Thursday, June 6, 2013

Ruang untuk anak-anak

Assalamualaikum semua, saya kembali menulis lagi. Hihi. 
Rindu sebenarnya nak menulis kat sini. poyo kan. 
tapi ada yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu dari blog ni. 
Hari ni nak share pasal ruangan yang saya sediakan untuk anak-anak, untuk dorang main, lepak lepak, belajar dan menambahkan bonding di antara dorang. 

Nak buat playroom sendiri belum punya bilik yang lebih. Plus I think kalau buat playroom dalam usia dorang kecik macam ni, rasa mcm tak berapa nak harap dorang duduk berdua dalam playroom. Tak pasal kang Ilyaas cepuk adik dia. 
Ruangan untuk anak-anak ni saya buat kat ruang tamu je. Senang, sama ada saya or husband mesti ada bila dorang melepak kat sini. Jadi, anak-anak sentiasa dlm pengawasan kitaorang. Lagipun, ruangan sekadar recycle je barang2 yang dah ada kat rumah. sekadar ubah susun atur bagi nampak lebih spacious dan lebih berguna. 


Ni dia ruangan anak anak umi. 
Adik kadang-kadang baring terlentang je atas playmat tu. Kekadang dalam rocker. Kekadang atas bumbo chair. Ikut keselesaan dia la sebab dia kan cepat boring. Janji nampak abang dia ada sama, dia ok je. 

Ilyaas pulak sama ada duduk kat kerusi tu sambil buat aktiviti2 berfaedah sikit seperti membelek buku ke apa ke. tak pun main je atas karpet. 



Meja study Ilyaas. Recycle coffee table Ikea. :P
Kerusi beli kat Tesco je. Just nice untuk budak umur Ilyaas. Rasa mcm kerusi tadika. 
Tampal poster ABC yang dapat masa beli buku kat BBW aritu. Pastu balut ngn plastik so that Ilyaas tak conteng poster ni. Sayang plak klu kena conteng sbb poster ni cantik, and boleh guna lama, nnt Imani dan Ilham  (dah plan nama anak no 3 hahahahahah )  boleh guna jugak. 


Sebelah meja Ilyaas saya tampal kertas mahjung. 
Boleh lah Ilyaas conteng sepuas-puasnya. Jangan diconteng dinding rumah sudah. 
Kadang-kadang guna as white board ajar dia apa2 benda basic. 


Sebelah meja plak, letak rak buku. Saja terbalikkan rak ni bagi kedudukan melintang. Supaya Ilyaas senang nak amik buku. Plus boleh letak barang kat bahagian atas tu dengan lebih banyak. 

Buku disusun ikut umur. 
Rak paling kanan, buku bacaan umi dan ayah. 
Rak tengah mostly untuk Imani. Softbook dan buku yang ada music-music. 
Rak kiri sekali buku-buku Ilyaas. 


Atas rak pulak susun beberapa barang Ilyaas. Ikea playset ni memang jadi faveret Ilyaas. Hari hari dia main. 
Ok la, sekarang dah tau sebut red blue yellow green. tp rasanya dia belum kenal mana satu red, mana satu yellow. hehehehe.. 

ada alat tulis aka alat menconteng dia jugak. letak dalam raga. senang dia nak kemas balik. 
And box hitam tu contain felt alphabets. Salah satu mainan wajib Ilyaas kecahkan tiap tiap hari. 
Pastu tunjuk kat Imani . 
Adik apa lagi, amik masuk mulut je jawabnya. 



Antara meja dan rak, saya letak karpet kecik comel ni. Sebenarnya karpet ni karpet saya masa duduk kat rumah bujang dulu. rak tu pon bawa dari rumah bujang dulu. alang-alang dua-dua barang ni elok lagi, kita turunkan pada anak-anak pulak. 

Lagipun karpet ni macam sesuai je untuk Ilyaas sebab bermotifkan kanak-kanak kan. 

Untuk toys yang lain, yang akan menyemakkan ruang tamu kat rumah tu, saya letak dalam bilik tengah. So that bila Ilyaas sepahkan mainan-mainan dia, tak la sakit mata memandang sebab yang bersepahnya hanya kat dalam bilik. Plus bila buat camni, Ilyaas jadi disiplin sikit, jarang dia buat sepah kat ruang tamu. Kecuali dia bawa keluar kereta dia je. Or susun kereta-kereta kecik kat rak tv. btw kereta-kereta kecik dia semua dia pow acu dia punya. Dulu saya yang dok kumpul kereta-kereta kecik hotwheels untuk adik bongsu, sekarang adik bongsu aka acu Ilyaas kena bagi kat Ilyaas pulak. buruk siku pulak rasa.. :P


Mainan Ilyaas dan Imani. Satu lagi box simpan softtoys takde dalam gambar. 

Bila dah buat susun atur camni, saya pon verangan la nak mulakan Reward Chart System pada Ilyaas. 
Dah siap reka reward chart semua dah. 
Seminggu melaksanakan sistem ni, nampak Ilyaas makin senang mengikut arahan dan menjaga harta benda dia. 

So, saya and husband pun semangat la pergi borong sticker untuk Ilyaas nak dijadikan reward pada dia bila dia buat sesuatu mengikut arahan etc. 


Borong sticker masa balik penang aritu. beli kat supermarket dekat ngn rumah. 


Tapi kan......


Bila balik from penang aritu, ada beberapa hari dah stop sistem rewarding ni, dan lupa pulak nak tampal kertas mahjung untuk Ilyaas menconteng, makanya, reward chart yang saya buat dah berubah jadi camni .....


















Taaaadaaaaaaa



Ini dia reward chart Ilyaas yang pertama...
setelah diconteng conteng  dan semua sticker dan diubah suai mengikut kesukaan Ilyaas. 
Sebenarnya sticker2 tu berada dlm kotak2 yang sepatutnya la. 
tapi anak teruna yang kreatif ni dah cabut sticker2 ni tampal ikut suka hati dia. siap excited bagitau umi dia dah ubah susunan. 
dan dah conteng. 
hahahhahaha
salah umi jugak lupa nak tampal kertas mahjung untuk Ilyaas conteng-conteng. 
Bagus Ilyaas tak conteng dinding. 

Balik nnt umi tampal kertas mahjung untuk Ilyaas conteng ok. 

=)



Ok ya anak-anak umi, nanti dah pindah rumah kita sendiri, 
umi sediakan playroom untuk kalian berdua ye sayang. sekarang main dan explore kat sini dulu






6 comments:

  1. makin rajin lah ilyaas menulis pasni yer...hehe..nasib dia xconteng kat dinding..bagus..good boy =) lagi satu..bagus jugak letak kat ruang tamu..kita pun boleh tengok apa yg dia buat..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe comel je dia conteng kertas reward tu...tp betol, kalau mainan letak dlm bilik, akan angkut jugak ke luar...mcm i la beriya buatkan playroom utk ayish tp mainnya byk kat dapur n dpn tv je...hihi

    ReplyDelete
  3. hehe..jgn ko conteng dinding sudah ye nakkkk....kikiki...gud boy ilyaas!!

    ReplyDelete
  4. lupe nk tny, karpet tu cantek..beli kat mana masa bujang dulu?

    ReplyDelete
  5. Good boy ilyas..lps ni imani blh gang abg ilyas ek..conteng kertas mahjong..ngee

    ReplyDelete
  6. lama tak singgah sini...
    ikut pengalaman.. budak2 ni ada playroom pun, tetap jugak nak main kat ruang tamu.. tetap jugak menyepah hahaha.. sebab tuh kitorg gantung white board kat dining room, so that main kat situ jer.. senang gitu

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...