Showing posts with label story of my second pregnancy. Show all posts
Showing posts with label story of my second pregnancy. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

Akar Siti Fatimah,usaha untuk memudahkan bersalin

Dah nak masuk 9 bulan pun saya melalui proses melahirkan anak kedua, tp saya belum share lagi pasal akar kacip fatimah. eh kacip fatimah pulak, akar siti fatimah..

mungkin setengah orang biasa dgr nama akar siti fatimah ni, mungkin jugak ada yang tak pernah. 
sebenarnya, akar siti fatimah ni, saya dpt dari Mekah. Masa mak saya pergi Mekah dulu, mak ada belikan, beberapa kuntum akar siti fatimah. memang nak dapatkan akar siti fatimah ni, hanya lah di Mekah. Takde jual di tempat lain. origin mmg dari Mekah. Kalau tak percaya, boleh la google. Yang dijual di Malaysia pun, semuanya di import dari Mekah. Masa nak bersalinkan Ilyaas, saya tak sempat minum/guna air rendaman akar kacsiti fatimah, sebab tuptup dah nak bersalin. tak sedar, mak pun tak teringat..biasalah, first timer. 

Waktu mengandungkan Imani, mmg dah bagitau mak awal2, saya nak cuba minum air rendaman akar siti fatimah. Saya nak cuba utk bersalin normal. kita usaha kan.. 
Ni lah rupanya akar siti fatimah, yang fresh, belum direndam dalam air lagi

kalau baca dekat2 blog lain, ramai yg guna air rendaman akar siti fatimah ni utk minum atau dicampur dgn air mandian. ada yg guna sejak masuk 7 bulan mengandung. ada yg guna bila masuk 9 bulan. mcm saya, saya start around week 36 going 37. semuanya bergantung la pada kita sendiri. 

cara-cara yang saya praktikkan masa mengamalkan minum air akar siti fatimah ni dulu, lebih kurang mcm ni la:-

1. Saya rendam akar siti Fatimah dalam air kosong. Air masak. Suhu air tu kena suhu bilik la, bukan air panas, or air suam...or air sejuk dari peti ais. untuk first time rendam, saya biar sejam-2 jam. biar akar tu kembang dalam air tu. 

Ni rupa akar tu masa dah dlm proses merendam...
ni first time rendam...
air dia jadi warna keruh sikit...
sebelum rendam, saya basuh dulu akar tu. 
ye la, jauh travel dari mekah..siap melalui proses pengeringan lagi dekat sana, 
di simpan n sure ada habuk melekat kan. 
di sarankan basuh dulu la baru terjamin kebersihannya


2. Kemudian, saya keluarkan akar tu, dan keringkan dia. 
Air rendaman tu saya buat dalam bekas air yg 2L. Saya guna buat minum.ganti air masak. 
Mula-mula mmg ada rasa dan bau keruh. Bau daun la. emmm ada bau tanah sikit. saya ignore je, betul2 niat di hati nak berusaha nak bersalin normal kali kedua ni. 

3. Bila dah habis air rendaman dalam bekas air tu, saya ulang lagi proses no 1 and no 2. 
kadang-kadang, saya rendam dalam baldi, dan buat air mandian jugk. 

4. Kalau hari ke uni, setiap pagi bangun, saya akan rendam dalam jug, then isi dalam botol air dan bawa pegi uni. saya minum mcm minum air mineral. sambil2 tu keep on selawat dan baca doa nabi yunus. 

Ni saya rendam pagi2 sebelum gi uni. dah kembang sekembang nya akar tu. 
kata orang tua, kalau cepat kembang, cepat la kita bersalin. 
wallahualam. 
masa first time rendam, amik masa jugak nak kembang. 
tp bila dah selalu rendam, laju je dia kembang. 
logically secara sains nye mmg la makin selalu rendam, tinggi la tahap absorption nya, senang la nk kembg..kan?
hipotesis sains pulak...

5. Kadang-kadang, sebelum tidur saya amik sikit air tu, saya sapu2 la kat perut yg besar masa tu..sambil doa jugak mintak dipermudahkan...

Saya bawa jugak masuk botol air akar siti fatimah ni ke dalam labour room. Nurse pun suruh minum. Dia cakap, awak ada air selusuh tak, kalau ada minum. 
Saya jawab takde, air akar siti fatimah..minum la selagi larat nak minum
masa tu saya dah sakit nak bersalin. dah pecah air ketuban pun.
baby pun dah berak...cerita penuh kat sini..

Tak sampai 3 jam saya bertarung sakit, saya rasa nak teran...tp tibe2 doc detect yg baby dah stress sebab dia dah berak.. n doc detect kepala baby dok mendongak. susah nak turun... 

so, cepat2 dorg bawa saya ke OT dan selamatlah saya bersalin kan Imani.. walaupun bukan secara normal, tp saya rasa Allah permudahkan..

Saya tak sakit lama, doc dpt detect baby stress cepat dan operation pon cepat je. 
Saya sedar masa operation dijalankan, Allah bg peluang sy tgk baby saya right after melahirkan... 

Walau pun orang kata, minum air akar siti fatimah, senang nak beranak secara normal, tp saya yakin Allah Maha Kuasa. sy pun senang juga bersalin. tak sakit lama, operation pun kejap, takde complication etc...kita berusaha, Allah tentukan. Apepun kita kena redha dan syukur...=)

Oh ya, ikut pesan orang tua, akar siti fatimah ni , boleh digunakan berapa kali pun tak pe.maksudnya utk berapa kelahiran pun tak kisah... biasanya, guna utk anak no1, then simpan untk anak2 seterusnya...sebab dia tak busuk dan boleh disimpan dengan keadaan kering. 
kalau dah tutup buku beranak, boleh simpan dan serahkan pada anak kita pulak bila anak kita mengandung dan nak bersalin nnt. boleh bagi kat menantu jugak... 

terpulanglah, wallahualam...

yang pasti, yakin pada Allah. Dia Maha Kuasa. 













Friday, February 1, 2013

Kelahiran yang dinanti-Part 2

Kronologi sambungan dari part 1

" Muka baby awak mendongak ke atas. Proses nak turun dan meneran akan ambil lebih banyak masa, jadi untuk elakkan risk, kita operate ye? "

Itu kata-kata Dr. Raoofah sejurus selepas azan Zohor berkemundang.

Dalam kesakitan contractions memasuki 8cm, saya redha untuk di operate sekali lagi.
Husband pun redha. Malah kami lebih tenang kali ni buat keputusan untuk emergency ceaserian. Demi keselamatan anak yang kami nanti-nantikan selama 39 minggu 4 hari ni.
a
So, bermulalah urusan sign document untuk persetujuan operation. Salin baju OT dan transfer ke katil OT. Semuanya nurse-nurse yang buatkan. Saya dah tak berdaya langsung dgn badan menggigil2. I already understand what's procedure I'm going to go through in OT.

Tapi kali ni, tak sempat salam tangan husband mcm time operate nak lahirkan Ilyaas dulu. Just sempat cakap, " Abang, saya mintak maaf ye"

On the way ke OT, dalam lif, rasa contraction yg sgt hebat. Doc dah pesan, jangan teran nnt makin bengkak Miss V. So, saya buat pernafasan fuhh fuhhh snifff...Alhamdulillah, berjaya. Selawat and bacaan ayat Nabi Yunus dalam perut ikan Nun diteruskan.

Masuk OT, ramainya orang kali ni. Doc bius terangkan procedure nak bius. I can't focus at all. Satu apa pun dia cakp tak ingt. Contraction berkali-kali masa nak tunggu semua ready utk operate saya. Last-last, I couldn't tahan anymore, I stand up and duduk atas katil OT. Klu tak mmg rasa nak terberak sgt2. Nasib baik nurse tolong. Habis bahu and tangan nurse kena pegang kuat-kuat. Sakit sgt time tu....Tp takdela sampai nak suruh doc bius cepat-cepat.

Kebetulan dah duduk atas katil OT, doc suruh membongkok terus sambil pegang 2 orang nurse. Time dia nak cucuk tu, I boleh ckp, kejap doctor, sakit ni...

Rupanya masa contraction tgh kuat mcm tu, doc cucuk kat belakang. pastu dorang terus baringkan. Pasang heater kat dua-dua belah tangan. Pasang blood pressure monitor. Naikkan tirai untuk elak I dari melihat what are they doing down there...

I was half-body bius. By epidural. Tak rasa sakit. But rasa ada benda ditarik keluar. ada benda meluncur dalam rahim. Rasa rahim ditolak masuk balik ke dalam.

Before operation starts,I ask where's Dr Raoofah? Doc pun jengukkan kepala sambil senyum dan jawab
" saya kat sini".

I said to doctor " Thank You Doctor, pls save my baby". Doc cakap," InsyaAllah. She's save inside there. Kejap lagi kita keluarkan dia ye"

So, the operation begun. Doc bius and sorang nurse duduk kat kiri dan kanan kepala. Doc bius tu terangkan setiap apa yg berlaku kat bawah tu since I tak nampak apa-apa except for images yg terpantul dari lampu OT, cuma kabur-kabur la since I am rabun teruk. Tapi sempat nampak image baby kena tarik keluar. Assisted with explaination by doc bius. terngiang lagi dia cakap, " Ok now they are pulling out the baby's head, the shoulder, and now the kaki"

Lepas tu, terus dengar Imani nangis dengan sangat kuat dan nyaring. Air mata ni pun mengalir. Bukan buat-buat menangis. Tapi, sangat bersyukur my baby girl is save. Dia menangis, means she is selamat. Dan rasa berpuas hati, walaupun Allah tak izinkan saya nak bersalin normal seperti yang saya harapkan dan usahakan, tp saya selamat, baby saya selamat dan saya dapt merasa nikmat sakit contraction untuk melahirkan seorang khalifah Allah, zuriat saya dan suami. Moga gugur dosa-dosa kecil saya.

Nurse tunjuk muka baby lepas dah cuci2 semua. Dan tunjuk kemaluan baby, tanya saya girl ke boy.. Sambil air mata dok ngalir lagi, saya jawab, girl.

Then, proses jahit menjahit diteruskan doctor. This is longer than proses nak keluarkan baby. Pastu saya direhatkan for 15minutes untuk monitoring. Masa ni baru rasa ngantuk dan tak larat. But nurse ajak bersembang bila tau saya student kat UTP.

Last-last sy ckp, nurse, saya nak rehat jap ye. Terus terlelap. Then dorang wheel ke bilik. sampai level 4, depan lif lagi dah nampak husband. Saya tanya " Abang, dah tengok baby?" Husband angguk and senyum.

Kat bilik, terus saya mintak nurse bawakan baby. Saya tanya, baby dah minum ke belum? dorang ckp dah. 10ml of formula milk sbb nak elak baby hypo something2.. nak stabilkan kadar gula dalam badan baby maksudnya. Saya ok je. lepas dpt baby, terus breastfeed. Alhamdulillah, she's good at it.Lepas tu hantar balik ke nursery. saya cuba rehat dan lelapkan mata. tp xdpt. rasa dizzy sgt.

4.30ptg, husband dah balik sbb nak pegi amik Ilyaas. My parents and brothers are on their way from penang. Saya rasa tak stabil sgt. panggil nurse and elok2 je nurse masuk, terus termuntah all my breakfast meal. Nasib la nurse terpaksa cuci n salin baju saya.

Kejap lepas tu baru dpt rehat. Then Ilyaas dtg, parents n brothers pun sampai.

So, bermulalah kisah kehidupan kami suami isteri bersama dua orang anak yg hensem dan jelita, insyaAllah akhlak dan rupa paras.


Wednesday, January 30, 2013

Kelahiran yang dinanti-Part 1

Kronologi Kelahiran Imani Hafiyya, puteri sulung kami, cahaya mata kedua kami.

19 January 2013, Sabtu
Week 39 Check-up dekat Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh.
VE was done. Dilated 4cm.
CTG checked. Contractions were minor. Tak rasa sakit sgt. But knew it is contraction. about 30-40minutes.
The whole week was spend dgn cara berehat di rumah, berjalan keliling tasik UTP and spending some quality time with Ilyaas.
Parents datang from Penang. Semua tak sabar menunggu kelahiran baby girl ni. Cucu perempuan pertama sebelah saya.

20 January 2013, Ahad
Pukul 12mlm, ke PPAR. sebab contraction masih terasa dan ada show. Sampai di PPAR, buat CTG, jantung baby ok. dan contraction hilang. Mungkin sebab baby dah tidur dan I took warm bath before pergi hospital. Mulanya midwife nak tahan untuk masukkan pitocin the next morning sbb dilation still the same, but both husband n me decide tak nak since mmg xsakit. So, Dr Raoofah benarkan kami balik.

Sepanjang hari, tak ada contraction yg kuat. just mild and tak sakit. Nak berjalan ke mana pun tak boleh, sebab hari hujan je the whole day.

21 January 2013, Isnin
Tgh malam, every one hour bangun ke toilet. Rasa memulas nak yak yak. Pukul 4.30pg, ada bloody mucus. Bagitau husband " rasanya nak bersalin dah ni" dia jawab "ok" pastu sambung tidur.
Saya pun tunggu jap sampai subuh dan kira kekerapan contraction. Sempat solat sunat mintak dipermudahkan.
Lepas subuh, baca surah Maryam. Ambil masa nak habiskan, sambil melayan contractions yg makin kerap. 10-15minit dah. Setiap kali contractions, stop dan buat breathing dan duduk mencangkung. then, baru sambung baca surah Maryam.

Pukul 7.50pg, hantar Ilyaas ke babysitter. bekalkan extra susu. Ilyaas pulak macam cirit haritu. Bekalkan extra pampers, extra baju etc. Bagitahu babysitter nak ke hospital dah and rasanya bersalin harini jugak. Kalau lambat or tak ambil Ilyaas, harap dia faham.

Sepanjang perjalanan, kira contractions guna Contraction Calculator.every 5-10minutes, contractions sepanjang 40-70saat. Singgah Old Town White Coffee makan roti bakar etc.

9.30pagi- check in hospital. Dapat bilik 401. Gi toilet semua dulu. 

9.45pagi- Kebetulan Dr.Raoofah ada kat ward, so terus check dilation. Alhamdulillah 6cm already. Patut la sakit tak leh jalan dah time contractions datang. Ada mucus hijau kat tangan doc. 

10.00pagi- Water broke. Green colour!!!!! Ya Allah, baby dah yak yak kat dalam. Terus nurse wheel ke labour room. No one in LR. agak bersyukur, sbb nurse semua boleh bg full attention pada saya. 

10.15pagi- Buat CTG. Alhamdulillah jantung baby ok. Active and normal. Lepas water broke, contractions tak rasa kuat sgt. So midwife and doctor decided untuk masukkan pitocin to increase contractions since baby pun dah berak. If I want to deliver normally, tak leh tunggu lama-lama dah. The risk of baby tertelan air ketuban yg dah diberak tu sgt tinggi. Kalau tertelan, mcm2 complication pulak..Nauzubillah. 

11.30pagi- Contraction makin kuat. keep on selawat, ayat nabi Yunus dalam perut ikan nun, mula-mula sempat baca surah maryam in between contractions, tp lepas contraction makin intense, tak terhabis baca surah maryam. Husband sentiasa kat sebelah. Jadi penguat smngat. 
Urutkan pinggang, kaki, bacakan selawat etc. Sometime rasa mcm dia nak tidurkan Ilyaas pulak mendodoi sy yg tgh sakit. 

12.30tghhari- nurse masukkan tiub untuk air kencing sbb urine makin banyak. air ketuban yg dok keluar semua hijau..husband dah risau apa2 jadi kat baby. tp CTG tunjuk ok. nurse cabut CTG supaya lebih selesa. check guna alat apa ntah every 15minutes camtu. Nurse banyak kali offer etanox  gas. I refused sbb tak nak high and tau it doesnt help at all. Nurse offer pulak pentadine. Last-last, I decided to take pentidine. dapat rehat kejap in between contractions. Lepas cucuk, terus lalok, dan ngantok sgt. husband pun dapat relax kejap if I tak de contractions. Since masuk pitocin lagi and contraction makin intense, badan menggigil-gigil setiap kali sakit datang. rasa bergegar katil and besi yang dipegang. tak berani nak pegang tgn husband kuat-kuat, kesian tgk kesan merah lepas diramas kuat masa sakit tu. so pegang baju dia sampai rs mcm nak koyak. 

At the same time, nurse ada check dilation, baru 7cm. Tapi dah ada rasa nak teran sikit-sikit. Since baby dah berak, nurse benarkan untuk teran. Slowly teran bila ada rs sakit, tp sambil mengiring. Teran untuk bantu baby turun. Nurse dah dpt rasa rambut baby. Masa nurse ckp tu rasa lega jugak la walaupun ada 3cm to go lagi walhal sakit sgt dah masa tu. 

1.00tghhari- Doc datang. Ajar pushing betul2. check bukaan still 7-8cm. Husband and I dah risau gila masa ni sbb bukaan agak lambat memandangkan baby dah berak. Tp doc and nurses semua supportive sgt. Time contraction dtg je, semua suruh teran. tp tibe2 I tak rasa nak teran. Boleh ckp, jap jap, nak relax jap. 

1.30tghhari- Rasa nak teran. Pastu dgr azan zohor kat speaker dalam labour room. Dgr doc or nurse ckp, cepat2 baby nak lahir time zohor ni. Dengar je azan, rasa semangat nak teran. Terus teran. After teran, nampak doc keluarkan  glove, then I heard she said...OT NOW! 

Ya Allah, kenapa? What happened to my baby? Is she ok? What's the problem this time? Why OT lagi? 
So much like Ilyaas' delivery story...


Continue in Part 2

Friday, January 18, 2013

39w1d- belum bersalin

Ya Allah, seminggu dah tak update belog ni.
Tapi saya belum beranak lagi ye kawan-kawan.

Bukan busy apa pun, in fact takde buat apa2.
Dok rumah jeeee...
petang2 pegi tasik utp, pusing2 tasik.
tak pun pusing time pagi lepas hantar husband.
balik rumah kemas2 sikit, baca magazine.
tidur, bangun, ngaji, masak dinner, amik ilyaas, gi amik ayah ilyaas.
camtu je la seminggu ni.

tp nak bukak laptop utk update blog mmg xde mood.
nak type kat hp laggiiiiiii laaa xdak mood.

skrg dah 39minggu1hari.
aritu rasa2 mcm nak beranak masa 39weeks.
tp masa hari yg 39 langsung tak sakit, kecuali sebelum tidur rasa contraction yg sgt2 kuat.
ada la dalam 40-60saat. sempat buat breathing technique.
pastu dah takrasa.
tp mmg sakit la.
acah-acah lagi adik baby ni. takpela, selagi belum due date,adik enjoy la duduk kat dalam tu. janji gerak aktif sudah la ye...

ehhhhhh,,,,,
mcm rasa contraction time tgh type ni...ke bukan eh?
masalah sungguh la anak no 2 pun tak reti nak beza contraction ke tak..
tau perut keras. pastu sakit.

esok ada check-up.
tengok apa doctor kata.
tak mau dah nak instinct2 ni. semua tu kuasa Allah.
Allah je tau bila baby ni ready nak keluar.

yang diharapkan,
dapat hadapi kesakitan tu dgn penuh keimanan dan kesabaran...cheeeeewaaaahhhh...
Mudah-mudahan.
Harap sakit tak berpanjangan.
Harap takde sebarang komplikasi dari first stage, second stage and sampai part keluarkan uri dan jahit menjahit.
Harap semuanya berjlan lancar sekelip mata.
Harap dapat terus bf adik lepas adik keluar.

Husband pon xsabar
xsabar nak cuti katanya
hari2 dia tanya ada tanda dah ke?
hadoiiii, aritu masa mula2 tau pregnant dia yg gelabah lebih
ni dah tak sabar nak jumpa anak dah
bersabarlah bang ooooiii

btw, entry ni utk abang
sebab hari2 balik kerja akan tanya
arini takde entry keeeeee

yeeeee,
takde, sebab isteri abang ni takde mood nak berbelog buat sementara waktu...

ok sekian.

korang semua tolong doakan saya dan baby ye. Harap sgt xlepas edd dan xkena induce.

Sunday, January 13, 2013

Quick Update on Sunday

Assalamualaikum,

Hari Jumaat lepas my parents and adik bongsu datang rumah. Yela, due date tinggal 2 minggu lagi, so mak ayah di BM dah tak duduk senang pikir anak perempuan tunggal dorang yang tgh sarat ni. Hari Jumaat tu pon, mmg malas nak pegi uni. Pagi tu pegi uni, pastu jalan2 kat tasik dengan Ilyaas. Siap nak berdukung pulak  budak tu sebab takut dgr bunyi tractor pemotong rumput tgh potong rumput kat sekitar tasik UTP tu.. Haissshhh, lenguh pinggang n lutut umi ni nak oooi.

Malam tu dinner nasik kandar simpang ampat la. Tapi yang peliknya, orang yg xmengandung makan lagi laju dari orang mengandung. husband tambah 3 kali nasi. pastu dok complaint perut rasa penuh. dah dah makan 3 kali tambah nasi kandar tu. mana x penuh perutnya.

Sabtu plak, pagi2 lepak sembang ngn mak. mak urut2 kaki yg lenguh ni. hehehe. manja kan saya ni? well, nak buat camne, saya mmg manja. pastu keluar breakfast n off to Ipoh. Kitaorg gi Pusat Perubatan Ar-Ridzuan. Last week, dapat tahu pasal PPAR ni, google, call and bersembang dgn jiran-jiran yg pernah bersalin kat sini, semua ckp bagus. Org PPAR pun layan call sy dgn baik, dan sudi terima case saya dan help me for VBAC, jadi sy pun pergi la check-up di sini. Saya pilih Dr. Raoofah Mohammed Amir.

Alhamdulillah, first appointment at 38w2d ni, berat sy dah turun dari last check-up. dah kurang 300g. Mak kata tu tanda-tanda biasa nak deliver. baby dah turun tp belum engaged sepenuhnya. Menurut kata nurse kat KD, baby no 2 biasa akan engaged sepenuhnya masa tgh sakit labour. Estimated berat baby skrg ialah 3.3kg. Lagi berat dari abang dia! Ilyaas was 2.98kg during birth.

Jadi, doc suruh saya pergi banyak berjalan. Supaya jalan cepat bukak dan tak overdue. kalau tak, baby makin berat...uuuuu, apepun, saya doakan anak dlm rahim ni sihat sifat luaran dan dalamannya dan selamat dilahirkan..Ilyaas skrg pun asyik2 panggil diiiiiikkkkkkkk...pastu dtg tepuk2 perut umi.. tak sabar la tu nk jumpa adik....

Klu belum bersalin, sabtu depan (39w2d), kena buat VE....(tak mau pikir sakit, positif positif positif)...

ok, nak pi buat meatball. nnt malam nak masak spaghetti meatball.nyummmmm..lunch nak makan luar, sbb nak berjalan2 di mall.


Friday, January 11, 2013

At 38week 1day


Untuk menikmati sesuatu nikmat dari Allah, kita harus bersabar. Itu kata-kata pemujuk hati sekarang ni. Ikutkan perut yang makin hari makin berat ni, rasa nak deliver bila-bila masa saja. But I have to be patient and enjoy my last 13 days of pregnancy dengan lebih tenang dan bersabar. Due date 24 January 2013. Another 13 days more. Tak lama dah tu, tapi waktu-waktu macam ni, masa terasa berjalan dengan sgt2 slow. Setiap kali ke toilet, hati berdebar-debar, dah turun tanda ke belum. 


Kalau update status di fb, ramai dah tersalah erti ingt dah dlm labour. No, not yet. Ikut kata Babycenter, after 38 weeks, waiting game pun bermula. Yes, it is a waiting game indeed. Tunggu masa kata orang melayu. 

I think I have settled most of the things, especially dari segi pelajaran. Dari segi persiapan baby pun InsyaAllah dah ready. I mean, right now mmg dah malas nak pikir about study. I think, I want to take a rest. Lepas pantang, I will start again, with full of spirit daripada 2 orang permata hati, InsyaAllah. Cuma, takut juga, mampu ke nak handle 2 orang anak kecil and pelajaran sendiri? Luckily, I'm not working anymore. So, masa yang ada mmg hanya untuk anak-anak, suami dan my study. Alhamdulillah jugak, urusan MyBrain15 dah selesai. Dah terima surat pengesahan dan dah settle dealing with graduate school. Nanti lepas pantang, dah tak perlu jadi graduate assistance @ tutor lagi. So, can focus more on my research. 



Sebab entry ni ialah entry membebel, so kita tengok dulu gambar Ilyaas pagi tadi. My BoboiBoy. Dia panggil adik dalam perut Yaya. :P My boy is growing so fast. Terasa lagi sakit melahirkan dia. Terasa lagi mcm mana nak berhenti jantung ni berdegup masa Ilyaas kena fit last year. You have teach me a lot sayang. I love you so much, you are my first love!.

Ok sambung balik bebelan dan kerisauan....
Lepas pantang nnt, mcm-mcm nak kena buat. I'll need to go to Miri for sort of attachment with Shell. Harap tak lama. sehari dua cukupla. Harap boleh bawa anak-anak. Kalau tak pun, nak bawa baby. I might need to  join a field trip to Niah and kawasan sekitarnya. Mulanya, kena ke Sabah jugak, tp I plan to decline that trip. I can't afford to leave my kids for too long. Plus, ni bukan trip duduk hotel, attend meeting or bengkel. Ni trip keluar masuk National Park, naik boat perhaps, pakai life jacket, usung geological hammer, compas, boots etc. Mungkin tidur dalam khemah, or if I'm lucky dapat tidur dalam motel/chalet. And for sure I'll need to carry a breast pump and storage bottles with me together with other items. And need to explain to my supervisor and the team that I'll need few times a day during the trip to express out my breast milk. Of course, those milk yang di express during field trip terpaksa dibuang. I probably will only chill milk yang I express during the night time. Itupun kalau motel (if dpt motel) ada kemudahan peti ais or freezer. Kalau takde, dengan sedih I'll have to let go all of them. Kalau boleh, I don't want to go for the field trip. Attachment with Shell takpe. Sebab it's in a decent place, decent location. Working environment is different dari field environment. 

But, it's months away. So, biar kerisauan ni setakat ni saja. When the times come, I will have to face it and handle it wisely. I will need help from many sides, my husband, my parents, my parents in law, babysitter, supervisor, and field trip team. Apart from that, my husband and I also looking for opportunity to attend conference or presentation. So that we can present/publish our research. Cita2 tinggi, tp research baru tahap awal lagi. Aim high, tak salah kan. 



Ilyaas sekarang ni, Alhamdulillah, sgt rajin tengok buku. Sampaikan, we both husband and wife kadang2 rasa boring melayan minat dia pada buku. Tak baik pulak kan mcm tu. Patutnya support la Ilyaas. Bukan apa, time nak tidur tu, dia akan bawa masuk 3-4 jenis buku and make sure I read all of them.berulang-ulang kali. Sampai dia tertidur. Sometime, satu page kena baca banyak2 kali, sebab dia suka page tu. Boring laaaaa.. Plus, I'm already tired and sleepy. Dia tak nak ayah dia bacakan. Nak umi jugak bacakan. N kalau ada sound effect like bunyi ambulans or bunyi monkey, dia akan lagi happy. Ada satu masa tu, I was very-very tired. Tertidur dulu masa reading session with him. Last-last, dia keluar ke ruang tamu, meniarap mcm kat gambar atas ni, and continue reading by himself. bukan nya reading pun, belek-belek gambar. It was already 12am masa tu. Well, it's me yang start kan dia bedtime story since dia kecik. So, tak bleh nak salahkan dia bila dia jadi addicted mcm tu. Perhaps, the timing yang tak kena kot, he's excited, while I am tired and lazy. Hahahha. Apepun syukur, dia lebih minat pada buku dari gadgets. Walaupun ada masa dia mintak jugak hp untuk tgk youtube or main flash cards dalam hp. 



That's all for now.makin lama, makin mengarut bebelan ni. Bye. Perut mengeras, tp tak tau nak kata contraction ke tak. K bye lagi. 


Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, January 8, 2013

Cam-whoring with Ilyaas

 
Ini bukan Ilyaas yang cam-whoring.
Umi yang lebih-lebih.
Ayah kata syok sendiri.
Umi doesn't care. I want to have pictures like this.
Ilyaas with Umi and Adik in Umi's tummy.
Masa ni 37weeks and 3days.
Hari di mana Ilyaas doesn't want to sleep sepanjang hari.
Play the whole day tanpa penat.

 
 
 
Ini pulak ayah sudi join cam-whoring.
Di Baskin Robbin.
Umi mengidam ice cream sedap
Ilyaas happy dapat free pink balloon.
Ice cream sgt sedap.
Macm nak lagi.
 
 
I love my family
Alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, January 7, 2013

Belajar teknik pernafasan ketika bersalin

Tadi pagi gi check-up kat klinik desa. harini genap 37minggu 4 hari pregnant. Kalau ikut kiraan LMP la. Lagi 17 hari ke due date sebenar. Perasaan ? Bercampur-baur.

kejap-kejap rasa berdebar, kadang-kadang sensitif sangat, Lately ni plak asyik homesick je. Sikit-sikit teringat mak. hari-hari telipon mak. Syukur Alhamdulillah I still have my mum. Pastu, bangun pagi dok teringat nasik lemak mother in law pulak. Cuba masak, tapi tak sama. Pastu teringat tak mintak maaf lagi ngn parents, parents in law, ngn ipar duai, ngn adik beradik.

Ok, dah larik tajuk.

Tadi masa gi check-up tu, lepas check blood pressure, amik darah, check air kencing and timbang berat (Yaaayyy, kali ni berat 72.2kg, klu time ni masa pregnant Ilyaas dah 76kg), nurse suruh masuk bilik and baring terus kat katil. Punya la berdebor-debor takut nurse nak buat VE. Scary part ni. Nasib baik tiada VE dilakukan tadi. lega lega lega. Tapi, nurse baik hati ajar dengan lemah lembut cara-cara nak bernafas bila contraction datang dan cara-cara nak meneran. Selama ni saya baca je, td nurse suruh demo. Baru rasa lebih konfiden. So, berdasarkan apa yg nurse ajar dan apa yg saya baca setakat ni..teknik-teknik bernafas masa nak bersalin ialah macam ni...:-

Masa mula-mula rasa nak sakit...contraction manja-manja atau braxton hicks
  • Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, pastu lepaskan ikut mulut
Masa contraction makin kerap dan makin sakit
  • Tarik nafas pendek-pendek ikut mulut, dan lepaskan cepat-cepat ikut mulut jugak..
  • Gaya mcm huuuppp-haaappp huuuppp-haaaappp (mcm lepas lari 100m or 200m dulu kot tp dengan lebih bertenang)
  • Tp jgn kosongkan lung/paru2 terus sebelum sedut nafas seterusnya.
Bila rasa nak meneran tp belum dilated 10cm lagi
  • Tarik nafas 2kali ikut hidung, lepaskan sekali ikut mulut
  • Gaya mcm sniff-sniff-fuhhh
  • kalau tak rasa nak meneran, hembus nafas mcm biasa
Bila dah tiba masa meneran
  • Tarik nafas dalam-dalam ikut mulut, dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan ikut mulut jugak.
  • Lepas dgn sekali nafas, untuk elak baby termasuk balik (mcm mana tu ek??)
Posisi ketika nak meneran
  1. Nurse ajar tadi, masa nak meneran ni, position kita ialah dlm keadaan duduk bersandar sikit.
  2. Mintak katil diangkat. Tak pun husband tolong ampu bahagian belakang badan/kepala kita supaya lebih tinggi dari berbaring.
  3. Mata pandang perut (boleh jadi penguat semangat nampak perut mengempis bila baby keluar). Dagu cecah dada ketika meneran.
  4. Kedua-dua tangan pegang buku lali dengan kuat untuk elak diri sendiri dari angkat punggung.
  5. Bila rasa sakit baru push dengan sekali nafas.
Posisi suami ketika saat-saat isteri nak meneran pula:-

Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

Ada video yang membantu kat youtube.


Dan bacaan dari Blog Adrinis yang saya rasa paling simple nak faham dan follow.

Satu lagi teknik dari Blog Aisyah Rahim.

Aisyah ajar cara yg lebih kurang mcm BabyCenter ajar, tp diaplikasikan secara lebih Islamik. "Reeee..."---"Laxxxxx..." jadi Doa Nabi Yunus a.s di dalam perut ikan nun.

Masa sedut nafas ikut hidung, dalam hati dan otak lafazakan "Lailahaillahanta..." , bila hembus nafas melalui mulut pulak, dalam hati dan otak lafazkan " Subhanakainnikuntomminalzolimin"

* Ini ialah nota untuk saya ingat dan praktikkan. Harap dapat membantu masa labour nnt. Kita hanya bersedia dan berusaha, selebihnya terletak pada Allah SWT jua. Saya cuba yg termampu.
* Dulu masa first pregnancy, langsung tak amik kisah pasal breathing teknik ke apa ke...isk isk isk...

Friday, January 4, 2013

Macam-macam dalam kepala

Ingatkan lepas submit progress report, boleh tenang dan tak yah pikir pasal research dah.
Tapi tidok, datang pulak kecuakkan mampu ke study dgn baik lepas beranak 2 nnt?
Mampukeee?
So, rasa mcm nak kena start tulis itu ini dalam thesis.
Memang la dah boleh masukkan sikit-sikit apa yang ada skrg.
Tp nak fine tuned bagi ayat lawa-lawa tu mood tak datang lagi.
Husband kata, nak cepat habis, kena siapkan cepat.
Nak tunggu mood datang, susah la kan. Memang pun!

Skrg rasa cuak menebal untuk masuk ke labour.
Lebih cuak dari anak pertama dulu. Yang dulu more to excited dari cuak.
Dah tau sakitnya contraction tu camne, skrg no 2 baru nak cuak.
tak tau cmne nak cakap.
Bila baca breathing teknik dan terbayang suasana labour room, berpeluh, sakit tak terkata,
rasa mcm ke-laut juga breathing teknik ke apa ni.
Kadang-kadang rasa tak kompiden ngn diri sendiri. sebab saya ni penakut orangnya, walaupun badan besar dan tinggi.
Padahal mak dulu mampu je bersalin ramai-ramai.

satu lagi tak paham ngn diri sendiri apsal asyik sayu je kalau dpt news kawan-kawan dah bersalin.
eh bukan sayu, tp syahdu. terharu. menghitung hari diri sendiri.
mungkin sebab due date kitaorg semua dalam bulan januari ni kot.
leez dah selamat bersalin 31dec.walhal due date 15jan. anak lelaki.comel.mesti hensem besar nnt.
natq plak selamat bersalin semalam. anak lelaki jugak.
pasni maisara pulak. edd dia patut 19jan. tarikh titans masuk college dulu. sama ada awal atau lewat, wallahualam.
lepas mai, saya la.insyaAllah.

pastu risau jugak, ilyaas skrg makin clingy. ok ke nnt dia dpt adik?. tiap2 malam nak tidur, mesti nak umi temankan. kena baca story booksssss byk2 kat dia. kadang-kadang, ilyaas sengaja mintak saya dukung dia..mesti la dukung, budak tu belum sampai 2 tahun lagi.
malam2 tgh tidur, dia terjaga, ek ek ek cari umi. kalau boleh nak datang baring atas badan umi.tak boleh dah sayang, perut umi ni besar dah.
jadi, apa sy buat, kol 3-4 pagi dia terjaga ek ek ek, bancuh susu, bagi dia minum.peluk dia, usap-usap kepala bagi dia tertidur balik kat katil dia. tu pun smlm, lepas minum susu, dia bangun berdiri nak langkah masuk katil kitaorg. peluk la dia sampai dia betul2 tertidur balik.nnt dia suruh selimut dia dulu baru saya boleh baring kat tpt tidur saya balik.

apepun rasa mcm-mcm dalam kepala ni, saya nak lebih bertenang kali ni.
susun elok-elok, plan elok-elok.
kita plan, Allah tentukan semuanya.
so, doa jugk byk2.


Thursday, January 3, 2013

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Alhamdulillah, pagi ni bangun dah masih sihat. 37weeks of pregnancy, and still enjoying it. Walaupun pagi tadi perut rasa memulas-mulas, dan bila ke tandas tak ada hasil, dituruti contraction manja beberapa kali pagi tadi. Lepas mandi, semuanya ok seperti sediakala balik.
 
Masa pregnantkan Ilyaas, saya tak tahu rasa contraction mcm mana sampailah dah masuk labour room. Maksudnya, saya tak ada tanda-tanda awal bersalin, kecuali saya rasa pergerakan Ilyaas kurang, dan bila buat CTG nampak ada contraction and check dilation dah 2cm. Tunggu 2 hari, dilation jadi 3-4 cm, so doctor suruh straight ke labour room, walaupun belum rasa sebarang kesakitan. Jadi, saya pun banyakkan membaca dan bertanya tentang tanda-tanda hampir bersalin. Melalui bacaan saya, tanda-tanda hampir bersalin ialah:-
 
1. Bayi turun ke bawah
- perut rasa lebih ringan, kurang rasa tekanana pada tulang rusuk dan diafragma. Pernafasan lebih mudah.
- kepala bayi telah mula memasuki kawasan tulang pelvis
-  sakit di bahagian celah kangkang setiap kali bangun dari duduk/tidur/berjalan
- kerap buang air kecil
- kerap rasa hendak buang air besar
- kerap terkentut
 
2. Keluar lendir pekat/ keluar darah bercampur lendir
- orang tua-tua kata ni kembar darah.
- tanda yang mudah untuk dikenal pasti
- lendir pekat dari pintu rahim. seperti gam menunjukkan pintu rahim mula menipis
- lendir pekat bercampur darah akan keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh jadi beberapa jam atau beberapa hari sebelum melahirkan.
 
3. Sakit Belakang
- menunjukkan bayi beralih dan menekan belakang
- cara nak kurangkan sakit belakang
  i ) berada dalam posisi merangkak selama beberapa minit. tp jangan merangkak ke hadapan.
  ii) angkat badan ke atas dalam kiraan 5 dan rehatkan. ulangi sehingga rasa selesa
  iii) mintak tolong suami urutkan bahagian pinggang dalam posisi kita mengiring
  iv) Banyakkan berjalan
 
4. Pecah Air Ketuban
- tanda yang mudah dikenal pasti
- tapi sangat jarang terjadi. mostly doctor yang akan pecahkan air ketuban bila dilation sudah 4 cm ke atas.
- Air ketuban ialah air berwarna jernih, tanpa bau. Kalau bayi dah terberak di dalam, air ketuban akan berwarna kehijauan.
 
5. Kontraksi yang kerap dalam tempoh yang dapat ditentukan
- 5 minit sekali selama 1 jam atau 10minit sekali setiap 1 jam.
- buat jadual untuk monitor.
Peringatan untuk diri sendiri --> dalam keadaan menunggu tanda-tanda hampir bersalin, selagi belum keluar darah atau air ketuban, banyakkan membaca surah Maryam, surah Al-Fatihah, selawat, doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun.

Wednesday, December 26, 2012

Random pictures

Bought this for Ilyaas. At JuaiMurah.com
but i didn't buy it online. Went to the shop and found this at pre-loved price
so happy that Ilyaas like it, as usual sbb everytime pergi rumah mamu he'll play with this one

my ilyaas was too tired and very sleepy. after whole day playing at sg seluang
he just woke up right before maghrib. tengah mamai n kusyuk dgr zikir kat astro oasis
petanda dah tak lama lagi nak dapat adik.
almost every night perlu tidur berdodoi mcm ni
i love u son
Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, December 24, 2012

Diarrhea while pregnant

Salam,

Tak tau camne nak tulis. tapi harini the whole day saya lemah longlai.
Malam tadi around 3am, ke toilet utk wiwi je.sekali rasa memulas.
cuak ingtkan contraction dah.
then memulas lagi. so i know it's sakit perut salah makan.
sampai pukul 5.30am, saya duduk dlm toilet tahan perut memulas. mmg sakit gila.
asyik teringat mcm mana la rasa contraction nnt.
eh salah, asyik teringat camne nak hadapi contraction nnt. in a month time ialah due date saya.
berpeluh2 tahan sakit perut.
nak nangis tak membantu pun.
tertidur sambil tahan perut memulas.
by 5.30 baru rasa lega sikit.
masuk bilik tidur jap.
menggigil satu badan sbb lenguh lama sgt kat toilet.
lutut gigil je. sejuk rasa satu badan.
pukul 6 sakit balik.
solat subuh tertunduk-tunduk n xdpt nak kusyuk..
turun ke dapur, mintak mak buatkan teh o.
lepas minum teh o n makan roti sikit, rs segar sikit.
kemudian berulang lagi ke toilet sampai kol 10 pagi.

sakit dah mcm nak beranak. seriously rasa nak amik epidural je nnt klu dah tak tahan sgt contraction. sbb ni sakit perut salah makan pun dah lemah longlai.
kol 10, lepas mandi2 terbaring lagi atas katil.tak larat gila.
mmg dah tak tengok apa khabar ilyaas. tp tetap doa tanpa henti dalam hati, supaya ilyaas xterkena stomach bug ni. kesian dia kalau kena.
Alhamdulillah Allah makbulkan. Ilyaas sehat tanpa sebarang sakit perut walaupun seisi rumah sakit perut. Saya paling teruk.

tgh breakfast, ulang alik toilet lagi. dah 20kali lebih kot. Pengsan!
pastu makan berselera jugak sbb ayah dpt cari serabai and donut sedap. lama dah ngidam serabai.
padahal nnt dlm pantang hari2 makan serabai gak. :D

gi klinik, makan ubat. n rehat..
masih terus2 ke toilet.jarak masa je dah berubah dah setiap 5minit-15minit-30minit-1jam.
lepas lunch sup sayur n telur, tidur sampai petang.
baru lega sikit.

lepas solat asar, baru dpt rasa baby gerak dalam perut. ni lepas isyak baru dia aktif berpusing2.
agaknya dia pun penat pressure umi dia kerap ulang alik toilet sepanjang hari.
mmg flat la harini.
malam ni dh ok dah walaupun rs ada angin lagi dlm perut memulas sikit2.
gagahkan diri habiskan tanda paper carbonate.
key-in mark
dan email pada lecturer.
sbb dah tanggungjawab sy sebab GA di utp.

ok, harap esok dah kembali normal.


Thursday, December 20, 2012

Hospital Bag Checklist


Assalamualaikum and Selamat Pagi:)

I'm already at 35weeks. Supposedly mmg dah perlu siapkan hospital bag(s) cause next week dah masuk full term (36weeks @ 9 months). Huuuu, takut jugak bila hari makin hampir. Walaupun ini yang kedua, pengalaman pasti berbeza kan.
 
Untuk packing bag masa lahirkan Ilyaas dulu, saya guna checklist ini (sangat lengkap dan masih banyak barang tak terpakai). Untuk hospital bag kali ni saya packing mengikut pengalaman. Dah tak cari list-list yang banyak disediakan di internet.Saya ikut keperluan sendiri. Saya share kat sini, kalau ada mummies yg nak buat rujukan, silakan =)




Labour room bag (on the left and below)
Ward bag (on the right)
Labour Room Bag
*Note: Saya guna bag kecik untuk bawa barang baby ke nursery sahaja spt dalam gambar di atas*

Barang Keperluan Ibu
1. Sehelai Tuala
2. Sehelai Baju Butang dihadapan. (Saya guna baju nursing yg mmg dah ada)
3. Sehelai Kain Batik
4. Beberapa keping maternity Pad
5. Berus Gigi & Ubat Gigi
6. Minuman Coklat/Milo 3 in 1 dan biskut Jacob 1-2paket kecil (boleh ganti dgn roti etc)
7. Tafsir Al-Quran/ Surah Yassin
8. Stokin
9. Minyak Tiger Balm/Vicks
10. Telekung  (in case saya dah contraction tp belum turun darah/air ketuban)
11. Akhir-akhir Nanti saya akan masukkan buku pink serta IC saya dan suami sekali.

Barang Keperluan Baby
1. Sepasang Baju & Seluar Newborn Size (Long Sleeve)
2. Sehelai Napkin
3. Sehelai Tuala Bayi
4. Sehelai Receiving Blanket
5. Stokin dan Mittens Newborn
6. Topi/Hat Newborn
7.Newborn Diapers (1-2pcs)

Barang Keperluan Ayah
*Note: Boleh tinggalkan dalam kereta je*
1. Kain Pelikat untuk solat ketika di labour room
2. Camera
3. Charger Phone

Ward Room Bag
*Note: Boleh asingkan dalam 2 beg kalau mahu, satu untuk bayi, satu untuk ibu. As for me, saya combinekan dalam satu beg je*

Barang Keperluan Ibu
1. 1-2 helai Kain Batik
2. Maternity Pad secukupnya
3. Disposable Panties
4. 2-3 Nursing Bra(s)
5. Disposable/Washable Breast Pad
6. Sepasang Stokin
7. Selipar
8. Tudung Sarung
9. Set Mandian
10. Baju Tshirt/Nursing Blouse
11. Sweater
12. Pump Manual with Bottle
13. Nipple Cream
14. Minyak Urut/Minyak Panas
15. Thermos

Barang Keperluan Bayi
1. 2-3 Pasang baju bayi
2. Stokin and Mittens Bayi
3. 2-3 helai barut bayi (mungkin tak pakai lagi semasa di hospital)
4. Selimut bayi/Napkin untuk bedung
5. Minyak telon
6. Pseudocream
7. Set Mandian bayi size kecil (mungkin tak akan digunakan lagi)
8. 10-15 newborn diapers
9. Small size Baby wipes (paraben free)




Thursday, December 13, 2012

Finally! Durian Crepe in the house

 
Tapi bukan buat sendiri la. Of course di-order dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menunggu.
Dah berapa minggu kot, bukak fb, bukak blog je mesti orang tayang gambar durian crepe ni.
Tengok resepi mcm tak reti nak buat. Siap pakai berbagai jenis tepung untuk crepe tu. Tiada kuasa dan masa untuk buat sendiri. So, order dari Kak Nanie hari Ahad lepas, janji dpt Isnin. Isnin plak Kak Nanie sms durian tak cukup, postponed hari Selasa.  Hari Selasa, Kak Nanie tak dpt nak hantar siang, jnji nak hantar malam pun tak jadi sebab husband dia ada kerja. Hari Rabu, I dah sedikit berputus asa. Takpela, gi KL nnt cari la klu sempat. Tp Kak Nanie ckp dah siap n ready to deliver. Husband dia deliver sampai ke lab. Since dah dibawa ke lab, elok di share dgn kawan-kawan. Sebab tak banyak, share secara sembunyi-sembunyi, takut ada pulak yg terkecil hati kan.
 

 
Tak sempat-sempat nak merasa. Masuk kereta je terus makan durian crepe ni. Mak aihhh, marvelleous nya! Sedap gila. Walaupun husband beleter habis kereta dia bau durian, I dah tak kisah. Ni mmg worth it for kereta berbau. So, husband pun try gak seketul. Dia suka. Tengok2, tinggal dua ketul je lagi. Alamak, mana cukup kan,balik rumah nak makan lagi, nak bg Ilyaas rasa gak.  Terus I text Kak Nanie tanya ada extra tak today. Dia cakap ada, n kena self collect. Cepat-cepat bagitau husband, n dia setuju jadi driver pergi cari rumah Kak Nanie, walaupun tgh hujan lebat time tu. Dapatlah tambah sepeket lagi. RM10 for 6pcs. Berbaloi kan. Klu kat KL tengok harga RM10 utk 4pcs.
 
 
 
Balik rumah, terus hidangkan untuk makan dgn anak bujang. Dia plak layan je sambil tengok Boboiboy. Makan durian crepe dulu baru nak mandi n kemas-kemas barang. Last-last husband buat semua tu, sbb isteri dia ni mengidam sgt dgn durian crepe. Paket kedua yg dibeli tu, I makan sorang-sorang. Tak kasik hubby makan. Eh, actually kasi je, tp dia yg dah tak nak, sian takut bini dia kempunan tak cukup makan durian crepe. Bukan I yg teringin sangat ok, baby dalam perut ni yg ngidam:P
 
Tapi arini bawa gak dua ketul, nak bg kat member kat lab yg xdpt semalam. Ada rezeki lebih, share la kan.

 
Ilyaas melayan durian crepe. Lepas makan nasi, dia mintak lagi.
Seb baik dia xanti-durian:P
 
 
So, kesimpulannya, mmg sedap la durian crepe ni.
 

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, December 11, 2012

December, pls be nice to me


That's my December.
Occupied calender dgn tarikh-tarikh yang sudah ada plan masing-masing.
Kalau ikutkan, first week december je yang agak free.
Tapi sebenarnya tak jugak, terjebak dengan preparation for seacarl auditing. yang akhirnya saya surrender. Untuk baki minggu-minggu terkahir tahun 2012 ni, saya bekalkan melt away stress daily calming lotion, buat bekalan kalau stuck dalam research. Malangnya, lotion tersebut jenama Johnson's, yg menyumbang pada rejim zionis. tp lotion ini dibeli lama dulu, sebelum saya peka dgn keadaan ini.

December, bulan kritikal untuk saya. Nak siapkan report untuk symposium, dan submit dgn hati tenang. Kalau berkesempatan, nak present before bersalin, means in early january. Tapi, masih byk yg saya rasa tak confident, especially bagi platform yg mmg tak ada reference dari literature/publish paper langsung. Serta seperti biasa tiada guidance. Kritikal jugak sbb ada appointment dgn pakar di hospital besar, untuk check size luka czer. Berdebar nak tahu saya boleh bersalin normal atau tidak kali ni.

Weekend ni ke KL. Berharap dapat singgah sekejap untuk ke pesta buku sang serigala itu. sana-sini orang bercakap pasal serigala tu. teringin jugak nak pergi. List buku nak dibeli untuk diri sendiri and the kid(s) pun dah ada. Dgn harapan tidak terlebih bajet.

Weekend depan pulang ke Penang, Harus melawat atuk yang kurang sihat, serta attend wedding sepupu. Serta nak siapkan bilik di rumah mak untuk persedian berpantang nnt.

Weekend akhir December, ayah ajak ke CH lagi. Ada family day KTSkill. Nak tolak rasa rugi, percutian pendek, tapi nak ikut ke CH rasa berat dah nak bawa perut yang ketika tu sudah 36weeks plus. Nak tinggal berdua dgn Ilyaas di rumah, rasa tak mampu pula. Mungkin, ikut saja ayah dan suami ke CH untuk satu malam.

Dalam kesibukan bulan december ni, sempat pergi dating dgn my awesome man last thursday. dating tgk movie breaking down part 2. Best! Lagi best sbb tengok semua part dgn jejaka awesome saya.
cuma tak berapa nak puas hati kenapa jacob dgn reaneese??? concept tak dapat mak, dapat anak pun jadi

jatuh hati dgn lagu tema breaking down. dari dulu lagi suka lagu ni.
Thousand years by Christina Perri
Hospital beg pun dah packing. Belum letak dalam bonet kereta sbb ada beberapa item belum ready. Kena sterilise manual pam dulu. Kali ni nak bawa pam ke hospital siap-siap. it will make my life easier in emergency case. Husband dah bising, lambat packing sbb skrg mmg dah mula rasa-rasa nak beranak. Taklah, belum masa lagi. Baby tunggu masuk 2013 dulu ye, at least kalau 2013, kiraan by year awak n abang awak akan jadi 2 tahun. Kalau keluar 2012, nnt jadi beza umur 1 tahun saje.
Sedap layan ABC ni waktu lunch semalam
tambah lagi keadaan panas-panas di sini, nikmat.
Alhamdulillah
pasni kena pantang ais 100 hari...( mampu ke?)


Ok, sampai sini dulu bebelan ..
yang penting, struggle bulan december ni, InsyaAllah, DIA sentiasa bersama kita. 


ps: kalau korang nak cari barang-barang UK yang preloved n good condition, sila lawat belog ini.



dan bagi yang mencari diaper clutch, bengkung moden ataupun nursing cover boleh visit blogshop saya



TQ



Wednesday, December 5, 2012

WW: My Precious Two

Ilyaas Hafiy 20months old
Adik Ilyaas 33 weeks in umi's womb

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, November 27, 2012

Approaching 32 weeks

This week, akan masuk 32 minggu pregnantkan adik IH. InsyaAllah, semoga baki perjalanan dipermudahkan. So update serba sedikit about this pregnancy, while approaching 32 weeks.

Abang E' Capati -CHECKED at 30 weeks
1) Have been mengidam capati abang E' (restoran kat Taman Cengal, Kulim) since first trimester lagi.Tapi setiap kali balik BM/Kulim je, kedai capati ni asyik tutup je. Always missed.
Last 2week masa balik tgk tok sakit, dapat rasa capati ni.
Order sekali dgn roti bom, kuah sardin and kari daging.
Marvellous. Kalau boleh nk lagi. And thanks husband sebab penuhi idaman adinda:P
 
 
 
2) Started Baby's Movement Chart since 28 weeks. Seronok kira-kira pergerakan baby ni.
tapi kalau pegi berjalan2 or bukan hari di uni, selalu lupa nak kira. heheheh
 
3) Result MGTT test haritu dah dapat last week.Alhamdulillah.tidak kena diabetis waktu pregnant. harap kekal sampai bersalin nnt. So kena jaga pemakanan dan peningkatan berat sekata. Result gula dalam darah waktu berpuasa ialah 4.2, result gula dlm darah lepas minum air gula ialah 4.1
 
4) Dah dapat surat untuk refer ke pakar di hospital besar ipoh, mid december nnt.
Harus jumpa pakar, untuk tahu sama ada boleh bersalin normal atau perlu czer lagi this time. Saya doa yg terbaik untuk saya dan baby.  
 
 
5) Baju-baju serta barut baby dah siap basuh dan lipat elok2. masih perlu basuh lampin, blanket, socks n mittens, sarung bantal and cadar, sterilise botol2 (last2 baru buat yang ni).
 
6) Kelengkapan baby almost done. tinggal few more items je lagi.
 
7) Selalu rasa sakit kat bahagian bawah tulang rusuk/diafragma. especially bila petang-malam. menyucuk je rasa. Kadang2 jadi sakit lutut. Macam orang sudah tua sajer. Perut mengeras tiba2 pun dah kerap. tp lebih tenang untuk handle sbb dah tau rasa sakit tu mcm mana.
 
thanks to husband yang banyak tolong selesaikan kerja2 rumah.
 
I heart u abang
 
ps: Jom dating tengok twilight jom..
 
 


Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, November 18, 2012

3D Scan at KPJ Penang (Bt.Mertajam)

Assalamualaikum,

Just a quick update, sebelum saya terlupa. Hari Khamis lepas, husband, Ilyaas and myself pergi ke KPJ Penang, located dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam untuk buat 3D Scan.

Dekat KPJ Penang ni, ada dua orang gynae. Dr Fawziah and Dr Ramesh. Kebetulan Khamis tu 15 November, just few days after Deepavali, so Dr Ramesh is not available. So we are left with only one option which is Dr.Fawziah. Lagipun, mmg prefer lady gynae la.

For 3D scan, no need to make any appointment prior to the visit. Kalau nak confirm, can call KPJ and they will direct you to Dr.Fawziah clinic. Masa sampai, kitaorg dapat turn no#4. Mula-mula register, kena amik berat and blood pressure. Nurse la yang amikkan. Then, bila dah turn jumpa doctor, nurse cakap baby tak leh masuk. Actually not baby, anak tak leh masuk. Tak kisah la umur berapa tahun pun,only patient and husband je. Ok, sedikit pissed off, sbb my first intention nak tunjuk kat Ilyaas adik dalam perut ni. Sebab hari2 bagitau dia ada adik dlm perut. N kalau tanya dia, adik mana, dia akan tunjuk perut umi. Okla, nasib Ilyaas nak pulak dgn nurse tu.

Bila masuk jumpa Dr.Fawziah, sedikit takut sbb she was like interviewing me about my first pregnancy and delivery. Sedikit pun tak senyum. Dalam pikiran ni dah rasa doktor ni mcm garang je. Tak sama pulak dgn dlm gambar yg ada kat website KPJ Penang ni. Paham la doktor needs to know about health history of the patient, tp cara dia bertanya tu mcm tgh kena interview. Tak kisah la, my aim is to do 3D scan je on that day. After that, terus scan.

Dah quite a while laying on the bed, scan was still using 2D mode. Then, my husband was still sitting dekat meja doktor. So, I asked the doc, boleh husband tengok,and she said, yes datang la tengok. (my husband pon cuak nak tengok sbb doc xjemput/ajak lansung, n with her character yg agak tegas n garang, tak berani la my husband pepandai nak menjenguk kat screen scan tu).. oh btw, doc tak bagi my husband tgk dkt same screen yg doc tengok, kena tengok dkt screen yg I tengok, means husband kena dongak leher dia la. Terkejut gak, sbb sebelum ni scan kat KPJ Ampang masa Ilyaas dulu, my gynae tak pernah la pesan jgn tengok screen saya ye.

Btw, mostly scanning mode dalam 2D je. Ada few times doc on 3D mode, contohnya nak tengok muka baby..Tp, baby kitaorg malu-malu, so nampak muka separuh je. Separuh lagi dia cover ngn uri. Memang tak berapa clear la image muka baby, tp seems like the baby is quite chubby:P Btw, berat baby was 1.3kg masa scan. Jantina pun dah nampak.

Doc cuba jugak utk alihkan muka baby dari uri, tp tak dapt. So, gambar 3D scan kitaorg dapat muka half je. btw, I was dissapointed with the printing, sbb print hitam putih, and sekeping pulak tu. I understand muka baby tak nampak, tp kitaorg bukanla nak tengok muka baby je masa scan, nak tengok bahagian2 lain jugak. I mean kita nk tau normal ke tak bahagian2 lain..Printing kat klinik biasa pun pakai glossy paper walaupun hitam putih. Kalau compare ngn KPJ Ampang Puteri, 3D image printing dapat kaler browny/orange on glossy papers. and dapat beberapa keping. Pissed off sgt bab ni. Sebab bayar bukan murah ok! RM150 untuk scan sahaja. tak termasuk RM120 consultancy! I know it's private hospital, but I've been to other privates too, charge paling mahal untuk consultation (read yang bagus dan memuaskan) ialah RM90. where the doctors greets u with smiles, tanya u ok ke tak..rather than this doctor yg tak senyum, muka stress je n charge me RM120 for consultation beberapa minit.

Worst part is, she really discourage me for VBAC. comparing my body size and my baby size, dia cakap patutnya orang tinggi mcm I senang je nak beranak, dah baby tak berat sgt. Tp disebabkan I tak leh normal aritu, so chances untuk I tak normal kali tinggi jugak. Highly Likely lagi dia cakap.
Sebenarnya, selain nak scan, I was also looking for doctor yg boleh support me for VBAC this time. And ingatkan Dr.Fawziah in KPJ Penang can help me with VBAC, but I dont think so after what she has consulted me, not based on my czer wound etc, just based on her assumptions. I am really hoping for normal delivery this time, kalau diizinkan Allah, n of course perlukan gynae yg supportive. Kalau scan nampak luka kat dalam tebal etc and mmg ada problem tak leh nak normal, then I understand and rela hati untuk dibelah sekali lagi untuk lahirka anak ini.

Emmm, oklah, that's all. This post is not purposely to condemn the doctor, but I am very disappointed with  the service given to me, not equal to the charged. And just to share with mothers out there yg tgh cari which hospital to go and do their 3d/4d scan. Btw, my cousin went to Bagan Specialist with Dr.Jason. I called Dr Jason for appointment, but upon seeing Bagan Specialist website that Dr Jason is expert in czer operation, I was a little bit reluctant nak  go on with the appointment, since mcm I ckp earlier la, I kalau boleh nak cari gyane yg supportive for VBAC.:P But, maybe korang yg kat Penang can try his service on 3D scan, sbb my cousin ckp it's cheaper.
Btw this is her experience buat scan at Bagan Specialist.
 
ok, dah la..
bye bye
gudnite.



Thursday, November 8, 2012

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) during pregnancy

MGTT stands for Modified Glucose Tolerance Test that most pregnant women in Malaysia have to go through a screening test. But those with high risk (berat naik berlebihan, genetic history of kencing manis, keguguran sebelumnya) mmg wajib ambil test ni. In my case, it was because kenaikkan berat berlebihan. Ikut KKM, pregnancy between 1-19weeks, berat sepatutnya naik 0.5kg setiap bulan. After 20weeks, pertambahan berat patutnya 0.5kg setiap minggu atau 2kg per month.  
 
Kenapa kita perlu jalani ujian MGTT? Apa kepentingan nya pada baby dan ibu?
 
- Jika ibu menghidap diabetis sewaktu mengandung, kandungn gula berlebihan dalam darah akan ditransfer kepada bayi melalu plasenta. Ini menyebabkan bayi berkemungkinan lebih besar dari size biasa. Dan menyukarkan kelahiran serta membolehkan komplikasi2 seperti tulang bahu tersangkut sewaktu melahirkan. Ni juga boleh merosakkan saraf pd bahu bayi sekiranya berlaku komplikasi kelahiran.
 
- Bayi juga tends to have hipoglesimia (kandungan darah rendah) selepas kelahiran akibat badan bayi terpaksa meghasilkan insulin berlebihan selepas dilahirkan untuk mengawal kandungan gula yg dibawa dari dalam kandungan.
 
- Bayi ini juga cenderung mendapat diabetis type 2 di kemudian hari.
 
info lebih lengkap boleh didapati di Baby Center atau di blog Farah Rahim.



Ni nak share kronologi bagaimana saya mengambil MGTT for the first time.

31/10/2012
Doktor bagi surat untuk buat MGTT sebab berat naik 4kg dlm tempoh sebulan. Scan menunjukkn size bayi adalah normal dgn usia.1.2kg at 28weeks.

4/11/2012
Pukul 9.50mlm, saya makan buah epal.
Pukul 10mlm, mula berpuasa dari makan dan minum kecuali air kosong.


5/11/2012
8pagi- register di klinik kesihatan untuk ujian MGTT

8.25pagi, ambil darah utk Fasting Sugar Blood (FSB) sebanyak 3ml

8.30pagi, minum air gula seperti dlm gambar kat atas. Minum slow2 untuk elakkan muntah. Ada gak orang yg minum sekali teguk je. Tapi, pastu nampak dia muntah balik. Kalau muntah banyak sgt, kena repeat test ye. 75mg glukos dilarutkan dlm air suam. manis gila ok!

10.30pagi, ambil darah kali kedua. 3ml lagi. untk bacaan selepas minum air gula. nak tengok insulin dalam badan berfungsi atau tak. Dalam tempoh 2 jam, boleh balik rumah. tp i xbalik. i lepak je kat bilik menyusu dan membaca. kalau balik pun, tak leh buat kerja berat. kena rehat2 je. plus kepala mmg sedikit pening dan tekak akan kekal rasa loya air gula sampai la kita boleh makan after dah amik darah.

Result akan diberitahu pada next checkup.unless bacaan gula terlalu tinggi means mmg ada diabetic masa pregant, klinik kesihatan akan call segera.

Bacaan normal untuk FSB ialah  3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
Bacaan normal untuk selepas 2jam minum air glukos ialah <7 .8=".8" mmol="mmol" p="p">
So, skrg I'm praying so that both bacaan adalah normal.Dan tidak ada diabetis masa pregnant dan tidak perlu repeat test lagi.


 

Thursday, November 1, 2012

November sudah

Assalamualaikum,

Tadi masuk lab, tulis tarikh 1 Nov 2012.
Baru sedar pejam celik pejam celik dah hampir hujung tahun 2012.
Rasa mcm baru je masuk 2012. Rasa mcm baru je resign dan register diri sebagai student master by research.
Alih-alih dah nak habis satu tahun.
Hari ni pulak busy sgt. Sebab esok pagi-pagi ada discussion dengan sv. Dan hari ni jugak baru dapat idea apa nak di-discusskan. Dan hari ni jugak baru nak prepare.
Last minute person sungguh la!
Dan hari ni jugak nak kena pegi buat spec baru sebab semalam Ilyaas dah patahkan spec lama.

Bila dah masuk November ni, rasa lebih gelabah dan gabra lagi.
Sebab banyak benda tak siap lagi.

Satu...
Research mmg dah tak ikut original timeline, sebab pelbagai perkara yang out of control.
Tapi masih bersyukur sebab tetap ada hasil. Dan insyaAllah akan selesaikan symposium pertama sebelum cuti panjang nak bersalin nnt.
Kalau boleh sebulan ni nak mantapkan result yang ada sekarang. Dan nak sambung balik tulis part of thesis yg terbengkalai kejap aritu.
Reading utk theory kena lebih banyakkan.

Dua...
Hari Isnin ni nak kena buat MGTT test. sebab berat naik 4kg dari last check-up. Walaupun tak nampak kat mana berat tu naik, tetap kena ikut prosedur kementerian kesihatan. Pasrah demi kebaikan diri sendiri serta anak dalam kandungan. Dah baca satu blog yg tulis prosedur2 nak kena ikut utk MGTT test ni serta keperluan buat test ni. Harap dapat control berat supaya tak naik mencanak-canak mcm first pregnancy dulu. Almost 80kg ok! Pengsan kalau takleh turun berat asal.

Tiga...
Bila dah november, maknanya dah 7 bulan mengandung. dan masuk third trimester. Excited nak dpt anak baru. Tp takut jugak nak bersalin lagi. Dan tau, tak lama lepas bersalin nnt, mesti rasa teringin nak ada baby dlm perut lagi...hahah.. tipula kalau mak-mak yg pernah pregnant tak teringin nak pregnant lagi. Walaupun susah payah bawak badan yg berat ni, tp keseronokkan rasa pergerakan baby sorang2 dlm perut tu Allah je yg memahami. Dan gelabah jugak sbb tau bila masuk 3rd trim ni, maknanya, bila-bila pun baby boleh buat cubaan nak keluar. So, barang2 baby semua kena get ready dah. Setakat ni, baju dah ada beberapa helai, tu pun nenek dia belikan.

Empat...
Tadi sv cakap, lepas deliver and dah rasa sihat, dia nak saya pegi field trip. Ok. Memang perlu. untuk research sendiri. Tp nanti lepas deliver sy nak susukan baby. So, mmg kena fikir jugak mcm mana cara nak pastikan bekalan susu cukup, tidak bengkak susu sepanjang field trip dan penghasilan susu tidak berkurang lepas balik field trip. n kena praktis baby minum dari botol tp tak refuse nipple walaupun umi dia kena pegi field trip seminggu dua tak direct feeding dia. Ok, takut bila fikirkan semua ni. Sampai masa, sy kena harungi jugak. Mudah-mudahan segalanya dibantu DIA nnt.


Okayla,nak balik rumah. Nak pikir nak masak apa pulak untuk dinner. Harap malam ni boleh stay-up (tak tertidur bila tidurkan Ilyaas). Nak kena siapkan preparation untuk discussion esok.


Jom baca Yassin sama-sama malam ni. Malam ni kan malam Jumaat.

K byebye