.
Ada tanah around 20kaki dekat belakang ..
Dan yang terbaru, baru dapat tau rumah ni dah 75% siap. Skrg dalam proses nak buat jalan raya depan rumah tu. 
Sliding door pon dah pasang. Tiles semua dah ada except kat bahagian dapur and bilik bawah belum letak tiles. 


75% ready
InsyaAllah, syurga idaman kami...


Buat masa ni, tak sempat lagi nak fikir untuk konsep2 decoration dalam rumah sebab mmg tak de masa nak berfikir bab tu. Slowly akan mula melawat expo-expo perabot n perkakas rumah utk persediaan nak masuk rumah. Yang pasti, basic necessities such as grill, lampu, kipas, langsir kena siap dulu. Perabot lain n deco2 lain boleh guna apa yang ada dulu . Slowly kumpul duit untuk itu semua..InsyaAllah.. 

* Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kitaorg nak memiliki rumah pertama di dunia ni* 

4 comments:

  1. tahniah.. best dah ada rumah... besar plak tu...

    ReplyDelete
  2. Di sana mana kedai yang ambil tempahan grill yang murah?

    ReplyDelete
  3. Di sana mana kedai yang ambil tempahan grill yang murah?

    ReplyDelete
  4. Di sana mana kedai yang ambil tempahan grill yang murah?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...