Assalamualaikum,
Entry pertama untuk kandungan ketiga ini. This will be my own record, or pregnancy journey. Sama adil untuk abg Ilyaas and kakak Imani, adik IH3 pon boleh baca nnt bila dah reti google blog umi..
Alhamdulillah, dapat tahu mengandung at Week 4, masa tu husband tengah kursus dekat Le Meridean KL. I dgn anak2 ikut. saja2 beli test kit untuk cuba2 test sbb usually mmg tak regular pon. First time test hari Jumaat, morning after breakfast.
Quickly appear the second purple line, walaupun tak berapa terang.
Syukur sangat2 sbb I memang dah lama mengidam nak pregnant lagi.
Inform husband yg baru solat Dhuha.
He quickly snap gambar test line tu dan send to his mother aka my mil la.
Ok, confirm husband pon excited this time around :D
no more drama like before.hahah.
No wonder dok rasa bloating je before that. Since then, I just makan acid folic and continue life as usual. Sometime, terlupa tengah pregnant, so dukung Imani yg dah berat tu. Even dukung Ilyaas pon pernah sbb nak memujuk anak teruna sorang tu..
Dalam tempoh awal2 pregnant, mual and loya mmg ada. But I did not vomit back all the food. Instead, muntah angin je kata orang tua.
Dalam tempoh tersebut jugak kami pindah rumah.
Ya Allah, mmg penat sgt2 time pindah2 rumah n knowing I am pregnant at very early stage.
Kesian my husband terpaksa angkat berat2 sorang2.
I did whatever yg termampu je.
Itupun beberapa kali ada bleeding until week 9 mcm tu ada show skit2.
At week 6, I pergi clinic untuk confirmkan pregnancy. After all rasa pain dekat previous scars.
Klinik pertama scan, ckp no sac. Maybe I tak pregnant. Waaaa nangis sorang2 masa tu. I have loved this little baby inside me tibe2 doc cakap macam tu. Husband pulak tgh field work. I was driving alone mmg tak tenang langsung.
Petang tu, repeat pergi different clinic. Masa ni, dah call my mum and she is also worried, in case ectopic pregnancy or something else. An old doctor, male, scan. He said don't worry, he can see the sac. He do urine test untuk check in case ada infection sebab dok rasa painful. Luckily tak de pain, it just that my scars are now being stretch due to the growing little fella inside.
For you sayang, sakit2 pon umi bear jugak la.
Then, next week, husband ajak check dekat O&G pakar di Ipoh. so we went there, doc check alhamdulillah dah nampak heart beat at Week 7. beeping mcm kelip2 dalam scanner tu.
Week 7 to Week 8, husband went to Indonesia for a week. Untuk work assignment. Has been a tough week, handling the elder two with mual2 ... Alhamdulillah, we made it!
Week 10, bukak buku pink. Scan with doctor alhamdulillah semua nampak ok. Baby ikut size.
Week 11. Minum air gula coz ada family line with diabetis.
Week 14, berat umi naik 1.1kg from first check up Week 10. Kena KIV for berat naik berlebihan.
Hoho. perut dah nampak but boleh cover lagi , badan getting heavier, cannot stand for so long.
Loya is getting away. Kaki krem dah beberapa kali. lenguh paha setiap hari.
Tak kisah la apapun ketidak selesaan ini, moga baby umi sihat membesar sempurna mental fizikal di dalam rahim umi ....love you before you are here lagi. be strong , sem ni umi banyak kelas kena ajar, 90 students will be sitting in front of u every time lecture. Semoga berkat mengajar anak2 orang, anak2 umi jadi pandai...Insya Allah..
till then, a long entry without picture coz I just don;t know which picture to put. mmg tak pernah letak gambar scan baby dekat public.
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Friday, January 22, 2016
Wednesday, August 13, 2014
Pregnancy and Ovulation Tests termurah di pasaran
Assalamualaikum,
Hi semua,
Ok tajuk entry hari ni mmg khas untuk mereka yg dah berkahwin sahaja yer. Yang belum, boleh baca, tapi jangan cuba ok..
Sebenarnya, I nak share kat mana korang boleh beli pregnancy and ovulation test strips yang murah. sangat sangat murah, sampaikan korang tak kan percaya bila tengok harganya.
RM1 sahaja untuk pregnancy test (UPT).
RM 1.20 sahaja untuk ovulation test (LHT).
Lagi best, beli 9 percuma 1...
kalau nak beli sekeping pon boleh jer..no hal..
Terbaik sgt offer mcam ni..
Murah kan???
Thursday, December 12, 2013
Cecair Ajaib dari GAVISCON utk pregnant mummies =)
Assalamualaikum and Good Morning semua =)
Korang semua yang pernah pregnant, sure pernah rasa macam mana rasa heart burn @ pedih ulu hati kan?
I've been experiencing it for 37+39 weeks for both of my pregnancy to my kids.
I ni jenis sejak mula pregnant sampai habis bersalin, akan terasa heart burn tu...Nak buat mcm mana kan, but sadly during the time I was pregnant back in 2010/2011 and 2012 (whoah my body has work a lot then), I tak tau pon ada ubat untuk kurangkan rasa pedih ulu hati ni..Poor me kan? tanggung je la sakit heart burn tu.. sakit ni akan makin terasa time lepas makan, time nak tidur, or even time tgh tidur.
Yela, logically, our rahim is membesar, and squeezed other elements in our body...
Ok, let me tell u few reasons macam mana pedih ulu hati boleh terjadi...Korang kena baca ok, sbb ni penting..kita selalu ignore but if we can try to avoid, maybe pengalaman pregnant tu lebih bermakna..kan?
- Perubahan hormon dalam badan, di mana hormon progesterone mengendurkan otot-otot badan ketika kehamilan untuk memudahkan asid perut mengalir ke ruang esofogus.
- Baby dlm rahim kita tu dok membesar kan, n setiap hari akan ambil space dlm badan kita ni..Bila baby makin besar, baby akan tolak acid perut lebih dekat ke rongga esofogus, and menyebabkan berlakunya pedih ulu hati...(hmmm, my worst heart burn sampai tak boleh nak berdiri tegak, sebab pedih sgt2 masa pregnant 7-8 bulan..seksa betul masa tu
- Pemakanan and aktiviti harian mummies ketika hamil pon menyebabkan pedih ulu hati ni terjadi tau...so kena makan sikit2 tp kerap..
Okla, daripada I type panjang2 pastu membosankan, jom kita baca infographic yg comel lagi penuh maklumat pasal heart burn atau pedih ulu hati ni...
dan sekarang ni GAVISCON dah ada cecair ajaib untuk membantu ibu-ibu mengandung yg mengalami pedih ulu hati ni...
(kenapa I tak tau kewujudan cecair ajaib GAVISCON ni masa I pregnant? sobs sobs sobs)
eh, info lanjut korang boleh check di website GAVISCON yer....
korang tau kan, klu kena pedih ulu hati ni, tak kira siang or malam...
jadi kita boleh je amik cecair ajaib GAVISCON ni sama ada siang or malam..
tapi kan, setiap pregnancy tu adalah berbeza..Setiap mummy pon berbeza...so, sebelum start ambil cecair ajaib GAVISCON ni, sila tanya doktor dulu k..sebab kita tak tau reaction badan kita...better to ask doc first...=) ala, apa2 ubat nak consume time pregnant, mmg kena doc dulu....
ok, hopefully mummies yg tgh pregnant tgh ada heart burn boleh cuba la ni...I will try kalau I pregnant no 3 nnt...
*ps: thank u Gaviscon*
Sunday, October 6, 2013
Akar Siti Fatimah,usaha untuk memudahkan bersalin
Dah nak masuk 9 bulan pun saya melalui proses melahirkan anak kedua, tp saya belum share lagi pasal akar kacip fatimah. eh kacip fatimah pulak, akar siti fatimah..
mungkin setengah orang biasa dgr nama akar siti fatimah ni, mungkin jugak ada yang tak pernah.
sebenarnya, akar siti fatimah ni, saya dpt dari Mekah. Masa mak saya pergi Mekah dulu, mak ada belikan, beberapa kuntum akar siti fatimah. memang nak dapatkan akar siti fatimah ni, hanya lah di Mekah. Takde jual di tempat lain. origin mmg dari Mekah. Kalau tak percaya, boleh la google. Yang dijual di Malaysia pun, semuanya di import dari Mekah. Masa nak bersalinkan Ilyaas, saya tak sempat minum/guna air rendaman akar kacsiti fatimah, sebab tuptup dah nak bersalin. tak sedar, mak pun tak teringat..biasalah, first timer.
Waktu mengandungkan Imani, mmg dah bagitau mak awal2, saya nak cuba minum air rendaman akar siti fatimah. Saya nak cuba utk bersalin normal. kita usaha kan..
Ni lah rupanya akar siti fatimah, yang fresh, belum direndam dalam air lagi
kalau baca dekat2 blog lain, ramai yg guna air rendaman akar siti fatimah ni utk minum atau dicampur dgn air mandian. ada yg guna sejak masuk 7 bulan mengandung. ada yg guna bila masuk 9 bulan. mcm saya, saya start around week 36 going 37. semuanya bergantung la pada kita sendiri.
cara-cara yang saya praktikkan masa mengamalkan minum air akar siti fatimah ni dulu, lebih kurang mcm ni la:-
1. Saya rendam akar siti Fatimah dalam air kosong. Air masak. Suhu air tu kena suhu bilik la, bukan air panas, or air suam...or air sejuk dari peti ais. untuk first time rendam, saya biar sejam-2 jam. biar akar tu kembang dalam air tu.
Ni rupa akar tu masa dah dlm proses merendam...
ni first time rendam...
air dia jadi warna keruh sikit...
sebelum rendam, saya basuh dulu akar tu.
ye la, jauh travel dari mekah..siap melalui proses pengeringan lagi dekat sana,
di simpan n sure ada habuk melekat kan.
di sarankan basuh dulu la baru terjamin kebersihannya
2. Kemudian, saya keluarkan akar tu, dan keringkan dia.
Air rendaman tu saya buat dalam bekas air yg 2L. Saya guna buat minum.ganti air masak.
Mula-mula mmg ada rasa dan bau keruh. Bau daun la. emmm ada bau tanah sikit. saya ignore je, betul2 niat di hati nak berusaha nak bersalin normal kali kedua ni.
3. Bila dah habis air rendaman dalam bekas air tu, saya ulang lagi proses no 1 and no 2.
kadang-kadang, saya rendam dalam baldi, dan buat air mandian jugk.
4. Kalau hari ke uni, setiap pagi bangun, saya akan rendam dalam jug, then isi dalam botol air dan bawa pegi uni. saya minum mcm minum air mineral. sambil2 tu keep on selawat dan baca doa nabi yunus.
Ni saya rendam pagi2 sebelum gi uni. dah kembang sekembang nya akar tu.
kata orang tua, kalau cepat kembang, cepat la kita bersalin.
wallahualam.
masa first time rendam, amik masa jugak nak kembang.
tp bila dah selalu rendam, laju je dia kembang.
logically secara sains nye mmg la makin selalu rendam, tinggi la tahap absorption nya, senang la nk kembg..kan?
hipotesis sains pulak...
5. Kadang-kadang, sebelum tidur saya amik sikit air tu, saya sapu2 la kat perut yg besar masa tu..sambil doa jugak mintak dipermudahkan...
Saya bawa jugak masuk botol air akar siti fatimah ni ke dalam labour room. Nurse pun suruh minum. Dia cakap, awak ada air selusuh tak, kalau ada minum.
Saya jawab takde, air akar siti fatimah..minum la selagi larat nak minum
masa tu saya dah sakit nak bersalin. dah pecah air ketuban pun.
baby pun dah berak...cerita penuh kat sini..
Tak sampai 3 jam saya bertarung sakit, saya rasa nak teran...tp tibe2 doc detect yg baby dah stress sebab dia dah berak.. n doc detect kepala baby dok mendongak. susah nak turun...
so, cepat2 dorg bawa saya ke OT dan selamatlah saya bersalin kan Imani.. walaupun bukan secara normal, tp saya rasa Allah permudahkan..
Saya tak sakit lama, doc dpt detect baby stress cepat dan operation pon cepat je.
Saya sedar masa operation dijalankan, Allah bg peluang sy tgk baby saya right after melahirkan...
Walau pun orang kata, minum air akar siti fatimah, senang nak beranak secara normal, tp saya yakin Allah Maha Kuasa. sy pun senang juga bersalin. tak sakit lama, operation pun kejap, takde complication etc...kita berusaha, Allah tentukan. Apepun kita kena redha dan syukur...=)
Oh ya, ikut pesan orang tua, akar siti fatimah ni , boleh digunakan berapa kali pun tak pe.maksudnya utk berapa kelahiran pun tak kisah... biasanya, guna utk anak no1, then simpan untk anak2 seterusnya...sebab dia tak busuk dan boleh disimpan dengan keadaan kering.
kalau dah tutup buku beranak, boleh simpan dan serahkan pada anak kita pulak bila anak kita mengandung dan nak bersalin nnt. boleh bagi kat menantu jugak...
terpulanglah, wallahualam...
yang pasti, yakin pada Allah. Dia Maha Kuasa.
Monday, January 7, 2013
Belajar teknik pernafasan ketika bersalin
Tadi pagi gi check-up kat klinik desa. harini genap 37minggu 4 hari pregnant. Kalau ikut kiraan LMP la. Lagi 17 hari ke due date sebenar. Perasaan ? Bercampur-baur.
kejap-kejap rasa berdebar, kadang-kadang sensitif sangat, Lately ni plak asyik homesick je. Sikit-sikit teringat mak. hari-hari telipon mak. Syukur Alhamdulillah I still have my mum. Pastu, bangun pagi dok teringat nasik lemak mother in law pulak. Cuba masak, tapi tak sama. Pastu teringat tak mintak maaf lagi ngn parents, parents in law, ngn ipar duai, ngn adik beradik.
Ok, dah larik tajuk.
Tadi masa gi check-up tu, lepas check blood pressure, amik darah, check air kencing and timbang berat (Yaaayyy, kali ni berat 72.2kg, klu time ni masa pregnant Ilyaas dah 76kg), nurse suruh masuk bilik and baring terus kat katil. Punya la berdebor-debor takut nurse nak buat VE. Scary part ni. Nasib baik tiada VE dilakukan tadi. lega lega lega. Tapi, nurse baik hati ajar dengan lemah lembut cara-cara nak bernafas bila contraction datang dan cara-cara nak meneran. Selama ni saya baca je, td nurse suruh demo. Baru rasa lebih konfiden. So, berdasarkan apa yg nurse ajar dan apa yg saya baca setakat ni..teknik-teknik bernafas masa nak bersalin ialah macam ni...:-
Masa mula-mula rasa nak sakit...contraction manja-manja atau braxton hicks
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)
Ada video yang membantu kat youtube.
Dan bacaan dari Blog Adrinis yang saya rasa paling simple nak faham dan follow.
Satu lagi teknik dari Blog Aisyah Rahim.
Aisyah ajar cara yg lebih kurang mcm BabyCenter ajar, tp diaplikasikan secara lebih Islamik. "Reeee..."---"Laxxxxx..." jadi Doa Nabi Yunus a.s di dalam perut ikan nun.
* Ini ialah nota untuk saya ingat dan praktikkan. Harap dapat membantu masa labour nnt. Kita hanya bersedia dan berusaha, selebihnya terletak pada Allah SWT jua. Saya cuba yg termampu.
* Dulu masa first pregnancy, langsung tak amik kisah pasal breathing teknik ke apa ke...isk isk isk...
kejap-kejap rasa berdebar, kadang-kadang sensitif sangat, Lately ni plak asyik homesick je. Sikit-sikit teringat mak. hari-hari telipon mak. Syukur Alhamdulillah I still have my mum. Pastu, bangun pagi dok teringat nasik lemak mother in law pulak. Cuba masak, tapi tak sama. Pastu teringat tak mintak maaf lagi ngn parents, parents in law, ngn ipar duai, ngn adik beradik.
Ok, dah larik tajuk.
Tadi masa gi check-up tu, lepas check blood pressure, amik darah, check air kencing and timbang berat (Yaaayyy, kali ni berat 72.2kg, klu time ni masa pregnant Ilyaas dah 76kg), nurse suruh masuk bilik and baring terus kat katil. Punya la berdebor-debor takut nurse nak buat VE. Scary part ni. Nasib baik tiada VE dilakukan tadi. lega lega lega. Tapi, nurse baik hati ajar dengan lemah lembut cara-cara nak bernafas bila contraction datang dan cara-cara nak meneran. Selama ni saya baca je, td nurse suruh demo. Baru rasa lebih konfiden. So, berdasarkan apa yg nurse ajar dan apa yg saya baca setakat ni..teknik-teknik bernafas masa nak bersalin ialah macam ni...:-
Masa mula-mula rasa nak sakit...contraction manja-manja atau braxton hicks
- Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, pastu lepaskan ikut mulut
- Tarik nafas pendek-pendek ikut mulut, dan lepaskan cepat-cepat ikut mulut jugak..
- Gaya mcm huuuppp-haaappp huuuppp-haaaappp (mcm lepas lari 100m or 200m dulu kot tp dengan lebih bertenang)
- Tp jgn kosongkan lung/paru2 terus sebelum sedut nafas seterusnya.
- Tarik nafas 2kali ikut hidung, lepaskan sekali ikut mulut
- Gaya mcm sniff-sniff-fuhhh
- kalau tak rasa nak meneran, hembus nafas mcm biasa
- Tarik nafas dalam-dalam ikut mulut, dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan ikut mulut jugak.
- Lepas dgn sekali nafas, untuk elak baby termasuk balik (mcm mana tu ek??)
- Nurse ajar tadi, masa nak meneran ni, position kita ialah dlm keadaan duduk bersandar sikit.
- Mintak katil diangkat. Tak pun husband tolong ampu bahagian belakang badan/kepala kita supaya lebih tinggi dari berbaring.
- Mata pandang perut (boleh jadi penguat semangat nampak perut mengempis bila baby keluar). Dagu cecah dada ketika meneran.
- Kedua-dua tangan pegang buku lali dengan kuat untuk elak diri sendiri dari angkat punggung.
- Bila rasa sakit baru push dengan sekali nafas.
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)
Ada video yang membantu kat youtube.
Dan bacaan dari Blog Adrinis yang saya rasa paling simple nak faham dan follow.
Satu lagi teknik dari Blog Aisyah Rahim.
Aisyah ajar cara yg lebih kurang mcm BabyCenter ajar, tp diaplikasikan secara lebih Islamik. "Reeee..."---"Laxxxxx..." jadi Doa Nabi Yunus a.s di dalam perut ikan nun.
Masa sedut nafas ikut hidung, dalam hati dan otak lafazakan "Lailahaillahanta..." , bila hembus nafas melalui mulut pulak, dalam hati dan otak lafazkan " Subhanakainnikuntomminalzolimin"
* Ini ialah nota untuk saya ingat dan praktikkan. Harap dapat membantu masa labour nnt. Kita hanya bersedia dan berusaha, selebihnya terletak pada Allah SWT jua. Saya cuba yg termampu.
* Dulu masa first pregnancy, langsung tak amik kisah pasal breathing teknik ke apa ke...isk isk isk...
Friday, January 4, 2013
Menyambut Kelahiran Mengikut Sunnah
Sekarang ialah masa menambah ilmu dan pengetahuan untuk bersalin, menyusu, mendidik anak dan yang sewaktu dengannya. So, my entries akan berkisar topik-topik ni la seminggu dua ni.
Rujukan: Majalah Al-Ustaz Edisi 09
Dalam menyambut kelahiran bayi baru, ada beberapa adab yang telah diajarkan Rasulullah SAW sebagai panduan kita semua umat baginda. Antaranya ialah:-
1. Melaungkan azan di telinga kanan anak serta iqamat di telinga kiri sejurus selepas kelahirannya.
" Aku melihat Rasulullah azan di telinga Hassan bin Ali sewaktu Fatimah melahirkannya"( Riwayat Abu Daud, daripada Abu Rafi')
- untuk memastikan kalimah pertama yang didengar oleh si anak ialah perkataan yang mengandungi kebesaran dan keagungan Allah dan kalimah syahadah.
- dapat menghalau syaitan dan unsur-unsur jahat.
2. Melakukan Tahnik dengan buah kurma/tamar atau makanan yang manis
Abu Musa al-Asyári bercerita: "Saya telah mendapat anak lelaki, maka saya membawanya kepada Nabi. Baginda menamakannya Ibrahim, menyuapkan tamar ke dalam mulutnya dan mendoakan keberkatan untuknya lalu meyerahkan anak itu kembali kepada saya" ( Riwayat Al-Bukhari).
- Cara Rasulullah mentahnikkan bayi ( diringkaskan dari Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
*Baginda mengambil sebiji tamar lalu dikunyah-kunyah
* Kemudian disuapkan ke mulut bayi
- Sekiranya takde kurma/tamar, maka suapkanlah dengan sesuatu benda yang manis-manis.
- Boleh dilakukan oleh ustaz/iman atau orang-orang alim
- Namun, sunnah tahnik dilakukan sejurus selepas kelahiran, sebelum disusukan, jadi memadai tahnik dilakukan oleh Ayah bayi tersebut. Menurut Majalah Al-Ustaz edisi 09, maka sebaik azan pada telinga anak, susulilah dengan mentahnikannya dan kemudian menyusukannya dengan susu ibu.
- tidak salah sekiranya bertahnik banyak kali
- Sains dan Tahnik ( Boleh dibaca di sini dan di sini)
- Sains dan Tahnik ( Boleh dibaca di sini dan di sini)
3. Mengucapkan tahniah merangkap doa buat ibu bapa si anak
Antara doa-doanya:-
"Semoga Allah memberkatimu dengan kelahiran anak ini dan kamu pula mensyukuri Pemberianya. Semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang daripada anak ini"
"Semoga Allah melimpahkan berkat-NYA ke atasmu, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikanmu seumpama memperbanyakkan pahalamu".
4. Melaksanakan Aqiqah
- 2 ekor kambing untuk anak lelaki
- seekor kambing untuk anak perempuan
- sunat dilakukan pada hari ke-7
- tetapi tidak salah dilakukan pada waktu lain
5. Mencukur kepalanya
Sabda Rasulullah: "Bagi setiap seorang anak hendaklah dilakukan aqiqah:sembelihlah haiwan baginya dan buangkan daripadanya penyakit (cukur rambut) (Riwayat al-Bukhari)
6. Memberi nama yang baik.
7. Berkhatan
Sabda Rasulullah : "Lima amalan ini ialah fitrah manusia: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memendekkan misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak"( Riwayat all-Bukhari dan Muslim).
Rujukan: Majalah Al-Ustaz Edisi 09
Thursday, January 3, 2013
Tanda-tanda Hampir Bersalin
Alhamdulillah, pagi ni bangun dah masih sihat. 37weeks of pregnancy, and still enjoying it. Walaupun pagi tadi perut rasa memulas-mulas, dan bila ke tandas tak ada hasil, dituruti contraction manja beberapa kali pagi tadi. Lepas mandi, semuanya ok seperti sediakala balik.
Masa pregnantkan Ilyaas, saya tak tahu rasa contraction mcm mana sampailah dah masuk labour room. Maksudnya, saya tak ada tanda-tanda awal bersalin, kecuali saya rasa pergerakan Ilyaas kurang, dan bila buat CTG nampak ada contraction and check dilation dah 2cm. Tunggu 2 hari, dilation jadi 3-4 cm, so doctor suruh straight ke labour room, walaupun belum rasa sebarang kesakitan. Jadi, saya pun banyakkan membaca dan bertanya tentang tanda-tanda hampir bersalin. Melalui bacaan saya, tanda-tanda hampir bersalin ialah:-
1. Bayi turun ke bawah
- perut rasa lebih ringan, kurang rasa tekanana pada tulang rusuk dan diafragma. Pernafasan lebih mudah.
- kepala bayi telah mula memasuki kawasan tulang pelvis
- sakit di bahagian celah kangkang setiap kali bangun dari duduk/tidur/berjalan
- kerap buang air kecil
- kerap rasa hendak buang air besar
- kerap terkentut
2. Keluar lendir pekat/ keluar darah bercampur lendir
- orang tua-tua kata ni kembar darah.
- tanda yang mudah untuk dikenal pasti
- lendir pekat dari pintu rahim. seperti gam menunjukkan pintu rahim mula menipis
- lendir pekat bercampur darah akan keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh jadi beberapa jam atau beberapa hari sebelum melahirkan.
3. Sakit Belakang
- menunjukkan bayi beralih dan menekan belakang
- cara nak kurangkan sakit belakang
i ) berada dalam posisi merangkak selama beberapa minit. tp jangan merangkak ke hadapan.
ii) angkat badan ke atas dalam kiraan 5 dan rehatkan. ulangi sehingga rasa selesa
iii) mintak tolong suami urutkan bahagian pinggang dalam posisi kita mengiring
iv) Banyakkan berjalan
4. Pecah Air Ketuban
- tanda yang mudah dikenal pasti
- tapi sangat jarang terjadi. mostly doctor yang akan pecahkan air ketuban bila dilation sudah 4 cm ke atas.
- Air ketuban ialah air berwarna jernih, tanpa bau. Kalau bayi dah terberak di dalam, air ketuban akan berwarna kehijauan.
5. Kontraksi yang kerap dalam tempoh yang dapat ditentukan
- 5 minit sekali selama 1 jam atau 10minit sekali setiap 1 jam.
- buat jadual untuk monitor.
Peringatan untuk diri sendiri --> dalam keadaan menunggu tanda-tanda hampir bersalin, selagi belum keluar darah atau air ketuban, banyakkan membaca surah Maryam, surah Al-Fatihah, selawat, doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun.
Sunday, December 23, 2012
Tuesday, October 9, 2012
Survey Now Begins-Set Berpantang
Bulan lepas, dah start survey set tilam kekabu untuk baby no #2 ni.. Alhamdulillah, hasil survey, dapat jumpa penjual yg jual dgn harga berpatutan dgn kuantiti item yg memuaskan and yg paling penting, size tilam baby yg muat utk baby cot nnt. Tapi baru je buat bayaran and tempahan kelmarin.hehe. Nanti barang dah sampai saya review=)
Masuk bulan ke-6 ni, saya memulakan survey untuk beli set berpantang pulak. Masa mula-mula pregnant dulu, ada juga survey sikit2, tp tak intensif sgt. Survey menyurvey ni mcm jadi part-time saya la bilabosan stress dgn research. Hehehe.
Kat Malaysia ni, sangat banyak set berpantang yang dijual, sama ada online sales, kat kedai jamu, kat farmasi or kat hospital2 pun ada. Bergantung la pada tuan punya badan nak set yg mcm mana. Jamu based, Organic based, Spa-style based or Hemopati based. Sebut je, semua jenis ni boleh didapati dgn mudah. Sedia duit je.
Berdasarkan pengalaman berpantang anak sulung dulu, saya makan Set berpantang Jamu Nyonya Meneer . Tp, jodoh saya dgn set berpantang Nyonya Meneer ni tak panjang sbb saya sendiri tak berapa nak sesuai dgn jamu-jamu yg disediakan, and anak cirit bila saya makan masuk kotak kedua. Tapi saya sempat guna set-set pilis, parem dan tapel yang disediakan sekali.
Untuk persediaan berpantang kali ke-#2 ni, saya plan nak cari set berpantang yg agak-agak sesuai dgn badan ni, yang penting not jamu-based la, since dah tau badan tak match kan. Tapi saya nak yg ada pil kesihatan.
Ni list-list of set berpantang yg sempat saya survey kan:-
Untuk detailed list (ada 63 jenis set berpantang), leh baca kat forum Hospital Bersalin.
Spa-style Based
Tanamera PostNatal Care Set - Bermula dari RM360 (include postage) bergantung pada pakej yg dipilih, boleh jugak beli secara individual item
Price untuk individual item yang saya tahu (saya email customer care Tanamera) sbb berminat dgn produk2 ni je, nak beli the whole set, tak mampu akak ..
Tropical Herbs Amway - Harga kena pandai cari. Dari survey saya range RM230-280, bergantung pada penjual.Ni harga online la. Ni agak menepati ciri-ciri yang saya nak, ada ubat/pil kesihatan lepas bersalin, pilis, parem, teh herba, minyak urut, minyak ramping, pembasuh wanita, etc tp saya xnak dah bengkung tu, sbb my MIL dah buatkan dari anak first lagi, but since percuma, tak kisahlah.Maybe nak beli yang ni kot. Tp nak try cari kedai yg jual murah lagi.Ke ada sapa2 nak hadiahkan? =)
Manja Set Bersalin Cosway - Rm400.mahal tp barang2 dia mcm best je. Ada kapsul herba bersalin, lulur, mandian herbal, lulur herbal, bengkung, pilis and banyak gak gift lain mcm socks, selipar dalam rumah, buku panduan etc.. emmm, best best..tp harga dia mahal benor.. Sapa tau kat mana ada jual murah set ni?
Masuk bulan ke-6 ni, saya memulakan survey untuk beli set berpantang pulak. Masa mula-mula pregnant dulu, ada juga survey sikit2, tp tak intensif sgt. Survey menyurvey ni mcm jadi part-time saya la bila
Kat Malaysia ni, sangat banyak set berpantang yang dijual, sama ada online sales, kat kedai jamu, kat farmasi or kat hospital2 pun ada. Bergantung la pada tuan punya badan nak set yg mcm mana. Jamu based, Organic based, Spa-style based or Hemopati based. Sebut je, semua jenis ni boleh didapati dgn mudah. Sedia duit je.
Berdasarkan pengalaman berpantang anak sulung dulu, saya makan Set berpantang Jamu Nyonya Meneer . Tp, jodoh saya dgn set berpantang Nyonya Meneer ni tak panjang sbb saya sendiri tak berapa nak sesuai dgn jamu-jamu yg disediakan, and anak cirit bila saya makan masuk kotak kedua. Tapi saya sempat guna set-set pilis, parem dan tapel yang disediakan sekali.
Untuk persediaan berpantang kali ke-#2 ni, saya plan nak cari set berpantang yg agak-agak sesuai dgn badan ni, yang penting not jamu-based la, since dah tau badan tak match kan. Tapi saya nak yg ada pil kesihatan.
Ni list-list of set berpantang yg sempat saya survey kan:-
Untuk detailed list (ada 63 jenis set berpantang), leh baca kat forum Hospital Bersalin.
Spa-style Based

Price untuk individual item yang saya tahu (saya email customer care Tanamera) sbb berminat dgn produk2 ni je, nak beli the whole set, tak mampu akak ..
Lavender Floral Water – rm36
Herbal massage oil - rm33
Cold Press Coconut oil rm34
Brown Formulation Body Soap- rm15
Non-Jamu Based
Tropical Herbs Amway - Harga kena pandai cari. Dari survey saya range RM230-280, bergantung pada penjual.Ni harga online la. Ni agak menepati ciri-ciri yang saya nak, ada ubat/pil kesihatan lepas bersalin, pilis, parem, teh herba, minyak urut, minyak ramping, pembasuh wanita, etc tp saya xnak dah bengkung tu, sbb my MIL dah buatkan dari anak first lagi, but since percuma, tak kisahlah.Maybe nak beli yang ni kot. Tp nak try cari kedai yg jual murah lagi.Ke ada sapa2 nak hadiahkan? =)Manja Set Bersalin Cosway - Rm400.mahal tp barang2 dia mcm best je. Ada kapsul herba bersalin, lulur, mandian herbal, lulur herbal, bengkung, pilis and banyak gak gift lain mcm socks, selipar dalam rumah, buku panduan etc.. emmm, best best..tp harga dia mahal benor.. Sapa tau kat mana ada jual murah set ni?
Leesa Confine Mum- Ada 3 jenis set, harga berbeza ikut set. Range RM210-345. dalam ni dapat bengkung, ginger cream, minyak telon, prawan (nak jadi dara balik kot?), pati haruan, and body contour gell.
Set Bersalin HPA- Murah sekali!. RM85-90 je satu set. Ni takde bengkung. Ada dua jenis pil lepas bersalin, minyak barut, minyak bayi, teh herba, ubat periuk (tak pasti kegunaan dia untuk apa), ubat basuh dan spirulina.
Set Bersalin Jati Indah- RM 250. ada tablet utk kesihatan lepas bersalin, losyen berurut ibu, bengkung, losyen urut baby, basuhan herba utk mandi dan alat kelamin.
Set Sendayu Tinggi/Ammy 60 Days - RM386! rasa baik beli Tanamera gini. hehehe. tp dalam ni banyak gak la bleh dapat.. Ada 11 produk. Sila lah baca dkt link yg sy sertakan tu.
Set Bersalin Ibu Ambar Kenangan- RM 150-200 (depends dgn seller la). this one mmg xbased jamu langsung, malah takde penggunaan akar kayu etc mcm orang Melayu kita. Based nya rempah ratus Arab. sbb dia mengikut tradisi Timur Tengah. Ada campuran kulit kayu manis, jintan hitam, cengkih etc.
Jamu-Based
Yang ni banyak la di pasaran kita. menurut kak engku bidan bersalin (saya jadikan website dia rujukan juga), pemakanan jamu/pil kesihatan ni mmg perlu. Tp pengambilan dia bergantung pada badan sendiri.
Ni saya listkan la beberapa yang famous, tp saya tak berminat untuk jamu-based as I said earlier, so saya xsurvey dgn details.
-Mustika Ratu
-Nona Roguy
-Nyona Meneer
-Ibu Afiat
-Set Air Mancur
-Set Orang Kampung
- Atika Beauty
-Ibu Halimah/Jamu Mak Dara
Homeopati -Based
Rasanya kat Malaysia, set Salindah je kot yang homeopati based. Tak pasti la kalau ada set2 lain. Tp set Salindah ni bukan untuk confinement je. Ada dr pregnancy 12 weeks lagi dah boleh start makan, untuk memudahkan bersalin, katanya. Klu beli satu set RM360. set termasuk dr 12w pregnant sampai la dlm pantang. Tp kalau nak beli loose item satu2 pun boleh je. Boleh beli kat website dia or kat kedai2 jamu.
Others
Ni tak tau nak letak dalam kategori apa, sbb bukan jamu, tp bukan jugak akar kayu tradisional based. Kiranya mcm set kesihatan la. Antaranya ialah:-
Set Bersalin Shaklee- Vitamin B-complex, Acid Folic, Vit.C, Multivitamin and Zat Besi, Zink.
Pada pandangan saya, mcm supplements yg kita makan masa preganant ni je. So, rasanya mmg xkan ada masalah la kalau nak continue, tp xde produk2 tradisional. Bg sy kena seimbang antara pemakanan kesihatan dan penggunaan produk tradisional.
Ok, sekarang dah survey jenis apa yg saya nak..pasni misi mencari kedai/blogshop/online store yg jual set yg berkenan dgn harga murah...
*As for now, eyeing for AMWAY set *
Friday, September 14, 2012
Newborn Checklist-First update
Hari ni nak update pasal newborn checklist.
Rasanya dah boleh start fikir and beli sikit2 those big items.
Tak banyak sgt yg perlu. Barang2 Ilyaas kebanyakkan masih elok.
But perlu juga beli serba sedikit, nak menyambut kehadiran cahaya mata baru kan.
Excited tetap sama mcm dulu.
Buat checklist pon lebih teratur sbb dah tahu mana perlu mana tak perlu.
Rasanya dah boleh start fikir and beli sikit2 those big items.
Tak banyak sgt yg perlu. Barang2 Ilyaas kebanyakkan masih elok.
But perlu juga beli serba sedikit, nak menyambut kehadiran cahaya mata baru kan.
Excited tetap sama mcm dulu.
Buat checklist pon lebih teratur sbb dah tahu mana perlu mana tak perlu.
| Item(s) | Suggested Brand | Status | |
| A | Cloths & Changing | ||
| 1 | Tops & Pants - Short | ||
| 2 | Tops & Pants - Long | ||
| 3 | Sleep Suits | ||
| 4 | Mittens & Booties | ||
| 5 | Cap | ||
| 6 | Bibs | ||
| 7 | Rompers | ||
| 8 | Safety Pins | ||
| 9 | Baby Napkins | ||
| 10 | Handkerchief | ||
| B | Feeding | ||
| 1 | Breast Pump Set | Medela PISA | Ready |
| 2 | Sterilizer | Avent/Autumz | Not yet |
| 3 | Storage Bottles | Medela/Bumble Bee/Jingle Jungle/MLO | Ready |
| 4 | Bottle | Avent Starter Set | Not yet |
| 5 | Bottle Cleanser & Brush | Any | Not yet |
| 6 | Thermos Flask | Tesco/Giant | Ready |
| 7 | Bottle & Baby Food Warmer | Little Bean | Ready |
| 8 | Nursing Cover | Halaman Dhuha Sewing Lab | Ready |
| 9 | Nursing Pillow | BabyLove | Ready |
| 10 | Liquid Cleanser | ||
| C | Nursing | ||
| 1 | Baby Cot | Carefour | Ready |
| 2 | Bedding Sheets | Variable | need to add one set |
| 3 | Mattress - Foam/Fibre | Carefour | Ready |
| 4 | Baby Pillow & Bolsters | need to add one set | |
| 5 | Comforters/Blanket | need to add one set | |
| 6 | Receiving Blanket | need to add one set | |
| 7 | Cradles / Bouncer | ||
| 8 | Mosquito Nets | ||
| 9 | Drawers / Baby Box | Mothercare | Ready |
| D | Diapering | ||
| 1 | Changing Mat | Anakku/ Fiffy | Ready |
| 2 | Cloth Diapers | need to buy newborn CD | |
| 3 | Newborn Diapers | ||
| 4 | Baby Wipes | ||
| 5 | Nappy Fastener | Ready | |
| 6 | Napkins | Anakku | Ready |
| 7 | Diaper Rash Cream | ||
| E | Bathing & Grooming | ||
| 1 | Bath Towel | ||
| 2 | Hooded Baby Towel | ||
| 3 | Bath Tub | OK Baby | Ready |
| 4 | Bath Mat | OK Baby | Ready |
| 5 | Baby Comb & Brush | Kiko | Ready |
| 6 | Cotton Buds | ||
| 7 | Cotton Balls | ||
| 8 | Baby Manicure Set | Kiko | Ready |
| 9 | Tummy Binders | Halaman Dhuha Sewing Lab | Ready |
| 10 | Baby Bath Set/Baby Shampoo | ||
| 11 | Baby Oil/Baby Lotion/Baby Powder | ||
| 12 | Sponges | ||
| 13 | Softener & Detergent | ||
| 14 | Minyak Yuyi/Minyak Telon | ||
| 15 | Nasal Aspirator | ||
| F | Travelling & Outing | ||
| 1 | Stroller + Car Seat | Mclaren/ Safety First (Ready). | Sweet Cherry- for 2nd stroller |
| 2 | Travel Nursery Bag | Ready | |
| 3 | Travel Mattress Set | Bumble Bee | |
| 4 | Baby Carriers | NeezaNeedles | Ready |
| 5 | Foldable Changing Mat | SnuggBaby | Ready |
| 6 | Soft Toys | Variable | Ready |
Subscribe to:
Posts (Atom)







