Friday, April 29, 2016

These two persons....


Who had heard my heartbeats for more than 9 months of their lives in my wombs. 
Who had shared the same food with me through their cords and my milk. 

I love both of you to the moon and beyond. 

Ilyaas Hafiy : Pemberani yang mulia
Imani Hafiyya : Imanku yang mulia

May Allah ease everything for both of you, dunia and akhirat. 

Lots of love, 

Umi.


Thursday, April 28, 2016

Ilyaas Hafiy 5 years

Assalamualaikum, 

Patutnya up entry ni sebulan lepas. Sambutan hari lahir Ilyaas Hafiy Abdul Halim yang ke 5. 
Maaf sayang, umi lambat update kat sini. Tapi sambutan dah kita buat on your 5th birthday. 

Tahun ni hari lahir Ilyaas jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Weekend sebelum tu, umi bawa Ilyaas ke kedai kek. Kita tempah kek. Ilyaas pilih nak gambar BoboiBoy tahun ni. 
Tahun lepas Ilyaas requested for Spiderman Cake
Alamak, sebak bila baca balik all the previous years of his birthdays' celebration. sobs2...besar mcm mana pun anak sulung umi ni tetap akan jadi baby di mata hati umi. You are always my first love sayang. No one can't deny that. 
Umi doakan semoga Ilyaas panjang umur dah sihat selalu. 



Kek birthday Ilyaas untuk yang ke-5 tahun.
Kek biasa je, Ilyaas sendiri pilih nak kek sponge dan perasa pandan. 
Such a big boy taste. Ingatkan dia nak coklat or something more fancy. 

Sunday, April 24, 2016

Ending my trimester 2 already, sigh...

I'm going to 28 weeks next week. 

Pejam celik je dah nak kena mengisi chart pergerakan baby. 

Wah...so soon InsyaAllah the new family member will be arriving. 

Rasa mcm cepat sangat masa berlalu untuk pregnancy ketiga ni. Tak banyak yg sempat di catatkan dalam blog ni.. Kesian baby IH3.. tp umi keeps all the medical record etc. 

Untuk IH3 ni, umi check up sampai 6 bulan lebih di klinik kesihatan and at the same time buat check up dengan Dr Geetha di Hospital Pantai Manjung. But after this, umi nak mintak refer ke doktor di Penang, sebab umi plan nak bersalin di Penang. tapi kita plan je mana la tau terberanak kat Perak ni jugak.. 

Macam biasa, every pregnancy, perut umi memang lah tak berapa nak nampak sangat. 

Kesian jugak kat diri sendiri sbb bila naik LRT, orang tak berapa nak realize . 



Ni masa 6 months plus. 
Ramai ingat baru 4 months. 

Tapi IH3 kat dalam membesar ikut size yg normal, itu paling penting. Perut umi besar mana pon x kisah, janji anak di dalam sizenya bertambah seiring usia kandungan. 

Last check up masa 6 bulan, IH3 was 800g. 
Esok check up lagi untuk minum air gula, 
kalau doc scan dapat la tgk skrg IH3 dah 1 kilo lebih ke belum. 

Baju2 dari abang Ilyaas and Kak Imani yg elok lagi, umi dah asingkan untuk IH3. 
Baju2 baru pon dah mula beli sikit2. 
Minggu depan ingat nak mula mencari dengan serius barang2 untuk IH3. 

Bath tub stand pon dh beli coz aritu ada sale dekat Tesco , dapat RM99 je from original price Rm133. 

Kali ni mmg ready for czer so bath stand is really needed. No more tunduk2 untuk mandikan baby. 
changing table pon akan diusahkan cari, coz umi really really needs it. 

Sekarang ni IH3 ada skala movement dia. Agak kuat bergerak kalau umi kuat makan. 


Nanti update lagi ...

Banana Muffin Bakar dan Kukus

Assalamualaikum 

Dah lama tak share apa2 pasal makanan kan. Walaupun tak share, tuan blog ni membesar dengan jayanya. sebab suka sgt makan sekarang. Sebab suka sgt makan sekarang, petang ni decide untuk buat banana muffin. Ada dua sebab kenapa buat banana muffin hari ni. Firstly sebab 2 hari lepas kawan upload dia buat banana choc chip muffin. Secondly sebab mmg beli pisang pon dekat pasar tani semalam. So, dari biar pisang tu x dimakan (sebab ada beli buah buahan lain jugak), baik guna buat something else. Terhasil lah ini..


Caramelized Banana Muffin

Tuesday, April 19, 2016

Play time at Resort World Awana Kijal, Terengganu

Assalamualaikum...

Hi blog. Lama I tak jenguk you. I is busy. macam-macam dalam kepala sampai sakit kepala jadinya. 
Planning macam-macam, semuanya menyebabkan blog ni terpinggir. 

Bermula dengan hujung March, banyak betul aktiviti kena complete kan. 
End March, I pergi KL untuk training. Balik dari training, terus travel ke Terengganu. It has been 6 months since kitaorg balik kampung terengganu. Masa tu belum tau pregnant lagi, sekarang dah nak masuk 7 bulan pon. Cepat dan pantas sungguh masa berlalu. Masa balik Terengganu, last day tu husband visit internship students kat Kerteh. I amik cuti melepak dekat hotel. 

Ni first time kitaorg bermalam kat Resort World Awana Kijal. 
Sampai Awana pon dah around 9pm. We all bertolak from Kuala Terengganu after Maghrib. Siap tapau nasi and lauk mak mertua masak. 

So kat hotel, just had our dinner lepas tu tengok tv jap and terus tidur. Bilik cantik. 
Gambar dah delete so tak sempat nak share kat sini. Kami dapat standar room je, tp ada bath tup besar and jacuzzi sebelah katil. Dah macam honeymoon suite pulak. 

Morning time, breakfast. Puas hati jugak sbb banyak makanan untuk dipilih time breakfast. Walaupun hotel ni dah lama, tapi maintenance bagus, so still nampak cantik and exclusive. 

Lepas hantar husband ke office Petronas, we all balik hotel and I bawa Ilyaas and Imani ke swimmng pool. Since it was Monday, so tak ramai orang pun.Tenang je. Mmg takde monday blues la.

Ni part paling best for Ilyaas and slightly nightmare for Imani. 
Dah macam mini theme park pon ada. Ilyaas ulang alik naik gelungsur ni. 
Imani naik sekali je dia rasa mcm tenggelam bila terduduk lepas turun gelungsur. 
So Imani decided not to continue the fun. 


Last-last main air paras buku lali je Imani ni. 
Dulu bukan main suka air, sekarang jadi penakut. 
Si abang Ilyaas plak lebih berani. 
Almost 40 minutes biar dorang berendam n main air. 
I pon duduk sekali dalam pool kanak-kanak ni. 


After that, dah lapar balik. So makan waffle gardenia dulu. Keringkan badan. 


Main kat playground pulak. 
Ni dekat tepi pantai. Was a nice view. 
and nobody was there except for pekerja2 hotel je. 



Lastly, we went to the beach. 
Budak 2orang ni excited kutip kulit siput. 
Imani panggil cik kerang. 
originally I ckp ni cengkerang but dia salah dengar. jadilah cik kerang. 
Tak lama dekat beach coz matahari dah mula tinggi, pasir jadi panas and the kids tak pakai sunscreen. 
So we headed back to our room, siap2 and few minutes later husband pon sampai. 
Students dia hantarkan. 

At 12, terus check out and start our journey back to Perak. 

Another work related trip that coming weekend. 

Lepas ni pulak citer. 


Wednesday, March 30, 2016

Lamanya senyap...anak2 x sihat

Lamanya tak jengah blog. Busy busy busy. Bunyi poyo sangat busy2 ni. tp mmg betul. 
Masa yg ada kena isi dgn perkara2 lebih important and kat rumah, mmg dgn budak2 je. (ngn bapak budak skali ler). 

2 minggu lepas, Ilyaas demam. Hari pertama demam dah bawa gi klinik panel. Doctor kata ok, demam biasa, paru2 ok, takde kahak. So bagi ubat demam biasa je, tak yah antibiotik. Malam panas lit lit badan. Mmg dah agak something not right. Lagipun dia nak beralih umur ke 5 tahun ni, mmg kena jaga-jaga budak sorang ni sbb history dia nak umur 1tahun, dia kena febrile fit  sampai masuk ward. Kisah nya  di sini.
 Masa baru masuk 3 tahun, demam panas berlarutan and kena influenza B, pon masuk hospital jugak. kisah 3 tahun kat sini pulak

Hari kedua demam, I x bagi dia pergi tadika. Bawa dia gi office and jumpa doctor kat klinik panel lain sbb ingt nak mintak referral letter jumpa pakar terus. Masa ni hingus keluar mcm air hujan, non stop. Hidung dah merah2. Doctor kata lung clear so tak de reason gi pakar. eeeeyyyy geram rasa how can these two doctors tak dpt detect lung Ilyaas sebenarnya penuh kahak. 

Malam tu dia demam spiking. Next morning, terus bawa dia gi Hospital Pantai Ipoh, jumpa paed Dr Lee Hak Teong. Dengar my explanation and dia check keadaan paru2 Ilyaas mmg Ilyaas kena buat few tests. Kena amik darah takut denggi, kena amik sampel hingus etc. 




Tuesday, March 8, 2016

Travelling is addictive you know

Sapa setuju angkat tangan?

I dgn husband, sejak zaman kami berkenal-kenalan lagi, mmg kerja travel je.
Kami mula rapat pon masa work travel to Singapore.
Pastu ke US.
Dah pergi berdua je, mana tak sangkutnya.Apepun itu jodoh kami.

Masa transit di Munich Airport in September 2009. 
Before ke US.
Pic taken by a dear friend yg now dah jadi husband:D

Dah kawin, sebelum dapat anak, pon banyak travel. Travel dekat2 je time weekend. Ke Bukit Tinggi, Melaka, Johor, dalam Malaysia je la, sbb sebulan dua lepas kawin dah pregnant, so tak la travel merata sangat.


4 bulan kawin. 
Ke Bukit Tinggi Colmar Tropicale. 
Ilyaas baru 2 bulan dalam perut. 

Lepas tu berhenti kerja sambung belajar. Travel dekat2 dalam negeri Perak.
Beberapa tempat gak sempat pergi mcm Teluk Senangin, Teluk Intan, Pulau Pangkor, Taiping, Cameron Highland bnyk kali la turun naik. Pastu pregnant kan Imani.
Stop jap travelling, sebab nak fokus siapkan master. Tapi hujung2 study master, husband mula balik hobby travel dia. Kali ni pergi sorang2 dulu sbb dia pergi atas urusan present kat conference.
Dia gi Doha and Jakarta. Patutnya dapat gi Beijing gak, tapi dia decline paper tu.

Imani dalam perut dah time ni


Imani dah tubik!

Kat tepi blog ni ada gambar2 tempat2 kami pernah travel. Bleh klik situ kalau nak baca details. 

In 2013 jugak , hujung tahun, kami ke Sabah. Kota Kinabalu and Tawau. 
first time naik flight bawa dua budak cinonet ni. 



Tahun 2014, kami diizinkan Allah untuk travel keluar dari Malaysia. 
Husband dapat buat attachment kat TU Delft for sebulan lebih. I masih seorang student masa tu. 
Husband dah kerja n part time master dia. 
So, kami kumpul duit2 sikit2 plus bajet betul2 dari allowance husband, kami sepakat (atas pujukan beratus kali dari si isteri) pergi Holland satu keluarga. 
Tapi kat sana, tak travel pon ke other countries in Europe. memang kami stay kat dalam Holland je. 
Sebab masa ni mmg beringat, duit kami dapat sebenarnya allowance untuk seorang je (husband je), tp kami divide untuk kami 4 beranak. Alhamdulillah mencukup untuk cover flight tiket, penginapan dan makan kat sana. Duit belanja baju n barang2 je kena tambah2 duit sendiri. 

Pengalaman sebulan lebih menetap kat Holland sgt bermakna buat kami sekeluarga. 
Anak2 pun still ada ingatan tinggal di Holland walaupun dorang baru 3 and 1 tahun masa ni. 

To be honest, this is one of the trip yg rasa nak repeat bnyk2 kali.



Arrival at Schipol airport. Tunggu train nak ke Delft. 
It was 9 degrees. 



Final day in Delft. Before board to Amsterdam for another week. and balik Malaysia lepas tu. 
Nampak mcm mana kegigihan masa ni. 
Tgk gambar serik nak travel with the kids jauh2 mcm ni. 
But, being me, I mmg susah sikit nak tinggalkan anak. #clingymum
Sebab masa kecik I tak merasa travel jauh2 mcm ni, so I nak my kids merasa apa I rasa skrg. 
Let's see the world. 



My handsome boy in Keukenhof. 
Bila ada rezeki nak ke sana lagi..

Kami 4 beranak di Madurodam. 

Alhamdulillah, kami balik selang beberapa hari sebelum flight MH17 kena tembak dan terhempas. 


After that, 2014 juga bulan October kami merasa terbang lagi. 

Kali ni ke Bali. 
Masa ni rasa bersyukur sgt Allah tu Maha Mengetahui. memang teringin nak ke Bali dgn husband. 
Dapat bawa anak2 sekali. 
Tujuan utama mestilah present paper. 
sambil tu (sbb belum kerja) terus jalan2 sekali. 

Duit sama jugak, kami bajet betul2 dari allowance yg kami dapat. 
Alhamdulillah, semua cukup dan tiada penipuan allowance berlaku. 
Apepun, kita kena jujur uruskan allowance , Insya Allah dipermudahkan urusan travel etc. 



Lepas October 2014, kami dua2 mula bekerja balik secara tetap. 
Dah habis belajar, dapat kerja satu nikmat dari Allah Swt. 

After that dah kurang travel. 
Dapat travel dekat2 pun jadilah. 

Sekadar ke KL tu selalu jugak sbb internship visit students etc. 

Latest kami ke Jakarta sepetember 2015. 
Untuk present conference. 
memang tak sempat jalan mana-mana pun. 
Most of the time mmg spend di hotel je. 



After that, Feb 2016 kami ke Medan. 
Travel untuk tujuan bercuti. Kali ni bukan present paper atau atas urusan kerja. 

tp belum update lagi dalam blog!!!

Tak sempat pilih gambar lagi..


Ni satu gambar kat Bukit Gundaling berlatar belakang kan Gunung Sinabung yg masih aktif. 

Citer Medan harap2 dapat cari masa nak update.. Dah sebulan lebih tertunda ni... 


By the way, dalam hati ni dok teringin nak ke Perth and Singapore. 
pastu dok korek2 tabung tgk cukup ke tak duit...

Tak ingat nak beranak lepas raya ni, sibuk nak travel...

well, sbb tu I rasa travelling is addictive!