Tuesday, February 11, 2014

Majlis Doa Selamat utk Zarifa

Hari Sabtu aritu, I bangun awal sikit, buat kerja thesis sikit, then siapkan anak-anak sebab kitaorg nak bertolak gi KL. Nak attend majlis doa selamat sekaligus dengan birthday celebration untk anak saudara I merangkap anak susuan I, Nur Wafiatul Zarifa. Hari Jumaat aritu, 7 Feb,Zarifa dah genap satu tahun..dengan izin Allah, anak istimewa ini dapat menyambut usia 1 tahun. 

pukul 11.30 kitaorg sampai KL...khemah putih purple dah tersergam indah depan rumah brother in law i..
rasa mcm kenduri bertunang..



ada candy buffet jugak..budak2 mmg dok ulang alik ke meja candy buffet ni je lah. Ilyaas xlayan sangat candy candy ni..dia dok jaga agar agar merah ...bukan jaga, dia tukang habiskan...

Majlis mula lepas solat zuhur..Jemaah surau datang baca doa selamat..


Ahli jemaah surau kota kemuning yg memeriahkan majlis..

masa doa selamat ni, I duk bawak Ilyaas pergi toilet. dia skrg dah mmg tak pakai pampers dah waktu siang.so kena rajin bawa melawat toilet la..
Imani lepak dgn mak  sedara dia kat luar..Lega gak la, since balik CNY Imani dah kurang clingy dgn I..
at least dia nak la dkt mak2 sedara n nenek dia..klu tak, jenuh nak entertain dia sorang.



Ni la mak sedara kesayangan Imani, cik ana yg tgh induction nak masuk kerja. Comel kan Imani ? hehehe puji anak jap yer...Dia skg dah tak nak pakai headband2 ni..dia nak pakai cekak je..rasa dia dah besar la tu..klu dia tgk I pakai cekak dalam rumah, dia renung je cekak I, dia ingt ummi pakai cekak dia kot..

Bila bagi pakai cekak, dia sengih2 rasa dia dah cantik la tew..



Ni birthday cake kedua untuk Zarifa. yg kek no 1 ada dlm entry Zarifa is 1. Kawan biras I buatkan ni. Dah la details dia cantik, mcm wedding cake dah I tgk..rasa dia pulak sedap...moist sgt red velvet dia..kejap je hidang dah habis..
Ilyaas makan sepotong lebih..pastu petang tu main basikal, masuk angin dalm perut terus termuntah keluar warna merah..semua orang terkejut ingt dia muntah darah..padahal dah makan red velvet banyak, dgn jadi along kawasan jaga agar2 merah nenek dia buat kan..semua yg keluar kaler merah la..


Gambar princess Zarifa =)

Geram budak masham ni,,, nak gigit pipi labuh dia..
Good Job Jippa..dah pandai meniarap tau..

and last but not least



Zarifa dgn Umi Athi

Jippa baru sudah minum susu tu, pastu ngantuk, umi athi nak tidurkan, tp kena amik gambar dulu...



1 comment:

  1. Mulia sungguh hati Athiey. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Besar pahalanya menjadi ibu susuan kepada anak istimewa ini. Double thumbs up!!!

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...