Wednesday, March 27, 2013

Her 2 months update


Harini Imani pergi cucuk utk 2bulan. Umi choose purple sebagai penguat semangat Imani yg nak kena cucuk. Check up ni sekali check abang Ilyaas jugak untuk 24months. Punya la aktif abang Ilyaas kat klinik tadi, nak timbang pon 5-6 kali percubaan baru berjaya ambil bacaan berat. Itupun tak berdiri statik.

Progess Imani alhamdulillah semuanya ok. Berada pada graf putih. Ukur Lilit kepala dah 39cm, berat dah 5kg, panjang dah 57cm. Dah pandai senyum bila orang agah dia. Leher makin kuat dan mampu tegak sendiri untuk beberapa saat. Pandai nangis dah kalau nak susu. Dulu ek ek ek je..sampai tak tersedar dia dah lapar.

Dah travel ke Tganu last week. Very well behaved. Kalau letak kat playgym, dia boleh la bertahan dlm 30minit main2 kat situ. Cara main ialah dgn tendang-tendang mainan yang tergantung tu.

Rajin pakai headband. Hehehe. Umi yang rajin pakaikan.

Dah buat Akikah. Dan sudah botak. Comel sgt.

Muka sebijik muka abg Ilyaas. Walaupun ramai cakap tak, tapi ni la muka Ilyaas masa umur 2 bulan dulu.

Masih minum susu ibu. Tak berapa pandai minum guna botol, tp umi malas nak praktiskan. Nanti dah duduk kat pengasuh, pepandai la tu.Nak tak nak, dia kena minum ikut botol sbb umi is not around.

Dah ada banyak baju, sebab tiap kali keluar je umi beli baju dia. heheh.

Suka mandi. Ketawa sengih2 kalau bagi mandi.

Suka berak jugak. Mmg trademark sbb dari dlm perut dah berak. :P

Aim for the month: nak settle down dgn rutin baru di rumah pengasuh. Serta lebih pandai menyusu guna botol. Serta segera tumbuh rambut.

8 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...