Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, August 21, 2019

Museum Hopping: Terowong Sg Lembing


Hi guys,

Lepas visit Muzium Sg Lembing, kitaorg ke Terowong Sg Lembing. 
Dari muzium nak ke kawasan terowong ni kena mendaki sikit. Ke atas bukit. 
Kalau drive, jalan tu tak lebar sgt, so perlu be extra careful. 

Ada good space for parking dekat depan kawasan terowong sg lembing. so don't worry about parking. 
Disediakan jugak satu cafe kecik dan kedai jual souvenir dekat kawasan jual tiket. 
Oh ya, harga tiket untuk masuk sedikit mahal compare dgn harga tiket untuk muzium sg lembing. 
Satu faktornya disebabkan nak maintenance penjagaan lombong ni must be quite costly kan. 
Malaysian citizen dapat extra discount. 



Kepanjangan terowong sebenar actually 322km. Ada beberapa level ke dalam tanah. Tapi sekarang semua level dah dibanjiri air, tinggal level paling atas je yg masih preserved dan digunakan untuk tujuan touristic. 

Thursday, August 15, 2019

Museum Hopping: Muzium Sg. Lembing, Pahang, Malaysia


Welcome to Sg Lembing, a small town in Pahang. It took us about 30-40 minutes by car from Kuantan to reach this small town of Sg Lembing. And we were welcome by this large pintu gerbang. 

Entering Sg Lembing brings back the memory of old kampung style. Everything here is still preserved like the olden days. 

Monday, February 25, 2019

Hari Pertama di Kota Madinah-Nov 2018

Bismillahirahmanirrahim. 

Assalamualaikum wbt. Harini, saya nak menulis tentang pengalaman saya menjejakkan kaki ke Kota Mandinah Al Munawwarah, di Arab Saudi, dalam kunjungan ziarah ke Kota Rasulullah SAW sepanjang tempoh kembara rohaniah di Arab Saudi. 

Perjalanan bermula pada Jumaat, 16 November 2018. 
Ini umrah pertama buat saya. Perasaan bercampur baur. Gembira, Takut. Sedih. 
Semuanya ada. 
Saya pergi dengan suami, mak dan ayah mertua, serta seorang adik ipar, Awa. 

Itinerary kami ke Madinah dulu, dan pulang dari Jeddah. 
Sewaktu mendarat di Kota Madinah, jam sudah lebih kurang pukul 10malam (waktu Saudi). 

Proses imigresen sangat sangat lah mudah. Syukur Allah mudahkan.
Saya jadi antara orang pertama dalam rombongan kami yg dapat keluar.
Sementara menunggu bagasi keluar, kami solat dulu. Ruang surau bersih dan selesa. 
Surau juga sama floor dengan ruang menunggu bagasi. 
Habis solat, bagasi dah siap di keluarkan dan kami menunggu ahli rombongan yang lain untuk menaiki bus. Bus yg disediakan oleh pihak Andalusia memang dah sedia menunggu. Airport pon tak terlalu sibuk sangat, jadi proses berjalan lancar untuk kesemua ahli rombongan. 

Dalam bus nak ke hotel, Ustaz Hafiz menceritakan serba sedikit tentang sejarah Kota Madinah. 
Dari kejauhan, dah boleh nampak terang benderang Kota Madinah Al Munawwarah ni. 
Bercahaya sgt. dengan langit malam yg indah. 
Kami melalui tepi Perkuburan Baqi', perkuburan ahli syurga sebelum sampai ke hotel. 

Selepas check in, semua ahli rombongan diberikan Nasi Arab dan air mineral sebelum masuk ke bilik masing2. Walaupun dah almost tengah malam, kitaorg makan jugak nasi arab yg sgt sedap tu. Lebih kurang jam 1pg, semua tidur dan kami bangun semula jam 3pg untuk bersiap2 ke Masjid Nabawi. 
Tak sabarnya rasa hati untuk berada sgt dekat dengan Baginda Rasulullah. 
Walaupun badan penat, tapi keseronokkan berada di Kota Madinah lain rasanya. 
Hilang penat bila dapat memasuki perkarangan Masjid Nabawi. 

Subuh pertama di Masjid Nabawi

Solat Subuh di sini tanpa bacaan doa Qunut. Jadi, tak perlu rasa hairan buat yg pertama kali mcm saya ni. Dewan solat mmg sgtlah penuh. tp Alhamdulillah kami dpt jugak berada di antara saf depan. Kebiasaannya, kami solat di dewan solat melalui pintu 16. 

Tuesday, April 3, 2018

Langkawi 2018 Day 2 - SkyCab @ Cable Car

Hi you all, 

Jom sambung cerita holiday kat Langkawi. 
On day 2, we all semua bangun awal. Lepas subuh takde sambung golek2 tidur lagi, anak2 pon bangun awal sebab dah inform dorang sebelum tidur that we have to get ready early untuk naik cable car. After all, cable car ni one of the most attraction yg paling popular dekat Langkawi, memang confirm orang akan sangatlah ramai. So, kitaorg atur strategi utk arrive as early as we can. Usually opening hours dia at 9am, tapi sebab cuti sekolah, dia bukak at 8.30am. 

Bertolak from De Baron Resort dalam pukul 8.10am. Kitaorg breakfast roti dalam kereta je. Memang x amik pakej breakfast dekat hotel. We reach Oriental Village around 8.40am. 
Dekat sini ada 2 jenis parking zone. Primer parking yg lebih dekat jaraknya dengan Oriental Village while normal parking RM3 for the 1st hour lepas tu kena charge RM1. 
Yg primer parking tu RM10 utk per entry. Sesuai la kalau korang bawa orang kurang upaya, or warga emas. 

Walking to the oriental village
all exited nak naik cable car

I have bought our cable car ticket (including the package) from the Tripcarte.Asia

Actually we all beli Langkawi Cable Car Basic Combo 

 SkyCab Combo Basic

This basic combo includes

+ Access to Cable Car with Standard Gondola
+ Access to 3D Art Gallery
+ Access to SkyRex
+ Access to SkyDome


They are other packages for Langkawi Island holiday that can be found from this website. 
Check the below link:

the best thing purchasing from this website is no reservation time/date required and the tickets are valid for 6 months. 
Kalau beli from website Cable Car sendiri, kena letak date utk redeem. 

Main reason buying from this website is to avoid the long queue. We just need to bring this email and show them the QR code. No need to print, but I do print in case something went wrong with my hp. 





For those who had bought their online ticket, just proceed to Counter No 6 to redeem your ticket. 

We all dapat boarding time at 9am. So, no long que at all. 

One whole family 


Mine me and me
This little girl of mine, love you so much syg.

the boys 

at the 1st pit stop, middle station. you can choose to keluar dari cable car and amik gambar dekat sini dulu or boleh stay inside your cable car and teruskan perjalanan ke top station.
we did not go out the cable car.
Kitaorg malas nak turun sini sbb nanti kena beratur nak boarding semula utk ke top station. 

Top Station view

Sorry Iyaadh sayang,Umi and Ayah feeling2 honeymoon..:)

From the top station, you can have your breakfast at their cafe. Also, boleh purchase ticket utk ke SkyBridge. Harga tiket ke SkyBridge cuma RM5 per person, through Nature Walk where you have to walk/climb a bit the staircase for about 300m to the SkyBridge.

Otherwise, boleh choose utk naik SkyGlider. The price I am not sure sgt sbb we all mmg option for Nature Walk, coz both of us love the nature.

Nature Walk to SkyBridge

At the skybridge

Along the way mmg ada information board related to this geoheritage and the infrastructure


the glass bridge

kena take off your shoes before you can step on the glass.

only few parts of the bridge are made of the glass. 

with my youngest baby

MashaAllah, You are the Creator of this world!
Superb view from the top.
It was windy and breeze and the sun just set up, so we really enjoy our experience up there. the tips is, pergi awal pagi!

Picture take by Imani Hafiyya

Since we did not have a proper breakfast, so we did have a short breakfast stop on the skybridge!

my children. 

He is so cool. tak gayat langsung.

By the time we reach down at the entrance of the skycab, the lines are getting longer. It was aboud 10.45am when we reached down.



Along the way sepanjang dekat skycab and skybridge, akan ada banyak photo points, where the staff will take our family photo and print it. they also print it on mugs, thumblers, etc. the price is of course a bit pricey. and you can choose to buy all of them in combo package or you can also choose not to buy. it's up to you but just bare in mind, since before boarding sampai la dekat nak turun, mmg banyak offers for our photos printed on the merchandise + frame. 

Ok that's all for skybridge. lepas ni we all pergi 3D musuem and SkyRex pulak. 

stay tune. 



Thursday, March 22, 2018

Langkawi 2018 : Day 1 (Jetty and Ferry)

Hello semua. Assalamualaikum. 

I am very teruja nak update blog pasal our latest holiday in Langkawi. Sebenarnya, this holiday is a real need for all five of us. Last yr hujung tahun, kitaorg x bercuti ke mana. cuma balik kampung, and ke hotel atas urusan kerja je. Anak2 pon x kemana. Tapi kids kan, dorang x pandai complaint kata nak bercuti or anything. dpt mandi swimming pool dorang dah happy. So masuk bulan Jan aritu, we started to think maybe perlu jugak take a break. So, decided ke Langkawi. Booking hotel, ticket ferry roro and cable car/skycab kitaorg buat sebelum pergi. 

So pada hari kejadian, kitaorg bertolak from rumah my parents dkt BM. pukul 9pg baru keluar rumah sbb x jauh sgt penang ke kuala perlis. kitaorg amik ferry roro. yg boleh bawa kereta naik skali. jadi dkt langkawi tak perlu sewa kereta dah. nnt i citer procedures utk bawa kereta masuk ke langkawi. 

We all sampai jetty kuala perlis around 11.30am. Register kereta and amik tiket. pukul 12.40 baru nak mula boarding masuk ferry. 1.30 baru ferry nak jalan. So mmg ada banyak masa. Kitaorg decide pergi Muzium Kota Kayang dulu. 5km dari jetty kuala perlis. 



Gambar sumber Website Muzium

Masa kitaorg sampai kat sini, takde pengunjung and takde taker pon. We all masuk je la. Muzium ni fully aircond and selesa. Belakang muzium ada taman kecik, sesuai for picnic if x panas. 



Ilyaas mmg skrg stage nak tahu banyak benda so muzium is a good way to kill his queries. and he is currently into any kind of weapons. So mmg dia baca every single descriptions about keris, tombak, badik etc yg ada dlm muzium tu. 

After dah settle tgk2 kat sini, kitaorg proceed for lunch kat restoran nelayan tepi jetty tu. 

I makan laksa. 
Kecewa. 
X sedap mcm dulu. 
Kuah dia cair je. 


Lepas tu kitaorg terus ke jetty kargo then dan mula boarding. 
Kerata semua kena park kat level 1. 
Penumpang boleh duduk kt level 2 and 3. 
level 2 bertutup, ada aircond and tv. also ada surau and small kiosk jual makanan ringan.


Ni dekat level 2 dlm ferry roro. 
kat level 3 open air, so best dpt angin laut.

dekat top deck.level 3.

Once sampai Langkawi, we all arrive dkt jetty area Bukit Malut. Tak sama dgn jetty kuah. 
So less sesak and cepat je urusan. Terus ke hotel. 


Thursday, January 25, 2018

Bali Trip 2017-Day 1- an experience that we will never forget

Assalamualaikum and Salam Sejahtera semua, 

Last year, 20-21 May, my husband dgn I attend satu conference dekat Bali. 
As usual, kami ambil peluang ni untuk jadikan percutian keluarga sekali. Tambah duit utk bayar tiket flight anak2 as well as tambah cuti tahunan. 

Kami pilih Malaysia Airlines sbb flying with kids, nak selesa sikit. 


Kesian Iyaadh nampk dahi and mata je. 
Dah la redha je dia duduk dalam stroller pink. 
Stroller Imani dulu. 



Abang Ilyaas and Kakak Imani


Dalam flight, I dapat seat next to Imani, and Iyaadh was with me. Halim and Ilyaas duduk seats few row belakang kitoarg. I dgn Imani row depan skali sebab nak attach dgn basinet. Sebelah Imani seorang lelaki from India, I think. 



Dah order kids meal siap2, so Imani punya food sampai dulu. Dapat pulak her favorite chicken spaghetti. Habis licin dia makan except for the chicken balls. Apa jenis balls pon dia tak suka makan mek Imani ni. 



Enjoying her food. Budak ni nampak je tenang. Dia punya bnyk cakap and kuat melawan tu mmg cannot tahan. Bikin umi dia stress all the time. 
Really copy-cat perangai I suka menjawab!



Sebab Umi kena handle adik Iyaadh yg also cannot duduk diam, Imani kena makan sendiri la. 


Si adik ni tak boleh letak baring dalam bassinet. Terus terjaga. Telinga nipis betul. Bila tidur berpelukan, baru nak nyenyak. Jangan harap la umi nak berehat dalam flight. 


Layan budak ni dah cukup puas. Eeeiii, ni before kitaorg botakkan rambut dia. 
Tapi muka dulu ngn sekarang sama je. 



Sweet boy of mine. 

Dalam flight ni ada satu experience yg I tak kan boleh lupa. Ada one uncle passed away dlm flight ni. He was sitting in the same row dgn I. 

Dari awal sebelum boarding lagi, uncle ni mmg dh naik wheel chair. anak dia yg uruskan dia. he looks really not healthy. dalam flight, seat dkt dgn window takde orang mulanya, so the daughter ubah ayah dia ke tepi window so that ayah dia boleh sandarkan kepala. tibe2, datang sorang mat saleh ckp tu tempat dia and nak duduk situ. so si anak tadi cuba nak kejutkan bapak dia utk ubah ke tempat asal..tp bapak dia nampak sgt lemah and tak larat nak bergerak. So , mat saleh tu pun duduk je la dkt seat paling luar nearby the aisle. Which is next to me. 

Around 30 minutes before nak landing, kan ada announcement from pilot. masa tu, si anak perempuan tadi cuba kejutkan bapak dia. oh btw, masa makan pon, uncle tu tak bangun. anak dia ckp xyah kejut kat bapak dia masa pramaguri nak serve kan food. 

nak jadi kan cerita, bapak dia mmg x bangun2 dah. he went during his sleep. anak dia pon xsedar bila bapak dia passed away. so peaceful. ada pramugari cuba nak bagi oksigen, but no response. so they called out any doctors in the plane, and one turned out and did the checking. mmg the father already passed away for some time. and nothing can be done. 

I heard the daughter said that her father had cancer and just finished chemotherapy few days back. they are traveling to their hometown in Bali. yes, they do look like local people from Bali. She was also carrying a big bag of medicine, belongs to her father. She started shouting and crying, for few seconds and then she realized that nothing can be done so she just hold him tightly until we landed in Ngurah Rai Airport. And medical team was already there in the airport waiting to arrange for the body. 

Well, once landed, we waited for our bags and we were greeted by the driver from our hotel. 


This time around, we stayed in Kuta Paradiso Hotel. Luckily sebab we all buat booking through email, terus dapat upgrade to family room for free of charge. It was so luxurious and spacious for all of us. In fact Iyaadh had his own baby cot too. 




Also dpt welcome drink and welcoming fruit platter in the room. 

Ok nnt continue lagi :)



Tuesday, March 8, 2016

Travelling is addictive you know

Sapa setuju angkat tangan?

I dgn husband, sejak zaman kami berkenal-kenalan lagi, mmg kerja travel je.
Kami mula rapat pon masa work travel to Singapore.
Pastu ke US.
Dah pergi berdua je, mana tak sangkutnya.Apepun itu jodoh kami.

Masa transit di Munich Airport in September 2009. 
Before ke US.
Pic taken by a dear friend yg now dah jadi husband:D

Dah kawin, sebelum dapat anak, pon banyak travel. Travel dekat2 je time weekend. Ke Bukit Tinggi, Melaka, Johor, dalam Malaysia je la, sbb sebulan dua lepas kawin dah pregnant, so tak la travel merata sangat.


4 bulan kawin. 
Ke Bukit Tinggi Colmar Tropicale. 
Ilyaas baru 2 bulan dalam perut. 

Lepas tu berhenti kerja sambung belajar. Travel dekat2 dalam negeri Perak.
Beberapa tempat gak sempat pergi mcm Teluk Senangin, Teluk Intan, Pulau Pangkor, Taiping, Cameron Highland bnyk kali la turun naik. Pastu pregnant kan Imani.
Stop jap travelling, sebab nak fokus siapkan master. Tapi hujung2 study master, husband mula balik hobby travel dia. Kali ni pergi sorang2 dulu sbb dia pergi atas urusan present kat conference.
Dia gi Doha and Jakarta. Patutnya dapat gi Beijing gak, tapi dia decline paper tu.

Imani dalam perut dah time ni


Imani dah tubik!

Kat tepi blog ni ada gambar2 tempat2 kami pernah travel. Bleh klik situ kalau nak baca details. 

In 2013 jugak , hujung tahun, kami ke Sabah. Kota Kinabalu and Tawau. 
first time naik flight bawa dua budak cinonet ni. 



Tahun 2014, kami diizinkan Allah untuk travel keluar dari Malaysia. 
Husband dapat buat attachment kat TU Delft for sebulan lebih. I masih seorang student masa tu. 
Husband dah kerja n part time master dia. 
So, kami kumpul duit2 sikit2 plus bajet betul2 dari allowance husband, kami sepakat (atas pujukan beratus kali dari si isteri) pergi Holland satu keluarga. 
Tapi kat sana, tak travel pon ke other countries in Europe. memang kami stay kat dalam Holland je. 
Sebab masa ni mmg beringat, duit kami dapat sebenarnya allowance untuk seorang je (husband je), tp kami divide untuk kami 4 beranak. Alhamdulillah mencukup untuk cover flight tiket, penginapan dan makan kat sana. Duit belanja baju n barang2 je kena tambah2 duit sendiri. 

Pengalaman sebulan lebih menetap kat Holland sgt bermakna buat kami sekeluarga. 
Anak2 pun still ada ingatan tinggal di Holland walaupun dorang baru 3 and 1 tahun masa ni. 

To be honest, this is one of the trip yg rasa nak repeat bnyk2 kali.



Arrival at Schipol airport. Tunggu train nak ke Delft. 
It was 9 degrees. 



Final day in Delft. Before board to Amsterdam for another week. and balik Malaysia lepas tu. 
Nampak mcm mana kegigihan masa ni. 
Tgk gambar serik nak travel with the kids jauh2 mcm ni. 
But, being me, I mmg susah sikit nak tinggalkan anak. #clingymum
Sebab masa kecik I tak merasa travel jauh2 mcm ni, so I nak my kids merasa apa I rasa skrg. 
Let's see the world. 



My handsome boy in Keukenhof. 
Bila ada rezeki nak ke sana lagi..

Kami 4 beranak di Madurodam. 

Alhamdulillah, kami balik selang beberapa hari sebelum flight MH17 kena tembak dan terhempas. 


After that, 2014 juga bulan October kami merasa terbang lagi. 

Kali ni ke Bali. 
Masa ni rasa bersyukur sgt Allah tu Maha Mengetahui. memang teringin nak ke Bali dgn husband. 
Dapat bawa anak2 sekali. 
Tujuan utama mestilah present paper. 
sambil tu (sbb belum kerja) terus jalan2 sekali. 

Duit sama jugak, kami bajet betul2 dari allowance yg kami dapat. 
Alhamdulillah, semua cukup dan tiada penipuan allowance berlaku. 
Apepun, kita kena jujur uruskan allowance , Insya Allah dipermudahkan urusan travel etc. 



Lepas October 2014, kami dua2 mula bekerja balik secara tetap. 
Dah habis belajar, dapat kerja satu nikmat dari Allah Swt. 

After that dah kurang travel. 
Dapat travel dekat2 pun jadilah. 

Sekadar ke KL tu selalu jugak sbb internship visit students etc. 

Latest kami ke Jakarta sepetember 2015. 
Untuk present conference. 
memang tak sempat jalan mana-mana pun. 
Most of the time mmg spend di hotel je. 



After that, Feb 2016 kami ke Medan. 
Travel untuk tujuan bercuti. Kali ni bukan present paper atau atas urusan kerja. 

tp belum update lagi dalam blog!!!

Tak sempat pilih gambar lagi..


Ni satu gambar kat Bukit Gundaling berlatar belakang kan Gunung Sinabung yg masih aktif. 

Citer Medan harap2 dapat cari masa nak update.. Dah sebulan lebih tertunda ni... 


By the way, dalam hati ni dok teringin nak ke Perth and Singapore. 
pastu dok korek2 tabung tgk cukup ke tak duit...

Tak ingat nak beranak lepas raya ni, sibuk nak travel...

well, sbb tu I rasa travelling is addictive!