Tuesday, March 17, 2015

Rumah Contoh Semi-D di Lahat/Pengkalan, Ipoh

Assalamualaikum semua, 

Nak up gambar decoration kat rumah contoh. Tapi ni bukan rumah contoh untuk rumah yg kitaorg beli pun. Ni rumah contoh area lain, rumah Semi D dekat tepi Lebuh raya Ipoh-Lumut berdekatan Pengkalan and Lahat. 

Kalau ikut highway Ipoh-Lumut, kawasan perumahan ni ada kat sebelah kiri jalan (if kita dari arah Jelapang ke Lumut). Kat sini rumah semua jenis yg besar2, and area kawasan perumahan ni agak baru. Sebelah kawasan perumahan ni ada satu tasik (bekas lombong bijih timah). Air tasik tu memang biru kehijauan. Sngt dalam rasanya berpuluh kaki tasik ni. Dengan latar belakang bukit batu granite from Kledang Range Formation, quite a scenic view jugak la. cuma, bagi I yg sedikit penakut ni, I rasa tak berapa selamat kot, sebab surely akan risau terlebih kalau anak2 main kat luar rumah. 

Sebenarnya tak boleh amik pic dalam rumah contoh ni. Hahahha, so I tak amik pic bahagian bawah la. Bahagian atas I amik sbb developer tak ikut sampai atas. Mesti lah kena amik pic kan, nama pun nak cari ida deco rumah. :D walaupun rumah ni lagi besar and different type.. Boleh gak curi2 idea. 


Bahagian bawah rumah ni sangat luas. keliling rumah ada tanah sikit termasuk kat belakang dapur. Dapur pun sangat luas, siap boleh lepak2 study kat dapur. 
Cuma deco kat kitchen cabinet tu I tak berapa suka sbb open sangat dari ruang tamu pon boleh nampak. 

Kalau bahagian atas rumah, ada 3 bilik tidur. kesemuanya luas luas. 



Bilik tidur 
Sekarang style deco kepala katil mcm kat hotel eh? 
tak payah beli katil, just beli based n tilam je. tapi warna camni pudar tak menarik minat I sangat. 


Ni dalam bilik yang sama. Ruang belajar or ruang kerja. Best nya bilik luas macam ni


Still in the same room. 
Tema warna dark green and grey. 
Ala-ala bamboo pun ada jugak. Rak2 mcm tu boleh tahan nice la susun2 buku, frame gambar, tp nak mengelap habuk pon banyak gak tu. 



Another room. Hiasan atas kepala katil tu nampakkan bilik ni tinggi and elegant. Once dh buat hiasan mcm tu, maknanya tak boleh dah la nak ubah2 position katil kan....

Ni bilik yg sama jugak, n bilik ni guna tema warna khakis or warna kayu. Tingkat dia mmg luas n tinggi, so pencahayaan kat bilik ni lebih better. 


Master bedroom. Walla, luas sangat!

Tema warna kayu lagi. 



Walk-in wardrobe . 
Only if berkemampuan dan only if my baju is a lot to fill in these cupboards. 
hahahha



Agak berkenan dengan langsir tu. 
Tinggi sampai siling so bilik nampak sangat luas. 
And berkenan  jugak dengan lampu sisi tu. 
Warna bronze and silver. 

Bahagiah ruang keluarga mcm biasa je decoration nya. I ada amik gambar kipas n lampu (hahahahha). 
haruslah kan sebab benda tu yg paling awal nak kena beli nnt once nak masuk rumah sendiri. 


Ok la, thats all.. 

bye.

1 comment:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...