Dalam menyambut kelahiran bayi baru, ada beberapa adab yang telah diajarkan Rasulullah SAW sebagai panduan kita semua umat baginda. Antaranya ialah:-
1. Melaungkan azan di telinga kanan anak serta iqamat di telinga kiri sejurus selepas kelahirannya.
" Aku melihat Rasulullah azan di telinga Hassan bin Ali sewaktu Fatimah melahirkannya"( Riwayat Abu Daud, daripada Abu Rafi')
- untuk memastikan kalimah pertama yang didengar oleh si anak ialah perkataan yang mengandungi kebesaran dan keagungan Allah dan kalimah syahadah.
- dapat menghalau syaitan dan unsur-unsur jahat.
2. Melakukan Tahnik dengan buah kurma/tamar atau makanan yang manis
Abu Musa al-Asyári bercerita: "Saya telah mendapat anak lelaki, maka saya membawanya kepada Nabi. Baginda menamakannya Ibrahim, menyuapkan tamar ke dalam mulutnya dan mendoakan keberkatan untuknya lalu meyerahkan anak itu kembali kepada saya" ( Riwayat Al-Bukhari).
- Cara Rasulullah mentahnikkan bayi ( diringkaskan dari Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
*Baginda mengambil sebiji tamar lalu dikunyah-kunyah
* Kemudian disuapkan ke mulut bayi
- Sekiranya takde kurma/tamar, maka suapkanlah dengan sesuatu benda yang manis-manis.
- Boleh dilakukan oleh ustaz/iman atau orang-orang alim
- Namun, sunnah tahnik dilakukan sejurus selepas kelahiran, sebelum disusukan, jadi memadai tahnik dilakukan oleh Ayah bayi tersebut. Menurut Majalah Al-Ustaz edisi 09, maka sebaik azan pada telinga anak, susulilah dengan mentahnikannya dan kemudian menyusukannya dengan susu ibu.
- tidak salah sekiranya bertahnik banyak kali
- Sains dan Tahnik ( Boleh dibaca di sini dan di sini)
- Sains dan Tahnik ( Boleh dibaca di sini dan di sini)
3. Mengucapkan tahniah merangkap doa buat ibu bapa si anak
Antara doa-doanya:-
"Semoga Allah memberkatimu dengan kelahiran anak ini dan kamu pula mensyukuri Pemberianya. Semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang daripada anak ini"
"Semoga Allah melimpahkan berkat-NYA ke atasmu, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikanmu seumpama memperbanyakkan pahalamu".
4. Melaksanakan Aqiqah
- 2 ekor kambing untuk anak lelaki
- seekor kambing untuk anak perempuan
- sunat dilakukan pada hari ke-7
- tetapi tidak salah dilakukan pada waktu lain
5. Mencukur kepalanya
Sabda Rasulullah: "Bagi setiap seorang anak hendaklah dilakukan aqiqah:sembelihlah haiwan baginya dan buangkan daripadanya penyakit (cukur rambut) (Riwayat al-Bukhari)
6. Memberi nama yang baik.
7. Berkhatan
Sabda Rasulullah : "Lima amalan ini ialah fitrah manusia: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memendekkan misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak"( Riwayat all-Bukhari dan Muslim).
Rujukan: Majalah Al-Ustaz Edisi 09
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...