Monday, January 7, 2013

Belajar teknik pernafasan ketika bersalin

Tadi pagi gi check-up kat klinik desa. harini genap 37minggu 4 hari pregnant. Kalau ikut kiraan LMP la. Lagi 17 hari ke due date sebenar. Perasaan ? Bercampur-baur.

kejap-kejap rasa berdebar, kadang-kadang sensitif sangat, Lately ni plak asyik homesick je. Sikit-sikit teringat mak. hari-hari telipon mak. Syukur Alhamdulillah I still have my mum. Pastu, bangun pagi dok teringat nasik lemak mother in law pulak. Cuba masak, tapi tak sama. Pastu teringat tak mintak maaf lagi ngn parents, parents in law, ngn ipar duai, ngn adik beradik.

Ok, dah larik tajuk.

Tadi masa gi check-up tu, lepas check blood pressure, amik darah, check air kencing and timbang berat (Yaaayyy, kali ni berat 72.2kg, klu time ni masa pregnant Ilyaas dah 76kg), nurse suruh masuk bilik and baring terus kat katil. Punya la berdebor-debor takut nurse nak buat VE. Scary part ni. Nasib baik tiada VE dilakukan tadi. lega lega lega. Tapi, nurse baik hati ajar dengan lemah lembut cara-cara nak bernafas bila contraction datang dan cara-cara nak meneran. Selama ni saya baca je, td nurse suruh demo. Baru rasa lebih konfiden. So, berdasarkan apa yg nurse ajar dan apa yg saya baca setakat ni..teknik-teknik bernafas masa nak bersalin ialah macam ni...:-

Masa mula-mula rasa nak sakit...contraction manja-manja atau braxton hicks
  • Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, pastu lepaskan ikut mulut
Masa contraction makin kerap dan makin sakit
  • Tarik nafas pendek-pendek ikut mulut, dan lepaskan cepat-cepat ikut mulut jugak..
  • Gaya mcm huuuppp-haaappp huuuppp-haaaappp (mcm lepas lari 100m or 200m dulu kot tp dengan lebih bertenang)
  • Tp jgn kosongkan lung/paru2 terus sebelum sedut nafas seterusnya.
Bila rasa nak meneran tp belum dilated 10cm lagi
  • Tarik nafas 2kali ikut hidung, lepaskan sekali ikut mulut
  • Gaya mcm sniff-sniff-fuhhh
  • kalau tak rasa nak meneran, hembus nafas mcm biasa
Bila dah tiba masa meneran
  • Tarik nafas dalam-dalam ikut mulut, dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan ikut mulut jugak.
  • Lepas dgn sekali nafas, untuk elak baby termasuk balik (mcm mana tu ek??)
Posisi ketika nak meneran
  1. Nurse ajar tadi, masa nak meneran ni, position kita ialah dlm keadaan duduk bersandar sikit.
  2. Mintak katil diangkat. Tak pun husband tolong ampu bahagian belakang badan/kepala kita supaya lebih tinggi dari berbaring.
  3. Mata pandang perut (boleh jadi penguat semangat nampak perut mengempis bila baby keluar). Dagu cecah dada ketika meneran.
  4. Kedua-dua tangan pegang buku lali dengan kuat untuk elak diri sendiri dari angkat punggung.
  5. Bila rasa sakit baru push dengan sekali nafas.
Posisi suami ketika saat-saat isteri nak meneran pula:-

Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

Ada video yang membantu kat youtube.


Dan bacaan dari Blog Adrinis yang saya rasa paling simple nak faham dan follow.

Satu lagi teknik dari Blog Aisyah Rahim.

Aisyah ajar cara yg lebih kurang mcm BabyCenter ajar, tp diaplikasikan secara lebih Islamik. "Reeee..."---"Laxxxxx..." jadi Doa Nabi Yunus a.s di dalam perut ikan nun.

Masa sedut nafas ikut hidung, dalam hati dan otak lafazakan "Lailahaillahanta..." , bila hembus nafas melalui mulut pulak, dalam hati dan otak lafazkan " Subhanakainnikuntomminalzolimin"

* Ini ialah nota untuk saya ingat dan praktikkan. Harap dapat membantu masa labour nnt. Kita hanya bersedia dan berusaha, selebihnya terletak pada Allah SWT jua. Saya cuba yg termampu.
* Dulu masa first pregnancy, langsung tak amik kisah pasal breathing teknik ke apa ke...isk isk isk...

8 comments:

  1. 1st xperience ciknaa melahirkan razin mmg tak reti nak tarik nafas ke2, jadi lepas setengah jam kepala baby keluar masuk vacuum je. so next baby ni rase mcm takut pulak..

    ReplyDelete
  2. kita pun xreti apa2 masa tu.
    end up czer.

    ReplyDelete
  3. Bila nak meneran tu athi, u punye tarikan nafas tu memang kena full of power & strength! barulah sekali lepas je badan baby kuar banyak sket.
    paling penting, masa lepas nafas jangan berbunyi mcm "errrghh" "mmmmhh", ketap gigi, tapi tenaga kita push tertumpu kat otot pelvis. kalau berbunyi means kita teran salah or tak cukup power (ni kate midwife & nurse mase i deliver hari tue!)
    err paham tak? ke tak paham jugak? hehe.
    memula i pelik apesal u tanye sedangkan dah 2nd baby. I lupa hr tu u czer.
    ape²pun take care athi, moga semua dipermudahkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis for the tips. tgh imagine cara yg u terangkan tu. kena all out masa push ni.
      bila kenangkan mcm xkonfiden je.tp insyaAllah i cuba yg terbaik.
      semua orang lain boleh, i pasti yakin boleh.:)

      Delete
  4. saya memang guna teknik pernafasan utk berslin faris..saya x ambil apa2 pain killer utk melahirkan putera 3.8kg itu...memang mashaaAllah...tak sakit sgt...memang boleh kawal rasa sakit itu..sampai midwife ckp saya kuat tahan sakit yg mana saya ni sebenarnye manje macam ape aje..sakit sikit nangis...tapi bila bersalin tu..x nangis pun..rasa tenang dan boleh kawal sakit..mkn pun berselera walupun dah 5 cm dilate! heheh..

    yg saya notice..masa tgh sakit tu...saya baca surah maryam...stop bila contraction..contrl breathing, then sambung baca..cepat dan mudah bersalin mashaaAllah...

    semoga di permudahkan urusan oleh Allah ;-)

    dekat2 umur ilyas dgn faris..tapi ilyas dah nak jadi abg dah...best kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah besar tu faris masa lahir.
      rezeki ilyaas dapt adik dulu dari faris.hehe
      thank u kak ct for sharing, mmg plan kalau diizinkan dan ada kekuatan, nak continue baca surah maryam in btw contractions.
      kita plan , Allah yg izinkan..

      Delete
  5. Kadang bole panik, dah tak ingat apa yang kita belajar.. teknik semua. tapi kita tawakal. istighfar banyak2.. insyaAllah dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Tq for info sis.. boleh praktik slow2 dri sekarang..hehe

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...