Thursday, July 14, 2011

saya dan breastfeeding

Salam semua,

Hari ini genap 3bulan, 2minggu dan 5hari saya melahirkan Ilyaas Hafiy serta menyusukan dia. Dialah putera kesayangan saya tak kira dimana sy berada, pasti dia yang saya ingati dan rindukan. Sungguh sgt rindu especially bila pergi kerja.

Di office, saya mengepam untuk bekalan susu Ilyaas. Setakat hari ini, hampir 2 bulan saya bekerja semula selepas 60 hari bercuti (dan berpantang), belum lagi saya miss mengepam. Bergantung pada kadar kerja yang ada untuk setiap hari, jadual pengepaman saya di pejabat adalah sekitar jam 11pg-12tgh hari untuk sessi pertama dan sekitar jam 4.30-5.20ptg untuk sessi kedua. setiap sessi memakan masa 15minit-20minit termasuk urusan membasuh alatan mengepam serta penyimpanan susu. Pernah juga saya terlalu banyak kerja, jadi saya hanya sempat mengepam sekali sahaja. Alhamdulillah, mula-mula tak ramai yang faham niat saya nak menyusukan anak tp sekarang semua dah tahu dah kalau sy menggendong cik Medela kesayangan keluar terkedek-kedek time orang lain sibuk nak pergi lunch, paham la mereka si ibu ini nak masuk pump station. dulu mereka pelik kalau nampak botol susu berisi 'ice cream vanilla' di dalam fridge. sekarang mereka pelik kalau botol susu itu tak ada dalam fridge. nnt mereka ingat sy cuti. Pernah awal-awal dahulu ada seorang teman di office tegur saya " Eh, kau busy sangat ke dekat rumah sampai tak ada masa nak pump di rumah,malam-malam kan free, pump je la kat rumah...ni kan nak kena sampai bawa pump ke office" Saya hanya senyum dan jawab secara ringkas, pump ni bukan kena malam je, dekat office waktu siang pun susu ada jadi pump la.boleh buat stock.

Tak kira la berapa banyak susu yang saya dapat setiap sessi mengepam [kebiasaanya rezeki Ilyaas sekitar 15-20oz setiap hari, bergantung la], sy tetap bersyukur. yang penting, kosongkan cik B supaya sentiasa ada demand untuk memastikan production yang berterusan. Setakat ini rezeki susu Ilyaas masih memuaskan, Alhamdulillah. tp kalau saya penat (yang teramat) atau rasa kurang sihat seperti selesema atau nak demam, pasti susu pun kurang. Saya tak makan apa-apa supplement untuk banyakkan susu.saya cuma makan Multivitamin yang mengandungi Acid Folic, Magnesium,Zinc, Calcium etc brand Kordel untuk memastikan susu saya cukup
vitamin2 sebab kadang-kadang saya makan tak menentu juga. Multivitamin ini juga untuk memberi zat-zat yang tubuh saya perlukan sebagai seorang working mother.
teman baik saya (nursing poncho selain daripada Cik PISA) hadiah daripada ibu mertua. Di dalam itu ialah Ilyaas Hafiy yang kuat minum susu.

Saya baru terbaca artikel ini dan artikel ini. Baru la saya paham kebaikan memberi bayi anda minum susu badan. Bukan saya nak mengatakan jangan bagi bayi anda formula milk, atau wajib bagi minum susu badan sahaja. Tidak, ini semua bergantung kepada ibu bapa serta rezeki milik si bayi itu. Seperti saya dahulu, hari-hari pertama Ilyaas Hafiy banyak dihabiskan di dalam nursery dan inkubator sebab saya terlalu lemah selepas operation dan tak mampu nak menyu
sukan Ilyaas pada waktu malam kerana saya perlu rehat yang cukup. Ilyaas juga mengalami jaundice dan harus tinggal di hospital. Maka, saya pulang ke rumah dulu. Ya, saya menge
pam untuk bekalan Ilyaas di hospital tapi bekalan saya tidak cukup.Anak di dalam inkubator dahaga perlukan susu. Jadi, saya benarkan nurse berikan susu formula pada Ilyaas saya. Alhamdulillah, Ilyaas tak lama di hospital, hari kedua dia dibernarkan pulang.
Ilyaas Hafiy sebaik sahaja selepas kelahiran.Sudah pandai lactation for his golden fluid.Alhamdulillah, walaupun sakit yang teramat di bekas potongan pisau itu, saya masih mampu mengiring untuk pastikan Ilyaas minum zat-zat yang penting dari colustrum pertama

Menjadi seorang isteri serta ibu dan masih bekerja makan gaji serta tidak mempunyai pembantu rumah, saya amat bersyukur dikurniakan seorang suami yang sgt ringan tangan membantu saya menguruskan rumah tangga. terima kasih Abang. Memang di akui dengan sepenuh hati [org putih kata whole heartedly], komitmen menyusukan anak dgn susu badan sepenuhnya sangat mencabar. Hingga sekarang, tidur malam saya tidak pernah nyenyak.Jika Ilyaas tak terjaga untuk menyusu, baju tidur saya pasti akan dibasahi susu, maka tidur pun tak selesa. Kena la bangun untuk mengepam (kalau pukul 3pagi pun, terpaksa la sambil pejam-pejam mata kalau mahu tidur yang selesa) dan tukar pyjamas baru sambung tidur. tapi, bak kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa. lama-lama dah rasa serasi dan tidak ada masalah menjalani rutin harian mcm tu( bermakna tidak cukup tidur)

Dulu, sebelum melahirkan Ilyaas Hafiy saya banyak membaca di internet tentang pregnancy serta info-info lain. Tapi sekarang, masa untuk browse through internet untuk menambah ilmu-ilmu parenting dan breastfeeding makin berkurang. Tapi saya terjumpa website ini. saya rasa it does help me and give me more courage to go through breastfeeding. saya tidak tahu bila saya akan mula kan susu formula, mungkin bila usia Ilyaas 6 bulan (kalau sudah kehabisan susu) atau 9 bulan atau 12 bulan, atau 18bulan atau mungkin hingga 24bulan. Jika saya mampu menyusukan Ilyaas sampai berapa pun usia dia, saya bersyukur kerana semua ini telah ditetapkan Allah. Saya tak pernah letak limit usia untuk Ilyaas mulakan formula milk dan saya juga berikan air zam-zam untuk Ilyaas kalau dia batuk-batuk.Kesian tengok anak kecil menangis sampai kering bibir...

Okla, Ilyaas sudah terjaga mahukan Umi mendodoi.

4 comments:

  1. alhamdulillah. i pun berjaya breastfeed my baby selepas dilahirkan. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.:) mana gambar ni..tak sabar nak tgk puteri kamu

    ReplyDelete
  3. wanjan, bersabarlah! ur time will come soon..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...