Thursday, May 23, 2013

Worth spending for Baby Khalifah Series

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

We now own this great Baby Khalifah Series (BKS).

I have been eyeing on this product since one and half year ago. To be honest, I got to know this product from mypermatahati.com when I join dropship program with them. They do sell this product. However, I think it is too advance for Ilyaas (since dia belum pon setahun lagi masa tu). But when Mommy Nadia introduce this in her blog, I don't give another thought anymore. Cepat-cepat I email her to order this BKS. Unfortunately, untuk first order masa tu dah penuh. So I wait for the second order. Tak tunggu lama pun. Once second order dibukak, Nadia terus email I tanya I nak ke tak. 

After dah order one set, I cepat-cepat pulak fikir macam mana nak cari fund nak bayar Baby Khalifah Series ni. Mommy Nadia jual RM80 je. Tak mahal pon.. But being a mother tanpa pendapatan bulanan, membuatkan I mmg restricted sikit dari segi spending. Selalunya I memang akan dahulukan keperluan dan kehendak anak-anak dari keperluan dan kehendak sendiri. Biasalah, setiap ibu bapa pun akan buat macam tu jugak kan. I terfikir untuk jual my ring sling. So,I put it for sale dekat dalam group second hand item di fb. Syukur sgt, ada yang berminat. Ramai yg berminat. I jual cukup-cukup untuk bayar Baby Khalifah Series ni. Once dapat payment dari hasil jualan ring sling, I quickly bank in to Nadia, to make sure I did not spent the money for something else. I really really want this Baby Khalifah Series. Lepas dah bank in, email her back. Discuss about postage etc sebab masa tu dah nak dekat PRU13, afraid kalau pos nnt lambat dapat since I'm going back to Terengganu for one whole week. Last-last, we decided to meet up in Chendering, KT since Nadia pun balik mengundi kat Terengganu. Moment dapat box BKS ni, I terus passed it to Ilyaas yg duduk dalam kereta masa tu dengan cousin dia. Excited bukan main Ilyaas, tahu lah dia dapat mainan baru. Yes Ilyaas, umi beli ni untuk Ilyaas. Belajar sama dengan adik ye. Jaga elok-elok tau. 


So these are the things yang ada dlm box BKS biru yang comel tu. 

1. 6 Buku Activity [ My Family/ My First Adab/ My First Kalimah/ My First Arabic/ My First Iqra/ My First Solat]
2. 6 CDs  [ My Family/ My First Adab/ My First Kalimah/ My First Arabic/ My First Iqra/ My First Solat]
3. Flash Card containing waktu solat, kiblat dan aturan mengambil wudhu. 
4. Colour Pencil
5. Bookmark
6. Car Sticker

Cd yang ada dlm BKS ni bukan jenis movie yang boleh play and terus tengok. It is an interactive  learning Cd. Jadi, mula-mula kita kena install dekat laptop/pc dulu. Installation ni amik masa dalam 3minit camtu. Jadi harap bersabar ye anak-anak sekalian. Btw, CD semuanya di-attach pada buku aktiviti ye. Jangan jadi mcm I, bila check dalam box BKS tu dah tak nampak CD, pastu gelabah ingtkan hilang ke masa Ilyaas dok main dalam kereta masa pick up from Nadia. Siap geledah kereta cari. RUPANYA ada kat BELAKANG BUKU laaaaa ...hehehehe funny me. 


Once dah install, kita akan nampak muka budak perempuan comel nama Aisyah ni. Aisyah akan jadi moderator dan guide kita dan anak-anak kita dalam mempelajari topik-topik yang ada dlm BKS ni. Medium komunikasi dalam CD dan buku-buku aktiviti BKS ni menggunakan Bahasa Inggeris. So, selain dapat belajar pasal deen (agama) kita, kita jugak boleh improvekan penguasaan BI anak-anak kita (termasuk parentsnya sekali yg tak berapa nak terrer BI)

First topic yang saya intro pada Ilyaas ialah My First Solat. 


Dalam interactive CD My First Solat ni, akan di ajar cara menjawab azan, mengambil wudhu, bacaan dalam solat. Latihan dalam buku aktiviti tu akan diguide oleh moderator Aisyah. Comel je Aisyah ni tau. Setiap kali Aisyah muncul, dia akan sebut Assalamualaikum. Ilyaas excited sgt dgr Aisyah tu bg salam dekat dia. 


Then kita tengok pulak CD My Family


Ilyaas kusyuk dengar cara mengambil wudhu. Memandangakan Ilyaas baru 2 tahun 2 bulan, tahap concentration dia masih susah nak di kawal. Tak lama dia fokus pada satu-satu aktiviti. Paling lama 15 minit. Jadi saya tak terlalu paksa dia habiskan setiap modul yang ada dalam CD ni. 


Buku-buku aktiviti dalam BKS. Semuanya ada grafik yang menarik. Setiap page berwarna dan printed on a very good quality paper. Amazing sgt product tempatan tp kualiti sangat bagus. thumbs up Islamkids.com


Buku-buku aktiviti masih saya simpan. Saya sayang nak bagi Ilyaas main. Maklumlah, Ilyaas belum pandai menulis, not yet membaca. Sekadar A B C tu baru nak mula mengenal. Sayang kalau saya biar dia belek-belek buku ni, nnt dia terconteng, or terkoyak...aaaaa sedih.
Saya simpan dulu sampailah Ilyaas dah pandai menulis, membaca dan memahami setiap latihan yang ada dalam buku aktiviti ni. Mungkin Ilyaas boleh buat sama-sama dengan adik Imani nnt kan. 
Kena tunggu Ilyaas umur Abang Adam, anak Nadia la kot baru Ilyaas dapat betul2 memahami latihan dalam activity book ni. 
Boleh la baca mcm mana Abang Adam buat aktiviti dalam buku-buku ni dekat link ini ye. 


Ok nak share pasal Flash Card from Baby Khalifah Series pulak. Sejujurnya, I rasa this is a very good quality flash cards. Memang tak sama mcm yg dijual dekat supermarkets or kedai buku even MPH. 
First of all, kad ni menggunakan kertas cardboard yang sangat keras. Knowing my Ilyaas yang sedikit ganas dalam bermain, banyak dah flash card yang jadi mangsa keadaan, terkoyak sana sini. 
Ada satu flash card ABC Ilyaas, ayam takde kepala. Sebab dah kena gigit dengan Ilyaas. 


Selain datang dalam box yang comel dengan moderator Aisyah sebagai pengiklan. 
Ni mainan yang Ilyaas hari-hari akan suruh saya ajar dia. 

" umi, bukak bukak bukak"

Ilyaas suruh umi bukak box ni dan keluarkan flash cards untuk dia main. 

Jujur, saya selalu tak ada masa nak entertain kehendak Ilyaas ajak saya bermain sama-sama. Tapi (ayat standard), I tried to squeeze in some time. Biasanya bila dah golek-golek nak tidur, I show him this flash card. Tunjuk step-step untuk ambil wudhu. Tak lama, 5 minit macam tu je. Selang seli dengan ajar ABC pada dia menggunakan felt words. 



Flash Cards from Baby Khalifah Series
Colourful dan penuh karakter kartun. 


Dengan adanya flash card BKS ni jugak I started to introduce some basic islamic knowledge to my little girl, Imani. Tengok gambar kat bawah ni. Gambar first tu Imani tgh hold kad kiblah sambil tengok ayah dia tunjuk flash card lain. Mudah mudahan menjadi permulaan yang bagus untuk Imani. Gambar kedua tu pulak Imani tgh serabut mengantuk tapi si abang Ilyaas sibuk ajak bermain lagi. Ni gambar latest semalam baru snap. hehehe



Lepas dah purchase BKS ni, I baru tau pasal website www.islamkids.my
Pengeluar Product Baby Khalifah Series ni.



Oh ye, siapa-siapa nak dapatkan info lebih lanjut pasal product ni boleh contact I terus ye. I jual jugak this good product. Bukan tujuan nak dapat keuntungan, tapi to spread the good things. 
Harga dia RM80 (pls add RM10 for postage).

Atau pun boleh direct beli daripada Mommy Nadia. 

Ni facebook page Baby Khalifah Series by Mommy Nadia. 


Jemput like ye kawan-kawan dan sebar-sebarkan lah benda baik ni...


TQ sudi baca







No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...