Monday, May 7, 2018

Impetigo


Assalamualaikum semua, 

Saya nak bercerita tentang pengalaman saya menguruskan anak yg diserang Impetigo, sejenis penyakit kulit. Kejadian ini berlaku lebih kurang setahun yang lalu. Dah lama gambar-gambar ni berada dalam draft, cuma sekarang saya tergerak hati untuk share pada public. Harapnya dapat memberi sedikit bantuan untuk parents yang mencari maklumat berkaitan penyakit kulit ni. 

First of all, apa tu Impetigo? 

Sebenarnya, impetigo ni mcm kudis. tapi jenis kudis yg timbul seperti ruam, kemudian, nampak seperti ada air dekat dlm ruam tu. Bila ruam tu pecah, air tersebut (or air bisa) akan merebak. menyebabkan bahagian kulit yg terkena air bisa tersebut akan jadi mcm berkuping, warna seakan2 rose gold. kuping tersebut, sekiranya di tarik utk dibuang/bersihkan, akan menyebabkan kulit kelihatan menjadi lebih nipis. Kuping2 tersebut boleh membesar sehingga lebih besar dari duit syiling 50 sen (yang design lama). 



Ini rupanya bahagian kulit yg terkena jangkitan impetigo. Asal nya luka yg kelihatan ni sebesar ruam/jerawat sahaja ye. 
Once merebak, dia akan membesar dan membersar. 
Pada mulanya, sebelum berjumpa pakar kanak2, saya balut luka ni, utk elakkan dia terkena baju yg anak pakai. Rupanya, itu satu kesalahan besar! 

JANGAN BALUT LUKA IMPETIGO! 

Bila kita balut, luka lambat kering, dah air bisa akan melekat pada kain yg digunakan utk balut, hence, melajukan lagi proses utk impetigo berjangkit dekat bahagian badan yg lain.

Sebenarnya, sebelum anak saya terkena impetigo ni, dua-tiga hari sebelum tu, saya sudah pun berjumpa pakar kanak2 yg sama, untuk kes anak cirit birit. Masa tu, saya dah perasan ada ruam2 kecil baru mula tumbuh di bawah ketiak anak saya. Saya ada tunjukkan pada doktor, dah doktor cakap cuma ruam biasa, heat rash. sebab belum nampak air bisanya. 

But, lepas balik tu, sebabkan anak kuat berpeluh, dia akn garu2 bahagian badan dia, makan ruam tersebut tercalar, dah cepatlah merebak ke bahagian dada/perut. 
Saya bawa ke klinik panel berhampiran rumah, doctor bagi ubat ruam. 

Bila saya tengok keadaan luka yg makin merebak dan jenis yg berkuping lain dari kebiasaannya, saya terus bawa jumpa pakar semula. Sah, Impetigo!



Ini masa menunggu nak jumpa pakar, Alhamdulillah walaupun kena Impetigo, si anak tak ada demam. Dia pon x merengek sebab sakit etc di bahagian yg mengelupas tu. Menurut doktor, luka tersebut tak sakit dan tak akan meninggalkan parut. 

Memang betul, lepas treatment dengan antibiotics ( I can't remember the type of medicine the doctor had prescribed since it has been a year past), tak ada scar langsung pada badan anak saya. kembali gebu seperti biasa, alhamdulillah. 


Punca terjadi nya impetigo ni dari persekitaran. 
Saya suspect, Iyaadh terkena impetigo semasa dalam perjalanan kami pulang dari terengganu ke perak. 

Kami memang letak kan Iyaadh di dalam car seat almost sepanjang perjalanan. 
Mungkin car seat tersebut kurang bersih dan bila di dlam perjalanan, dia berpeluh, dan naik ruam panas dan digaru2, maka ruam tersebut dijangkita kuman yg ada dekat car seat tu. 
Dari ruam biasa bertukar jadi Impetigo. Wallahualam. 

Apepun, saya harap perkongsian ini dapat membantu serba sedikit orang yg mencari maklumat ini. 

Sekian you all. 


Saturday, May 5, 2018

Budget/Bajet Percutian 3H 2M ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum semua,

Saya nak kongsikan serba sedikit bajet percutian kami ke Pulau Langkawi masa cuti sekolah March 2018 ye. Kos ni mungkin akan jadi lebih kurang/sedikit if pergi bukan time school break.
Untuk yang nak jadikan rujukan, silakan.
Harap tak ada yang berfikiran negatif bila saya share bajet ni ye.



Pinggan Mangkuk shoppig tu saya tak ingt berapa details , hahahahah. nak kata membeli banyak sangat tu tak jugak, tapi ada la jugak. sebab husband memang xkisah I prepare barang2 rumah utk rumah kitaorg since mmg perlu in the future especially bila tetamu bnyk datang kan.

Ok, untuk details2 lain, boleh jenguk entry2 berkaitan Langkawi ye.


Langkawi 2018: Day 2- Dataran Lang & Pantai Rhu

Assalamualaikum you all, 

Jom, sambung entry Langkawi ye. Kalau dah ke Langkawi tu, tak sah la trip if tak bergambar dengan burung helang yg jadi mercu tanda kebangaan Langkawi. 

Lokasi Dataran Lang ni dekat Jetty Kuah. Memang betul2 berhadapan laut di jetty tu. One problem dekat sini ialah parking space! Walaupun banyak parking space yg disediakan di sini, still susah nak mencari tempat parking yg kosong. Sebab kebanyakkan parking lots di sini telah di occupied oleh kereta2 sewa yg menunggu pelancong tiba, or orang Langkawi yg parking kereta kat situ utk membeli belah di mall di jetty Kuah ni.

Selain masalah parking space yg susah nak dapat, masalah cramp/jem pun one of the problem. Disebabkan kawasan ni sgt busy because main jetty to Langkawi and now dorang dah bina complex mall dekat sini yg lengkap dengan fast food restaurants, kedai kopi berjenama, shopping lots etc, maka sangatlah ramai pengunjung yg datang. Kenderaan yg nak drop off passengers untuk ke jetty pon jadi packed, sampai tak boleh nak gerak. 

Mulanya, kitaorg dah malas nak ke Dataran Lang because of these problems la. Tapi memikirkan entah bila lagi nak datang ke Langkawi ni, maka pusing2 jugak lah sampai jumpa parking space yg available. One more thing, parking kat sini, kena pakai kupon parking yer. Tapi we all tak sempat nak cari kupon tu kat any kedai, so we all just gamble parking je la without the coupon. 


Dah pukul 6 ptg ni, tapi matahari still terik. Haruslah pakai shades besar ni. 
Actully this is not a real shades utk bergaya sangat pon, it is more to protection from UV light, memang we all beli dekat optometrist and khas utk orang yg specky like us. That's why it looks extra big to accommodate our original spec inside that, hahah. 

Orang sgt lah ramai kat sini! mujur kawasan dia lapang and luas. so kids can still stroll around berlari sana sini. Pergi musim school holiday, what to expect kan. 




Ni dah jauh sikit from the front view. kat belakang tu penuh umat manusia. 



kat area blkg yg bukit2 sikit tu kawasan hotel kitaorg. so De Baron Resort sgt dekat dengan jetty kuah you all. view dataran lang pon nampak sayup2 from our hotel. 


From Dataran Lang, we all drive northward to Pantai Rhu. Pantai Rhu ni bukan pilihan ramai, sebab x banyak kemudahan water sports and other facilities disediakan. Lebih kepada orang yg nak cari privacy. Kat area kampung2 jugak.


Perjalanan from Dataran Lang to Pantai Rhu took us about 30 minutes through the scenic view of the limestone and greeneries.

Cuma dekat sini, sangat tenang and damai. Sebab x ramai pelancong, yg ada pun 2-3 orang minah saleh tengah sun bathing and few local kids and their mothers relaxing on the beach. Few food stalls are opened




Since dah almost Maghrib, we did not allow the kids to swim. Just main pasir je. 

Ilyaas, Iyaadh and Imani 







Beautiful sunset at Pantai Rhu, Langkawi.