Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Friday, September 11, 2015

Fesyen Pakaian Pejabat Wanita Muslimah

Assalamualaikum ladies, 
Hari ni hari Jumaat kan.. .. dah baca surah Al-Kahfi? kalau tak dapat baca full surah pun takpe, at least, baca 10 ayat terawal dari surah Al-Kahfi ni tau.. banyak manfaatnya.. 

Sempena meraikan hari Jumaat nan indah ni (selain daripada I dah habis tanda exam papers), nak share sikit pemakaian wanita muslimah yg bekejaya. Macam kita-kita ni lah. yg bekerjaya.. 
Cheewaaah, dulu I student, so tak bekerjaya la , tahun ni boleh dikategorikan sebagai sudah bekerjaya...tp I ada beberapa masalah iaitu I always rasa my work attire tak cukup disebabkan kebanyakkan baju yg ada adalah baju casual ataupun baju lama (read dah sendat) :D 

Ye la dulu size 8, sekarang bukan kata size 10, size 12 pon muat2 je kot. I am besar now. Dun care, asalkan bahagia dan sihat, InsyaAllah. 

Bila dah berkerja ni, office work dan sebagai lecturer, mmg dh kebiasaan sangat after work pon kerja belum habis. Especially bab menanda jawapan students. Buat research dan sebagainya. Peluang untuk shopping dan lepak seperti dahulu kala dah jarang2 dapat di utilize kan sepenuhnya. Nak online shopping pon honestly agak susah nak cari masa. Sebab tu I suka online shopping kat Zalora je , sebab semua benda ada. Especially banyak sangat baju yg suitable untuk muslimah bekerjaya mcm kita-kita ni...

some muslimah work attire yg ada di Zalora Online Boutique

Monday, September 22, 2014

Tips hilangkan tumit kaki merekah/kasar: Scholl Rough Skin Remover

Assalamualaikum and Hi, 

Bila kita dah berusia ni... satu persatu ciri-ciri keremajaan hilang. Betul kan?
Zaman belasan tahun dulu, rasa kulit always mulus je. Walaupun zaman tu adalah zaman jerawat batu membiak, tapi bahagian kulit lain still maintain muda remaja. 

Once dah start kerja, and pakai kasut tinggi atau jenis sandal, tapak kaki mula merekah. Tambah lagi yang jenis jalan kaki naik turun LRT berulang alik pergi office. 
Or yang jenis kerja mmg kena berjalan sana sini memang kaki akan merekah kan...
Setiap hari, kulit kaki especially dekat tumit makin merekah. 
Mula-mula tak kisah, tapi lama-lama rekahan tu jadi hitam sebab dimasuki habuk dan debu. 
Ada masa rasa pedih sebab seolah-olah terluka..

I dapat selesaikan masalah tumit kaki merekah and kasar ni. 

Dulu tapak kaki I lebih kurang gambar belah kiri ni.. sekarang dah improve macam gambar belah kanan.. Pic sumber google yer...tak kuasa I nak amik gambar tumit kaki letak kat blog ni.. 
Aurat deh...(hihi)

Tuesday, July 1, 2014

Jumpa blogger chekgu Azrine masa tgh Jetlag

Assalamualaikum and salam sejahtera korang, 

Ni citer masa hari kitaorg sampai balik ke Malaysia. Yer, Yer, kitaorg dah kat Malaysia skrg ni... Yipppie. no more dutch dutch...
Perasaan masa sampai...of course syukur sgt, penerbangan kami selamat mendarat di KLIA. 
Perasaan kedua (lepas dgr seorang pramugara depan kitaorg ni bercakap bau asap ni)... Alamak, KL jerebu lagi ke....?

Memang ye pon, masa kitaorg sampai tu, area lembah klang tgh jerebu, tak la teruk sgt, tp still bau asap di mana-mana sahaja...hmmmm, mmg Malaysia panas, nak buat mcm mana kan, kita terletak di khatulistiwa..
tapi rakyat Malaysia semua tolong tolong jgn buat pembakaran terbuka, jgn hisap rokok, campak puting rokok tak padam betul2, mudah la lagi belukar kita nak terbakar...

errrr, bebel lagi...

Read More>>

Friday, May 30, 2014

First time shopping kat Primark

Assalamualaikum, 

Amboi korang, nampak tajuk shopping je terus laju-laju kan click
 (pinjam ayat Chekgu Azrine, bleh quote ChekguAzrine, 2014 gitu)

Walaupun sekadar ke Primark, (kedai murah jer kat area UK/Europe ni),
 I think first time experience ke Primark ni deserve an entry in my beloved blog (beloved la sangat).

Benornya, I mmg tak pernah pon pergi Primark. 
Walaupun nama kedai ni meniti di bibir family in laws I yg kebanyakkan pernah
 menetap kat UK sbb sambung study dulu.
jadi kat dalam hati ni mmg ada tertanam la keinginan nak ke primark.
waktu bila dan di mana tu x dirancang...
rezeki la jumpa primark kat sini

Primark ni company Irish.
So bila datang Holland ni, I tak expect langsung akan ada Primark. 
Boleh je nak check store locations sebenarnya, tp ntah, tak terlintas pon. 
Sampai la kitaorg gi jalan2 ke rotterdam last week (citer di entry lain kalau rajin nak transfer pic from camera), tersesat (hahahha) and nampak ramai orang bawa paper bags primark. 
We were like, eh ada primark ke kat sini? 
balik apartment je, terus google la store location. 
dan sah, confirm ada primark kat rotterdam. 


dengan persetujuan bersama, kami laki bini dgn anak-anak, kembali ke rotterdam semata-mata nak shopping baju raya anak2 n beli utk anak2 sedara barangan primark. 

hebat punya tak hebat primark ni, husband yg boleh dikatakan tak pernah suka shopping, tibe2 ajak shopping sini, siap setuju i nak beli itu ini...



tu baru satu beg kecik. 
ini dah round ketigamasa ni. 
round kedua masuk sorang je.
round ketiga lepas kitaorg lunch n imani tido dah dlm carrier. 
ilyaas pon dah sleep dah stroller. 
round first dah bawa keluar 2 beg besar. 
gila sgt gila masa tu

kitaorg gi sni hari rabu. 
husband amik off day sendiri.hahahah
bertolak from delft pukul 9 lebih.sampai sana kol 10 lebih camtu la..
orang dah ramai gila, beratur kat cashier pon dah panjang.
kedai bukak pukul 9 kot..
and hari rabu adalah hari bekerja..
dlm tu ramai nye kaum wanita.
so i rasa most of them housewives la kot
sesak dah masa tu dlm kedai ni.
tp kitaorg buat plan, mula cari baju anak2 dulu..
amik je apa yg nmpk berkenan n ok.
masuk shopping bag. 


pastu gi section lelaki. tgk utk husband n ayah2 kitaorg. 

sempat I menyelit sebijik handbag.
hahahah

murah la jugak. 
yang penting handbag tu besar boleh muat diaper clutch.
n ada tali sling. 


disebabkan ramai gila umat manusia, nak fitting baju or seluar pon beratur panjang sgt. 
maka i try je kat atas sluar jeans yg dah tebal. 
main belasah je amik size apa pon. 
anak2 i tka peduli buka baju or seluar dorg try dekat lokasi je.takde dah nak ke bilik salin. 
dah habis pilih semua, kitaorg duduk kat satu bucu yg tak ramai orang, asingkan balik baju n seluar mana yg nak, mana yg tak jadi amik..

sempat i belikan seluar jeans getah utk Iman Tihani..
harap2 muat la Iman Tihani pakai 

orang beratur nak change benda pon ramai.
mesti kes xsempat nak cuba masa beli. 
dan kitaorg pon sama la. 

esok lusa kena gi balik...hahaha
sebab kitaorg salah beli size.
ingt kurus!!!!

kahkahkah..

tapi itu sebenarnya nak jadi alasan je lagi tu nak pergi primark. 

lagipun mmg ada relatives kitaorg pesan barang lagi from primark. 

nak tak nak akan pergi jugak la ....

standard la, primark ni yg best baju budak2..
rompers 7pcs jual murah2..warna plak sgt cantik.
sleepsuits semua murah.
tshirt budak, seluar jeans, dress...gitu la
utk org perempuan yg ok i rasa jeans/jeggings/handbag
baju ok gak tp kain mcm nipis sgt..

org laki baju kerja elok2..
tshirt berkolar pon cun, seluar jeans mmg takyah ckp la murah n kain sgt ok.

Primark Home pon ada gak. 
tapi tak amik la apa2 except tea towel. 
yg lain cantik tp bulky. no space to bawak balik. 


ni antara barang kitoarg from primark.

nampak x dah penuh bag...???????????

mcm mana ni nak bawa balik msia...

serius satu masalah besar. 

boleh nak tambah beg lagi, tp tak cukup tenaga manusia nak tolong angkat/bawa beg tu nnt.

dah la kitaorg akan stay amsterdam seminggu plak pasni...

haiyooooooo

tp biarla masalah ni klu x beli barang pon akan ada gak, 

nnt kitaorg pikir cmne nak sumbat. 

susah2 semua baju lipat style gulung2 nnt before balik..


ok sekian itu je citer pengalamn first time ke primark. 



Wednesday, April 30, 2014

Shawl Cantik, Berkualiti dan MAMPU MILIK dari ZALORA

Assalamualaikum and Salam Sejahtera semua,

First of all, nak ucap thanks a lot kepada readers yang pergi ke SJMC Blood Bank untuk menderma darah or platelet kepada Anakanda Arman Dani. Moga Allah memberkati kalian semua.

Sempena masuk bulan Rejab dah ni, mungkin dah ramai yg mula berlatih berpuasa sunat, sementara nak puasa sepenuhnya bulan Ramadhan nnt. I harap kali ni saya boleh puasa penuh lagi *hehehehe*

By the way, semalam kan, I saja la bukak website Zalora..lama tak jenguk sana.
Sebenarny masa tu tgh kering otak takde idea nak tulis discussion.so amik keputusan nak pikir raya nnt nak pakai baju theme kaler apa. sekarang tgh consider nak warna brown, or peach or light yellow. warna-warna bumi gitu..

Dok usya website zalora tu, tibe-tibe mcm eh murah pulak barang dia jual ni...
cantik plak tu.
what catch my eyes are their muslimah attires. from tudung to baju kurung and baju2 blouse yg menutup aurah kita sebagai wanita muslim...Tahniah Zalora sbb semakin hari semakin banyak fesyen muslimah yg bergaya, dan mengikuti perkembangan fesyen di jual kat website zalora.
Membuatkan wanita2 muslimah (mcm kita-kita semua ni) tak la rasa pakaian kat zalora tak sesuai utk kita.

and thanks to Zalora, bnyk sgt koleksi dari pelbagai corak, senang nak memuaskan kehendak setiap pelanggan..

korang tau tak, shawl dia semurah RM19!!!!
Kalau tgk kat page2 lain kat fb kadang harga shawl mcm ni mencecah RM35 dan ke atas...
Pastu yang lagi menarik tertarik kan, kalau beli RM75 ke atas, dapat free delivery pulak...

Meh kita jamu mata di hari rabu ni tgk koleksi shawl from Zalora....

Ni link dia kalau korang dah tak sabar sgt nak cekidaut website zalora terus  kan




KOLEKSI UMMU AYRA SATIN SHAWL





material kain jenis satin with printed 
brand : Ethnic Chic
ada multi color : 4 jenis warna (purple lilac mcm gmbr no 1, black n white (gambar ke-2), brownish green and blue yellow)
size : 66.5" x 25"
Harga RM25 je u olls!

KOLEKSI UMMU AISYA SHINY PLAIN WIDE SHAWL



Ni material dia viscose with stitched trim
size: 70"x39" (mmg wide shawl!)
Brand: Ethnic Chic

Guests what? koleksi plain wide shawl ni ada 19 pilhan warna
So harga dia cuma Rm19 je !!!!
Murah kan=)


Jom beli

eh jap jap...
tgk koleksi lain dulu


KOLEKSI HUMAINAA CHEVRON SHAWL


Boleh pakai mcm ni

or

macam ni

Material: chiffon
Size: 70" x 28"
ada 9 warna menarik
Harga RM25 je tau



KOLEKSI NAJJAH TRIMMING SHAWL

Material Cotton Blend with stitched trim
Size: 76.4" x 21.5"
Harga dia RM89


Selain tudung and shawl, Zalora jual banyak lagi pakaian muslimah such as skirt labuh, baju kurung moden, baju kurung biasa, peplum and macam2 lah ....semua ni dalam katergori  

"PURSE FRIENDLY SHOPPING"

KOLEKSI KURUNG AISYA JAMIDA 



Contrast color 
corak paisley printed as hem design
kena pulak dgn plain shawl...
nice kan
tak la nampak sarat sgt corak dia
ala bak kata orang putih 
" LESS IS MORE"

gitu?



and yang paling menarik perhatian I dress Muslimah ni
harga dia dah la murah 
I mean mampu milik la..


cantik kan?
warna dia mmg I berkenan sgt ni..

material polyster and harga dia cuma RM55!

kalau ada yg breastfeeding friendly lagi I suka...=)
*my target*


Eh, alamak, sori korang, tajuk nak citer pasal shawl je..tp sebab suka sgt usya website Zalora ni, terciter plak pasal baju kurung la, muslimah dress la....boleh la kan...

apepun, simpan siap2 dlm pikiran, raya nnt nak beli tudung, shawl or baju kurung dari zalora 
sebab corak2 n warna ni semua anda tak boleh dapat kat tempat lain...dah la harga murah n berpatutan kan..
and servis dorang pon terbaik, InsyaAllah...


=)

Jom sama-sama kita rasai retail therapy paling best dengan hanya shopping di Zalora Malaysia!!!!















Wednesday, April 16, 2014

Good Luck Charms

Assalamualaikum, 

Korang pernah dengar kan pasal Good Luck Charm?
I mula kenal dgn Good Luck Charm masa zaman sekolah menengah. 
Masa tu I sekolah kat TKC, Seremban. 
Semacam tradisi kat sekolah I, akan ada relationship antara senior ngn junior. 
Ala-ala kakak dengan adik angkat la. 
Tapi basically ada bnyk2 jenis. 
Hanya budak2 tkc or sekolah asrama je kot paham. pelik pelik tapi I pun terlibat je hahaha. 
contoh dia mcm bed sister (BS) (selang katil sebelah)- tujuan wujud relation mcm ni nak bg adik yg baru masuk asrama ada teman berborak sebelum tidur, n senang nak tanya itu ini pasal hal hal di dorm and asrama..

ada gak secret admirer (SA), ni poyo sikit la..kita mcm x kenal sapa yg admire kita. 
pastu yg paling common nak College sister (CS).. ni semua student ada. yg adik form 1, yg kakak form 5. 
ok berbalik pada tajuk, bila dah ada relation macam ni, adik2 yg masuk asrama senang nak cope with the new hostel environment. I personally mmg rasa selesa ada CS, BS dan sebagainya. 

Part paling best is when kita nak exam or nak wakil sekolah pertandingan apa-apa, nnt CS or BS or kakak angkat kita or kawan kita bg good luck charm. 

Good Luck Charm yg biasa dpt, kalau nak exam, pensil tekan, or pen. 
Yg kakak tu punya, dia pinjamkan. 
konon2 mcm dia nk bersama kita la berjuang masa exam
kadang-kadang bg keychain ke. 
pemadam comel-comel. 
hahahha, poyo je rasa tp mmg something sweet to remember. 

kalau nak pergi pertandingan,kadang-kadang bg good luck charm mcm botol air ke (ni i slalu dpt sebab nak pergi wakil sekolah lari-lari)...
beg ke...
biasanya tgk benda gak la, klu lepas exam or lepas pertandingan tu, kita pulangkan la balik good luck charm tu. 
kekadang simpan je terus. 
I still have few good luck charms yg dikumpul masa zaman skolah dulu..simpan elok2 dlm kotak kat rumah. 

Well, nama je good luck charm, as orang Islam, kita tak leh la percaya benda tu memberi tuah pada kita. sebab kita kena percaya semua rezeki, usaha kita Allah yg tentukan...
Good luck charm ni I anggap sebagai suka-suka je. 

Lepas dah 10 tahun keluar sekolah, 
minggu ni I dapat 2 good luck charms from a very dear friend of mine, Jasmine. 

My good luck charms from Jasmine
Mother with prams Brooch
and 
Mother with prams ring
in antique base
cantik kan?

Sebenarnya, I order ni dah lama from Jasmine. Dia terlupa nak siapkan. 
After Ilyaas keluar hospital last week, I came to utp, and Jasmine asked about Ilyaas and all. 
Sekali I teringat nak tanya dia pasal my orders..
She suddenly said, don't worry, she will give it to me for free. 
sebab she kesian me , my anak masuk hospital, my ebm all gone so I need to work hard to top up my milk and also I am having problem with budget to attend the conference...
she said I need a reward. and she wants to reward me by giving free brooch n ring. 
So sweet...
Terharu I.. 

So I pon anggap ni sebagai my good luck charm =)



the ring
the brooch


Btw, kalau korang nak order accessories mcm ni or anything else, korang boleh pi tgk FB page Jasmine ye..  ni link dia



I pernah buat review jugak pasal hasl tngan ni entry review tu



Apa good luck charms korang?


Thursday, February 27, 2014

Untuk korang yang suka handmade items


Walaupun I ni jenis tangan keras and tak berapa kreatif sangat, tapi I suka sangat sangat pada benda-benda yg hand made items...Tambah lagi yang di buat dari rumah, home-basis business.. 

Dah ada beberapa collection barang2 handmade, contohnya mcm baby carrier i customized design from NeezaNeedles. Handbag yg orang jahit sendiri pon ada satu beli dari Maika E-boutique..Purse yang hand made pon ada gak tp tak ingt beli kat mana, cap and hat hand made utk anak-anak pun ada gak,yang tu order from Okinokiyo. Memang suka sgt ngn barang2 hand made ni sebab biasanya kita boleh customized ikut kehendak kita, pastu dapat adjust2 size etc...Harga biasanya lagi mahal sikit la dari yg dah ready stok kat pasaran, tp kena pandai cari...so far Ibeli semuanya kira murah gak la...

Sekarang ni tgh season suka hand made brooch, bracelet and rings...



Myself wearing mother and daughter love brooch hadiah my friend bagi masa bersalinkan Imani last year. 
Kawan I buat sendiri tau ni, dia yg bancuh colour tu, masukkan dalam acuan, and lekatkan batu2 swaroski tu semua

ni close up my brooch 
kalau nak order kaler lain pon boleh gak..nak glitter2 pon boleh. 
tu yang best bila kita order barang handmade ni..



Ni pon brooch yg I order from my friend jugak..
I cakp nak kaler soft pink, terus dia bancuh kan warna pastel2 n buat mcm ni. 
Baru2 ni order lagi corak burung dalam ribbon ni tapi buat warna pastel purple and white pulak plus dark purple mix pastel kaler ..

Masa raya last year, sebab dah tak de idea nak bagi hadiah apa kat mak cik2 n nenek n cousins sebelah my mum (i mmg kalau raya selalu bgi hadiah kat kaum wanita sebelah family my mum), so I order brooch from my friend ni...


Ni la antara brooch2 tu..setakat ni my friend ada corak burung lovebirds (my fav), mother and daugther's love mcm yg kat atas tu, corak butterfly, roses, horse, queen Elizabeth. 
Kaler mmg kita boleh pilih sendiri la...tp sebab dia bancuh sendiri kan, so setiap kali bancuh kaler tu, warna dia akan berbeza tone la sikit..ada sekali tu dia buat lime green mix white, lawa gila...yg tu I bg kat aunty I...
pagi2 raya dorang pakai...besar hati I sbb dorang appreciate my gift. 
Kalau brooc mcm ni my friend jual satu Rm6..maybe la rasa mahal sket, tp kena paham la sbb dia bancuh warna tu n tunggu semalam untuk warna tu kering n terbentuk dalam acuan dia...tp kalau order banyak2 dapat la murah lagi.


Lepas suka handmade brooch, sekarang dah terjebak dalam handmade bracelet pulak..
Ni baru je dapat 2 bracelet I order. One for myself, one for my mum..
I order charm bracelets. So best la boleh pilih2 charms yg kita nak. 

This one is mine. Mula2 my friend nak letak dragon fly..tp I request nak clay flower yg kecik tu. 
and I yg bagitau my friend kalau boleh nak mix kan chains dengan crystal, so jadi la charm bracelet separuh antique chain, separuh crystal chains...
crystal tu cun sgt, sebab mcm telur dinosour. I kan geologist, so mmg suka la bab2 fossil ni..:P
Harga i punya customized bracelet ni RM27 je. 
I rasa murah la sbb kalau beli kat kedai kat supermarket selalu more than rm30
ni I boleh pilih sndiri charm, request design apa, pastu ukuran pon dah suitable with my wrist




yang ni pulak for my mum. tak sure la dia suka ke tak. klu dia x suka, I pakai.hhahhahah
I pilih silver love chain utk my mum..combine with smaller purple crystal and deco with clay flowers and love charm. 


yang ni plak my friend buat utk kawan dia kot..
matching mum's bracelet dgn gelang kaki baby...
cute sgt. 



yang ni pon I suka, tp lebih kurang mcm I order gak la...cuma full antique chain


Ni utk kembar kawan I....cute gila ada stroller charm


Sebenarnya kalau korang pegi kat facebook page dia, mcm2 design pattern dia dah buat.
sgt lawa sgt rambang mata nak pilih.
I paling suka Album The Kuching Collection...

Kawan I ni husband dia duduk kat Kuching, so dia mmg selalu gi sana, n dia ni kreatif pastu guna simbol2 orang sarawak utk design bracelet n necklace dia...


Ni pops ring dia buat..
I ada order satu tp belom siap lagi..
I order sekali satu set dgn brooch. 
I pilih gambar shadow black n white mummy tolak stroller. 
tp bukan yg geng gojes punya gambar la..klu nak yg tu pon kita boleh order gak...
Kalau nak buat rantai ke gelang ke cincin yg mcm ni, korang boleh pilih gambar apa nak lekat kat situ, pastu nnt kawan I ni boleh print n lekatkan guna special resin n design jadi apa yg korang nak..


Korang yg suka usha2 benda2 handmade ni, jemput la pegi tgk page dia..
Klik saja kat gambar bunga matahari kat bawah ni...

Btw harga setiap item dia buat berbeza beza ikut jenis chain, berapa byk charms, jenis crystal etc...
pepandai la order dan pilih




Happy Window Online Shopping


btw most of her designs are mostly inspired by public figures.






ok till then...



love,
athi





Friday, June 28, 2013

Ohbaby girl boutique - good service from a good lady

Imani sekarang dah 5 bulan lebih. Boleh tahan cheeky dan lasak jugak mek ni. Tapi masih maintain ayu ok, sebab headband atas kepala tak reti nak cabut lagi. Masih kekal ber-headband walaupun kekadang tu umi tak sedar pun headband tu tibe-tibe tutup mata dia. sian baby umi. 

Sepanjang Imani umur 5 bulan ni, koleksi headband Imani adalah sgt banyak. 
Jap nak kira jap. 

ni Imani punya. ada 11 currently. 
1 handmade from Indonesia
1 hadiah from Maklong Nana
1 beli kat Pasaraya Seri Intan

Ni koleksi yang I beli sekali untuk my cousin yg berusia 7 bulan. 
Oh my, umur 26 tahun tp ada kazen baby lagi. 



Imani mula pakai headband masa umur sebulan. Masa nak gi cucuk vaccination umur sebulan. 
(btw saya ibu yg x anti vaccine ye, perlu ke mention? 
perlu kot, sebab nnt2 nak promote vaccination kat blog ni, sapa yg anti-vaccine tak mau baca tak kisah la)

Imani sebulan . yang jenis ni band dia mcm ada bekas sikit la kat kepala. 
so x berapa suka. 
bagi pakai masa kepala dia kecik je. 
dah besar skrg xberapa sgt favour nak bg pakai yang ni. 

Ni gambar latest Imani dengan headband barunya. 
juga dari ohbaby girl boutique. 
cantik kan?


alolo, mata sepet pulak. takpe, fokus kat headband je.
yg ni i order nak 2 bunga.nak satu bunga pun boleh je. nak letak pearl ke tak nak ke ikut suka. deal dgn mama sofea kat http://www.ohbabygirlboutique.com/
orangnya sgt senang berusan. tp tak boleh la nak expect dia reply cpt2 kan. coz she's doing this as a part time. 
dia ada tanggungjawab pada majikan jugak. kena paham la ye. dan bersabar.


Imani dgn bunga atas kepala. 
Ni headband yg paling I suke. memula dulu beli purple ngn merah. yg merah bg kat cousin I yg 7 bulan tu. 
Pastu suke sgt pakai. sebabnya kecik je. cute. n tali dia jenis tak sakit. pastu senang nak matching. jadi order lagi kaler pink pulak. nak amik kaler hijau gak. tp dah habis. harga dia pun rm4.90 je kot. ke rm5.90. ntah tak ingat.korang check la kat  http://www.ohbabygirlboutique.com/ sendiri k.


ni heart shape roses. comel je. 
tp besar sikit la. band dia jenis kain lembut. mmg takde kesan langsung kat kepala Imani. pastu ringan je. rm6.90 kot. 

yang ni bunga ros seketul besar. band dia macam headband yg kita kekadang pakai nak ganti anak tudung tu. stretchable. so dah besar nnt pon leh pakai lagi. 
boleh custom made nak kaler apa jugak. 
ni muka ngantuk ni. tp as usual, maintain ayu ye. 


ni dah x berapa ayu sgt dah. 
zebra pink atas kepala, ikut tema nak pergi zoo. 
tp imani ngamuk sebab sleepy. 

secara jujur dan ikhlasnya, I am very satisfied with service from ohbabygirl boutique. 
dah dua kali beli di sini. semua ok. 
ada one time, head band yg saya nak takde stock. tp masa tu saya dah bank in duit penuh dah. 
so lepas post, mamasofea bg email cakap headband saya nak tu takde. jadi dia akan refund balik rm7.90 saya. harga headband tu rm7.90. saya pun reply balik n bg no account saya. 
few days later, mamasofea reply gtau dia dah bank in. 
alhamdulillah, saya suka deal dgn orang jujur dalam bisnes macam mamasofea. 
walaupun dia tak transfer on that instant, tp dia tetap amanah. 
dia bekerja, jadi kena faham la bukan 24jam ngadap email n reply semua on the spot. lainlah kalau 100% full time work for this blogshop kan. 

saya kalau beli, beli banyak2 sekaligus.jimat postage. 
utk second order, saya order 10 headband. 
dapat free postage. dapt off few ringgits lagi.. tq mamasofea. 
nanti kita confirm akan order lagi from mamasofea. 

aritu sy google, dan terjumpa satu blog tulis mcm ni.

aduh, tak syok la baca camtu.. rasa mcm nak tutup periuk nasik orang pulak kan. 
i pun buat bisnes online.jual diaper clutch , nursing cover, swaddle pod. 
i paham situasi mcm-mcm boleh berlaku. 
i personally ask mamasofea pasal problem yg dialami pelanggan tersebut. 
rupanya mamasofea tersalah baca dan dah pos dulu barang customer tu. 
mungkin sbb dia efficient sgt. 

biarlah, masing-masing punya pengalaman membeli on9. 
i pon pernah jadi fussy buyer. dah pernah menerima fussy buyers. 
tp takde la sampai rasa nak menulis pasal keburukan sesuatu kedai on9 tu. 

ok, hope dgn review ni, korang tak takut nak beli headband from mamasofea k.

nak raya dah ni, boleh order la utk anak-anak dara kite kan.
Imani punya dah ada dah. 





Wednesday, June 26, 2013

Tiny Loafers by Maria Rahman

Hari Rabu minggu lepas, dapat sms en.postman gitau parcel dah sampai and letak kat tempat biasa. 
I memang dah kamcing ngn postman ni, barang hilang ke tak dapat notification semua deal je dengan dia. Servis mmg terbaik. Kalau dpat poslaju pun tak yah nak pick up kat post office lagi, deal dengan posman je tinggal kat atas rak kasut. Kalau dah expect parcel, sms je dia awal-awal. eh melalut pulak pasal posmen. 

So parcel yang ditunggu dah sampai. 

Parcel comel from Maria. 


Cute giler Maria balut parcel ni dalam wrapping paper macam ni. 

I ordered 3 tiny loafers. 
2 untuk my princess Imani Hafiyya. 
1 for my other princess, Nur Wafiatul Zarifa. 




Packaging of each loafers. 
Neatly put in transparent plastic, with size labels and also price. 

Jahitan pun sgt kemas.Cantik dilihat, surely selesa dipakai. 


Size S Pink Heart with denim and lace for my Zarifa.
Zarifa dah pakai on Saturday.
Tapi I forget to snap a picture of her wearing this small tiny loafers
sebab rushing nak pergi lunch dengan my brother pulak masa tu. 

Size L Pink Heart with denim and lace for my Imani
Size L Blue Cyan Chandelier wth Pink Dots for Imani .
Tunggu raya baru pakai ok.  

Sebenarnya Imani should wear Size M. I pergi order L konon-konon nak pakai lama la. But I think by the time she fits L size, dia dah boleh berjalan. Luckily I ordered hers with anti-slip bottom cover. So boleh la Imani pakai indoors nanti when she starts walking and running.

Imani and her nenek (my mil).
Imani menggayakan pink heart tiny loafers by Maria Rahman


I'm thinking of repeating order for Size M for Imani, pastu nak order untuk Ilyaas jugak lah. Perhaps Maria can custom made for his size kot. And also for myself. Since Ilyaas pun pakai socks bila tidur, mcm perlu jugak dia ada loafers sendiri pakai indoor kan. (saje la tu umi cari reason nak beli kan untuk Ilyaas). 


Harga wise, I rasa berpatutan sgt. Dengan hasil kerja yg kemas dan cantik. 
Size S with lace with baldu RM22. 
Size L with Lace  with antislip RM24
Size L without Lace with antislip RM22

By the way, untuk yang nak order, pls visit Maria's FB page ya. 



Or you can directly contact her via email kalau takde fb.
Nak email add Maria boleh pm I.