Showing posts with label campaigns. Show all posts
Showing posts with label campaigns. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

Fakta Tentang Pedofilia Yang Wajib Diketahui Oleh Ibu Bapa Di Malaysia

Thursday, February 26, 2015

The Crying Turtle (Penyu menangis)

Assalamualaikum semua, and Hi jugak, 


Masa CNY holiday haritu, I balik Terengganu. Hari Rabu lagi dah bertolak balik sebab tak nak terlibat dalam jem jalan raya. Alhamdulillah, mmg perjalanan smooth je. Stay kat Terengganu sampai hari Selasa. Almost a week kitaorg spend masa kat kampung halaman suami #kampungsuamikampungkujua

Tapi, hari Ahad kitaorg start bekerja. Bawa students final year project pergi field work (kajian batu di lapangan). Kitaorg memang pilih outcrops di sebelah pantai timur. Mudah sikit untuk kitaorg tinggalkan anak2 pada keluarga yg ada kat kampung. Maklumlah, tak mampu lagi nak hire bibik. 

Lokasi outcrop pertama kitaorg kat Pantai Pandak, Chendering. Lebih kurang 5-10km je dari Kuala Terengganu. Pantai ni dekat kawasan perkampungan, and nearby dengan Jabatan Perikanan dan Verterinar Negeri Terengganu. Outcrop yang kitaorg visit tu pon terletak di hujung Pantai Pandak, jauh sikit dari kawasan kampung. Nak gi sini, kena park kereta dekat kawasan pantai berhampiran kawasan kampung, then jalan kaki menyusuri pantai utk ke kawasan batuan tu. On the way berjalan kaki tu, kitaorg terjumpa 




Something very devastating 


Friday, August 15, 2014

The Best of Me

Bila orang bertanya, What is the best of you? kepada saya,  penat saya mencarinya.
Memang sebenarnya saya betul-betul tak tahu apa yang terbaik ada dalam diri saya.
Banyak kali saya rasa seperti seorang 'loser', dalam banyak perkara, terutama sekali
dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri
dan juga seorang umi kepada dua cahaya mata kesayangan saya.

Susahnya soalan yang diberikan ini. Tiada jawapan yang dapat saya berikan.
Lain kalau soalan-soalan berkaitan research yang saya buat, pasti saya boleh jawab,
walaupun tidak semestinya jawapan tersebut tepat, tapi saya punya rujukan untuk mencari
jawapan-jawapan tersebut.

Thursday, July 10, 2014

Cara mudah menderma untuk Aman Palestin

Assalamualaikum, 

I yakin semua yg baca blog ni tau dan peka dgn keadaan yg berlaku di GAZA kebelakangan ni. 
2 hari lepas, masa elok kita semua menikmati juadah sahur masing2 or dok tidur sedap2 , 
Kaum Muslim kat GAZA dah dibedil dgn secara serius bertalu-talu. 

Gambar kekejaman rejim Zionis ni banyak tersebar kat fb. 
tapi media barat mcm senyap je kan..
BBC tu, kalau citer terrorist islam ke apa, mmg heboh sangat. 
ini kisah benar betul2 berlaku, geng dorang sendiri bedil orang tak berdosa, 
lambat je dorang keluarkan berita.
kalau tak, statement tak berasas confirm datang dari dorang dulu.
mcm kes MH370 dulu, bukan main cepat n laju dorang sebarkan fitnah pasal kapten kapal n the crews..





Wednesday, May 21, 2014

One of my fear: My kids having to wear glasses one day

Assalamualaikum and Good Day all,

*sebelum I mulakan virtual tour to Keukenhof Garden, let me share with you this quick important things*


One of my biggest fear is having my kids to wear glasses.

Both husband and myself are living with the help of spectacles to improve our vision *sobs*

Myself, started 100% depending on spectacles to view things from the age of 14. I detected vision blur problems around 12 years old. But still can live without spectacles. So, I delayed wearing a spectacle as a tool to help with my vision problem until I was 14 years old. My first spec had the power of 250 for each eyes. Presently, I am still on spectacles with power of 550 each eyes + estic problems.

My husband, on the other hand, started his spectacles depending life earlier than me. Perhaps, because both my parents in law are wearing spectacles too. So, it runs in their blood, sort of.
He started wearing spectacles at the age of 8 years old! Very young. Kesian kan...

That's why I am quite worried if my kids will follow our steps.

It can be genetic problem too.

But detecting eye's vision problems among kids are not easy. They sometime don't realize they are having problem with visions, thus, they won't tell us.


So, as parents, we have to observe the symptoms for kids' vision problem.

I hope, this poster can help us with the observation.





Or can visit the website for more info and products.

http://www.glassesonline.com.my/

Tuesday, August 27, 2013

Pneumococcal & Rotavirus Vaccination

Akhirnya, Imani is on pneumococcal vaccination + rotavirus. Sama mcm Abg Ilyaas.Bezanya, utk Ilyaas hanya pneumococcal vaccination dan di ambil seawal usia 4 bln. Tp utk Imani, kitaorg husband n wife hanya mulakan vaccination ni masa Imani berusia 7 bulan.Well, ni di sebabkan masa umur 4/5 bulan, Imani kena bersunat dulu..so kitaorg tunggu lepas habis siri vaksin wajib oleh KKM sebelum mulakan vaksin tambahan ni. Kitaorg ke Hosp.Pantai Ipoh utk amik vaccination ni. 

Mulanya plan nk amik vaksin ni from Pusat Perubatan Ar Ridzuan, tp tukar plan sebab di PPAR, vaccination pneumococcal kena buat booking semingu awal dan harus bayar wang pendahuluan utk booking tu plus total charge vaksin pneumococcal di PPAR menjangkau Rm500. Tapi dekat Hosp.Pantai, harga vaksin ni just Rm210 ( utk yg control 10 jenis bakteria).

Paed pilihan kami.
Dah beberapa kali anak demam tak kebah kami bawa jumpa Dr.Lee
yang bestnya, klinik ni bukak on Saturday. and tiap kali datang x perlu buat appointment dulu.
Doctor juga easy going, dan always ask the parents tahu tak ubat ni untuk apa, cucuk ni utk apa yada yada yada

Kesedaran untuk berikan suntikan tambahan pada anak-anak saya bermula sejak saya mengandungkan Ilyaas lagi. Syukur la sebab saya ada kakak-kakak ipar yang up-to-date. From dorang la saya belajar pasal vaksin pneumococcal ni. Untuk Imani, sebenarnya mmg plan nak amik vaksin ni sejak dia umur 2 atau 4 bulan. Tapi selain reason yg sy sebut kat atas tu, saya agak bertangguh jugak. Sehinggakan satu hari saya dikejutkan dgn pemergian permata hati Erina akibat serangan bakteria jahat  Streptoccoccus bacteria . 

Dan menurut doktor, bakteria ni boleh di halang sekiranya bayi kita mendapat vaksin tambahan Pneumococcal. Kisah arwah Aqil menyebabkan saya rasa tak boleh lagi bertangguh tangguh utk dptkan vaksin ni. 

Kalau korang yang baca blog ni nak tau lebih detail dan lebih terperinci berkaitan penyakit pneumococcal dan bakteria jahat ni, jemputlah baca artikel Erina. Penyakit itu. Penyakit Pneumokokal.  Doa saya, jauhkan lah anak-anak ku dari serangan sebarang penyakit. Biarlah mereka membesar dgn tubuh badan dan akal yg sihat. Ini sebagai satu usaha, selebihnya kita tawakal dan yakin pada kuasa Allah SWT. 

Vaksin Pneumococcal ni boleh di beri bermula seawal usia 2 bulan. 

Details pemberian vaksin ni seperti kat bawah ni:

Sebelum 6 bulan - 4 kali suntikan (selang 2 bulan setiap satu suntikan) sehingga umur 12 bulan
Selepas 6 bulan - 3 kali suntikan sehingga umur 12 bulan
Selepas 2 tahun - 1 @  2 kali suntikan

Puteri saya. Imani Hafiyya. waiting for her turn untuk di cucuk
Selain pneumococcal, saya dan husband dah sepakat untuk ambil vaksin Rotarix, untuk melawan penyakit Rotavirus. Terdapat banyak arguments berkaitan halal dan haram vaksin rotavirus ni. Sabar, kita tak perlu melatah kalau dengar vaksin ni tak halal, terus tak boleh ambil. 

Semuanya bergantung pada kes tersendiri. 

Macam saya dan keluarga, kami menetap di Perak. dan seluruh negeri Perak, pernah di isytiharkan sebagai kawasan endemic (penyakit berjangkit) pada January dan February 2012. Dan menurut notis, ianya masih lagi endemic di negeri ini walaupun dah tak ada kes kematian disebabkan rotavirus ni. Doctor Lee sendiri bagitau saya yg 50% dari penyakit cirit birit dan dehydration di kalangan bayi adalah di sebabkan virus rota ni. Dan setelah baca beberapa artikel dan dapatkan pandangan seorang kawan yg juga doktor, saya decided untuk dpt vaksin rotavirus untuk Imani. Tambah lagi Ilyaas pernah dijangkiti virus rota ni tahun lepas, menyebabkan Ilyaas terpaksa tukar susu untuk beberapa hari. Kisah Ilyaas kena cirit birit terlampau dan susu yang sesuai dengan nya. 




Vaksin ni tak perlu di suntik.
Kena titiskan dalam mulut
Dah selesai semuanya, saya pun isi form YES! Form ni untuk tunjuk support kita pada YES to PnD protection campaign yang di lancarkan baru baru ni. The YES campaign.



Total Price utk Vaksin Pneumococcal dan Rotavirus plus consultation is RM397. 
Rm50 consultation
Rm210 Pneumococcal
Rm130 Rotavirus
Rm7 Service charge kot

Ye, memang banyak sekali harga tu. Hukhukhuk
Tapi demi protection untuk anak-anak, kita melabur la sikit kan. Hehehe.
Kalau boleh spend ratus2 beli baju raya Jovian (well, I mmg x la berjovian jovian ni, ahkak pakai baju raya medin je) , tak kan tak boleh spend sikit untuk kesihatan anak. 
Ini bukan jaminan, tp usaha. Allah kan suka hambaNYA yg berusaha. InsyaAllah


btw, ni nak share betapa ramainya orang pegi klinik Dr Lee ni.
Walhal ada je paed lain kat Hospital Pantai Ipoh.

Monday, November 26, 2012

Gaza...Here We Come Program by JuaiMurah.com


Korang semua tahu kan pasal JuaiMurah.com? yang jual second hand baby toys and items dgn condition yang sgt baik...

 Saya pernah beli 2 mainan dari kedai ni. Both of them dah setahun lebih jadi milik Ilyaas and masih elok dipakai, tak pernah tukar bateri lagi. Sgt berpuas hati dgn servis dari JuaiMurah ni. Kalau email, or komen di facebook, cepat reply dan sabar layan kerenah pelanggan.

Last Friday, JuaiMurah.com lancarkan program Gaza...Here We Come. Melalui program/pakej ni, kita beli buku minimum RM20 (buku kanak-kanak), dan 100% belian kita akan disumbangkan kepada Tabung Gaza. Sumbangan ini akan diuruskan oleh pihak JuaiMurah. Tapi buku tersebut akan dipilih oleh pemilik JuaiMurah, berdasarkan umur anak kita or request kita nak buku genre/jenis mcm mana. Tapi, kita tak boleh la nak jadi fussy buyer, sbb tujuan utama jual beli ni adalah untuk sumbangan kepada Tabung Gaza.

Rasanya ni satu usaha murni dari pihak JuaiMurah. Selain berjual beli, dapt kembangkan ilmu dan dapat buat sumbangan .

Saya dah pun order buku yang saya nak dari pihak JuaiMurah. Dengan niat, buku/ilmu saya dapat berikan pada anak saya, dan duit saya dpt disumbangkan pada saudara-saudara Islam di Gaza sana.

Cara nak order/hubungi JuaiMurah ialah melalui:-

Email : juaimurahshop@gmail.com
HP No: 0174906122

Notes Dari JuaiMurah

"sungguh saya tak ambil apa2 keuntungan utk transaksi ini.. cuma niat hati membantu yg termampu utk anak2 disana.. tlg jgn tanya saya buku apa, tajuknya dan apa conditionnya buku2 yg anda bakal dapat bila anda membeli buku2 ini. anggaplah ia...
sebagai cenderahati sementara anda dpt menyumbang kepada mereka.. yg pasti.. anda bayar..anda dpt buku dgn harga yg saya jual.. dan semua wang itu.. ya.. kesemuanya akan pergi ke Gaza in sha allah.. saya harap anda faham.. maafkan sy jika tersilap kata.. semoga allah rahmati anda semua yg telah dan bakal menyumbang..."

Friday, November 23, 2012

The Greatest Gift- my story in Project Listen

Dah lebih seminggu rupanya cerita yang saya submit kat Project Listen Prudential di paparkan di website diorang.
Tapi saya yang tak perasan. Mungkin terlepas pandang email dari team Project Listen.
Lagipun, saya rasa story saya biasa-biasa saja dan berkemungkinan besar tak di accept pun.
Until pagi tadi perasan satu email mintak mailing address sebab nak poskan some token sebab saya dah submit story and the story has been read and shared by some people on the web.

Plus, minggu lepas dan minggu ni saya agak occupied. Last week, my only grandfather masuk hospital and I receive offer letter for MyMaster. Minggu ni busy with medical check-up, progress report writing dan ada tetamu datang ke rumah.

Sekali sekala, ambil masa 15-30 minit, baca cerita orang lain di sini, dan tonton video yang diorang upload about the life, the stories, mmg boleh memberi sedikit pengajaran pada kita. Dari pelbagai segi kehidupan, pasal kerjaya, pasal anak, pasal keluarga, pasal kesilapan masa lalu, pasal mcm-mcm.

Saya berkongsi cerita mengenai hadiah paling besar dalam hidup saya- Zuriat kurniaan Allah, Anak!
Baca cerita saya di sini [click me click me click me]



Monday, November 19, 2012

Boycott Israel Campaign 2012

 

 
 
 
Nak tahu kenapa these companies ada dalam boycott list?
 
Sila baca di sini 
 
 Dan campaign yang membawa makna yang sama
 
 
Antara product in the boycott list yang popular di kalangan rakyat Malaysia
 
McDonald
Starbuck
LaSenza
Victoria Secret
Mark & Spencer
Motorola
Loreal
Estee Lauder
Johnson & Johnson
Revlon
Kimberly -Clark (termasuk Kotex, Kleenex, Huggies)
Mac
Coach
Ralph Lauren
Armani
Garnier
Timberland
Nestle
Coca Cola
Danone
 
I also used some of the products such as Nestle, Johnson&Johnson etc...=(

Need to stop buying these products NOW.

Thursday, October 11, 2012

Pendermaan Organ -A gift to Life

Few days back, kat dalam whatsapp Halaman Dhuha, my sister-in-law raise up the topic about pendermaan organ, and registring as organ donor. Most of us dlm family member interested/berniat nak jadi organ donor. In fact, my younger SIL dah pun register untuk jadi organ donor semalam. Well done Awa =)

Hari ni bila mencari resepi scones (sebab tgh mengidam scones),kebetulan pulak I saw an advert about National Transplant Resource by Nuffnang dkt most recipes blogs yg divisit. Clicking the advert dgn niat untuk lebih mengetahui pasal topic ni, I was directed to this webpage, Pusat Sumber Transplan Malaysia. atau Facebook National Transplant Resource.

Rupanya bermula 13oct-21oct 2012 ni merupakan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ .
Banyak juga aktiviti yang bakal dilakukan sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organi ni. Boleh rujuk events and photos dekat Facebook National Transplant Resource.



Untuk mendaftar, kita boleh buat secara atas talian/online. Sila klik sini.

Syarat-syarat Mendaftar


Well, sebagai umat Islam dan orang Melayu, mesti kita akan bertanya pasal hukum hakam mendermakan organ kan? Untuk pengetahuan semua, hukumnya HARUS di dalam ISLAM dgn syarat-syarat tertentu. Ni saya copy paste ye dari website e-fatwa.

Hukum harus menderma dan memindahkan organ
juga tertakluk kepada berbagai-bagai syarat yang pada prinsipnya menjaga berbagai kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

i. Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung kemudharatan atas dirinya seperti mati atau cacat seperti hilang pendengaran, penglihatan, kemampuan untuk berjalan dan sebagainya.

 
ii. Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma berkenaan.

 
iii. Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau kekeliruan.

 
iv. Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia, seperti melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu berlaku berasaskan keizinan dan pendermaan semata-mata.

 
v. Para doktor yang melakukan urusan pemindahan berkenaan mempunyai asas keilmuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk ke atas penderma dan penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam
 
 
Untuk bacaan lanjut, sila klik sini.

Okayla, sampai sini dulu. Saya sendiri pun perlu buat bacaan lanjut pasal topic pendermaan organ ni. Yang penting, sebelum decide untuk jadi organ donor, berbincanglah dulu dgn ahli keluarga terdekat, suami/isteri, parents and siblings ye.
Marilah kita sama-sama fikirkan pasal ni ye =)

 
 
 
 

Thursday, September 22, 2011

Duit oh Duit! Protect Our Pockets Campaign.


I rarely read newspaper. Teruk kan? Ye, mmg teruk sbb saya sangat malas nak bukak newspapers Malaysia. Hari-hari penuh dgn isu politik yang tak ada kesudahan. Boring. Tapi tak patut saya buat mcm tu, sbb bnyk lagi info-info serta isu-isu yang penting dan berfaedah dalam newspaper. So, hari ni, masuk office saya bukak The Star. Tajuk utama hari ini ialah Shocking reasons why Malaysians are living beyond their means. Boleh click di link ini untuk berita penuh.

Saya sgt2 bersetuju dgn rencana ni. Tepat kena batang hidung sendiri. Saya selalu overspent. Tiap-tiap bulan overspent. Nak kata bayar macam-macam, tak juga.Banyak expenses suami yang tanggung. So,ke mana duit saya ? hmmmm, menjadi tanda soal dalam kepala....?????

I realize that I am not a good financial manager of myself. Selalu tak buat perancangan tentang apa yang perlu and apa yang tak perlu dibeli. Sejak ada Ilyaas, sy macam ada magnet kalau tengok barang-barang bayi. Mesti nak singgah tengok, lepas tu terbeli. Untuk pujuk hati sbb terbeli barang baby, sy kata, takpe, spend untuk anak,tak pun guna alasan, anak sulung byk barang takde, jadi kena la beli. Tak patut. saya bukanlah pakai handbag berjenama pun, jadi bab handbag mmg dah pangkah awal-awal.mmg saya tak spend duit pada handbag. dan juga pada make up. tp saya spend duit kat mana yer?

Ahhhh, tak tahu...Makan? ada la jugak. Baju? Emmm boleh tahan. Saya banyak baju dalam almari. Tapi selalu kata alaaa, tak muat la, baju lama la..so, buat alasan beli baju baru. Tudung? Oh mmg banyak tudung.tp sama mcm baju, selalu buat alasan kata tudung lama. Bil Telefon? hehehe, dulu ingt lepas kahwin bil telefon tak banyak mcm zaman bertunang sbb tiap2 malam wajib cakap fon. hmmm, tak juga. ada anak, bil naik balik.sbb selalu sikit2 amik gambar anak, pastu nak upload kat fb.kena la bukak internet through hp. pakai pulak celcom package biasa, hp pulak hp cap ayam je.so mmg slow la internet kat hp, tp sbb nak jugak upload gambar anak kt fb, sanggup bayar bil telefon mahal2..hmmm, mmg tak perlu.harus dihapuskan tabiat ini. tak pun sikit2 nak telepon mak kat penang nak tanya pasal itu ini about baby.  yang ini perlu la kan.

Berbalik pada artikel dalam The Star hari ini, saya jadi sedar (harap sedar berpanjangan, bukan sedar sekejap je) pada sikap shopaholic and poor financial management yang saya miliki. Membaca entry Kak Hannah Johary pasal ways to manage your financial banyak membantu saya untuk lebih berhati-hati menguruskan kewangan. Agaknya, kalau gaji 10ribu pun, kalau tak reti nak manage duit, surely akan kayap juga kan? Duit oh duit...Sejajar dengan masalah rakyat Malaysia overspent ni, The Star telah melancarkan Kampen Protect Our Pockets.

Protect Our Pockets Campaign

Saya click untuk join kampen ini. Hehe, saja suka-suka dengan harapan dapat memberi faedah pada diri sendiri yang fail financial management ni.Melalui kampen ni, ada 6 resolution yang di ketengahkan.They are :-

Mudah-mudahan dapat la resolution2 ini dilaksanakan. Kalau bukan kerajaan yang laksanakan pun, try practic kan pada diri sendiri urusan2 financial magement yang bagus. Kalau google how to manage your financial, sure banyak website bagi cara-caranya.Tinggal diri sendiri je nak praktikan.Kalau tak pandai nak buat budget untuk diri sendiri, boleh guna budget calculator.
Okayla, semoga diri saya mampu menjadi pengurus kewangan yang berjaya untuk diri sendiri dan keluarga secara long term.Bukan hangat-hangat taik ayam.Wish me luck! =)

ps: jom Abang, malam ni tolong  saya set up financial budget kita saya lagi sekali.