Monday, October 1, 2012

Felda Residence Hot Springs-Part 2

 Sambungan dari entry Felda Residence Hot Springs Part 1


The Pool(s)

Lepas check in, solat dan rehat sekejap, kitaorg pon turun ke area pool.
Kawasan pool ni agak jauh la sikit dari kawasan chalet, but still considered in walking distance. 
Memandangkan kitaorg sampai/check in pada petang Ahad, orang yg mengunjungi pool ni sgtlah ramai. Especially kat open hot pool and open mountain pool. Dah mcam taman tema air gitu. 

As I said dalam entry lepas, kalau check in kat residence ni, kita dapat complimentary entry tickets. Tapi kalau daily pass, harganya mcm dalam jadual kat bawah ni. Hot Pool dibuka sampai pukul 9malam while mountain/cold pool dibuka sampai 7malam. 


Category Before 6pmAfter 6pm
AdultRM 12RM  6
Child RM 10RM  6
Senior CitizenRM  7RM  7
HandicapRM  2RM  2


signboards. Agak membantu sbb peta dia berselirat dan susah nak faham

ni tempat first kitaorg gi sbb cuaca tgh panas.so nak sejukkan badan dulu

Map
 Mula-mula masuk, kita kena pakai la pas entrance tu kat tangan. kalau daily pass, warnanya biru muda. untuk pas bg penginap di chalet/villa, warnanya putih. Dekat pintu masuk, kita akan nampak air panas bertingkat. Memang panas gila la air dia. Takleh mandi pun, just untuk hiasan sahaja. 



sebelah tu ada kolam air panas 100 degrees celcius. Berasap-asap kolam tu dan ditutup rapat. Bahaya kot.Mendidih kan. Then , kita akan jumpa open hot pool. Ramai sgt orang bermandi manda kat sini. so kitaorg decide nak ke cold pool dulu.



Then, on the way to kolam air gunung/cold pool, kita akan lalui kawasan kolam merebus telur. 
Kat sini, pakat-pakat ramai la orang dok nak merebus telur. 
Telur dijual dgn harga RM3 for 6pcs. sekali dgn kicap.
Keliling kolam tu, ada banyak lagi kolam, boleh la buat rendam kaki sbb suhu agak tinggi untuk berendam



pool untuk rebus telur

ni view dekat kolam air gunung. air sejuk la. ramai gila umat manusia ketika ini. 
Kat kawasan kolam air gunung ni (plus open hot pool) disediakan locker. RM3 sekali kunci/buka. Boleh la nak buat simpan beg dan barang2 berharga. Ada gak toilet untuk changing. Kawasan kolam dibagikan kepada dua bahagian mengikut kedalaman.

Ada cafe jual snacks seperti burger, popcorn, sandwich, corn in cup sebab makanan luar tidak dibenarkan untuk dibawa ke kawasan pool. 

Ada satu la yg saya concernkan bila di kolam air gunung ni, kebersihan tak berapa terjaga. Probably sebab terlalu ramai orang and dah petang. Saya mmg xexpect air sejernih swimming pool sbb ni xde chlorine. 

Dah puas berendam kat kawasan tu (well, tak puas pun tapi ramai sgt orang , kitaorg dah jadi serabut), we all move to hot pool. Tapi bukan yg open pool, ni yg sort by temperature. ada sampai more than 50degrees. Huuuu, panas..tak berani cuba

kitaorg just try berendam kat pool suhu 35 degrees ni je.
sedap je rasa
tp tak lama la, sbb takut effect baby dalam perut
plus abg baby asyik mengamuk nak berendam sekali padahal agak dalam

ni tgh pujuk dia supaya tak turun dlm kolam ni.
main2 air je.
ingtkan dia xsuka sbb air dah panas
tp kitaorg salah, dia suka excited lagi kat sini

ada reflexology area jugak. best ni sbb ada aliran air panas sepanjang reflexology area. sedapppppp je rasa.
ni husband yg review sbb i did not try.
sekali lagi, takut effect baby dalam perut.
maybe takde apa2 kot but better be safe kan..

ini mmg nampak air tu dok membuih buih..
surely panas

 Just a little bit from my geology knowledge, punca air panas di Malaysia ni ada dari granitic plutonic di bawah tanah yang masih belum cool down sepenuhnya, semenjak berakhirnya aliran magma felsic yg membentuk most of the banjaran dan gunung ganang di semenanjung malaysia, terutamanya banjaran titiwangsa dan cameron highland is part of it. 
Disebabkan granitic plutonic ni tertanam di bawah tanah, dekat kawasan sungkai ni, kedalaman plutonic tu tak terlalu dalam berbanding kawasan lain, so kepanasan plutonic di sini mampu memanaskan groundwater dan menyebabkan aliran air di sini menjadi panas. Untuk info lanjut, silalah google. Hehehehe



 Meranti Cafe/Restaurant

Untuk dinner, kitaorng tak keluar ke mana-mana. Mula ingt nak order room service je, tp pikirkan bukannya nak buat apa pun, so kitaorg ke restaurant je la. Jalan kaki je pon. Ada few more cafe and restaurant kat sini, tp yg bukak all day ialah Meranti Restaurant ni. Yang lain ada kat area pool or dibukak untuk function je.

Menu kat sini ok la, variety dari western to local dishes.

Suasana pun sejuk and damai je. Ada kolam ikan jugak.

Tak sempat nak snap banyak gambar sebab time makan ialah untuk makan la. Plus bateri kamera dah kong..hehhe
So layankan ajelah apa yg ada ye..


view waktu malam.
malas nak bangun snap dr angle yg lebih cantik..hehhe

nasi lemak sg.klah 

ni masa breakfast time..
budak makan banyak
mmg untung bawa dia gi buffet
sama perangai mcm umi dia:P

ni je pic yg lebih jelas untuk cafe/restaurant
this was during breakfast time

Breakfast pun variety jugak la, roti canai, cornflakes and milk, bread butter puding, nasi lemak, noodles, noodle soup, bubur nasi, roti and buns, potato wedges, sausages, salad, fruits and lots more la..kesimpulannya, breakfast like a king=)

Overall, saya and husband serta our 18mo boy berpuas hati dgn percutian pendek di sini. 
Kalau boleh nak stay another night, tp we have commitments, so kena back to reality lah. 
Memang suggested untuk those yg nak kan short gateaway from ke-busy-an kerja/study etc.
Tenang and mendamaikan
Plus affordable

OK till we meet again in next review. 
Tak plan lagi nak ke mana. 
Sebab kena plan untuk menerima kehadiran ahli keluarga baru kami dulu



1 comment:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...