closed up ikan dory fillet dgn sauce mushroom buatan tangan sendiri
Bahan-bahan:
2 fillet ikan dory (Harga RM9 kat Tesco)
Lea & Perins Sos
Black pepper Powder
Serbuk Oregano
Sos BBQ
Sos Tiram
Tepung Jagung
Mushroom button
Air
bawang putih
butter
Cara-cara:
Bersihkan lah dulu fillet tu.. ikut cara yg ditunjuk kat plastik packaging camne nak thaw ikan tu.
Pastu, tabur semua bahan kecuali mushroom and air kat atas ikan tu and lumurkan on both sides.
Peram selama beberapa minit..berjam-jam pn xpe, lagi sedap
Then panggang atas non stick frying pan. klu ada oven, lagi awesome la hasilnya.
untuk mushroom sauce pulak, cincai je saya reka resepi sendiri.
mushroom tu saya tak potong dadu, saja nak bagi macam flakes
dalam mangkuk, campur air, sos BBQ and sedikit sos tiram
bawang putih dipotong halus2..
then tumis bersama butter dlm kuali..
bila dah naik bau, masukkan mushroom and goreng sampai layu
then masukkan bahan yg dah dicampur dlm mangkuk td
Gaul sampai mendidih
Campurkan tepung jagung sikit sikit nak bagi sos tu pekat..
Hidangkan dgn potato salad
Ni senang je nak buat..
Mula-mula rebus potato (dipotong dadu) tu bersama carrot (dipotong panjang)
then rebus broccoli (masuk last sekali sbb broccoli cpt lembut)
Dah siap, toskan kejap and biar sejuk
Dalam satu mangkuk besar, gaulkan potato, carrot, broccoli and tomato bersama mayonis and sos thousand island
simpan dlm peti sejuk sampai waktu nak serve.
sedap dimakan sejuk2..
Dinner kitaorg minggu lepas..
Selamat mencuba
cooking time: 45minit-1jam
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...