Bermakna perhimpunan cucu-cucu Halaman Dhuha Sdn Bhd di
Kampung Wakaf Nyiur Kembar, Bt.Payung, Terengganu.Gambar ni tak cukup corum.
From Left to right: Hana, Ilyaas, Zulfa, Amzar, Zahra
Not in picture: Fahim, Faris, Fayyadh, Farzana (dorang kat Besut lagi masa ni)
Ok, Assalamualaikum semua =)
Dah almost a week tinggalkan blog ni. Sebab nya baru je habis beraya sakan. Atceli, tak raya sakan pun, most of the time duduk kat rumah je, layan anak dan anak-anak sedara. Pagi-pagi raya pun kitaorg tak bergambar bagai sebab semua tak pakai baju raya. Hahah, kecuali kaum bapa yg pergi bersolat raya di masjid. Kaum hawa serta anak-anak duduk di rumah siap-siap nak makan nasi dagang. But, saya still bg Ilyaas pakai bj melayu selama sejam sebelum tukar ke tshirt biasa.Hahha, bagi dia feeling raya sikit.
Aktiviti biasa la, petang2 lepak kat luar rumah. Main beskal.Main bola. Bagi ikan makan walaupun nak nampak ikan pun susah sebab kaler air kolam agak hijau. heheh
Bila dah berkumpul ramai-ramai semua sepupu , budak-budak ni susah la nak tidur siang. Bukan takat tidur siang, tidur malam pun lambat gila. Tak larat dah mak bapak masing2 nak tunggu dorg mengantuk. Tak tau dari mana energy banyak gila sorang2 ada. Sampai kul 12 tgh malam boleh cool je masing2 main mainan lepak depan tv. Jangankan yg setahun lebih, yang 6-8 tahun pun sama je. Banyak la drama bila nak ajak masuk bilik untuk tidur. Well, ajak masuk bilik boleh, tp xleh tutup pintu. Kalau tutup pintu, mesti mengamuk panjang. Anak sapa la tu, anak saya la.
Sampai satu tahap dia tahan umi dia dari masuk bilik by duduk depan pintu bilik and make sure I did not close the door. supaya dia boleh main lagi kat living room tp umi kena teman dia, takleh masuk tidur. Penat la anak ooooi, umi need a rest. Last-last semua org kena masuk bilik , tutup lampu baru Ilyaas surrender.Tu pon sambung ngamuk dlm bilik.
Agaknya sindrom Ilyaas too bored kat rumah sendiri sebb sekarang kan dia anak tunggal.
Balik kampung ramai sepupu geng bermain. Happy la dia. =)
Hari raya kedua, pak mertua ku buat korban. Seekor lembu besar gemuk dan sihat walafiat.
Malam tu buat kenduri arwah dan tahlil. Masak memasak kami sekeluarga rewang. First time rewang di HD sepanjang saya jadi ahli keluarga HD la. selalu mak ayah panggil orang masak. Tp ni sebab tak ramai sgt jemputan, kami pakat2 gotong royong.
Pagi tu, lepas sembelih, melapah, potong daging semua (kaum adam la yg buat), saya join diorang timbang2 and bungkus dalam plastik untuk edarkan pada penduduk kampung. Dapat jugak sumbang tenaga dan menghayati erti sembelih korban. Hehehe. Lepas zohor, flat kejap.hahah. pastu baru continue basuh ayam dan masak memasak. Tolong sikit2 je.
Mak dgn Kak Dilah masak gulai kawah. Sedap Meletop Terangkat! mmg laju la makan malam tu. menu lain ialah sayur kacang goreng, daging masak merah dan ayam masak merah. Serta acar timun. Sedap lazat.Berkolestrol gitu.hehehe.
Raya ke-3, nenek melayan cucu-cucu serta anak menantu shopping dan makan. Singgah Tutti Fruity KT. Time ni dah tak cukup corum, sbb geng Shah Alam dah bertolak balik. Pastu the elder two kena tinggal kat rumah.hehe
Raya ke -3 mmg kerja makan dan makan sahaja. Lunch kat pizza hut, panas takde aircond. Ilyaas mengamuk lapar. Malam kat secret recipe pulak. N sambung belanja the elder two tutti fruity sbb tgh hari dorang tak dpt tf.
Tp cuti kali ni tak sempat bersukan ramai2.dn tak dpt ke pantai. huwaa, lama gila dah tak pi pantai. agaknya lepas pantang nnt la pulak kot baru ke pantai.
Raya ke-4, kami bertolak balik ke tronoh dah. tiring journey sbb singgah kl dulu. tp syukur ilyaas tak meragam sepanjang perjalanan.
Raya ke-5, here I am. duduk dpn workstation interpret platform kecik. tp rasa lost. so stop kejap update entry raya ni.
eh, ada produk baru tau kat Myhafiy Blogshop. Nursing cover. Terbaik punya. Tengoklah ye. kat blog myhafiy tak update lagi, tp leh tgk kat facebook myhafiy.
Bye-bye.
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...