Friday, April 17, 2015

Dekat mana nak beli educational items untuk anak-anak kita?

Assalamualaikum, 


Untuk soalan yg dalam tajuk tu, jawapannya kena baca entry ni :D
Hari Jumaat yang mulia ni, nak share pasal benda baik2.. =) InsyaAllah

Ilyaas kan dah 4 tahun sekarang. I dah mula ajar dia membaca. Kenal bunyi. guna konsep phonic. Tapi takla memaksa. Kalau nampak mood dia ok untuk belajar, I ajar. Kalau dia tengah mood nak bermain or nak menonton kartun or cd, I biarkan je dulu. 

Tak lama pon masa yg I amik untuk ajar Ilyaas sebab I tak nak dia rasa 'terpaksa' belajar. Everyday (almost everyday), I akan spend minimum 5 minutes to 10 minutes and ajar dia mengenal bunyi. Imani pon join sekali walaupon dia baru 2 tahun. Alhamdulillah, slowly nampak la improvement dua-dua beradik ni. Still belum boleh baca, tapi dah boleh grab penyambungan bunyi. 




 I guna buku Siri Bacalah Anakku. Buat masa ni still buku 1. Ada 8 buku semuanya. Termaasuk CD and flash card. Masa I beli ni satu set RM36 je. (excluding postage). Untuk English plak, I guna Peter and Janes series tp buat masa ni I lebih tekankan kepada Siri Bacalah Anakku.. 

Buku Siri Bacalah Anakku ni best sebab ada set lengkap. Nanti kalau rajin , I amik gambar setiap buku2 dalam Siri ni and review kat blog ni ok. Kalau rajin. hehehe :D

Ilyaas jenis tak berapa nak rajin ulang kaji sebenarnya compare dengan Imani. Apa yang I observe la. Jenis kena paksa sikit. Imani lebih willing untuk belajar (dan koyak buku) hehehe. 


Untuk Islamic education, selain guna Muqadam and Iqra', sekali sekala I guna Baby Khalifah ni. I beli dulu tahun 2013 and ni set lama. Sekarang dah ada set baru tau. Nak baca review set Baby Khalifah ni boleh jenguk entry ni... Masa I beli harga dia Rm90 ke Rm98, tak ingat exactly. 

To me, untuk guna Baby Khalifah punya produk ni, lebih kepada parents kena duduk bersama and ajar anak2, especially bila kena guna CD and anak2 still kecik (tak reti nak handle computer properly). Sebab tu, I jarang2 guna Baby Khalifah ni. I simpan dulu, InsyaAllah bila anak-anak dah paham, yang guna laptop bukan untuk tengok youtube je, I akan lebih intensive guna khidmat Baby Khalifah ni.. InsyaAllah. 

Untuk kedua-dua alat bantuan mengajar ni, I beli melalui Mommy Nadia from Fabulous Motherhood. 
Dulu kenal secara alam maya sebab baca blog dia, since beza umur si Rayyan and Ilyaas dalam seminggu je beza, lama-lama kenal in real life. Sebab Kak Nadia orang terengganu. Kalau nak jumpa Kak Nadia, mesti time balik Terengganu. 

Sekarang Kak Nadia dah ada website sendiri. Before this she works more using Instagram and dah beberapa kali jgak dia anjurkan program childhood early learning seminar or workshop. Such an inspiration. Tapi I belum berkesempatan nak join her activities... Sebab utama tak tinggal kat KL :D

Ni link website Early Learning Shop



Selain buku2 yang I beli ni, ada banyak lagi products yang Early Learning Shop jual. 
All are original. Bukan fake yer. 



Products sell at Early Learning Shop




Actually the first item yang I purchase from this shop is Imani's 9 months birthday present. Leap Frog Activity Table. 

Well, if any of us nak cari original educational toys/games/books etc, boleh la consult Kak Nadia from Early Learning Shop. Boleh follow dekat Instagram and facebook too =) 

Jom kita sama-sama support a Malaysian Malay Muslim Business =) 






3 comments:

  1. tq for sharing..bagus ni tuk anak2

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing athi! Nak cekidout semua benda ni.

    Aishah and Kenx baru nak start konsisten. Before this main ikut je mana sempat.

    Sekarang pakai grolier, set alfurqan and mainan random je mcm blocks and play-doh.

    Please write more for your homeschooling 'labels'. Inspired! <3

    ReplyDelete
  3. anak2 saya pon sebaya ngan anak2 athi...skarang pakai grolier punye range...tapi Allah hai...tahap kesabaran kene tinggi tatkala nak mengajar diorang kan :) good luck to us:)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...