Tuesday, September 30, 2014

Berhenti sejenak...Tunaikan Solat Dhuha

Bila hati rasa sedih, bila hati rasa geram, bila hati rasa marah,
Sebagai perempuan, air mata akan cepat mengalir...
Makin ditahan, makin rasa nak pecah mata menahan takungan air mata..

Lari cepat-cepat ke tempat yang tak ada orang...
Sembunyi dalam kereta, Sembunyi dalam toilet, Sembunyi belakang tiang, 
Biarkan air mata itu mengalir Makin lama dilayan, makin laju aliran air mata
Bunyi seduan masih boleh ditahan-tahan

Lepaskan rasa marah, kecewa dan sedih 
dengan tangisan seorang perempuan..
Macam-macam sebab boleh buat kita orang perempuan menangis
Sedih menangis, kecewa menangis, putus asa menangis, 
melahirkan anak pon menangis sebab gembira!
Kita kan perempuan, dicipta penuh emosi
We are an emotional creatures!

Tapi, kita orang Islam..
emosi kita milik Allah SWT...
kalau kita kembali padaNYA, insyaAllah kita akan pulihkan kekuatan dalaman kita

Kalau kita marah,sedih, kecewa, 
Lepas puas menangis, jangan lupa tunaikan solat sunat. 
Salah satu solat sunat yang paling mudah dibuat ialah Solat Dhuha. 


Novel Review: Secret Daughter by Shilpi Somaya Gowda



Assalamualaikum and Hi,

So, this book had taken most of my free time over the last week.  I did not remember where and when I buy this novel. It has been on the shelf for more than three years, I think.

I was totally in love with this book once I flip over the first page.
Though the author is not a famous one like Jody Piccoult etc, but she manages to bring me (at least) into the world she introduce in this novel.

Monday, September 29, 2014

Rajinnya Anak Teruna Saya

Assalamualaikum & Hi semua, 

Selamat Hari Isnin..
Hari ni patutnya I tak nak datang uni. datang buat apa lagi kan, student card and other access cards semua dah serah kan pada security. I am no longer a student. Cheeewahhh...
Sekarang penganggur bertauliah :P

Tapi atas beberapa sebab I datang jugak la, lagipun I belum surrender my work station lagi.. 
Dok rumah pon sorang-sorang. Anak2 I still hantar kat babysitter (masih bayar bs bulan2 since I tak tau bila I akan mula kerja, tak nak stop kejap2 suka2 hati nak hantar/ tak hantar).. 

Masuk pagi2 dapat semangat untuk buat marketing untuk nursing cover muslimah dari MyHafiy Blogshop. Jemput baca, jemput share dan hebahkan ye kawan-kawan ...{Thank You}..

So, berbalik pada tajuk entry ni...Anak teruna I dah masuk 3 tahun 6 bulan (42 months old). 
Dah nak masuk tadika tahun depan. InsyaAllah. Haritu dah register dia kat Tadika Kemas Murni (nama macam dalam citer Upin Ipin)...

Sekarang Ilyaas ni sangat rajin. 
Rajin buat benda yang kita rasa risau untuk biarkan dia buat..
Tapi sangat malas/culas untuk merajinkan diri kemas mainan atau buku yang dia sepahkan..



Nampak tak apa yang dia tengah rajinkan sangat tu?


Friday, September 26, 2014

Movie Outing: Planes Fire & Rescue



Assalamualaikum and Hi, 

I dengan husband ada bawa Ilyaas and Imani pergi tengok movie Disney yang baru keluar aritu. Movie Planes Fire & Rescue. 

Kitaorg pergi tengok dekat cinema yang terdekat dengan rumah je. Dekat Lotus Five Star..and the earliest waktu tayangan pukul 12.30 tengah hari..Timing tak berapa menarik sebenarnya sebab itu waktu makan tengah hari. tapi since yang tu je time tayangan paling awal, kitaorg takde banyak choice. 

Ilyaas and Imani dah biasa masuk cinema... First time tengok Lego Movie. Second time tengok Capten America (tapi tak blog pulak), and kali ni merupakan kali ketiga dorang masuk cinema. Imani pon dah pandai enjoy the movie and more behave than the first time. 

Thursday, September 25, 2014

Throwback: My Undergraduate Life

Assalamualaikum and Hi,

Ada tak yang tertunggu tunggu entry hari ni? (Perasan glamour :P)

Semalam, I spend masa sejam lebih save gambar2 time I undergraduate dekat Perth dulu.
My external hardisk yang ada semua gambar harta karun ni kan dah rosak. I ada buat copy dalam CD.
Tapi dah cari kat rumah parents aritu tak jumpa CD2 tu..
So, demi menyelamatkan sebuah memori (chewah) semasa I jadi belajar dulu, I gigih la pergi cari gali balik album dalam fb. kebanyakkan album kt fb I privatekan, certain je I open to friends.
Lepas dah save semua gambar2 ni dalam pendrive, I amik masa belek satu2..
Fuhhh, teringat la zaman belajar kat sana dulu.
Maka, tercetuslah idea nak buat satu entry mengimbau kenangan lama.
Entry ni panjang tau...hahahah amaran awal2.

I mula pergi Perth tahun 2007. 14 February 2007.

I amik course Applied Geology. huuu, course yang I rasa tak berapa sesuai untuk seorang perempuan, tapi I sangat bersyukur I pilih bidang ni daripada bidang asal yang sponsorship I offer iaitu Petroleum Engineer. Sebab once I mula belajar apa tu Geology, I terus fall in love. Until now. Honestly, I rasa course ni sangat sesuai dengan diri I. Walaupun kalau nanti Imani nak sambung belajar dalam bidang ni, mungkin I akan pikir berjuta kali untuk benarkan dia atau pun mungkin brainwash dia bagitau macam mana susah and penatnya amik bidang ni...tapi apepun, susah lagi kot amik medical course... 

Masa dekat Perth tak lama sangat pon. I buat first year dekat Curtin Miri. lepas result first year cemerlang (memuaskan je), I and kawan2 dapat sambung second and third year dekat Curtin Perth (Main Campus). Alhamdulillah. sampai sana, kami dah dapat accomodation untuk tahun pertama. untuk tahun kedua, masing2 kena cari accomodation sendiri. I pindah rumah lain yang I sangat suka dan kalau boleh rasa nak beli terus rumah tu. cozy sangat. rumah tu dekat dengan Swan River..view memang cantik sangat. ada jugak gambar rumah tu, tapi nanti banyak pulak pic korang nak kena tatap..bosan je..

Wednesday, September 24, 2014

Lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

Jom kita gi Kuala Kangsar pulak!

Ni kisah 2 minggu lepas. Hari Ahad, bosan2 tak tahu nak buat apa, kitaorg sepakat gi Kuala Kangsar pulak. cuaca pon nampak nice , tak panas sangat, tak hujan...

Dari rumah kitaorg bertolak dalam pukul 11.30 pagi. Sampai Kuala Kangsar pukul 12.30 tengah hari. Sejam je perjalanan.

Tempat pertama (and terakhir) yang kitoarg lawat masa kat Kuala Kangsar ni ialah Galeri Sultan Azlan Shah.
The gallery of Sultan Azlan Shah

Cantik bangunan ni...


Tuesday, September 23, 2014

Bersiar-siar di Kellie's Castle, Batu Gajah

Assalamualaikum, 

Kitaorg ni kan menetap di Perak. 
Rumah kitaorg dekat sangat dengan tempat pelancongan famous ni...tapi dah hampir 3 tahun duduk sini, sekali pon kitaorg tak pernah singgah. Lalu depan Kellie's Castle dah banyak kali. 
Everytime nak gi or balik from KL mesti lalu depan Kellie's Castle or even nak gi shopping barang rumah kat RTC Gopeng pon lalu sini. 

Sebenarnya, kitaorg tunggu anak2 besar sikit baru nak melawat Kellie's Castle ni. Bukan apa, maklumlah, bangunan tinggal dekat dengan kuil, and sangat terkenal dengan kehidupan makhluk halus bagai, maka rasa tak sesuai sangat bawa anak2 kecik ke sini. 



Monday, September 22, 2014

Tips hilangkan tumit kaki merekah/kasar: Scholl Rough Skin Remover

Assalamualaikum and Hi, 

Bila kita dah berusia ni... satu persatu ciri-ciri keremajaan hilang. Betul kan?
Zaman belasan tahun dulu, rasa kulit always mulus je. Walaupun zaman tu adalah zaman jerawat batu membiak, tapi bahagian kulit lain still maintain muda remaja. 

Once dah start kerja, and pakai kasut tinggi atau jenis sandal, tapak kaki mula merekah. Tambah lagi yang jenis jalan kaki naik turun LRT berulang alik pergi office. 
Or yang jenis kerja mmg kena berjalan sana sini memang kaki akan merekah kan...
Setiap hari, kulit kaki especially dekat tumit makin merekah. 
Mula-mula tak kisah, tapi lama-lama rekahan tu jadi hitam sebab dimasuki habuk dan debu. 
Ada masa rasa pedih sebab seolah-olah terluka..

I dapat selesaikan masalah tumit kaki merekah and kasar ni. 

Dulu tapak kaki I lebih kurang gambar belah kiri ni.. sekarang dah improve macam gambar belah kanan.. Pic sumber google yer...tak kuasa I nak amik gambar tumit kaki letak kat blog ni.. 
Aurat deh...(hihi)

Resuming old hobby: Novel The Lost and Forgotten Languages of Shanghai

Assalamualaikum, 


Hari ni dah 22 September. Dah quarter three of Year 2014. Cepatnya masa berlalu. 
Rasanya sejak jadi student balik, dah lama saya tinggalkan hobi membaca novel ni. 
The last novel yang saya review (read Baca) ialah pada February 2012, iaitu the final month saya masih bergelar seorang pekerja sebelum berhenti kerja. 
Novel tersebut saya pinjam from Nora (kawan rapat di tempat kerja lama) and bertajuk A Stolen Life .

Since jadi student balik, saya memang banyak beli novel . Well, dah dapat Voucher Buku 1 Malaysia kan, banyak la novel dapat beli. Nak beli buku2 ilmiah memang kesemuanya online di Amazon atau bookstore dari university je, so tak dapat guna VB1M tu. hehehe.. Collection novel makin bertambah dan bersepah.. tapi nak cari masa nak baca novel relax-relax memang tak ada. Lepas viva dan settle submission hardbound thesis, maka saya ambil peluang keemasan ni untuk mula balik hobi lama saya iaitu baca novel...

Bestnya dapat tenggelamkan diri dan hilangkan pemikiran sebentar dari dunia realiti.. 
Fokus pada pembacaan novel ni.. 

Saya mulakan dengan novel The Lost and Forgotten Languages of Shanghai...



Friday, September 19, 2014

Imani Hafiyya, 20 months old

Assalamualaikum, 

My baby girl, Imani Hafiyya is turning 20 months soon. 
I still ingat dia macam baby-baby yang kecik. 
I still treat her like that. dukung macam baby sambil baring (sometime la). 
Maybe because dia belum nak jadi kakak lagi. 

Kadang-kadang I lupa yg she's going to be two in few months. Only when she throw her tantrums, I realize, soon, very soon..she's going to reveal her "Terrible Two". 
Kena banyak bersabar nak melalui fasa ni. Persedian minda dan fizikal kena kuat. chewah, macam nak pergi berjuang di medan perang pulak ayat. 
Tapi nak make sure kesabaran sentiasa tinggi dan suara tak marah-marah bila Imani mula mengamuk dan cari attention dengan cara buat salah. 




Sejarah MyHafiy Blogshop (my mini bizz)

Assalamualaikum dan Hi semua,


Bagi sesetengah readers, mesti dah tahu yang saya buat business part-time secara online.
Nak kata 100% tumpuan diberikan pada business ni, memang saya mengaku tidak.

Permulaannya, 
Saya mula berniaga secara online pada akhir 2011. Masa tu saya masih menjawat jawatan sebagai pekerja di sebuah syarikat swasta di ibu negara. Entah macam mana tiba-tiba datang idea untuk berniaga.
Saya sangat berminat dengan apa jua barang baby pada masa tu.
Saya cuba dengan belian pertama 10 keping diaper clutch dari Snugg Baby.
Ada la beberapa keping terjual kepada rakan-rakan office masa tu.
Selebihnya saya jual pada ahli keluarga (of course dapat extra discount) atau bagi hadiah pada kawan2 yang baru bersalin.

Namanya, 
Saya pilih nama MyHafiy mestilah sebab Hafiy itu nama anak sulung saya. dan saya memang berniat untuk anak-anak seterusnya, saya akan kekalkan nama Hafiy untuk anak lelaki dan nama Hafiyya untuk anak perempuan. Jadi, nama anak kedua saya pun Hafiyya.
Blogshop ini kira inspired by my kids.
Diteruskan juga perniagaan dan perkhidmatannya disebabkan anak-anak saya.


Wednesday, September 17, 2014

Dinner at Greentown Dimsum Cafe (HALAL)

Eating out has been our kind of mini get away or celebrating something good. 
Since both of us already submitted our hardbound thesis last two weeks, we desire for some celebration. 
Ikutkan hati, memang nak book tiket, pergi overseas bercuti dengan anak-anak. or if not overseas, just Langkawi, perhaps. 
Tapi, memandangkan we got few distractions to do so, we choose to celebrate it by eating outside in a quite decent restaurant. 

We choose Greentown Dimsum Cafe which has HALAL Certification from Jakim. 


Pack like a Pro - Tips for travellers

Assalamualaikum and Hi, 


Orang perempuan kan kalau gi bercuti/berjalan, tak sah kalau tak shopping. Pastu beg beranak-pinak. 
Ataupun beg dari lightweight jadi heavyweight dah. 
Pastu pening kepala pikir macam mana nak packing semua barang bawa balik. 
Macam mana tak nak bagi ada banyak beg nak kena bawa. 

So, today I nak share cara packing baju/barang yang betul untuk jimatkan ruang dalam beg dan boleh isi banyak baju dalam satu beg. 

Kata omputihnya, Pack Like a Pro gitu. 

Ada dua teknik yang I selalu praktikkan.  

Tuesday, September 16, 2014

Butter Cake Mudah untuk minum petang

Kadang-kadang, I ni datang mood suka nak masak.. 
Breakfast nak masak, lunch nak masak, dinner pon nak masak, tea time pon nak masak. semua nak masak. 
konon feeling chef sangat..

Tapi kalau datang mood MALAS MASAK tu, buat la camne pon, memang nak tengok dapur pun rasa penat nya masak...

Sangat tak relevan kadang2 bagi alasan tu kat husband arini tak nak masak sebab tak de mood, or sebab malas... tapi, camne eh nak cakap, hormon perempuan kot ...salahkan hormon pulak kan... I rasa I bukan bersendirian macam tu kan..ke I je pelik sorang2 ada mood x nak masak/malas masuk dapur?

Bila mood memasak tu datang menyeru...I rajin la melepak kat dapur...
Ni I buat butter cake.. 

Monday, September 15, 2014

Angan-angan Kitchen Cabinet ku

Assalamualaikum, 

Petang-petang gini I suka berangan. 
Berangan kan percuma... 
Hari ni I nak share angan-angan pasal kitchen cabinet. 
Dah beberapa minggu sebenarnya I asyik belek magazine pasal dapur, scroll #kitchencabinet dekat instagram, bukak website Ikea dan membaca blog-blog korang yang sudi share info pasal decoration kitchen cabinet korang. 

Kali ni, rasa lebih gigih berangan-angan untuk kitchen cabinet ni. InsyaAllah, tak lama lagi kalau diizinkanNYA, mungkin tercapai cita-cita nak pindah masuk rumah sendiri...^__^wink wink wink ^__^. 

Ilyaas' Territory

Assalamualaikum, 

Kat rumah kan, Ilyaas ada satu perangai . Kalau time dia tengah main dengan kereta-kereta dia, jangan la ada sapa-sapa pergi kacau. Kira dia tengah fokus betul2 main. Dalam dunia imaginasi dia la tu. 
Orang yang paling suka mengacau, lain tak lain mesti la si adik. 
I pon tak paham apa masalah Imani dengki sangat tengok si abang dok melayang kereta-kereta dia. 
Adik bukannya minat pon naik main kereta2 tu... 
Ilyaas ni ada collection Hot Wheels dia. 
Bukan I belikan pon. Most of them are from adik bongsu I, Acu Ilyaas. 
I banyak belikan untuk adik bongsu I masa I study kat Perth dulu, tapi bila dah ada anak sendiri, anak sendiri pi mintak plak dengan adik I.. Redha je la adik I bagi kat anak sedara dia. 


Saturday, September 13, 2014

Resepi Paprik Ayam Mudah

Assalamualaikum korang, 


Malam ni anak2 tidur awal. Penat sangat kot sebab siang mmg tak tido (Imani tido kejap je), pastu seharian penuh aktiviti padahal tak gi mana2 pon, dekat rumah je. Petang gi jogging plak, letih so tidur awal. 

Tengah hari tadi, masak lauk simple je. Iaitu Paprik Ayam. 

Tuesday, September 9, 2014

Halal Restaurants in Amsterdam

Assalamualaikum , 


Ingat habis dah citer #HollandTrip2014.. Rupanya ada satu lagi..(harapnya ni yang last lah) ...

I rasa ini perlu dan wajib di share kat blog ni.Penting bagi orang Muslim yang nak bercuti ke Amsterdam. Kat mana nak cari makanan halal? 

Masa dekat Delft, tak menjadi masalah buat kami mencari makanan halal. Banyak kedai orang Turki, most of them Halal. 

Kalau di Amsterdam, banyak jugak, cuma ini bandar besar. Nak mencari restoran/kedai yang halal agak mencabar jugak lah. Tambah kalau duduk almost a week or more dekat bandar ni, tak kan hari-hari nak makan benda yang sama jer. 

kalau di Amsterdam, Paling popolur di Damstrak atau Dam Square. Dekat sini, jalan kaki je dari Centraal Station. Dah boleh nampak perkataan Halal Food.
Restoran Halal.

Monday, September 8, 2014

Holland Trip: Delft Bout Tour

Assalamualaikum and Hi, 

Seperti di mention dalam entry sebelum ni. Saya nak habiskan draft #HollandTrip2014. 

Ni kisah masa kami duduk dekat Delft. Apartment yg kami duduk tu under Bridges House Hotel. Untuk Apartment dia, lokasi dia dekat Koomstraat. Which is, betul2 depan canal paling besar di Delft. Dekat canal ni jugak ada the only Boat Tour yang available di Delft. Setiap hari, keluar apartment, nampak boats meluncuri canal ni. Kadang-kadang, I lepak dengan anak-anak sambil makan donut and lambai-lambai dekat penumpang yang ada dalam boat. They were very excited tengok orang naik bot. I dengan husband dah janji akan bawa dorang naik boat ni one sweet day. 



Amsterdam Tour with Double Decker Bus (Hop On Hop Off)

Assalamualaikum semua (and Hi too)

It's Monday and I've decided to finish all my #HollandTrip2014 yang dah lama peram dalam draft ni. 
Cerita hampir 3 bulan lepas. InsyaAllah, ada lagi saki baki ingatan pasal trip ni. 

Sehari sebelum kitaorg bertolak balik ke Malaysia, kitaorg just pusing-pusing sekitar Amsterdam. Masa ni dah rasa tak sabar sangat nak naik flight balik Malaysia. Rasa boring sangat sangat dah duduk kat Holland especially dekat Amsterdam la. 

Masa kat Amsterdam, mcm I pernah cerita dalam entry bulan June lepas, kitaorg menginap dekat Ibis Styles Hotel. Setiap hari, almost every 30minutes, akan ada bus double decker yang warna merah akan lalu depan jalan besar. Bilik kitaorg pulak betul2 menghadap jalan besar ni. Setiap hari I dengar Ilyaas dengan Imani bersorak ajak naik bas dua tingkat. 

So, hari terakhir dekat Amsterdam, I berjaya pujuk husband untuk naik bus dua tingkat ni. Lagipun masa tu, duit Euro kitaorg cukup2 la untuk naik bus tu dan untuk makan. Dari segi transportation dalam Amsterdam/ke Schipol, kitaorg pakai OVChipkaart je. 

Friday, September 5, 2014

Hardbound Thesis di Manjung (Perak Tengah)


Alhamdulillah. Kami tinggal nak submit hardbound thesis je ke graduate school. 

Moga2 dapat join majlis convo tahun ni. 

Ni nak share sikit bagi those students yang mencari tempat untuk binding hardbound thesis yang menggunakan hot stamping printing. tulisan yang jenis ukir-ukir tu. Dengan wording MSc (c kecik) atau PhD (h kecil). 

Tak banyak kedai menyediakan perkhidmatan hot stamping with huruf besar and huruf kecil bercampur. Mungkin kat area Lembah Klang banyak la. Tpi untuk negeri Perak ni, tak banyak. 
Kira untuk Daerah Perak Tengah la ni.. 

Naik Bukit Bendera, Penang

Assalamualaikum, 


Hari ni dah Jumaat. cepat nya.. 
Minggu lepas hari Jumaat kami naik bukit bendera...
Happy la jugak sebab memori ngn bukit bendera ni dah hampir2 luput dari ingatan I.
Last time naik bukit bendera rasanya sebelum masuk sekolah rendah lagi kot. hahah
berpuluh tahun dah tu. husband pon sama, naik masa dia kecik2 dulu jer. 

Lepas dah kenyang breakfast kat TTS, kami move ke Ayer Hitam. 
Sebab ni hari Jumaat and belom mula cuti sekolah lagi, maka tak ramai la orang nak daki bukit bendera ni. 
Harga tiket untuk dewasa (dgn IC) RM8 untuk perjalanan pergi balik naik train. Train ke apa nama gerabak tu. Kalau takdak IC harga dia lagi mahal. pandai kerajaan pulau pinang nak buat duit kan..hahahaha
Budak2 bawah 4 tahun free of charge. 
Nak bawa naik stroller pon boleh jer. 
tapi I pakai baby carrier je dukung Imani. 


Thursday, September 4, 2014

Breakfast Sedap di Penang - Taman Tun Saadon

Assalamualaikum korang, 

Jumaat lepas, husband cuti. 
Kitaorg balik Penang awal sikit. 
Sebab husband kira mcm nak pujuk bini dia ni yang dah muncung panjang coz si bini teringin nak pergi bercuti2 dalam Malaysia, tapi ada beberapa kekangan lately ni. 

So, bila balik Penang, pendek la balik muncung si isteri tu. heheheh. 

hari Jumaat kami plan nak ke penang Island. 
melawat tok sekali. 
Before tu, breakfast dulu kat TTS. 

Tuesday, September 2, 2014

Mini MMR Giveaway by Yana wahmie land



MMR ni stands for Mudahnya Menjemput Rezeki. 
Saya dah ada satu copy buku ni dapat free gift dari Kemn Azmaili masa beli CD Sufi Cilik. 
Tapi saya memang berkenan sangat nak dapatkan Digital Tasbih tu. 
So saya cuba nasib la kira ni join giveaway Yana dari Blog Wahmie Land ni..

Monday, September 1, 2014

Pre-Loved Baju Baby Murah

 Assalamualaikum and Hi korang,

Hari ni I nak buat jualan murah, baju2 baby girl and baby boy. Semua milik I sendiri yang masih elok dah cantik.
I nak letgo sebab anak2 dah membesar.

Harga memang confirm murah sesangat.
Klu korang beli secara combine banyak2 pieces, lagi murah I boleh bagi..

So jom cekidaut apa I nak let go ni yer..


Baby Girl

SOLD
Long Sleeve Shirt. 
Material Cotton. Ada button kat bahu.
RM5
Size (80) 
Suitable from 6-12m 
Condition: 8/10

SOLD

Baby Girl Jeans
Jenis Getah dekat pinggang dan kaki
Kain lembut
RM9
Size: 24m tapi cutting kecik sikit
Suitable untuk baby 8-15m 
Condition: 9/10

SOLD
Knee Leg Short
Warna Dull Pink
Brand Kiko
RM3
Size: 6-12m
Suitable for 4-12m kalau baby tak berapa bam bam sangat
Condition: 7/10


Baby Gap Legging
Amik all three pieces RM10
Size 0-6m
Tapi cutting besar sikit, boleh pakai sampai 9-12 m jugak
Condition: 7/10



















BOOKED
Dress Denim Polkadot.
Brand Earlydays
Size: 6-9m tapi cutting kecik.
Suitable for 0-6m actually
My daughter sempat pakai 1-2 kali je
Ada getah dekat pinggang, boleh pakai dengan legging jugak
RM12
Condition: 10/10


Boy (Baby/Toddler)

SOLD
Swimming Attire 
Brand Ogival
Size : 2
Suitable from 9 bulan sampai 30bulan (2thn setengah)
Original Price RM59.90
Letting go at only RM20
Condition 10/10
Ada zip kat belakang, sgt senang nak pakaikan dekat anak sebab tak ketat


SOLD
Baju: JBaby RM2
Size: 1-2years
Condition: 7/10

Seluar Pendek Brand Cute Maree
RM8
Size: 3 tp cutting kecik, suitable from 1.5 years
Condition: 10/10
Pakai sekali je. 



SOLD
Baby Kiko Day Suit
Condition: 8/10
RM6

Sleepsuit 
Brand Earlydays
Size: 9-12m
Cutting besar, boleh pakai sampai 1.5years
Take any two RM12 (free one sebab nak letgo all three)
Warna putih tu ada yellow stain sikit dekat leher...
Condition in general: 6/10


Army Shirt
Brand Rebel (Primark)
Size 2-3years
Cutting kecik , boleh muat dari 18m
RM10
Condition in general 9/10

Shirt
Material cotton lembut dan nipis. 
I sgt suka shirt ni..
Size 2-3 years, cutting kecik, boleh muat dari 18m
Brand Rebel (Primark)
RM10
Condition 9/10
Ilyaas sempat pakai 2-3 kali je kot, sebab dia cepat besar.


SOLD
Shirt Brand Kiko
Size XXL
Suitable utk 2-3 years
RM8
Condition: 8/10


Kalau ada yang berkenan, cepat2 email I yer..

ni my email: athidean@hotmail.com

Thank You korang...

Pasal postage, terpulang kat korang nak pakai pos laju atau pos biasa atau registered pos...

Price stated without postage charge yer..

Nak COD pon boleh, area Batu Gajah @ Seri Iskandar