Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Thursday, March 1, 2018

The IHs and my 31st birthday

Assalamualaikum my dear blog,

I miss writing to you. It has been some time since I really wrote properly. 
2018 has been very good so far. For family and for my career. 

My eldest has been schooling in primary school. Nearby our house.
He had been appointed as Ketua Kelas.
And he is now wearing a pair of spectacle, just like me and his father. But I think he follows his father more than me because the father wore spectacles since Standard 2.


My second has changed to new kindy, get some dramatic sessions at the new kindy and I decided to take her out from that kindy and move her back to the previous years' kindy. 
She is in good hands now, at least that's what my husband and I feel. She also has Stage 2 tonsilitis. We had been seeing E&T specialist and the doctor said as for now, we had to monitor her very closely. If she experiences fever more than 4-6 times a year, we need to consider for the operation to remove the tonsil.


My youngest has been so cheeky that every day he will pinch my face and kiss me to show that he misses me for the day that he had to stay at the babysitter. He can pronounce some words already like Mama, Babah, Nak, Dah, Tanak, Yayah, Abang, Kakak.. He lost some weight though, I think he has been very active and cheerful. Also dah pandai merajuk and memilih what to eat or to wear and what not to. He can climb the stairs by himself now, but that always gives me a little heart attack. I realize that I write very little about Iyaadh for last year. I will try to write more frequent bout him, since the abang and the kakak got lots of blog entry for themselves. It's just 3rd child syndrome and umi doesn't have enough time.


May Allah Swt always protect them from any kecelakaan and kemungkaraan


Well, I had turned 31 in early February and I received multiple surprise celebration. 
Started by my husband who bought me a surprise birthday present. Sembonia handbag that comes with 3-in-1 package. I love it. The big handbag is so formal and big. It can fit my xps dell laptop, so it is good for my daily usage to classes and for formal meetings. The second bag is my type. A sling bag, with the same pattern as the formal one. Just I prefer this one more than the first one because  I can use it for casual daily usage as well as for traveling. The third bag is a pencil case, with the same pattern of the first and the second handbag. I never use the pencil case yet. I am waiting for the perfect time to use it, perhaps when I am starting my doctorate study sooner, Insya Allah.

us at UTP new coffee cafe-Tepee.that has become our fav lepak time wherever we have time for some coffee together.

The day before my birthday, my research students made a surprise celebration again, by coming over to my office with some unrealistic dramas and end up with cake cutting ceremony in my office. Thanks guys. I appreciate it very much.

nabilah, my MSc student who did the surprise together with her other friends.

About two weeks later when I went back to Terengganu for CNY holiday, my sister in law who got married to my brother Imran, made another long-distance surprise where she requested her friends to help her buy some cake, balloons and choc bouquet to be delivered to my in laws house. Thanks so much Yana and Imran. That really made my day and I was very very surprised.




Wednesday, January 4, 2017

Assalamualaikum 2017- Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum 2017! 

Alhamdulillah, masih bernafas, sihat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa pada tahun baru 2017. Tahun ni saya akan berubah dari 2 series kepada 3 series. In less than a month sahaja, angka di depan umur akan berubah. Masha Allah! Kasihnya Allah SWT kepada kita semua, kepada saya dan semua pembaca yg sedang membaca tulisan ini.. kerana kita masih di beri nafas pada saat ini. 

maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?" Maksud dari Surah Ar-Rahman yg diulang-ulang 


Tahun 2016 dah berlalu, tp tak dilupakan. Banyak pelajaran dan kenangan manis yg perlu di ingat (I owe myself an entry for 2016 close up review)

To year 2017, embark with love and support. 

Thursday, December 3, 2015

Pengalaman sakit gigi geraham bongsu


Sapa pernah ada pengalaman sakit gigi geraham bongsu????

saya pernah! 

Selalu dengar orang bagitau, sakit gigi adalah sakit paling tak best dan paling sakit. 

Memang betul pun... Sengsara betul rasa kalau gigi sakit, nak2 lagi gigi geraham bongsu ni. 

Banyak sebab kenapa gigi geraham bongsu selalu sakit. Salah satu nye sebab gigi tumbuh terbaring. atau melintang. just like my case. 

Ni saya share sikit mcm mana cara pertumbuhan gigi bongsu ni. Kan dia tumbuh bila kita dah kategori dewasa. Masa tu kebanyakkan gigi lain mmg dah lengkap. Biasanya gusi pon dah penuh dengan gigi and si bongsu ni nak jugak tumbuh. Bila gusi dah full, ruang untuk si bongsu ni tumbuh dah tak cukup or tak ada.. jadi dia tumbuh ikut suka hati dia je... 




ada yg vertical impaction dekat soft tissue (gum/gusi), ada yg horizontal , distal dan sebagainya la mcm dalam gambar kat atas ni..

Wednesday, April 29, 2015

Masak dan keikhlasan

Assalamualaikum semua, 

Saya kembali.. Minggu lepas dengan minggu ni hibernate sekejap. Siapkan marking. Markah courseworks dan markah final. Semua kena finalize. Hari ni nak membebel perihal memasak. 

Sebenarnya, I seorang yang boleh dikategorikan suka memasak lah. Kalau belek2 blog ni, dari zaman anak dara belajar kat Perth dulu pon I dah mula masak-masak untuk makan sendiri la. pernah sekali dua masak dalam kuantiti banyak untuk jamuan dengan kawan-kawan. 

I suka masak dan pastinya suka makan jugak la. Sebab tu badan pun senang naik. Sebenarnya I jenis kalau nak memasak, suka plan. First of all, kena tau nak masak apa. Then, kena tengok bahan apa yg diperlukan. Then, siap-siapkan semua bahan dan sukatan (kalau buat kek or biskut or dessert). Pastu baru ada feel nak masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. 


Friday, April 10, 2015

Fragile nya hati seorang umi

Haissshhhh,

Harini, sikit2 air mata keluar. Sedih tak tau kenapa.
Pagi tadi, beli nasi lemak. Sebungkus untuk Ilyaas. Nasi penuh, telur rebus separuh tak ada sambal. Sebungkus untuk Imani. Nasi separuh, telur rebus separuh tak ada sambal.
Dalam kereta on the way nak pergi tadika, Ilyaas cakap dia dah boleh makan sambal sikit2, nanti nak tengok nasi lemak dia ada sambal ke tak. Umi cakap nasi lemak Ilyaas tak ada sambal lagi.
Nasi lemak adik disangkut dekat kerusi belakang.
Sampai tadika, Ilyaas masuk dalam kelas, Tak salam tangan umi, ayah or adik.
Nak panggil dia utk salam dan cium macam biasa, tp dia dah terus ke dalam. Tak apalah kata hati umi..
Hantar adik ke rumah mak pengasuh. Adik bawa satu beg lego blocks.
Adik tak nak salam umi dengan ayah mcm biasa jugak sbb dia mmg pendam perasaan setiap kali dihantar ke rumah mak pengasuh.
Bila umi panggil dari dalam kereta untuk bye-bye, Adik tak nak pandang pun umi.
Sampai kereta dah mula bergerak, Adik angkat mata sikit , jeling je tengok umi dngn ayah nak pergi kerja. Marah la tu sebab dia kena tinggal kat rumah mak pengasuh. Dia buat2 busy nak sidai baju sekali dengan mak pengasuh.

Sampai office, tengok2 nasi lemak Adik ada tersangkut dekat seat belakang. Alahaiiiii.
Rasa nak balik rumah pengasuh kejap nak hantar nasi lemak tu. Sedih ingatkan anak teringin nak makan nasi lemak tapi terlupa pulak. Tapi, umi ada kelas pulak pagi ni. Hmmmm, takpela kata hati umi...tak ada rezeki Adik nak makan nasi lemak..

Lepas kelas, sementara nak tunggu lunch, scroll kejap IG. Terbaca caption seorang ibu yang rindukan arwah anak dia. Alahai, keluar air mata non stop. Teringat-ingat anak-anak sendiri.

Kejap td, scroll Fb pulak sementara nak tunggu pukul 2pm, nampak lagi notes from a mother yg anak dia baru meninggal akibat sakit. Ya Allah, jatuh lagi air mata, teringatkan anak-anak sendiri. Teringatkan anak-anak saudara.

Terus dial no telefon rumah pengasuh. Lega, Adik yg jawab phone. Dapat cakap kejap dengan Ilyaas and Imani. Baru semangat nak sambung kerja sebelah petang ni. InsyaAllah lagi 3 jam umi balik amik anak-anak umi ....



Thursday, April 9, 2015

Art of being a mother

Terjumpa gambar-gambar sketch ni link dari facebook. 


Tapi gambar2 ni memang kena sangat. 100% betui. 



Masa memula beranak dulu. nak coop dengan status jadi seorang mak orang. 
Kalau dapat anak jarak dekat2 lagi dashyat rupanya. 


Tuesday, April 7, 2015

Cita cita nak kurangkan lemak

Assalamualaikum semua, 

Sejak stop breastfeed Imani dalam bulan 10-11 tahun lepas, I mengalami masalah berat badan naik. Nak kata naik mendadak tu tak la jugak, tapi dapat rasa la naik kat certain tempat especially al-perut jadi lebih bunc-it, lengan jadi mcm lengan gergasi, double chin bagai kena tiup angin bawah dagu and bila berjalan, paha berlanggar and size pinggang bertambah la 1-2 size....Huwaaaaaa.. 

Stress sangat tau. Terus rasa kena pregnant lagi sebab kalau pregnant, gemuk camne pun takpe, at least gemuk berisi. Ni perut macam 4 bulan pregnant, tapi isi nan hado, Lelemak degil je ketegaq tak mau cair. Stesss sesangat. husband plak dok gelak gelak jer. bukan dia gelak sebab bini dia dah jadi huduh, tapi tengok perangai bini dia gelabah berat dah naik. Dia kata, dia relax je badan besar. hahahahah... itu orang lelaki lain perception pasal lelemak degil ni. Dia kata janji stamina ok, badan besar pon takpe. hahhahahah.. suka hati la bang, saya memang stress bila tengok perut mcm orang pregnant. 



So, mula la atur plan diet makan, and nak bersukan dengan penuh gigih. 
tapi banyak kali jadi macam gambar kat atas ni. 

Stressss!!!!

Friday, October 17, 2014

Jalan hidup baru

Assalamualaikum and Hi korang, 

Minggu ni jarang jenguk blog. I think, minggu2 selepas ni mungkin makin jarang dan jarang jenguk blog. Tengoklah macam mana I nak organize my new schedule. 

Semalam, I dah embrace into a new path. I dah mula bekerja sebagai seorang pendidik.. InsyaAllah I akan cuba yang terbaik untuk menjadi seorang pendidik yang berhemat, penuh efektif, dedikasi dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu yang tak seberapa ni. Chewah ayat penuh cita-cita gitu..

Tuesday, October 14, 2014

The clumsy me

Assalamualaikum and Hi,

Apa khabar semua?
I tgh tak berapa nak sihat sngat.. tekak sakit, and dah mula nak selesema.
Kesan travel and penat sangat kot ni.
Kitaorg baru balik from conference + mini get away dekat Bali, Indonesia.
Semalam sampai KLIA around 4.00pm, rehat jat kat rumah kakak ipar kat Putrajaya, then after Maghrib pergi Shah Alam visit Zarifa and her kakaks..
9.45pm camtu baru bertolak balik Perak.
12.45pm sampai rumah.
Fuh, penat memang tak ingat la.
Before tidur, basuh baju seround.
bayangkan la 4 hari kat Bali, baju tak basuh pon.hahahha.
memang buat dasar penjimatan baju kat sana..

Thursday, October 2, 2014

Why I blog?

First and foremost, back then in year end-2008, I was damn bored.
I was in Perth, practically alone. I did have friends tagging along, but we've been living in different house, and my Malaysian house mate went back to Malaysia for summer.
I was left doing my part-time job alone, sight seeing alone. Or I followed group of aunties (Malaysian but had gained PR status of Australia) doing activities like fishing, swimming, shopping etc.
So, I decided to write a blog. Lagipun masa tu baru putus cinta monyet. Poyo sangat rasa nak tulis blog.

Secondly, I tried to keep a journal of my life. And I don't bother writing in a traditional diary. Thus, I choose blogging as an option.

Tuesday, September 30, 2014

Berhenti sejenak...Tunaikan Solat Dhuha

Bila hati rasa sedih, bila hati rasa geram, bila hati rasa marah,
Sebagai perempuan, air mata akan cepat mengalir...
Makin ditahan, makin rasa nak pecah mata menahan takungan air mata..

Lari cepat-cepat ke tempat yang tak ada orang...
Sembunyi dalam kereta, Sembunyi dalam toilet, Sembunyi belakang tiang, 
Biarkan air mata itu mengalir Makin lama dilayan, makin laju aliran air mata
Bunyi seduan masih boleh ditahan-tahan

Lepaskan rasa marah, kecewa dan sedih 
dengan tangisan seorang perempuan..
Macam-macam sebab boleh buat kita orang perempuan menangis
Sedih menangis, kecewa menangis, putus asa menangis, 
melahirkan anak pon menangis sebab gembira!
Kita kan perempuan, dicipta penuh emosi
We are an emotional creatures!

Tapi, kita orang Islam..
emosi kita milik Allah SWT...
kalau kita kembali padaNYA, insyaAllah kita akan pulihkan kekuatan dalaman kita

Kalau kita marah,sedih, kecewa, 
Lepas puas menangis, jangan lupa tunaikan solat sunat. 
Salah satu solat sunat yang paling mudah dibuat ialah Solat Dhuha. 


Monday, September 22, 2014

Resuming old hobby: Novel The Lost and Forgotten Languages of Shanghai

Assalamualaikum, 


Hari ni dah 22 September. Dah quarter three of Year 2014. Cepatnya masa berlalu. 
Rasanya sejak jadi student balik, dah lama saya tinggalkan hobi membaca novel ni. 
The last novel yang saya review (read Baca) ialah pada February 2012, iaitu the final month saya masih bergelar seorang pekerja sebelum berhenti kerja. 
Novel tersebut saya pinjam from Nora (kawan rapat di tempat kerja lama) and bertajuk A Stolen Life .

Since jadi student balik, saya memang banyak beli novel . Well, dah dapat Voucher Buku 1 Malaysia kan, banyak la novel dapat beli. Nak beli buku2 ilmiah memang kesemuanya online di Amazon atau bookstore dari university je, so tak dapat guna VB1M tu. hehehe.. Collection novel makin bertambah dan bersepah.. tapi nak cari masa nak baca novel relax-relax memang tak ada. Lepas viva dan settle submission hardbound thesis, maka saya ambil peluang keemasan ni untuk mula balik hobi lama saya iaitu baca novel...

Bestnya dapat tenggelamkan diri dan hilangkan pemikiran sebentar dari dunia realiti.. 
Fokus pada pembacaan novel ni.. 

Saya mulakan dengan novel The Lost and Forgotten Languages of Shanghai...



Friday, August 15, 2014

The Best of Me

Bila orang bertanya, What is the best of you? kepada saya,  penat saya mencarinya.
Memang sebenarnya saya betul-betul tak tahu apa yang terbaik ada dalam diri saya.
Banyak kali saya rasa seperti seorang 'loser', dalam banyak perkara, terutama sekali
dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri
dan juga seorang umi kepada dua cahaya mata kesayangan saya.

Susahnya soalan yang diberikan ini. Tiada jawapan yang dapat saya berikan.
Lain kalau soalan-soalan berkaitan research yang saya buat, pasti saya boleh jawab,
walaupun tidak semestinya jawapan tersebut tepat, tapi saya punya rujukan untuk mencari
jawapan-jawapan tersebut.

Wednesday, April 16, 2014

Good Luck Charms

Assalamualaikum, 

Korang pernah dengar kan pasal Good Luck Charm?
I mula kenal dgn Good Luck Charm masa zaman sekolah menengah. 
Masa tu I sekolah kat TKC, Seremban. 
Semacam tradisi kat sekolah I, akan ada relationship antara senior ngn junior. 
Ala-ala kakak dengan adik angkat la. 
Tapi basically ada bnyk2 jenis. 
Hanya budak2 tkc or sekolah asrama je kot paham. pelik pelik tapi I pun terlibat je hahaha. 
contoh dia mcm bed sister (BS) (selang katil sebelah)- tujuan wujud relation mcm ni nak bg adik yg baru masuk asrama ada teman berborak sebelum tidur, n senang nak tanya itu ini pasal hal hal di dorm and asrama..

ada gak secret admirer (SA), ni poyo sikit la..kita mcm x kenal sapa yg admire kita. 
pastu yg paling common nak College sister (CS).. ni semua student ada. yg adik form 1, yg kakak form 5. 
ok berbalik pada tajuk, bila dah ada relation macam ni, adik2 yg masuk asrama senang nak cope with the new hostel environment. I personally mmg rasa selesa ada CS, BS dan sebagainya. 

Part paling best is when kita nak exam or nak wakil sekolah pertandingan apa-apa, nnt CS or BS or kakak angkat kita or kawan kita bg good luck charm. 

Good Luck Charm yg biasa dpt, kalau nak exam, pensil tekan, or pen. 
Yg kakak tu punya, dia pinjamkan. 
konon2 mcm dia nk bersama kita la berjuang masa exam
kadang-kadang bg keychain ke. 
pemadam comel-comel. 
hahahha, poyo je rasa tp mmg something sweet to remember. 

kalau nak pergi pertandingan,kadang-kadang bg good luck charm mcm botol air ke (ni i slalu dpt sebab nak pergi wakil sekolah lari-lari)...
beg ke...
biasanya tgk benda gak la, klu lepas exam or lepas pertandingan tu, kita pulangkan la balik good luck charm tu. 
kekadang simpan je terus. 
I still have few good luck charms yg dikumpul masa zaman skolah dulu..simpan elok2 dlm kotak kat rumah. 

Well, nama je good luck charm, as orang Islam, kita tak leh la percaya benda tu memberi tuah pada kita. sebab kita kena percaya semua rezeki, usaha kita Allah yg tentukan...
Good luck charm ni I anggap sebagai suka-suka je. 

Lepas dah 10 tahun keluar sekolah, 
minggu ni I dapat 2 good luck charms from a very dear friend of mine, Jasmine. 

My good luck charms from Jasmine
Mother with prams Brooch
and 
Mother with prams ring
in antique base
cantik kan?

Sebenarnya, I order ni dah lama from Jasmine. Dia terlupa nak siapkan. 
After Ilyaas keluar hospital last week, I came to utp, and Jasmine asked about Ilyaas and all. 
Sekali I teringat nak tanya dia pasal my orders..
She suddenly said, don't worry, she will give it to me for free. 
sebab she kesian me , my anak masuk hospital, my ebm all gone so I need to work hard to top up my milk and also I am having problem with budget to attend the conference...
she said I need a reward. and she wants to reward me by giving free brooch n ring. 
So sweet...
Terharu I.. 

So I pon anggap ni sebagai my good luck charm =)



the ring
the brooch


Btw, kalau korang nak order accessories mcm ni or anything else, korang boleh pi tgk FB page Jasmine ye..  ni link dia



I pernah buat review jugak pasal hasl tngan ni entry review tu



Apa good luck charms korang?


Thursday, February 27, 2014

Untuk korang yang suka handmade items


Walaupun I ni jenis tangan keras and tak berapa kreatif sangat, tapi I suka sangat sangat pada benda-benda yg hand made items...Tambah lagi yang di buat dari rumah, home-basis business.. 

Dah ada beberapa collection barang2 handmade, contohnya mcm baby carrier i customized design from NeezaNeedles. Handbag yg orang jahit sendiri pon ada satu beli dari Maika E-boutique..Purse yang hand made pon ada gak tp tak ingt beli kat mana, cap and hat hand made utk anak-anak pun ada gak,yang tu order from Okinokiyo. Memang suka sgt ngn barang2 hand made ni sebab biasanya kita boleh customized ikut kehendak kita, pastu dapat adjust2 size etc...Harga biasanya lagi mahal sikit la dari yg dah ready stok kat pasaran, tp kena pandai cari...so far Ibeli semuanya kira murah gak la...

Sekarang ni tgh season suka hand made brooch, bracelet and rings...



Myself wearing mother and daughter love brooch hadiah my friend bagi masa bersalinkan Imani last year. 
Kawan I buat sendiri tau ni, dia yg bancuh colour tu, masukkan dalam acuan, and lekatkan batu2 swaroski tu semua

ni close up my brooch 
kalau nak order kaler lain pon boleh gak..nak glitter2 pon boleh. 
tu yang best bila kita order barang handmade ni..



Ni pon brooch yg I order from my friend jugak..
I cakp nak kaler soft pink, terus dia bancuh kan warna pastel2 n buat mcm ni. 
Baru2 ni order lagi corak burung dalam ribbon ni tapi buat warna pastel purple and white pulak plus dark purple mix pastel kaler ..

Masa raya last year, sebab dah tak de idea nak bagi hadiah apa kat mak cik2 n nenek n cousins sebelah my mum (i mmg kalau raya selalu bgi hadiah kat kaum wanita sebelah family my mum), so I order brooch from my friend ni...


Ni la antara brooch2 tu..setakat ni my friend ada corak burung lovebirds (my fav), mother and daugther's love mcm yg kat atas tu, corak butterfly, roses, horse, queen Elizabeth. 
Kaler mmg kita boleh pilih sendiri la...tp sebab dia bancuh sendiri kan, so setiap kali bancuh kaler tu, warna dia akan berbeza tone la sikit..ada sekali tu dia buat lime green mix white, lawa gila...yg tu I bg kat aunty I...
pagi2 raya dorang pakai...besar hati I sbb dorang appreciate my gift. 
Kalau brooc mcm ni my friend jual satu Rm6..maybe la rasa mahal sket, tp kena paham la sbb dia bancuh warna tu n tunggu semalam untuk warna tu kering n terbentuk dalam acuan dia...tp kalau order banyak2 dapat la murah lagi.


Lepas suka handmade brooch, sekarang dah terjebak dalam handmade bracelet pulak..
Ni baru je dapat 2 bracelet I order. One for myself, one for my mum..
I order charm bracelets. So best la boleh pilih2 charms yg kita nak. 

This one is mine. Mula2 my friend nak letak dragon fly..tp I request nak clay flower yg kecik tu. 
and I yg bagitau my friend kalau boleh nak mix kan chains dengan crystal, so jadi la charm bracelet separuh antique chain, separuh crystal chains...
crystal tu cun sgt, sebab mcm telur dinosour. I kan geologist, so mmg suka la bab2 fossil ni..:P
Harga i punya customized bracelet ni RM27 je. 
I rasa murah la sbb kalau beli kat kedai kat supermarket selalu more than rm30
ni I boleh pilih sndiri charm, request design apa, pastu ukuran pon dah suitable with my wrist




yang ni pulak for my mum. tak sure la dia suka ke tak. klu dia x suka, I pakai.hhahhahah
I pilih silver love chain utk my mum..combine with smaller purple crystal and deco with clay flowers and love charm. 


yang ni plak my friend buat utk kawan dia kot..
matching mum's bracelet dgn gelang kaki baby...
cute sgt. 



yang ni pon I suka, tp lebih kurang mcm I order gak la...cuma full antique chain


Ni utk kembar kawan I....cute gila ada stroller charm


Sebenarnya kalau korang pegi kat facebook page dia, mcm2 design pattern dia dah buat.
sgt lawa sgt rambang mata nak pilih.
I paling suka Album The Kuching Collection...

Kawan I ni husband dia duduk kat Kuching, so dia mmg selalu gi sana, n dia ni kreatif pastu guna simbol2 orang sarawak utk design bracelet n necklace dia...


Ni pops ring dia buat..
I ada order satu tp belom siap lagi..
I order sekali satu set dgn brooch. 
I pilih gambar shadow black n white mummy tolak stroller. 
tp bukan yg geng gojes punya gambar la..klu nak yg tu pon kita boleh order gak...
Kalau nak buat rantai ke gelang ke cincin yg mcm ni, korang boleh pilih gambar apa nak lekat kat situ, pastu nnt kawan I ni boleh print n lekatkan guna special resin n design jadi apa yg korang nak..


Korang yg suka usha2 benda2 handmade ni, jemput la pegi tgk page dia..
Klik saja kat gambar bunga matahari kat bawah ni...

Btw harga setiap item dia buat berbeza beza ikut jenis chain, berapa byk charms, jenis crystal etc...
pepandai la order dan pilih




Happy Window Online Shopping


btw most of her designs are mostly inspired by public figures.






ok till then...



love,
athi





Friday, December 27, 2013

Towards the end of 2013


Assalamualaikum 
It's 27th December 2013.. The final Friday for this year...MashaAllah, how time flies...
I've started my 2013 with waiting game for my little girl, who later arrived into this world on 21st January 2013. She's not just a wonderful gift of the year, but for my entire life, together with the arrival of my first son, Ilyaas. 

Had few memorable events through the year..went for short family trips (not a fancy one but near to our heart).. What I can say, this year has been a great year for my family and I. Alhamdulillah, we are granted with good health through the year (minus all the fevers, flu and cough). Down the lane, I've lost my two great supporters. Grandfather on my mom's side and grandmother on my dad's side. Just within few months. Semoga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas roh mereka berdua.


To add sugar to the topping, I have ended my 2013 with a blissful family event. What's important is doing it together. I mean family. 

Last weekend, I've sent my parents and sisters in law to perform their umrah..How much I envy them..they can be so near to Kaabah, can visit the Holy Land. InsyaAllah, umur panjang, saya pon nak ke sana juga..So, it's gonna be one of my new yr resolution. Kumpul duit pergi Mekkah.InsyaAllah... 


sending them to tanah suci Mekah
MashaAllah...

The night before that, we had dinner at Putrajaya Lake Club.. Imani gave us such a beautiful smile every time she saw phones and camera.. Photogenic sangat! The dinner was nice and the food was really ok. Big portion, good taste and also we had the view of PM's office...


On the next day, I visited my friend who just had a tumor removed from her brain. Alhamdulillah she was more than well. Her positive attitude towards the tumor was amazing.

On Sunday, my cousin got married and all family members gathered in Putrajaya. Good moment. Tok was crying at the beginning of the wedding as she missed her late husband (my grandfather who passed away in February this year). 

Had few moments chatting with Tok Pa, apparently he is my cousin's uncle (on the father's side)
Picture taken from Tok Pa's fb
After the caremony at dewan, all of us berkumpul dekat my aunt's house. Sempat selfie with my two younger brothers...
Izzat and Amir
 And this weekend, my husband is going to turn 28 yo...! We had early celebration for him at Putrajaya with our nephews and niece. Makan simple2 je. Cheese Cake and Sate Kajang. 
Told ya, Imani was looking at the camera!
Happy advance birthday my other half. 

And on the way back to Ipoh, we made an impromptu plan to bring the kids for LRT ride to KLCC. And last minute decision was to spend few hours in Petrosains.
Btw the entrance ticket was RM15 for Adult Malaysian. RM10 for teenagers Malaysian. RM5 for children age 3-12 and free entrance for babies and infant. 






LRT ride ....Ilyaas was scared ! instead of excited..hahahha
Imani was sleepy. naik Putra terus sleep sampai dalam petrosains..
So, I think I would like to call an end for Year 2013...literally.. Thanks 2013. I will use the the last few days of this year to prepare myself for the upcoming year, 2014...to be a better person, inside out...
Alhamdulillah for all I have in 2013 and Al Fatihah for my grandparents who passed away this year...


Sunday, September 1, 2013

A cup of coffee


To start my morning. 
I usually prefer tea rather than coffee. 
However, after giving birth, I found out coffee somehow keeps my energy level up.
So, I can be so called coffee lover now. 
But still keep tea for special time like afternoon, after lunch. 
or before goes to sleep. 

Lol, I took so many caffeine these days. 



Thursday, August 1, 2013

Lepas 6 bulan

Saya happy. Mission accomplished. Now masa untuk maintan. 
Tak mau naik. Tak mau turun sgt dah. 

Alhamdulillah, lepas 6 bulan beranakkan Imani, saya dah dpt balik berat saya sebelum pregnantkan kan dia. 
Lagi 2kg dpt berat sebelum pregnantkan Ilyaas. 
Lagi 3kg berat waktu bernikah. Tapi tak target nak seringan mcm dulu. 
Husband tak suka. 
Hope dapat maintain berat ni. Bahaya ni. Entering raya mode in a week. Sure makan tak ingat punya la. (pastu bagi alasan, takpe saya menyusukan, Hahahhaha)

Last-last mata terbeliak satgi tgk no kat weight scale naik balik. 

Tadi nurse puji. Hahahah, itula, sebelum ni sokmo complaint kan berat I turun berapa gram je. Amik kau ni sekali turun 3kg. Puas hati. Terima Kasih bulan Ramadhan. Terima Kasih Imani (sbab ari-ari umi buat aerobik nak tidurkan Imani).

Well, berat mmg kurang, tp badan tak la rasa sihat sgt. Lama sgt dah tinggalkan sukan. Rindu nya nak jogging, swimming, main netball, lari peluh2 busuk. hmmmm

Sebenarnya, klu orang tanya camne leh kurus. Jawab saya camni je:-

1. Sabar. Kurus bukan boleh jadi dalam sehari or seminggu. Ko dah membulat dgn jayanya sepanjang dekat 10 bulan pregnant, jangan expect lepas 44 hari pantang, boleh dapt berat sebelum pregnant la. Kalau ada yg dpt berat sebelum pregnant lepas 44 ari pantang, mmg rezeki la. 

2. Susukan anak dgn susu badan. InsyaAllah boleh cpt kurus. banyak kolestrol burned everytime kita hasilkan susu. Tp kalau Allah tak bg rezeki susu banyak, its ok. Jangan sedih sedih. Mesti ada cara lain. 

3. Tak yah diet diet xmakan nasi semua. Makan nasi, tp jgn la menggunung penuh pinggan tu. 

4. Amik supplement. bukan ubat kurus ye. yg tu bahaya kesihatan. ni supplement nak bg vitamin tambahan pada badan kita. Kan elok kalau kita sayang diri kita sendiri dulu. bila vitamin cukup, zat cukup baru kita rasa sihat n aktif n urus keluarga dan urusan harian. Saya makan vitamin shaklee. dulu takut nak melabur. tp dah 2 bulan amalkan, Alhamdulillah rasa ok and serasi. Saya makan Soy Lecithin, Alfafa dengan Zinc. Tu je. Alhamdulllah production susu pun maintain. Badan pun mcm cergas sikit. 

5. Bersukan. Personally mmg tak sempat ke padang bagai. tp bersukan dgn anak2 kejar ke sana sini berpeluh2 jugak la kat rumah. so, sedikit sebanyak ada bersukan walaupun tak secara formal.. kan?

6. Craving benda manis? limit kan sebulan sekali je la makan. tp yang ni sya failed sikit. sbb hari2 rasa nak makan manis desert sedap2. hahahha


ok tu je la kot. 
nnt nak update pasai raya pulak. 
ni ada masa update sebab hati dah lega. dah submit full paper. 
yihaaaa. tunggu la accepted ke tidak. hahaha


Tuesday, July 16, 2013

Alahai External Hard disk ku =(

Lepas lebih 4 tahun berjasa, tibe-tibe arini komputer tak dapat detect ko.

kenapa la hai :(

tau tak dalam tu ada semua benda penting...

pictures dari zaman kat perth, singapore, US, kawin, pregnant ilyaas, beranak ilyaas, pregnant imani,beranak imani, jalan sana, jalan sini...

thesis ku yang baru mula ditulis...habis

gambar gambar screen shot nak masuk thesis...habis jugak

papers yang dah tulis untuk conference..

data from petronas, data from shell

thesis thesis senior

surat menyurat permission nak minta data, surat menyurat scholarship

HABIS semuanya tak leh recover!!!!!

ada la beberapa yang di back-up dekat external satu lagi...


tapi tak banyak yg di back-up.


stresssss nya pepagi dapat berita sedih ni..terus takde mood.

seriously, down!

hopefully kedai komputer boleh tolong recover kan...


hope sgt.

i sanggup bayar berapa pun janji semua files dalam hard disk ni boleh recover...

sangat penting for me...


nangis la pagi ni...sambil berdoa jap lagi orang kat kedai komputer boleh tolg recover kan.....


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


*ptg smlm ada kawan terjatuhkan external tu masa dia guna komputer ni*


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

nangis lagi....



*on the better note, our papers are accepted for conference this Oct, tp semua data dalam hard disk....*


uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, April 19, 2013

Speaking out what's in my mind

Well, actually writing out what's in my mind, in a way speaking it out.  Randomly put.  Many things been occupied my mind sejak kebelakangan ni. Rasanya kena list down. Duduk dan fikir semula. 

Kesihatan
I am down with viral fever since last 2-3 days. Ada masa rasa berat sgt kepala, tak boleh nak buat apa-apa. Baring je. Ada masa suhu badan pun naik. The highest was tgh malam tadi, didn't check the temp but I was shivering, kesejukan while husband and anak-anak tidur tak berselimut pon sebab sekarang ni musim panas di sini. Then nak bangun buat susu Ilyaas pon rasa xmampu sgt, and have to kejutkan husband. And gagahkan diri jugak angkat Imani supaya dia tidur dalam baby cot dia after breastfeed. Sgt takut if Imani pulak yg berjangkit demam ni. 
Ilyaas pon baru recover from flu and headache. Suhu turun naik. But last night dia nampak a lot better.badan tak panas dah. running nose pon dah stop. Alhamdulillah sgt. 
I'm praying that Imani and my husband tak berjangkit la viral infection ni. 
Sesungguhnya kesakitan ini adalah penghapus dosa-dosa kecil, mudah-mudahan.

Masa
Skrg ni hari-hari rasa tak cukup masa. emmm, bukan tak cukup, tp tak pandai nak manage. I want masa yang berkat. Dapat spend masa dgn anak-anak bila di rumah. Dapat spend masa bermain dgn Ilyaas, dan bercakap dgn dia. Spend masa dgn Imani selalunya waktu breastfeed, akan buat direct contact eyes to eyes dgn dia. Sembang, senyum bila breastfeed dia. Masa dgn Ilyaas rasa sgt kurang skrg. Hari-hari aim nak duduk ajar dia Alif Ba Ta dan A B C, tp last2 dia bljar sendiri di youtube ataupun dia main sorang2 dlm playroom. Kalau tgk orang lain boleh jadi supermak, rasa kenapa saya tak boleh? tp selalunya saya tewas jugak. 

Duit dan Ilmu
Yes. Duit adalah satu perkara yg berlegar-legar dalam kepala saya. mcm mana nak tambah duit kami sekeluarga, sebab selalu sgt guna duit simpanan :( saya selalu tenangkan diri sendiri ckp, patut bersyukur dulu pernah kerja, sempat buat simpanan, bolehla guna utk waktu2 susah mcm skrg ni. siapa ckp kami senang lenang? tp kami jugak bukan orang susah. masih lagi boleh pergi makan kfc. masih lagi boleh bayar sewa rumah, loan kereta, Alhamdulillah. ramai lagi yg lebih susah dari kami. 
Sebab tu saya buat online bisnes secara kecil-kecilan. Jual barang2 baby. Boleh la cover serba sedikit walaupon tak banyak. Saya suka shopping. sekarang kena tahan minat itu. tak perlu beli benda yg tak penting. tapi selalunya sy beli benda untuk anak-anak. contohnya mainan mereka,sebab kesian tgk dorang main mainan yg sama je. dan kesian tgk ilyaas akan over excited kalau pergi rumah orang yg byk toys besar besar yg best2..sbb saya jarang beli toys besar2 kat dia. hmmmm.
jadi student ni duit mmg kena kawal betul2 lah. ya allah kami suami isteri selalu doa, moga2 pengorbanan kami berhenti kerja dan sambung belajar ni berbaloi, demi kebaikan kami sekeluarga masa depan. kami menghargai ilmu, dan percaya ilmu dapat membawa kebaikan pada kami di masa hadapan. insyaAllah. 



Tengok kawan-kawan lain se-usia kami, kumpul harta sana-sini. beli rumah.beli emas. beli saham. pergi melancong ke luar negara. beli barang hebat-hebat untuk anak2. bawa anak masuk kelas itu ini.  Jealous, mesti lah normal ada perasaan mcm tu. Biarkan saja rasa cemburu tu. 
Kami yg pilih jalan ni, jadi kami perlu habiskan. Bukan main-main, ada 2 nyawa kami bawa bersama dlm perjalanan ni. Zuriat kami sendiri. After all, ilmu tu lebih baik dari harta.  




Motivation
Susah sgt nak make sure level of motivation saya sentiasa berada pada tahap yg tinggi. Mesti ada turun naik. 
Saya tgk Kakak N berjaya manage keluarga dia, at the same time mampu jaga kecantikan diri. Saya mahu jadi macam Kakak N. Kemudian tgk Kakak A pulak mampu manage anak2 serta houseworks sambil sibuk siapkan thesis dia. Saya mahu jadikan dia idola. Saya tgk person lain pulak mampu buat itu ini dalam masa 24 jam, kenapa sy xboleh mcm tu? 
Saya ni jenis suka ikut orang. Emm, xbagus jugak. Tp bagus kalau ikut orang yg betul2 boleh bagi motivasi pada saya. 
Mcm mana la nak kekalkan tahap motivasi diri supaya sentiasa positif dan bersemangat?
Ya, I know kena jadi diri sendiri! 
Saya rasa sy boleh.. Yakin Boleh gitu!

Blog
Saya suka berblog. Saya dh buat blog dr tahun 2008. masa di Perth lagi. Saya sayang blog ni. sebab tu saya sayang nak tinggalkan dunia blogging ni. tp skrg sy mmg kurangkan masa utk singgah blog2 orang lain dah spend masa utk baca entry2 dorg. maaf la kawan2 blog ye. saya baca beberapa blog yg always bg dorongan kat saya utk kuat. yg buat sy rasa im not alone struggling in this world. contohnya mcm blog Nad.http://qarlista.blogspot.com/ . Walaupon tak pernah jumpa dia, tp rasa sgt byk persamaan n sgt bg motivasi. so, kalau org tanya kenapa saya tak stop blogging, ni la antara reason nya. blogging can give a piece of mind to me. I don't read blogs yg tayang handbag itu ini, tayang harta sana-sini.. I don't want to read it. coz it will make myself feel cemburu, nak jugak mcm tu..i just read those blogs that give benefits to me. 
dan dari blog ni jugak sy kenal nuffnang. Alhamdulillah.belum pernah cash out. tgh tunggu duit sampai satu target, nnt baru nak cash out. tp itu bukan main aim saya berblog. itu kira sambil menyelam minum air la. lagipun mmg nak tambah duit kan mcm sy ckp kat atas tu. 

ikutkan banyak lagi dlm pikiran ni. but i nak stop now. nnt sambung lagi. 
to write a blog, i have to divide my time. cukup 15-30minit di blog. now better sambung my interpretation. 
coz i leave my kids with babysitter in order to finish my master. 
i must work for my master. 
kesian tinggal anak2 dgn orang.