Memang masih my baby girl. sebab belum dapat adik baby lain lagi. :D
TT tu bermaksud Terrible Two.
Memang tgh musim melasak sangat mek imani ni. pening kepala dengan gelagat and perangai dia. banyak akai sesengat. beyond our expectation.
Banyak2 akai pun, level manja tak berubah langsung. kadang2 makin mengada ngada manja dia. Especially nak kan umi je. tak nak ayah. time nak tidur nak umi, nak buat susu umi jugak, nak salin pampers umi, nak bg pakai baju umi.. semua umi umi umi...
Memang mujurlah tak dak adik baby lain lagi, sebab yg baby sorang ni pun required full time attention. bila kita ngajor abang ilyaas dia baca buku, dia pon sibuk sama. bagi pen ngn kertas tak nak, nak conteng buku yang sama abg dia baca...
Ni rupa paras terbaru baby girl besar ni. tu gambar kat wedding anak office mate. dengan anak office mate lain yg datang wedding tu jugak. dorang ni sebaya, beza 2 bulan je. Imani sampai sekarang maintain kurus . Selera makan dia ikut mood dia. Mainly tak nak makan. nak minum susu jer.
Kalau dia penat main kat playground, baru ada tambah sikit selera makan, itupun tak banyak mana la. ada la 10 suap.. Memang habis pikir dah nak bagi budak kecik ni berselera makan.
Appeton yang specific untuk boost kat selera makan pon dah bagi, tp dia tak kunyah habis.
geram betul. makan separuh, pastu pepandai dia tinggal atas meja lagi separuh.
Ni dalam Train ETS. I beli kek coklat pastu dia nak conquer makan sorang2.
bila nak lap mulut ke tangan dia, dia marah, jerit n nangis sampai satu coach pandang2...
Imani ni suara tangisan n jeritan memang no one la. Kuat, nyaring, demping, high pitch and very full of drama. Sampai orang ingat kita dera anak...
Mak tok ngn Wan dia mula2 dgr dia punya tangisan drama queen tu terkejut jugak la...gelabah jadi dorang. lama2 mak tok ngn wan pon ignore je, dah kenal Imani saja buat drama.
Ni satu lagi, eksyen bukan main skrg jalan kat public tak nak pegang tangan. Dukung ape ntah lagi.
Last2, kasi ikat la. terpaksa daripada tanggung risiko baby girl ni hilang, baik lah ikat.
Lantak la orang nak kata kesian ke apa ke..
Yang penting, jantung I tak berenti berdegup bila tiba2 tgk anak takde depan mata...
Ni peel baru dia. Main bedak, bagi putih satu rumah, bagi putih satu badan (baju seluar) dia, pastu buat muka tak bersalah.
aritu dia tabur bedak dekat almari TV. dengan tv sekali dia sapu bedak.
semalam dia tuang bedak atas tilam n selimut.
waaaaaa, debu la satu rumah yg sememnganya senang berdebu ni dik ooooiii...
Imani Imani Imani....
Bukan tak sayang, sayang lebih dari nyawa umi sendiri..
Tapi, umi geram sesangat ngn awak.
Betul lah orang kata, umur 2thun ni mencabar.
Dah merasa dulu masa Ilyaas 2 tahun, tapi macam tak ingat sangat apa yg nakal sangat si Ilyaas tu.
Agaknya itulah kan jadi ibu bapa ni, susah2 jaga anak, once anak dah besar berperangai comel, semua kesusahan tu bagaikan hilang dari ingatan. tak dikenang2...
By the way, Imani ni bukan buli umi ayah dia je. dia buli mak pengasuh dia jugak.
Stress makcik tu jaga dia sbb :
1. mulut becok cakap non stop....hahhahaha (ni genetik tak leh buat apa)
2. manja asyik jadi bayang2 mak pengasuh gi mana2 pun
3. asyik ajak keluar naik motor je...boring la tu sebab abang ilyaas dia gi skolah ...
ok lah, panjang dah ni cerita adik Imani masham.
lepas ni nak citer pasal abang Ilyaas pulak....
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...