Monday, July 2, 2012

Ayam Panggang Oregano & Nasi Planta berCendawan



Sebelum study malam ni, nak kena share kisah resepi menjadi. Kalau tidak, tak tenang nak belajar ni. Bukan apa, excited ni sebab kembang kempis hidung terasa bangga dpt buat ayam panggang tanpa pakai oven... 
Ni menu kami sekeluarga malam ni
Ayam Panggang Oregano
Nasi Planta dgn Mushroom
Coleslaw
Sup Potato and Vegies (tp dlm pic ni takde kuah sup, amik isi sup je)
Sup tu khas untuk Ilyaas makan sorang :P

Resepi ni sgt senang and confirm jadi. Rujukan asal dari buku 23 Resepi Pilihan by Chef Hanieliza (Menu Buku Resepi PTS)



Ayam Panggang Oregano

Bahan-Bahan
2 keping paha ayam (size besar) - dibersihkan
1 ulas bawang putih (saya guna dua ulas) - dicincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan minyak zaitun (saya ganti ngn minyak jagung sbb takde olive oil)
2 sudu makan sos barbeku 
1 sudu makan sos Worcestershire brand Lea&Perrins
1 biji lemon (saya guna half limau kasturi sbb takde lemon)

Cara Membuat
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali lemon/limau kasturi
2. Perahkan lemon/limau kasturi dan gaul rata. Perap selama beberapa jam
3. Bakar ayam gunakan pemanggang di atas dapur
4. Hidangkan dgn sos lada hitam dan sos cili

* saya perap semalaman dalam peti ais frozen supaya senang pas balik uni,terus defrost dan masak *
Ni before masuk peti ais sejuk beku.

dalam proses memanggang ---errrr panggang ke camni..
nasib la labu, i xde oven lagi, so guna non-stick frying pan jadilah..
Kalau ada oven senang la, xyah pusing2 ayam tu selalu..
apa saya buat ialah, every few minutes, tukar position ayam, so that masak dua-dua side and x hangit either side.




Untuk Nasi Planta berCendawan pulak, saya pakai resepi sendiri je...boleh la share kat sini..hehehe

Nasi Planta Bercendawan



Bahan-bahan
2 pot beras-dibasuh dan ditoskan
1 ulas bawang besar-dipotong besar
1 ulas bawang kecik -di penyekkan
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
Garam secukup rasa
Planta satu senduk nasi
2 butir white button mushroom-dipatung dadu/kecil

Cara Memasak
1.Masak Nasi macam biasa dlm rice cooker
2.While Nasi tengah masak, panaskan kuali kat atas dapur
3. Tumis semua bahan-bahan bersama planta
4. Gaulkan cendawan bersama bahan-bahan dalam kuali
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Dah cair semua (tak perlu garing), tuang ke dalam rice cooker yang tgh memasak nasi tu
Time tumis bahan-bahan di atas sebelum di campur dgn nasi yang tgh dimasak dlm rice cooker
Kacau nasi dgn campuran ni supaya rasa planta sekata pada keseluruhan nasi

Okaylah, nak kena concentrate study. Esok ada rehearsal RPD. Rabu RPD. 
RPD-Research Proposal Defence. 
Doakan saya dpt buat yang terbaik and tak gugup sgt masa present nnt ya! Thanks =)

Btw, tempoh memasak semua ni termasuk sup + coleslaw ialah 45minutes to 1 hour je. 






No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...