Wednesday, May 15, 2013

Aktiviti Menconteng dinding

Bila anak dah masuk phase umur setahun ke atas, dan sudah pandai pegang pensel, dan sudah berminat nak menulis mewarna aka menconteng, kita mak-mak ni kena la siap siaga bila tengok tibe-tibe je dinding rumah yg putih berseri tu ada garis-garis abstrak. 
Biasalah hasil lukisan artis muda berbakat besar. 
Kalau kat rumah sewa kitaorang ni, tanda-tanda Ilyaas mula mengganas dengan pensel warna dan crayon dia  boleh dilihat kat pelbagai lokasi. 

-bilik tidur : atas bucu katil
- ruang tamu : dekat kusyen, dekat tepi tv, tepi rak buku, tepi tempat letak katil adik
-dapur : masih terpelihara lagi kesucian dinding
-bilik tetamu : dekat tepi almari

Jenuh la nak padam. Mula-mula dulu mampu la nak memadam, lama-lama biarkan ajela, nnt tuan rumah potong deposit. Tak pon , kitaorg gi beli cat putih and cat tempat2 ada lukisan Ilyaas tu. 

Nak halang dia conteng dinding mcm tak boleh je. Sebabnye, perangai conteng dinding ni perangai warisan dari umi dia. Serius ok, masa kecik-kecik, actually tak kecik sgt, dah umur 4-5 tahun dah pun, umi Ilyaas ni suka sgt2 conteng dinding. tu umur dah besar tu, tak reti nak dengar cakap mak lagi. Sampaikan mak marah suruh padam semua contengan tu.. Yela, masa tu kitaorg baru je pindah rumah baru. Tengok2 habis dinding kena conteng ngn anak dara dia ni.:P peace mak.

So, daripada menghalang Ilyaas dari terus conteng dinding, I got an idea ....


Tampal kertas mahjung warna putih kat dinding, dan cakap kat dia, kalau nak conteng nak lukis nak buat apa2 buat la kat kertas tu. Lebih selamat dan juga jimat. 
Sekaligus jadi whiteboard tak boleh padam untuk umi and ayah Ilyaas ajar Ilyaas. 
dah habis guna one side, boleh kalih guna the other side. 



3 comments:

  1. wahhh good idea la tampak kertas tu...btw i pon suka conteng dinding dulu! hahah

    ReplyDelete
  2. Suka conteng meja..bdk nakal dulu kt sek..haha

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...