Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, June 28, 2018

Raya 2018

Assalamualaikum you all sekalian, 

Hari ni dah masuk 14 Syawal. I hope it's not too late for me to wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua. 

2018 raya falls on Friday, so continue with weekend and both of us amik extra another 5 days break to be with our families from Penang, Kedah and Terengganu. Puas beraya kali ni, cuma makan raya je kurang puas coz berjaga-jaga takut berat badan naik banyak and susah nak turun. hahah, itu pon try portion control and limit kan my sugary water intake je. 

2018, giliran raya in my parents' house on the first raya. 

My mini family tema warna yellow mustard. 
My dad and mum brown-pink while adik2 only Imran cannot join us on the first day of raya coz he had to be on standby dekat estate. 
Izzat was wearing full set green baju melayu while Amir was wearing only top baju melayu in khakis colour. 

Thursday, October 9, 2014

Hari Raya Haji 2014

Assalamualaikum and Hi semua, 


Tahun ni raya haji kitaorg giliran beraya di Terengganu. Hari Khamis pagi2 lagi kitaorg sekeluarga dah bertolak balik ke Terengganu. Kali ni, nak ikut jalan Cameron Highland-Gua Musang-Felda Aring-Tasik Kenyir...Since the last time (hari raya puasa) kitaorg ikut jalan ni and dah banyak improvement, maka this so called jalan short-cut dari Perak ke Terengganu menjadi pilihan. 

Kalau ada sesiapa nak tahu update berkaitan jalan2 ni, boleh baca entry pertama tahun 2012 and some old pictures  atau entry paling latest tahun 2014

Well, perjalanan balik raya haji kali ni tak berapa smooth sangat. Dari awal lagi dah plan untuk menyinggah di Kea Farm, CH untuk beli sayur-sayuran segar nak bawa balik rumah mak mertua.
Lepas breakfast nasi lemak, kami mula memanjat bukit nak ke CH dari Simpang Pulai. Imani tidur since after breakfast until sampai Kea Farm. Ilyaas senyap layan blues . Both of them duduk dalam car seats masing2 and kedua-duanya di seat passengers dekat belakang. I thought Ilyaas akan tertidur sendiri. Rupanya, Ilyaas tgh layan his motion sickness. Sampai je Kea Farm, dia muntah banyak gila. Habis all the nasi lemak keluar balik. Kena salin baju and seluar and even car seat kena remove coz terlalu banyak muntah yang terkena kat situ.. 

Tuesday, August 5, 2014

Raya 1435H-Penang-Terengganu

Assalamualaikum semua, 

Puas beraya tak? Arini I dah mula 'kerja' mcm biasa. kerja la sgt kan. I mean working for my Master la.. 
InsyaAllah, dalam bulan Syawal ni jugak I akan viva.. 
Tarikh dah di proposed, tapi belum confirm. 
Slides dah ready tapi of course selagi belum sampai hari presentation, mesti ada je nak dibetul betulkan. 
Harap sgt tak banyak correction and results semua ok. 
Ada rezeki boleh convo tahun ni. tapi tak kisah sangat pon convo bila, janji boleh lulus. 

Before start cerita raya, jemput yer join GA from Holland. sila klik banner kat sidebar sebelah ni..

Jom cerita pasal raya kitaorg. 
Biasa-biasa je, sepanjang masa dengan family je. 
Kitaorg bertolak balik kampung sebelah I hari Jumaat 25 Julai. bertolak dalam pukul 4 ptg mcm tu. 
Sampai rumah parents kat BM ngam-ngam tengah azan Maghrib. Malam tu bukak puasa terbaik la masakan mak..

Thursday, July 24, 2014

Akhir-akhir Ramadhan ni...

Assalamualaikum and Hi, 

Dah akhir-akhir Ramadhan ni, I mengaku la, makin rasa letih and tak larat. 
Selera makan pon macam kurang. 
Tengok nasi tak berapa nak lalu makan. 
Aritu berbuka ngn keow teow sup. Beli ler. 
Dah anak-anak pulak teringin, share ngn dorang. 
Moreh makan nestum 
Memang rasa lapar, tp macam hilang selera nak makan nasi. 
Tapi paksa gak la, klu tak makan nasi, susu memang confirm drop. 
dah la bukan banyak mana pon dpat sekarang sekali pump, tp syukur la masih cukup untuk Mek Ani tu. 


Hmmm, 
dah hujung-hujung Ramadhan ni, selain rasa sedih nak tinggal kan bulan mulia ni, 
excited bukan main jugak nak sambut Aidilfitri. 
Kuih raya tak buat. biasala, alasan beranak kecik. orang lain boleh ajer buat walaupon ada anak kecik. 
Baju raya semua dah siap packing masuk beg. 
Baju raya Ilyaas Imani paling banyak. 
Semua beli masa kitaorg gi Holland aritu. 
Baju umi ayah dia ada la sehelai dua.
Untuk husband I ada belikan jugak guna hasil berblogging. 
kasik hadiah la dia penyokong utama I tulis blog merangkap stalker merangkap reader paling setia dan rajin klik iklan nuffnang.hahahah

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha


Alhamdulillah, 

semalam kol 2 pg kitaorg sampai rumah. ting tong sgt dah masa tu..
cepat2 siap apa yg patut, terus tidur..
pagi ni kemas bag besar gedabak...
basuh baju second round
masak bubur imani, cairkan susu, siapkan dorang utk gi umah baby sitter, 
then hantar dorang. balik rumah, kemas beg utk balik raya haji pulak, sambung jemur baju. 
mmg rasa cool habis sbb jarang2 busy mcm ni. 
seronok pun ada juga. 
syukur sebab kitaorg selamat sampai . 
n we had a wonderful trip di sabah. 
nnt saya cerita satu satu pasal trip to sabah ni. 
jangan salah anggap ye, kitaorg pergi atas tujuan present papers di conference. sekaligus, conference tu habis, kitaorg berjalan la. 

plus my brother kan dekat Tawau, so melawat la dia sekali. 
kata orang, rugi la dah sampai sana, kalau tak ambil peluang melihat negeri orang. 
sabah negeri yang cantik. 





ni some of the pictures masa dekat sana. 
sempat la kami ke kaki mt kinabalu
cantik dan gagah sangat mt kinabalu. 
insyaAllah umur panjang, ada rezeki, nak cuba daki. 
tunggu anak2 besar 


presenting our papers were a successful one. alhamdulillah. smooth. 

nnt kita update la ye.. sekarang rushing nak siapkan byk benda. 
esok raya dah...


so to all yg membaca, 

Selamat Hari Raya Aidiladha....


drive safely balik kampung...


*fahami erti perngorbanan*

Sunday, August 18, 2013

Raya Day 4 ( Terengganu)- Perusahaan Bepang Pulut Surau Panjang

Cerita hari raya ke 4 pulak. 

Pagi pagi lagi kitaorg dah siap-siap nak gi beraya rumah mak sedara yg xsempat pergi masa Day 2 haritu. 

Sebelum keluar beraya, sempat lagi menggediks dgn husband. 
Weh, sepanjang raya kali ni tak sempat pun amik gambar berdua je dgn husband. 
Sekali sekala nak feeling pengantin baru jugak ken. 


kami suami isteri
tunggu la, tak lama lagi maybe husband i menulis kat blog ni jugak
pasal kereta..hahah
ada kisah pasal kereta kitaorg


Tengok la reaksi husband ku. memula muka xde perasaan je. 
Lentok sikit atas bahu baru dia gelak sakan.
Nak buat camne dapat isteri sengal camni kan, husband plak sabar je la melayan. 

Rumah pertama kitaorg gi rumah Suwook. Adik bongsu my father in law. 
Suwook ni jenis orang yg suka berniaga. 
Perniagaan utama dia ialah Bepang Pulut. 
Bepang pulut dia mmg sedap. 
Rezeki kitaorg aritu, masa sampai Suwook tgh busy siapkan order untuk orang buat door gift kenduri kawin. 
Bepang tu fresh from kuali, pastu masuk kat acuan dia, and Suwook tgh dok potong-potong ikut size yg orang tu order. 


bepang pulut suwook
Pembuatan bepang pulut oleh Suwook ni dibuat secara semi-kecil kecilan. Buat kat rumah je. Pekerja sendiri sahaja. Pakai beras pulut siam, dengan gula nira siam. tak pakai yg local sebab local campur gula biasa jugak. 

Suwook jual sepeket ada 3 keping bepang. Harga sepeket mengikut size bepang dalam paket tu. 
Biasanya untuk door gift orang order yang size kecik-kecik je. Harga bermula from RM0.50, RM0.70 dan paling besar RM1.00. Ni kalau order banyak-banyak la. 

Kalau order sikit2 xleh la nak dapat harga borong mcm ni. Kalau beli kat pasar payang, mau sepeket RM3.50 kot tak silap. 


Sapa nk order boleh contact Suwook
No HP: 013 976 4003
No Tel Rumah: 09- 619 5737

Alamat rumah Suwook:
No 130, Kg Surau Panjang,
21070 Kuala Terengganu

Suwook atau nama sebenarnya  Jarrah Binti Awang


Dah terlanjur tengok kegigihan Suwook dok potong2 bepang pulut tu, I pun ter-join Suwook buat kerja kat bengkel bepang dia tu. 
Sambil buat kerja, sambil ngap dua tiga keping bepang.. Hahaha
Sebagai upah, dapat beberapa bungkus bepang free. :P 
Saya menolong Suwook

Sementara tu, Ilyaas kat dalam dok seronok main dgn cucu cucu Suwook.
OOTD Ilyaas
Baju Upin Ipin
Seluar Rebel UK
Habis melawat Suwook, kitaorg nak gi umah Mok Cik pulak. sekali tak de orang . So balik rumah lepak je kat rumah. Lepak sampai petang sebab tunggu kawan2 mrsm husband sampai. 
Anak anak tak mau tidur, so bagi dorang layan tab kejap.

Petang tu lepas tetamu balik, kitaorg gi dinner kat Ibai Golf Resort
Esok nya balik Tronoh. 
Tamatlah sessi raya kitaorg. 
Hari Selasa malam dpt call tok meninggal. rushing balik Penang/Kedah pulak. 
Plan nak beraya kat sebelah my family tertunda sebab pemergian nenek tercinta. 
Di ganti dgn majlis tahlil.
Anak2 sempat lagi habiskan baju raya yg belum di pakai. hehehe. 
anak beraya sakan dari parentsnya.biasala tu kan.


Friday, August 16, 2013

Raya Day 3 (Terengganu)- Adik Ipar bertunang

Raya ketiga, duduk rumah. Sebab adik ipar bertunang. 
tema bakal pengantin purple. 
tp family pakai merah. 



Maka, repeat baju kawin adik ipar tahun lepas la kitaorg. merah hati gitu. Imani masa ni dah tukar outfit. sebab baju dia seksi sgt. n cuaca cam sejuk sikit. outfit asal kat gambar bawah ni. Ilyaas takde baju raya kaler merah. so pakai je la grey.


Tahniah ye adik ipar on ur engagement. Cun cun je dia habis study medic, bertunang dan InsyaAllah nikah tahun depan. Tahniah Dr Nurul Jannah dan Left.Muda Joey
Bakal biras adalah sebaya dgn husband. So kitaorg panggil dia abang joey...acah acah je. 
hantaran semua adik ipar buat sendiri. 
lace kat baju tu pun dia jahit sendiri. 
kalau tangan dah berseni tu, senang la...bukan macam kakak ipar dia ni, nak jahit butang baju tercabut pun berejam rejam. kuikuikui. 

Nanti dia update la tew pasal engagement dia kat blog dia. 
InsyaAllah wedding akan dilangsungkan bulan 3 tahun depan. 
Maybe dia tgh housemanship time tu. 

Bakal bertambahlah lagi ahli keluarga HD next year. 
Masa raya ke tiga ni jugak la berkesempatan jumpa mak pak sedara sebelah husband yg mostly menetap kat KL. ada jugak from KB and Penang. 
Riuh rendah rumah dgn family besar. 
Kali ni ayah amik katering je, so kerja lebih mudah. 
Mak pun lebih relax. 



Raya Day 2 (Terengganu)


Sambung cerita raya kedua pulak. 
Hari kedua pulak, kitaorg siap-siap nak gi open house dan beraya rumah mak-mak sedara. 


Sebelum keluar rumah, sempat lagi posing. Raya ken, haruslah banyak amik gambar. 
Jippa tak ikut, sebab cuaca kat luar dah mendung. kang hujan sian plak dia kena hujan. 
Tapi yang tak berapa bestnya, pagi raya kedua, Ilyaas demam.
Cepat2 bagi makan ubat demam.
Pastu baru dia selera sikit makan.
Pagi tu pulak, mak masak breakfast nasik lemak. terbaik la.
Kol 10 lebih gak la baru kitaorgn bertolak keluar nak gi beraya. campur tolak mak mak dan anak anak dara bermake up lagi.

Rumah pertama yg kitaorg pegi, rumah Dato' Wan Mokhtar. Bekas MB terengganu.
first time gi beraya sini. huhu.
Makanan best . tp sebab perut dah kenyang makan nasik lemak mak, kitaorg x la melantak sakan. hahha.
makan kuih2 je.
tapi sempat gak rasa lasagna n spaghetti sebab amik sikit untuk suap Ilyaas, ngn anak-anak sedara.



Tak lama pun kat sini. Sebab plan nak gi visiting rumah lain lagi. Masa sampai tu hujan dan renyai. Imani tidur je sampai dah nak balik baru jaga. sempat la bergambar. Sian Imani ayah dukung sampai nampak undies dia. Seb baik baby lagi. 



Sempat lagi amik gambar tgh hujan renyai2 tu. 
Ilyaas still demam.so kena berpayung la umi ayah dia.
masa gi sini, I sorang je pakai handbag tak glamer. Hahaha, gasakla. 
yang lain pakai coach, prada, LV bagai. 
Sempat singgah rumah Kilong je. Sebab dah nak masuk solat Jumaat n hari pun hujan. 
Cancel pegi rumak mak mak sedara yg lain. 

Raya Day1 (Terengganu)

Pagi pagi raya, lepas Subuh, mandi sunat hari raya, terus turun bawah gi dapur. Tengok bapak mertua dah tercegat kat luar rumah, tengah panaskan bara api, nak bakar sate. Pastu mak mertua dok ketung ketang kat dapur panaskan kuah kacang semua. 

Elok nak menolong, dengar suara anak dara menangis nyaring lagi kuat decibles nya. 

Dah xtolong jugak kat dapur.Naik atas balik. siapkan anak anak. 

Punya la susah nak nak kejutkan Ilyaas bangun pagi. Sebab malam tu susah jugak nak tidurkan dia. Biasala ken, balik kampung ramai sepupu sepapat, main je la kejo nya. 

Dah ada anak ni, objektif utama raya nak tgk anak-anak kita comel dan segak berbaju baru lah. 



Baju kurung Imani di jahit penuh kasih sayang oleh nenek beliau. 
Headband bunga satin 3 kuntum ditempah khas untuk hari raya from ohbabygirl boutique
Gelang, rantai, gelang kaki semua lengkap. Anak dara ken. haruslah ada barang kemas. 



Anak bujang sorang ni, pakai baju melayu johor. dengan sampin. 
All from Mydin. Hahaha. 
Altered by nenek beliau jugak. 
Eh patutnya ada songkok. tp tak banyak gambar dia dgn songkok sebab dia suka kopiah dari songkok. 

Orang lelaki je gi solat. Mak mak yg ada anak kecik ni tunggu je la tok laki balik solat. 
Lepas semua dah balik solat, kitaorg amik gambar family.


Ni almost everybody is in the picture except for yaya sebab dia on call pagi raya. sambut baby baru lahir. gambar ni kita kasik besar sikit. bagi nampak muka semua orang. 

Lepas bergambar, sessi salam mintak maap. kemudian bagi duit raya. 
dan lepas tu, tetamu mula datang beraya. 
tahun ni rasanya tak la ramai sgt orang datang mcm 3 tahun sudah. Pergh dulu mcm non stop tetamu datang. mmg tak smpat bancuh air pun . tapi kali ni, tak banyak membantu sgt la. again, alasan yg sama, Imani asyik melekat dgn umi je. 

Petang tu, hujan turun. Agak lebat. So layan tidur jap. 
Lepas asar, rasa motivated pulak tgk biras dan kakak ipar sibuk bersenam dekat mini-gym HD. 
So join dorang. Kayuh basikal 13km. Rasa mcm hebat je 13km, tp kalori yg terbakar sikit gila. 
Nasib baik la masih breastfeed so tak rasa bersalah sgt makan macam gorila. :P

ok nnt sambung lagi raya hari hari lain nya. 

*raya pun nak buat part-part*

*baru la jadi banyak entry...hahahaha*



Wednesday, August 14, 2013

Sebelum Raya


Kali ni raya kami raya kat Bt. Payong. 
Hari Isnin sebelum raya tu kitaorang bertolak from BM lepas solat subuh, around kol 7pg camtu. 
Sampai Marang kol 2 lebih gak la. campur berenti banyak kali. mula stop kat Jeli. pastu Bukit Bunga. pastu kat KT kejap singgah amik kepok lekor BTB. 

Saja balik Bt Payong awal sikit. Sebab last balik masa pilihan raya aritu. So dpt la spend seminggu kat sini. 
Masa kitaorg sampai tu, still tak cukup corum satu family halaman dhuha. 
Family Shah Alam hari rabu baru sampai. 

Malam raya tu, mak la busy masak kuah kacang, rendang, n nasik tumpen. (ok, kalau salah eja, adik2 ipar sila jangan gelak!). Ayah ngn husband n abang2 ipar semua dok busy bakar sate. Sedap gila sate tahun ni!

Saya ni tak berapa membantu sgt. Imani asyik nak berdukung je. Letak kejap nangis. Kalau dia tidur, dapat la tolong2 sikit kat dapur. Buat kuih raya gitu gini. Tapi kejap je la. tidur dia bukannya lama pon kalau siang. 

Malam raya, kitaorg semua sembahyang jemaah isyak. pastu takbir ramai-ramai. Sayu. dan gembira at the same time. kalau time terawikh pun, mmg terawikh ramai-ramai, ayah jadi imam. 


Time takbir tu, rasa tak percaya baby Zarifa still with us. dapat celebrate raya ngn kitaorg semua satu keluarga. Alhamdulillah.Siapa sangka kan, kuasa Allah =)

Dah jadi tradisi keluarga halaman dhuha, kalau berbuka puasa, kitaorg akan makan dalam talam. tahun ni tak berapa nak merasa sgt makan sekali dalam talam. sebabnya asyik dukung Imani je sepanjang masa, mana nak join orang lain makan dalam talam. malam last berbuka tu je sempat. tu pun laju-laju makan. mintak tlg adik ipar pegangkan Imani kejap. 


sekarang ni, ada 3 dulang. satu utk lelaki dewasa. satu wanita dewasa. satu lagi kanak-kanak. 
champion utk talam kanak-kanak, ialah Ilyaas. 
bersungguh dia makan. 
Tahniah nak!
Umi bangga. hahahah
tak dan dan yang tu pn nak bangga


Tuesday, August 13, 2013

Mencari Mood

Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah. Kitaorg empat beranak dah selamat sampai ke teratak kami elok elok azan Maghrib semalam. 
9 jam dalam perjalanan. Bertolak from KT pukul 10 pg. Sampai Tronoh pukul 7.30malam. 
Memang terbaik. Ilyaas muntah sekali dalam perjalanan. 
Sambung 2 kali lagi kat rumah. Kesian dia. Umi pon penat. Dia apa tah lagi. 
Imani ok. 
Mungkin sebab dia sentiasa rasa comfort bila dapat gombeng. 

Pagi ni, kemas-kemas sikit bag, n jemur baju, terus gi uni. Banyak kerja tertangguh ni. 
Nak mencari mood lagi nak mula balik segalanya yg ditinggalkan. 
Blog mmg 100% ditinggalkan sepanjang cuti raya. Raya is for family only. 
Bukan blog je ditinggalkan, research pun 100% ditinggalkan. 
Alhamdulillah raya kali ni, mmg focus pada keluarga je. Banyak ni nak cerita kat sini. 
Kita update pelan pelan. 
So sabar la korang tunggu entry entry pasal raya ok. 

Sebagai teaser utk hari ni, gambar raya kami sekeluarga...



Kami sekeluarga, especially saya la, nak mintk maaf zahir dan batin, kalau ada penulisan saya yg menyebabkan mana-mana pihak terasa hati. 
Ada ayat yg terkasar bahasa, mengundang sedih dan rasa tak selesa pada pihak yg membaca. 
Sorry ye korang. 


Tuesday, October 30, 2012

Cuti Eid Adha 2012

 
Bermakna perhimpunan cucu-cucu Halaman Dhuha Sdn Bhd di
Kampung Wakaf Nyiur Kembar, Bt.Payung, Terengganu.Gambar ni tak cukup corum.
From Left to right: Hana, Ilyaas, Zulfa, Amzar, Zahra
Not in picture: Fahim, Faris, Fayyadh, Farzana (dorang kat Besut lagi masa ni)
 
Ok, Assalamualaikum semua =)
Dah almost a week tinggalkan blog ni. Sebab nya baru je habis beraya sakan. Atceli, tak raya sakan pun, most of the time duduk kat rumah je, layan anak dan anak-anak sedara. Pagi-pagi raya pun kitaorg tak bergambar bagai sebab semua tak pakai baju raya. Hahah, kecuali kaum bapa yg pergi bersolat raya di masjid. Kaum hawa serta anak-anak duduk di rumah siap-siap nak makan nasi dagang. But, saya still bg Ilyaas pakai bj melayu selama sejam sebelum tukar ke tshirt biasa.Hahha, bagi dia feeling raya sikit.

 
 
Aktiviti biasa la, petang2 lepak kat luar rumah. Main beskal.Main bola. Bagi ikan makan walaupun nak nampak ikan pun susah sebab kaler air kolam agak hijau. heheh
 
 

Bila dah berkumpul ramai-ramai semua sepupu , budak-budak ni susah la nak tidur siang. Bukan takat tidur siang, tidur malam pun lambat gila. Tak larat dah mak bapak masing2 nak tunggu dorg mengantuk. Tak tau dari mana energy banyak gila sorang2 ada. Sampai kul 12 tgh malam boleh cool je masing2 main mainan lepak depan tv. Jangankan yg setahun lebih, yang 6-8 tahun pun sama je. Banyak la drama bila nak ajak masuk bilik untuk tidur. Well, ajak masuk bilik boleh, tp xleh tutup pintu. Kalau tutup pintu, mesti mengamuk panjang. Anak sapa la tu, anak saya la.
 
Sampai satu tahap dia tahan umi dia dari masuk bilik by duduk depan pintu bilik and make sure I did not close the door. supaya dia boleh main lagi kat living room tp umi kena teman dia, takleh masuk tidur. Penat la anak ooooi, umi need a rest. Last-last semua org kena masuk bilik , tutup lampu baru Ilyaas surrender.Tu pon sambung ngamuk dlm bilik.
Agaknya sindrom Ilyaas too bored kat rumah sendiri sebb sekarang kan dia anak tunggal.
Balik kampung ramai sepupu geng bermain. Happy la dia. =)

 
 
 
 Hari raya kedua, pak mertua ku buat korban. Seekor lembu besar gemuk dan sihat walafiat.
 
Malam tu buat kenduri arwah dan tahlil. Masak memasak kami sekeluarga rewang. First time rewang di HD sepanjang saya jadi ahli keluarga HD la. selalu mak ayah panggil orang masak. Tp ni sebab tak ramai sgt jemputan, kami pakat2 gotong royong.


 Pagi tu, lepas sembelih, melapah, potong daging semua (kaum adam la yg buat), saya join diorang timbang2 and bungkus dalam plastik untuk edarkan pada penduduk kampung. Dapat jugak sumbang tenaga dan menghayati erti sembelih korban. Hehehe. Lepas zohor, flat kejap.hahah. pastu baru continue basuh ayam dan masak memasak. Tolong sikit2 je.

Mak dgn Kak Dilah masak gulai kawah. Sedap Meletop Terangkat! mmg laju la makan malam tu. menu lain ialah sayur kacang goreng, daging masak merah dan ayam masak merah. Serta acar timun. Sedap lazat.Berkolestrol gitu.hehehe.

Raya ke-3, nenek melayan cucu-cucu serta anak menantu shopping dan makan. Singgah Tutti Fruity KT. Time ni dah tak cukup corum, sbb geng Shah Alam dah bertolak balik. Pastu the elder two kena tinggal kat rumah.hehe



Raya ke -3 mmg kerja makan dan makan sahaja. Lunch kat pizza hut, panas takde aircond. Ilyaas mengamuk lapar. Malam kat secret recipe pulak. N sambung belanja the elder two tutti fruity sbb tgh hari dorang tak dpt tf.

Tp cuti kali ni tak sempat bersukan ramai2.dn tak dpt ke pantai. huwaa, lama gila dah tak pi pantai. agaknya lepas pantang nnt la pulak kot baru ke pantai.

Raya ke-4, kami bertolak balik ke tronoh dah. tiring journey sbb singgah kl dulu. tp syukur ilyaas tak meragam sepanjang perjalanan.

Raya ke-5, here I am. duduk dpn workstation interpret platform kecik. tp rasa lost. so stop kejap update entry raya ni.

eh, ada produk baru tau kat Myhafiy Blogshop. Nursing cover. Terbaik punya. Tengoklah ye. kat blog myhafiy tak update lagi, tp leh tgk kat facebook myhafiy.

Bye-bye.

Sunday, September 9, 2012

Makan-makan sempena raya


 Hari Khamis lepas, kitaorg ada buat makan-makan sikit kat rumah. Mulanya, husband jemput dua tiga orang budak class yang dia mengajar je. Tp, last minit dorang bagitau the whole class is coming. Nasib baik la tak ramai sgt the whole class tu. Dalam 12 orang, plus 2 friends dari lab kitaorg. Cumanya, I memang tak prepare apa2 the day before sebab budget2 setakat 2-3 orang datang, tak yah la buat gempak2...
So lepas dapat tau tetamu yang akan datang melebihi 10 orang, mula lah nak gelabah sikit. 

Balik rumah je dari uni on Khamis petang tu, husband yg tgh puasa 6 pun tolong kemas apa yang patut. mop sikit rumah. Nasib baik teratak kami ni comel je, so sempat siap sebelum tetamu datang. Tetamu sampai dlm pukul 8mlm, lepas solat maghrib. 


Meja, and sofa semua diketepikan supaya ada ruang untuk tetamu duduk makan.
Btw, Ilyaas tgh nak solat maghrib time tu, and dia guna tempat lapik makanan sebagai sejadah:P



 Saya tak masak banyak pun. Nasib baik makanan cukup2 je. Takde lebih, takde kurang. 
Goreng popia, spaghetti goreng, kuih raya, kek vanila coklat, puding buah-buahan readymade.

Ni lah para tetamu kami. 12 orang budak final yr petroleum geoscience dari UTP. One of them is my junior masa kat TKC, so dah kenal lama. Dia pun dgn baik hati volunteer basuh all the pinggan mangkuk after dorang makan. Ringan sikit kerja mengemas lepas semua tetamu balik. Thanks miratul for ur help =)

Ada lgi 2 orang tetamu, kawan lab kitaorg tp tak sempat nak snap gambar sbb asyik bersembang. Hehhe

Ilyaas was not in a good mood malam tu. Asyik nk berkepit je dgn umi dia ni. Biasalah kan toddler. 

Apepun, syukur dapat jugak buat makan2 walaupun secara ala kadar sempena bulan Syawal yg mulia ni. 

Thank you to those yang datang memeriahkan. Maaf ye banyak kekurangan. 


Tuesday, August 28, 2012

Gambar Perjalanan Kenyir-Gua Musang-CH-Simpang Pulai

Salam, masih ingt lagi tak awal puasa dulu saya ada buat entry pasal perjalanan dari Terengganu ke Perak melalui Tasik kenyir- Gua Musang-Cameron Highland dan Simpang Pulai?

Kalau tak ingat, boleh baca entry ni ye.

Dalam entry tu, takde gambar lansung because both husband and me were too focused dgn perjalanan kami. Ye la, first time lalu jalan yg di-review kurang baik oleh banyak pihak. Tapi sebab kami nak jimat masa, maka kami try jugak. turn out its not that bad lah. Plus, no toll at all, takde risk of speed trap juge.  But banyak jugak contras nye. Boleh la baca kat entry tu yer. 

So, balik raya smlm, kitaorg ikut lagi jalan tu. Here are some of the pictures yang saya sempat snap dari dalam kereta. 

Kenyir


View Tasik Kenyir. Atas jambatan yg panjang ni. di kawasan kenyir, signal phone tidak ada ye. mmg xde line. 

another view of tasik kenyir. jalan yg kelihatan tu, dah ditutup sebab jalan mendap. dah ada jalan baru/satu lane untuk cover jalan yg mendap tu. harus hati2 bila driving kat sini. kadang2 ada sink hole juga. tak boleh bawa laju sesuka hati walaupun confirm takde speed trap 
keadaan jalan. molek je. but as i said, hati2. kawasan kat sini tanah dia agak lembut. ada kejadian tanah mendap, sink hole etc
kawalan polis bantuan di pintu masuk ke felda aring 10. nak keluar felda aring pon ada kawalan polis bantuan. kawasan ni signal phone clear
Felda Aring 10-1 

sori pic tak reti nak rotate. ni signboard how many kilometres more. dekat pintu masuk felda aring 10. 
jalan yg tidak begitu elok di felda aring 7/6
tp masih di kira ok la.
boleh dikatakan teruk sedikit dari perjalanan di jerangau-jabor.
ni the worst condition of the jalan. ada lopak. mostly di felda aring 6 yg seperti rally dakar. slow2 pandu, iallah ok je. anak dlm carseat pon xterjaga walaupun jalan compang camping lopak sana sini.
Dari Gua Musang ke CH, melalui Felda Chiku dan Pekan Gua Musang. Kemudian daki Cameron Highland and turun ke Simpang Pulai tu mmg dah tak sempat nak amik apa2 gambar pon. Pening kepala mak ni jalan pusing pusing. Ilyaas pon sama2 pening. Nak buat camne, kami dua beranak mmg ada motion sickness. Heheheh. Tapi syukur, bertolak kol 7.30pagi, kol 1.00 tgh hari dah sampai Tronoh. =)

Hari Raya 2012


Assalamualaikum,

Hari ni dah 28 ogos. Dah masuk hari ke 10 aidilfitri tahun 2012 and saya baru berkesempatan jenguk blog. Sebenarnya banyak je kesempatan yang ada sepanjang bercuti di kampung, but being a family-first person (cheeewah), selalu rasa malas nak bukak laptop and mengadap dunia komputer. Sekadar tgk hp dah cukup kot rasanya..

So, pada hari ke 10 ni, harapnya tak terlambat la saya nak wish semua pembaca Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Sekiranya ada tersalah bahasa sepanjang membaca blog saya ni, harap dimaafkan. Mana yang kurang, kita perbetulkan, yang lebih, kita baik-baikkan.

Tahun ni kitaorg beraya pertama di Bukit Mertajam, Penang, rumah parents saya. Lepas solat raya, terus ke rumah nenek sebelah ibu di Bayan Lepas dan kemudian beraya di rumah nenek sebelah ayah di Sg.Seluang , Kedah pulak.Ni antara gambar semasa first raya.

Selamat Hari Raya dari kami. Tahun ni tema maroon.
Muka Ilyaas masam sungguh sbb dia nak amik gambar, tak nak berada dalam gambar...

Husband and me =)

Hari raya kedua, kitaorg rehat kat rumah lepas penat berjalan raya on the first day. Petang-petang baru keluar beraya ke rumah kawan di Kulim dan terus ke Sg.Seluang, sambung visiting pakcik2 yang xsempat berkunjung on the first day.

baju raya Ilyaas pada hari kedua.

BBQ di Bayan Lepas
Raya ketiga pun kami tak kemana-mana sgt. Just keluar ke Tesco sbb beli barang nak buat kek untuk di bawa balik ke kampung sebelah husband and malam tu attend family BBQ kat Bayan Lepas. Kitaorg balik awal sikit sbb nak bertolak very early in the morning (4.30pg)  ke Terengganu. Nak elak pengalaman tersangkut 10jam dalam jem di Tanah Merah.

Hari raya ke-4, awal2 pagi 4.30pg kami bertolak ke Terengganu. Pukul 11pg dah sampai Bukit Payong. Malam tu ada family photo shoot. Gambar lengkap semua ahli keluarga HD.

My HD Family. (halaman dhuha) + 2 in tummy, hehehe

Masa kat HD pun, ada BBQ and family badminton tournament. BBQ kali ni dibuat kat rumah my first SIL kat gong badak. Pakat2 bakar ayam, bakar roti, masak nasi goreng dan macaroni goreng, buat air asam serta salad. Sgt enjoy berkumpul ramai2 mcm ni. Budak2 meriah dan sibuk bermain sampai tahan ngantuk tak nak tidur.

Ilyaas n sepupu-sepunya. time ni tgh layan boboiboy kat ipad

ayam panggang special
Hari raya ke 9 baru kitaorg bertolak balik ke Tronoh.hehhe, lama gila bercuti. Nnt sy update pasal perjalanan balik kitaorg melalui Kenyir-Gua Musang-Cameron-Simpang Pulai ye.



Wednesday, August 15, 2012

WW: Hari Raya Theme

2009 -cacar merba kaler campur aduk.

2010: Purple. sudah berdua masa ni
2011: Family Penang: Biru

2011: Kami pun biru

2011: Family Terengganu theme cacar merba campur aduk kaler


2012????