Hari Rabu, 11 Julai aritu, saya gi check up untuk 3 bulan kat Klinik Kesihatan Tronoh. My first time lah ke sini, sebab Ilyaas and I mmg check up kat Klinik Desa dkt ngn rumah ni jer.
Takde idea pun nak check apa. Just tau, kena amik darah. Masa first pregnancy, amik darah untuk check tahap Anemia. Tapi, untuk second pregnancy ni, kena amik lebih banyak darah, untuk check Anemia dan juga HIV dan any penyakit kelamin. Prosedur KKM ni.
Lepas register and dapat number, tiba-tiba nampak nurse pakat-pakat berkumpul. Rupanya dorang bagi free talk. Husband and I pun join lah. Talk pasal Anemia. For me, I rasa talk tu berkesan walaupun hanya menggunakan manila kad sebagai medium presentasi. Lepas talk semua audience dapat air kotak and mini cake. Rasa quite impressive sebab my first experience dulu check up semua kat private, so kalau nak dgr talk ni semua harus berbayar lah. Tp kat KK ianya free :)
Masa tgh talk |
Then, I pegi amik darah. 5 ml, pengsan mak. Pastu hantar ke lab dan tunggu turn nak berjumpa doctor. Tunggu dalam 15-20 minit, sampai turn berjumpa doctor.
Masuk je bilik doctor, dia terus suruh baring nak scan! Excited la I. terus tanya can I call my husband as well? hahahaha, doctor tak layan.. understood, it's public clinic, so lain la sikit..dulu kt KPJ, nurse siap panggil husband masuk sekali everytime kita check up. It's ok. Gembira and sgt bersyukur bila scan kali ni, dah nampak baby ada kat dalam. last time was still an embryo. Skrg dah fetus. Dah nmpk jantung berdenyut. MashaAllah. Perasaan melihat adik baby dalam perut ni sgt lain dari masa melihat Ilyaas dulu. Betul lah org cakap, setiap anak tu berbeza.
Then, doctor check miss B, leher, kaki and pernafasan. Semua ok alhamdulillah. Kemudian, bg consultation on where should I go untuk deliver. I hanya boleh bersalin kat General Hopsital, iaitu Ipoh, or Penang.. hospital daerah tak leh terima case I.
And doctor courage for normal delivery. tapi dia gitau risiko 0.05% untuk luka czer terbukak balik. but she said, from her experience, tak pernah jumpa lagi case macam tu.. And I ask kalau I pilih nak czer jugak, what's the rate for comlplication. Jawapannya, lebih tinggi dari rate 0.05% luka nak terbukak balik tu. First, fibroid muka terjadi lepas 2nd operation sbb abdomen I dah dibukak sebanyak 2 kali. Chance untk infection lebih tinggi. Dah masa operation kedua lebih lama untuk operation pertama. Ooooohhh, I will try my best untuk normal delivery kali ni. InsyaAllah...kalau diizinkan Allah..
Overall, berpuas hati dgn service di sini. Total masa yang I spend kat sini cuma 1 jam 10 minit je. Klu kat KPJ, 1 jam 10 minit, tunggu turn nak jumpa doc je..Maybe sbb I pilih doc yg fames sgt kot dulu. Hahahah, ok dah dah la compare KPJ and KK...
Sekian...
Published with Blogger-droid v2.0.6
Actually, check-up kat KK sekarang getting better. Like seriously.
ReplyDeleteI check kat Putrajaya ni, but sebab orang terlalu ramai service jadi lembab but berbaloi la sebab FOC kan? I tak pernah try private langsung since anak 1st, agak puas hati dgn KK & Hospital Kerajaan setakat ni :)
Anyway, all the best ye dear.Hopefully kita sama2 bole VBAC.