Showing posts with label deco. Show all posts
Showing posts with label deco. Show all posts

Monday, June 13, 2016

My backyard laundry

Laundry dalam rumah kitaorg boleh dikategorikan sebagai my husband's playground sebab urusan basuh baju kebanyakkannya lah husband yg akan uruskan. 

Bukan setakat basuh baju, jemur baju, lipat baju dan juga iron baju. 
Ada kesempatan I tolong2 kecuali iron baju mmg jarang2 I tolong sebab I sangat2 tak suka iron baju. 
Lebih rela pakai baju kedut dari panas2 ber-iron:D

Anyway, laundry kitaorg boleh dikatakan dekat open space.
Developer mmg siap2 buat paip untuk washing machine dekat yard belakang rumah. 
Design asal, yard ni tak de cover pon, ada pintu and dinding paras dagu orang dewasa. 

Design asal dari developer. Kawasan sebelah kanan gambar ni yg ada tembok berlubang menegak tu lah kawasan yard @ laundry kami. 


Kawasan laundry dari pandangan luar, lepas dah pasang grill, awning dan
 dah tukar pintu kepada jenis tinggi.
Kalau tak buat semua ni, mmg tak boleh nak jadikan laundry sbb hujan akan masuk, 
dan bahaya nak letak washing machine kat sini. 
Expose sgt. 

So lepas dah pasang semua ni, kami membasuh baju kat sini je la. 
tapi jemur still kat luar rumah. 


Monday, November 23, 2015

Cat Rumah dan Upah Cat + Cuci Rumah

Assalamualaikum semua, 


Bila dah siap buat wiring rumah, nak kena cat balik tempat2 yg dah ditebuk oleh wireman untuk buat looping suis, looping lampu dan sebagainya. Plan asal nak pakai warna cat yang sama je dengan apa yg pemaju dah sediakan untuk jimat kos. 

Kami berdua memang tak sempat nak mengecat. Dengan kerja nya lagi, n tengah2 bulan 11 aritu asyik outstation je. So kitaorg hire pekerja indonesia yg memang bekerja kontrak kat taman perumahan tu untuk cat almost the whole house (kecuali bahagian yg tak kotor/tak de buat wiring) dan basuh/cuci rumah yg memang penuh berhabuk kepada keadaan rumah yg bersih dan boleh diduduki. 

Pada asalnya, kitaorg target harga mengecat dan mencuci satu rumah teres 2 tingkat dalam RM500-700 je. Bila tanya harga from pekerja Indonesia ni, dorang letak RM2000. Memang terkejut gila la. 
Then I call my dad inform and tanya opinion dia, my dad cakap murah sebab dia pun pernah upah orang cat bahagian ruang tamu rumah je dah RM300, apatah lagi kalau nak cat serumah + cuci sekali kan. 

Consult abg ipar jugak, pon cakap murah dan berbaloi. 
I baca 2-3 blog, ada yg mentioned kos cat rumah oleh kontraktor cina untuk rumah teres setingkat pun dah makan RM2000. Jadi untuk rumah teres 2 tingkat kos RM2000 untuk cat and cuci kira dah berbaloi. Tapi banyak kot RM2000 tu, memang sebelum buat keputusan setuju kitaorg recalculate balik bajet yg ada. Kalau tak lari bajet jauh sangat.

Lepas negotiate dengan pekerja indonesia tu, kami dapat tawar RM1600. sebab tak perlu pun cat bahagian luar rumah, dan tangga + siling. So dapat la kurang sikit. I siap buat agreement lagi, ada signature kedua-dua pihak pekerja dan pemilik rumah untuk elak dari kena tipu atau I menipu dorang. Alhamdulillah, dorang buat kerja cepat dan kemas dan I memang puas hati hasil dorang cat dan bersihkan rumah tu. Lega satu bab. 

Untuk jenis cat pulak kami pilih beberapa jenis cat dan warna yg berbeza ikut ruang. 

Monday, September 15, 2014

Angan-angan Kitchen Cabinet ku

Assalamualaikum, 

Petang-petang gini I suka berangan. 
Berangan kan percuma... 
Hari ni I nak share angan-angan pasal kitchen cabinet. 
Dah beberapa minggu sebenarnya I asyik belek magazine pasal dapur, scroll #kitchencabinet dekat instagram, bukak website Ikea dan membaca blog-blog korang yang sudi share info pasal decoration kitchen cabinet korang. 

Kali ni, rasa lebih gigih berangan-angan untuk kitchen cabinet ni. InsyaAllah, tak lama lagi kalau diizinkanNYA, mungkin tercapai cita-cita nak pindah masuk rumah sendiri...^__^wink wink wink ^__^.