Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Monday, June 13, 2016

Our 6th yr wedding anniversary

11 June 2010- 11 June 2016

Genap 6 tahun hidup bersama. 
Alhamdulillah, untuk tahun ke -6 ni, kami bakal menerima cahaya mata ketiga dalam tempoh lebih kurang sebulan dari tarikh anniversary ni. 
Tambah koleksi IH.
Syukur sangat2 atas semuanya. 

Tahun ni anniversary kami jatuh dalam bulan puasa. Jadi tak celebrate mana pun. Tahun lepas dekt Tips of Borneo, Kudat atas urusan kerja + jalan2. 
Tahun sebelumnya di Delft, Holland. 
Before that, kalau anniversary, pasti pergi bercuti.

Untuk tahun ni, hari 11 June tu penuh dengan aktiviti-aktiviti mengemas rumah. 
So, tak ada gambar pun untuk hari tersebut. gambar2 yg ada ni semua sebelum tarikh anniversary. 

A week before anniversary. 
Dekat Bukit Panorama, KT. 

Tuesday, April 14, 2015

Visit office ke-2 Ayah

Well well well, 

Our last weekend was spent efficiently. 
11th April, pi Jitra sebab adik bertunang. Then, malam spent time dgn mak sedara pak sedara sepupu2 and dua pupu semua. 

12th April, pagi2 dah rancak sembang ngn parents. Kecoh satu rumah suara kitaorg anak beranak. I mmg cakap banyak, dapat geng ngn ayah, sembang pot pet pot pet non stop. Campur gaduh mulut bagai la. Adat la kan camtu. 

Sampai lambat bertolak gi Penang. Plan asal nak drop by rumah tok kat bayan lepas. nak visit tok n makcik2 I kat sana while husband pi jumpa sv dia kat Usm.  Tapi sebab dah lambat keluar rumah, so kitaorg pi Usm teruih ja la. 

Wednesday, December 31, 2014

Belated Birthday Wishes to my husband

Assalamualaikum, 

This entry is going to be very quick. 

My husband turns 29 years old last Monday (29th Dec 2014). 
We celebrated it by cutting a rainbow cake one day earlier at his hometown, dekat Terengganu. 
I actually planned to get him Brownies Cheese and Quiche from Mulyanie Mahyuddin, a young baker in Chendering. Due to some circumstances, she had to cancel my order at the last minute. 
So, we went to Dinalicious Bakery in Kuala Terengganu and bought this cake instantly. 
It's a rainbow cake. 
Well, my husband tak suka nyanyi birthday song and tak suka tiup2 lilin, so we did not had that kind of ceremony. He just cut the cake and served it to the relatives. 
That's all. I bet, he did not even make any wish prior to cutting the cake. 
Beli cake ni pon I yang paksa. 

Monday, October 20, 2014

Our celebration day

Assalamualaikum and Hi semua, 

Semalam I dengan husband berkesempatan join Istiadat Konvokesyen ke-14 di UTP.
Ini konvo kedua buat kami berdua. My first one of course la masa Bachelor degree dulu di Curtin University, Perth and my husband pulak during his MEng di Imperial College, London..

Kali ni, untuk MSc in Petroleum Geoscience. Of course kitaorg berdua happy sangat and rasa syukur tak terhingga dizinkan Allah untuk berjaya ke tahap ni. Nak sampai ke tahap ni, bukannya sesuatu yang mudah. 


Friday, September 5, 2014

Hardbound Thesis di Manjung (Perak Tengah)


Alhamdulillah. Kami tinggal nak submit hardbound thesis je ke graduate school. 

Moga2 dapat join majlis convo tahun ni. 

Ni nak share sikit bagi those students yang mencari tempat untuk binding hardbound thesis yang menggunakan hot stamping printing. tulisan yang jenis ukir-ukir tu. Dengan wording MSc (c kecik) atau PhD (h kecil). 

Tak banyak kedai menyediakan perkhidmatan hot stamping with huruf besar and huruf kecil bercampur. Mungkin kat area Lembah Klang banyak la. Tpi untuk negeri Perak ni, tak banyak. 
Kira untuk Daerah Perak Tengah la ni.. 

Saturday, August 30, 2014

Our Msc Viva

Assalamualaikum and Hi semua, 


I don't know where to start sebenarnya bila nak cerita balik kenangan masa both of us (my husband and me) viva untuk our MSc by Research study. 
Kita start dengan mengimbau kenangan lah yer. I memang jenis yang suka kenang masa lalu gitu. Kenangan yang baik je la.

Both of us registered as post-graduate students dekat UTP on 25th January 2012. At that moment, we only have our 10 months young Ilyaas Hafiy. Kalau nak ikutkan, saya sempat jugak type beberapa entry untuk kenangan kami dengan perjalanan master kami. Boleh baca entry-entry Label Master Journey. Ada yang berguna, ada yg mengarut jer. heheh. Kalau rajin, baca lah entry lama-lama tu. 
Berliku-liku jugak perjalanan kami berdua (berempat) nak habiskan master ni. Ada yang saya catatkan dalam blog ni, ada yang saya dan suami simpan sediri .
Syukur, both of us, dapat habiskan dalam masa lebih kurang 30 bulan. Di tambah dengan kehadiran cahaya mata kedua kami dalam tempoh tersebut. Our Master Baby, Imani Hafiyya..

Thursday, July 3, 2014

One step closer for the Msc

Alhamdulillah. It's another step before we finish our master journey. 
2 years after my research proposal defense on 4th of July 2012 (today, 3rd July 2014) my soft bound thesis was submitted to center of graduate studies.



Its just a bundle of papers stack together bind with rings , got some images (hopefully attractive) and lots of texts.. 

which mean a lot to me.. 

Read More>>

Wednesday, June 11, 2014

Fantastic Four!



Assalamualaikum, 

Syukur ke hadrat Allah, hari ni genap empat tahun saya bergelar seorang isteri. 
These years are fantastic four years!
And I am looking forward for many years to come. 

Wednesday, February 26, 2014

It's good to see the sea

Sepanjang minggu lepas, kitaorg agak busy la ke sana ke mari. 
Ada urusan family nak kena uruskan. But we were glad to offer our help, sekadar kemampuan kami.
Towards the end of the week, we managed to squeeze some time and go to the beach. 
It was good to see the sea again. 
This time around, we went to Teluk Batik. 
Sebab kebetulan we were staying at my sis-in-law's rented house in Seri Manjung. 

Bangun pagi2 Ahad, before breakfast lagi, kami dah pergi beach. 
Since Imani belum pernah rasa air laut lagi, kitaorg try la bagi dia main air laut...
Dia takut! 
Sama perangai macam abang Ilyaas dia..




Tengok la reaction dia bila ayah nak bagi kaki dia kena ombak n pasir pantai...

Muka struggle je nak gantung kaki tak nak bagi jatuh.
but gravity wins! 

Initially we thought Imani is brave than Ilyaas. 
Ilyaas since baby lagi, mmg takut pantai, takut ombak and takut laut. 




Look at that!
My Ilyaas was crying out his lung bila kaki dipukul ombak.
Hai la anak-anak, umi and ayah sgt suka main2 ombak tepi pantai...
Anak2 pulak tak suka langsung...
Takut and nangis berjemaah lagi tu




Finally Ilyaas berdiri keras kat beach sambil pujuk umi dengan ayah jom la balik..jom la balik...
My funny son...
Hopefully nnt dah besar sikit, tak takut laut lagi ye. 
Bawa pergi Mt Kinabalu pon asyik ajak balik sebab sejuk..
Common kids, you both should love the nature...
Or perhaps, both of you are still small to enjoy the nature kot...

Umi dengan ayah je berangan nak jogging dekat beach la, nak picnic la..tunggu korang besar sikit lagi la nampak gayanya...

After all, it was good to see the sea again. Even though just for a short time..
Hoping for a short family vacation, but looking to my planner and tight calender, we can't afford to throw a weekend trip, not until after Raya..


Tuesday, February 18, 2014

First cinema experience

Hari Sabtu aritu, kitaorg 4 beranak pegi tgk movie dekat cinema for the first time. Movie pilihan kitaorg ialah The Lego Movie. citer yg tengah hot sekarang ni. Since hari Khamis dah menabur janji dekat Ilyaas nak bawak dia pegi tgk Lego Movie. Sampai menangis budak tu sebab dia ingt nak bukak citer lego kat TV. jenuh pulak explain kat dia yg kita kena pergi kedai baru boleh tgk movie ni...budak-budak baby lagi kan, mana la nak paham sgt. 

Hari Jumaat malam, try bg dia tgk trailer Lego Movie ni..berulang ulang kali jugak la dia tgk...So, hari sabtu, kitaorg bangun awal, mcm biasa umi dgn ayah study sikit sebelum anak-anak bangun. Keluar gi breakfast n terus gi Aeon Kinta City. Nak beli tiket pukul 10.50 pagi...dapat harga murah plak tu. RM7 per seat. amik 3 seat. Kalau amik couple seat RM26. so baik amik 3 seat kan murah lagi...


Budak excited nak tgk movie for the first time

Plan asal nak bagi Imani tidur dalam cinema..tp dia dah terlelap masa menyusu dalam kereta...so mmg masalah la sikit bila bawak budak umur setahun ni.. Imani kan baru dpt kaki, so kerja dia nak turun naik tangga dalam cinema tu..
Ada pulak budak2 lain yg layankan dia..
dah bosan dlm tu, I bawa Imani keluar...pusing2 dlm kawasan TGV tu...selfie kejap dlm toilet..


Btw, I mmg bawa sweater siap2 utk anak2 sebab cinema kan sejuk..
Siap bawak bantal kecik sbb plan nk riba Imani spnjg tgk movie..
Towards half time movie baru Imani start mengantuk..susukan dia, then dia terlelap..dapat la umi pon layan citer ni..

Basically the lego movie ni best jugak la..Semua benda lego! buih sabun, air laut semua lego..citer dia simple je..pasal ordinary construction worker, Emmet yg tibe2 terpilih jadi The Special One...yang buat movie ni lain mestilah sbb everything dlm citer ni ada lego.. towards end of the story baru ada watak manusia..hahha, tak nak citer banyk2, tak surprise la kan .....

Ilyaas mmg enjoy sgt tgk movie ni..tergelak gelak ...dah la kuat..satu wayang dgr..mmg puas hati la bawa dia pegi.. Imani je la susah sket...tp end up well je bila dia dah tertidur...






So sesapa yg belum tgk lagi, boleh la plan pegi tgk movie ni weekend ni...best best =)

comel n warna warni...

Friday, June 14, 2013

Anniversary: Bercuti dekat-dekat je

Assalamualaikum. 
Salam Jumaat. 

Baru selesai satu lagi presentation untuk departmental seminar. 
fuhhhhh berpeluh jugak nak jawab soklan. 
walaupun presentation yang sama je untuk conference haritu, but it was a better discussion. Lebih bermakna.
Sgt fruitful. Ramai jugak yang attend. So, banyak komen membina from lecturers and phd students. 

Tak sabar nak tunggu petang ni..
Kami nak pergi bercuti!!!!!!
Weeeeeeeeee..Happy sgt dapat weekend gateaway ni. 

Tapi kami pi dekat-dekat je. Tengok orang lain bercuti jauh-jauh. 
Murah rezeki korang yang dapat berjalan jauh-jauh, apatah lagi melihat negara orang. 
Mungkin belum masa kami sekeluarga lagi. 
Tanggungjawab masing-masing kan berbeza? =)

Bukan tak ingin nak pergi berjalan oversea,  Bali ke, Australia ke, Paris ke, Sabah ke, Singapore USS tu pon teringin ok, tapi apakan daya. Ukur baju biar di badan sendiri. Yang penting kita semua bahagia.

Sempena anniversary kitaorg yang ketiga hari Selasa haritu (11 June), kitaorg mmg plan sebulan awal untuk pergi gateaway sekejap bersama permata-permata hati kami. 

Bukan nak berhoneymoon ke apa pun.
Nak berehat. Tenangkan fikiran kejap. 
Pastu full gear balik pada study kami. 


We both really need this break. 
InsyaAllah kami akan guna sebaiknya untuk mengukuhkan kasih sayang dan kefahaman antara kami berdua, termasuk dengan anak-anak juga. 

Tahun lepas anniversary dah ke pulau. 

Tahun ni kita ke kaki gunung pulak. 





Kami pergi tak jauh. 
Tak boleh jamak hatta solat qasar pun. 
Dekat coih sangat (kata orang utara)

Petang ni nak bertolak pi





TAIPING















Nak mencari sekelumit ketenangan di sebalik kehijauan dan kesejukkan Taiping. 


Doakan perjalanan kami selamat ye =)


Tq




Enjoy your weekend too! =)




















Monday, June 10, 2013

Weekend kami- National Geoscience Conference 2013

Kami suami isteri join conference kejap weekend aritu. Dekat Ipoh je pun. Since dapat tau ada conference ni and dekat Ipoh je, mmg kitaorg target la nak gi. So, Alhamdulillah both of our papers were accepted for oral presentation in National Geoscience Conference. Nerveous ok nak kena present. Last present was within faculty je, tu pun beberapa orang je datang. Ni kan national level, cuak ler. 

Preparation untuk presentation ni boleh kata siap awal jugak la. Siap buat rehearsal dgn co-authors jugak and mintak opinions from few other lecturers too. Nasib baik la prepare slides awal-awal, sebab malam sebelum present tu mmg xsempat bukak laptop tengok slide ke apa pun. Imani was not well, kembung perut. Muntah banyak gila lepas menyusu. Habis umi kena mandi tengah2 malam. Ilyaas pulak mcm biasa la, nampak orang bukak laptop, mesti dia nak entertainment kan. Dah tido pun lambat jadinya. 


Sekitar majlis perasmian conference
tema tahun ini

"Gesocience for Environmental Wellbeing"


Prof Emiritus Dr Ibrahim Komo dapat Anugerah Geosaintis Terulung

dan bagi speech selama 30 minit. 
Maaf Prof, saya keluar tak dengar speech Prof, ada nature call untuk mengepam yo!


My session was on Saturday, after lunch hour. Nerveous gila ok! Tapi cuba control. 
dah la husband ada depan mata, seb baik tak de buat eye contact, takut tergelak besar je tengok muka dia masa tengah present. 

Alhamdulillah, it went smoothly well. Syukur sangat. 
Ada one question from audience and dapat jawab secara berhemah. 
jawapan betul ke tak, wallahualam. hahahahha



lega gila lepas dah habis present. baru sedar lutut menggigil -gigil masa tu. hahahha, 
bukan cuak nak present, cuak kalau ada audience bertaraf doctor or prof tanya soalan pastu tak leh jawab. 

Masa hari sabtu, kitaorg mintak tolong babysitter jagakan Ilyaas ngn Imani mcm biasa. 
nak bawak dorang kesian pulak seharian kat sana. 

My husband's session was on Sunday. Last session for the event. 
So, untuk presentation husband, kitaorg satu keluarga pegi. Bawak sekali Ilyaas dan Imani. 
Pegi session petang je. 
Memula I stayed in the car since both them were sleeping. 
Pastu husband sms kata tak ramai orang since ramai dah balik, so kitaorg pun naik la. 

Imani bukan main excited ok. Dia dah puas tido dari pagi lagi. 
Tibe2 je dia jerit dalam conference hall. Semua orang toleh belakang pandang. 
Glamour anak umi:P



Imani tengah bersembang dengan ayah


ayah sorok Imani bawah kerusi sebab dia mula pot pet pot pet. 
tengok gambr tu dia dok ajak ayah dia bersembang. 
cool kan husband ku ini? hehehe 
maaf maaf nak puji husband sendiri 



Ilyaas mula2 lepak dalam stroller. dah boring mula berlari sana sini. 
seb baik dia ignore je ayah dia tengah bercakap kat depan. sibuk tengok sungai kinta dari tingkap bilik conference

Alhamdulillah too. My husband present his paper so well. calm je. 
and he tried his best  to make we geologist understand what he is doing as a geophysicist. 


nampak tak equation panjang dalam slide husband i tu?
i pon serabut tengok ulat ulat tu. 
tak paham 


Lepas habis closing caremony, kitaorg bawak anak-anak jalan kejap. 
Singgah taman rekreasi dr seevinasagam. 




Kesimpulannya, weekend aritu adalah memenatkan. 
penat badan.penat otak jugak. 

tapi berpuas hati. 

dan gembira jugak. 


Ilyaas sedikit stress bila bagitau dia malam tadi yang esok dia kena gi rumah mak (panggilan dekat babysitter). sebab his biological clock dah set up, stayed at home with umi and ayah and adik for 48 hours. not 24 hours only. 

sian Ilyaas and Imani..

takpe ye sayang...

Jumaat ni kita gi cuti k...


=)




Sunday, May 19, 2013

My weekend remedy

Dari hari Isnin sampai hari Jumaat, masa berjalan sgt pantas. Setiap hari rasa terisi sgt dengan research, walaupun progress tak meningkat pon, tapi dapat new perspectives dan opinions dari beberapa pihak yang sebelum ni tak directly involve with my research. 
Lepas dah discussions , baru sedar diri ni kat mana. 
I'm dealing with seismic for my research. wholly seismic, tak perlu ke field trip sebenarnya. Kalau pergi pon atas arahan sv je, bukan kepentingan research. Bila deal dengan seismic, tanpa ada latihan atau background, maka interpretation jadi tak menentu. Interpret ikut suka. 
Dulu kerja dgn seismic jugak, tp seismic processing. Totally different field from what am doing now. Jadi view seismic tu dari pandangan yg berbeza. 

Discussions buat sy nampak banyak yg kena perbaiki. Rasa down jugak bila dah almost a year dapat data, interpretation belum betul2 settle dgn hasil yg memuaskan. Hasil on paper mmg ok, tp hasil pada data. 
Sedih. Cakap dgn husband dan husband kata itu normal. 

Jadi untuk weekend ni, saya mmg lapangkan dada, lapangkan fikiran dari research. Nak bersedia mula semula interpretation dgn lebih details dan berhati-hati. Weekend ni, saya langsung tak sentuh kerja-kerja study. Hanya untuk anak-anak dan suami. Hasilnya, secara mental, saya lebih bersedia untuk hari esok dan hari2 yang mendatang. Syukur sgt, ada anak-anak tempat hilangkan tekanan dalam minda sy. Syukur jugak saya diberi kewarasan tak lepaskan stress pada mereka, kerana mereka amanah buat saya. 

Hari Jumaat lepas uni time, terus ke Tesco, untuk dinner di luar. sy request dgn hubby nak dinner kat luar. 
makan di Chicken Rice Shop. First time isi customer feedback form online dan sekarang dapat voucher pai tee untuk next visit ke crs. 

hari sabtu tak kemana. Breakfast di luar. balik rumah, masak lunch, kemas rumah. sebenarnya husband yg kemaskan. saya lebih kepada monitor anak-anak je. I'm so lucky to have you husband. Sgt-sgt beruntung. Petang ke tasik Utp.beli roti dan bawa Ilyaas bg ikan makan roti. 

Ahad pulak husband pergi main badminton, n sy guna masa tu utk have some-me-kids-time with Ilyaas dan Imani. Bagi peluang pada Ilyaas melukis dengan water color. 

My Ilyaas. Too cute to resist. geramnya,,baru tidokan dia tadi...

dah pandai bergaya depan kamera dah. 
tak sangka budak ni dah besar.

Ilyaas nak tunjuk bakat melukis. 


dah habis melukis, melawat adik pulak. sementara umi masak utk lunch dan tunggu ayah balik dari main badminton. Ilyaas ni kira boleh diharap jugakla utk tlg tengok adik dia. tp tak leh lama-lama, tak pasal mata n hidung adik jd mangsa. geram sgt kot tgk mata adik bulat. 

nak tolong pasangkan nursery rhymes dkt adik. Kadang-kadang adik tak duduk dlm katil tu, Ilyaas take over tidur kat situ. dia panjat sendiri, amik bantal dan minum susu dalam tu. Kalau kat rumah, suka bagi ilyaas pakai romper je tp ada 2 helai je romper yg muat dgn size dia sekarang. bila tgk dia pakai romper, rasa dia still baby. Imani pulak romper semua romper abang dia je. banyaknye blue in color. kesian adik. 
baju recycle baju abang je mostly. 

Spend time dgn anak-anak rasa diri lebih bermakna. Tak rasa loser dan useless sgt. sekurang-kurangnya, bila dgn anak-anak, rasa diri sgt diperlukan dan sgt penting buat dua insan ini. ilyaas sikit-sikit panggil mi mi mi.. Imani pulak pantang nampak umi melintas depan dia, mula la buat nyanyian berirama syahdu mintak umi dukung.  Walaupun handling them is tiring, I feel so much better now. Rasa nak putus asa dgn study hilang bila lihat saya dah drag anak-anak dalam jalan pilihan saya ni. saya tak boleh stop separuh jalan. 

Cakap banyak kan, padahal buat master je pon. Tak pelah, ape orang nak kata, bg yg pernah buat master secara research, pasti paham keadaannya. 

Moga hari-hari mendatang sy lebih pandai dan lebih tangkas menyiapkan urusan study ni. dah tak sabar nak habis. Sgt tak sabar. 







Sunday, February 17, 2013

Hari Lahir ku ke-26



Saya dapat hadiah se-bouquet roses dari cinta hati.
Surprise ok. Deliver sampai depan gate rumah. rumah mak ayah la, sebab tgh dalam pantang.
Pastu adik yg tolong signkan delivery tu, sebab orang dlm pantang malas nak keluar rumah tgh hari panas-panas. Nanti hitam kulit i ni..hahah..mengada.

2.2.13 aritu, saya dah jadi 26 tahun. Tua sudah. kalau terbalikkan number pon xjadik muda dah, jadik lagi tua.
Sebab dok dlm pantang, so takde la nak keluaq pi celebrate ke apa. Seminggu pastu, husband beli kek sponge. Pastu makan ngn adik2. Orang dlm pantang pon makan. hahah, satu slice.
Seminggu pastu pulak, tibe2 ada apek cina call tanya macam mana nak dtg rumah nak hantar bunga. Konpius den. Bilo pulok nya order bunga, tau la den suka online shopping. tak kan mamai pi order bunga untuk diri sendiri kan.
Bila tanya husband, dia ngaku la. Tp cam angin ngn kompeni florist tu,kata boleh buat surprise. Jalan nak datang rumah pon tak tau. Hampagas di situ. tiga kali kot tepon tanya direction. Kali ke 4 kita call dia sebab suspen la pulak mana la cina ni pi, berejam orang tunggu bunga xsampai-sampai.



Excited la saya nak dapat bunga. Tak duduk diam tunggu bunga sampai. Ini kali pertama wooo dapat bunga. Satu bouquet pulak tu.
Tapi ni bukan kali pertama husband buat surprise walaupon dia bukan jenis yang terrer buat surprise. first time masa gi honeymoon. second time masa birthday I yang ke 24. bagi hadiah depan lif klcc. terkezut mak.
ini kira third time la. eh ke fourth time. haaa, nnt nak check diary sat. baru kawin nak masuk 3tahun, sudah lupa ingatan.

Apepun, rasa appreciated sgt2. Dalam2 pantang ni, rasa gumbira sebab husband sgt penyayang dan layan kita bebaik pas sakit susah payah nak lahirkan anak dia. Pastu bersyukur gak, pada usia 26thn ni, saya dah ada 2 harta bernilai, bekalan akhirat kelak, InsyaAllah. Sepasang cahaya mata.

Harapan (standard la bila meningkat umur, kita kena letak harapan demi masa depan kan?) saya, nak sihat. nak cepat2 dpt master.nak besarkan anak2 dgn baik. lepas dpt master, nak dpt kerja. nak balas jasa mak bapak. aritu kerja kejap je, tak dan sgt nak membalas jasa depa. pastu nak pi holiday dgn husband dan anak2. Kalau boleh nak pi Australia.

kalau nak list harapan, sampai malam tak abis. yang penting, nak jadi lebih solehah.


Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, November 9, 2012

Dating and Basikal Baru

Semalam umi ayah Ilyaas keluar dating.
Pergi tengok movie James Bond.
Feeling-feeling zaman pregnant kan Ilyaas.
Tiap-tiap bulan mesti tengok wayang.
Ilyaas dekat babysitter la.
Kan sekali sekala pasangan yang dah berkahwin dan ada anak perlu gateaway together sahaja.
 Bergantung la cara macam mana nak gateaway tu.
Nak pergi tgk movie ke, kedai kopi ke, fly bercuti ke oversea ke.
Ikut selera dan kemampuan masing-masing.
Duduk kat rumah berdua-duaan pun kira dating dah tu.

Yang penting, sila pastikan zuriat anda berada di bawah jagaan yang baik sepanjang anda berdating berdua laki bini.

Well, lepas dating, I make my husband promises me supaya petang itu jugak
kami kena pergi cari tricycle baru untuk Ilyaas.
Dah 2 minggu cari ok. Mula cari kat Jusco, hampa.
Cari pulak kat tesco, hampa jugak.

Mungkin yang ada semua tak menepati kriteria yang kami nak.
So, lepas tgk movie, terus ke pekan batu gajah.
Jumpa kedai apek basikal.
Terus tanya harga, tawar sikit2 (adatla kan, jgn tunjuk pelahap sgt nak basikal tu)
pastu terus angkut bawak masuk kereta.

Sengih sampai telinga la anak bujang tu bila sampai rumah je, ayah dia bawa keluar basikal baru.
Excited dia cabut plastik. Tak dan orang nak lap basikal tu dah tak sabar nak naik.

Walhal, kaki pendek lagi. Terpaksa jengkek-jengkek nak menolak tricycle tu.
Mengayuh lagi jauh panggang dari api.

Buat masa ni, main dalam rumah dulu.
Esok dah weekend, baru kita bawak keluar main kat luar rumah ok sayang.

Ni bangun tidur nak naik dah tricycle baru.
Muka itik lagi tu.
siap ada bunyi2 itik yang agak annoying.
Sabo je la semalam masak dinner dan berlaundry di-iringi bunyi music itik yang annoying ni.

oh, kesimpulan dari dating bila dah kawin dan ada anak ialah....



pi la tang mana pun, confirm cari barang untuk si anak jugak.

untung la engkau wahai anak.



Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, October 5, 2012

5 things a wife want to hear from the husband

  1. “You don’t need to cook tonight. I’ll make us dinner and do the dishes”.
  2. “Here’s RM1,000. Go buy that Zara tops and shoes that you have been eyeing on”.
  3. “Let me look after the kids. You go have some rest”.
  4. “I love your ____ (insert whatever things you love about her. Eg: smile, hair, eyes, laugh, etc)“.
  5. “You’re the best wife a man could ever have”.

cc: Mr Abdul H.

Monday, July 30, 2012

Nak request ni lah =)

**Entry ni khas untuk encik suami**

Sebab tengah dok belek gambar lama kitaorg, terjumpa gambar ni. 

pastu terus terliur..

Kalau nak di ikutkan, ni puasa kita yang ke 4 bersama-sama

Tahun Pertama 2009- Kat Singapore...Kita baru je couple..
Tahun Kedua 2010- Kat KL... baru jek kawin, and saya tgh first trimester untuk Ilyaas
Tahun Ketiga 2011- Kat KL... saya tgh breastfeed Ilyaas
Tahun Keempat 2012- Kat Tronoh...kita dua2 sambung study, and saya baru je habis first trimester untuk  adik baby

So, sekarang tgh mengidam..

Jadi, nak request ngan abang...

supaya masak ni untuk berbuka...



Boleh?





Please










Please











Please





Jangan la cakap dah lupa cara nak masak spaghetti goreng speciality abang tu ...


Ni step-step dia...




1.tumis

2.campur campak

3.gaul gaul

4. siap.ready ngn ayam KFC lagi...oh nak jugak

ni apartment kat singapore. heaven betol.
i dapat serumah.
husband yg tak jadi husband lagi masa tu dapat serumah lagi.
tp berbuka puasa sama-sama la, sbb kitaorg je Malay yang ada dlm group training ni..







So, abang, boleh kan masak ni untuk iftar hari ni???






Ilyaas pun sure suka......:D

Monday, June 11, 2012

Our Second Anniversary

Alhamdulillah. Hari ni genap usia perkahwinan kami 2 tahun. Baru setahun jagung kata orang tua-tua. 
Masih banyak tahun yang bakal kami tempuhi bersama, InsyaAllah, together with our zuriat(s). 
Sayu je rasa hati ni, bukan sayu sebab sedih, tapi sebab rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menjodohkan diri ni dengan seorang lelaki yang sgt lembut tutur kata, lembut tingkah laku, jauh berbeza dari diri ni yang kasar. 

Allah tu Maha Merancang dan Dia Maha Mengetahui. 3-4 tahun lepas, saya still terkapai-kapai berkawan sana sini dgn ramai orang. Tak jumpa pun seorang lelaki yang sesuai nak jadikan calon suami. Bila masuk kerja, Allah terus pertemukan sy dgn seorang lelaki yang saya kategorikan 'agak sombong' pada masa tu. First day at work, dah asyik nak pandang this guy, padahal dia tak pandang pun kat kita! ahhaha, tapi nak start bercakap dgn dia, agaknya amik masa 2 minggu kot. Pastu, jodoh rasa mcm kuat je, sebab kena gi training kat Singapore and US sekali. Balik dari training, things makin clear. Dia hantar rombongan merisik terus! Cepat gila, tak sempat nak digest langsung relationship ni. Dua bulan pas tu, terus bertunang utk tempoh 3-4 bulan, then kawin. Syukur syukur... mmg tak sempat nak digest, semuanya berlaku dgn pantas. 

Alhamdulillah, mendapat restu family and kami bahagia ke hari ni. Rasanya, tiap-tiap hari makin bertambah kebahagian kami. Dugaan serba sedikit kami tempuhi bersama. InsyaAllah dugaan-dugaan lain bakal kami tempuhi bersama juga.

Untuk suamiku tersayang, terima kasih untuk dua tahun yang menggembirakan saya. Terima kasih kerana menjadi pembimbing saya dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sentiasa melayan kerenah saya yang sentiasa mood swings ni. I hope I am the best for you, as you are the best for me, always. 




Saturday, January 14, 2012

Kegembiraan Jumaat, 13Jan2012


Assalamualaikum semua,

Semalam, 13 Jan 2012 merupakan salah satu hari yang bermakna buat saya. Bukan sebab anniversary, birthday or any celebration,tapi sebab sesuatu yang sgt2 sy tunggu telah tiba. Tiba dengan membawa senyuman memanjang pada bibir saya. Yang menyebabkan saya excited gila sampai tak leh tidur malam and paksa husband stay up dengar saya bercerita dengan penuh bersemangat. Walaupun cubaan nak suruh husband stay up dgr cerita tu tak berapa berjaya sangat. Hehehe.

Surat Keramat yang saya tunggu-tunggu dah tiba! Alhamdulillah.Praises to Allah. Sebab excited sangat saya tak sempat nak update kat blog ni semalam tp sempat tinggalkan nota memori di blog satu lagi.
Saya sangat2 bersyukur sebab ni merupakan sesuatu yang sangat saya nantikan. Dan ini bermakna tak lama lagi saya bakal menghampiri impian saya...InsyaAllah...Begitu juga dengan husband. Kami sama-sama gembira =)

Dalam keseronokkan ini, banyak perkara yang perlu saya dan suami pertimbangkan sebab ni melibatkan masa depan kami sekeluarga. Masa depan Ilyaas dan anak-anak kami yang lain yang belum pun lahir lagi...(takpe kan, future thinking gitu). I am 100% sure this not going to be a smooth sailing route, instead its going to be rough bumpy road. But at least we know where is destination and at least more quality time will be spend with family, InsyaAllah.

Ilyaas, Umi harap Ilyaas akan jadi cheer leader Umi dan Ayah ye as you always do =) I love you so much son, I want to bring you up in a healthy lifestyle. Hope I can.

IMG_2729