Friday, January 4, 2013

Menyambut Kelahiran Mengikut Sunnah

Sekarang ialah masa menambah ilmu dan pengetahuan untuk bersalin, menyusu, mendidik anak dan yang sewaktu dengannya. So, my entries akan berkisar topik-topik ni la seminggu dua ni.

Dalam menyambut kelahiran bayi baru, ada beberapa adab yang telah diajarkan Rasulullah SAW sebagai panduan kita semua umat baginda. Antaranya ialah:-

 
1. Melaungkan azan di telinga kanan anak serta iqamat di telinga kiri sejurus selepas kelahirannya. 

" Aku melihat Rasulullah azan di telinga Hassan bin Ali sewaktu Fatimah melahirkannya"( Riwayat Abu Daud, daripada Abu Rafi')

- untuk memastikan kalimah pertama yang didengar oleh si anak ialah perkataan yang mengandungi kebesaran dan keagungan Allah dan kalimah syahadah. 
- dapat menghalau syaitan dan unsur-unsur jahat. 

2. Melakukan Tahnik dengan buah kurma/tamar atau makanan yang manis

Abu Musa al-Asy├íri bercerita: "Saya telah mendapat anak lelaki, maka saya membawanya kepada Nabi. Baginda menamakannya Ibrahim, menyuapkan tamar ke dalam mulutnya dan mendoakan keberkatan untuknya lalu meyerahkan anak itu kembali kepada saya" ( Riwayat Al-Bukhari). 

- Cara Rasulullah mentahnikkan bayi ( diringkaskan dari Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  *Baginda mengambil sebiji tamar lalu dikunyah-kunyah
  * Kemudian disuapkan ke mulut bayi

- Sekiranya takde kurma/tamar, maka suapkanlah dengan sesuatu benda yang manis-manis. 
- Boleh dilakukan oleh ustaz/iman atau orang-orang alim
- Namun, sunnah tahnik dilakukan sejurus selepas kelahiran, sebelum disusukan, jadi memadai tahnik dilakukan oleh Ayah bayi tersebut. Menurut Majalah Al-Ustaz edisi 09, maka sebaik azan pada telinga anak, susulilah dengan mentahnikannya dan kemudian menyusukannya dengan susu ibu. 
- tidak salah sekiranya bertahnik banyak kali
- Sains dan Tahnik ( Boleh dibaca di sini dan di sini

3. Mengucapkan tahniah merangkap doa buat ibu bapa si anak

Antara doa-doanya:-
"Semoga Allah memberkatimu dengan kelahiran anak ini dan kamu pula mensyukuri Pemberianya. Semoga dia dipelihara hingga dewasa dan kamu mendapat layanan yang daripada anak ini"

"Semoga Allah melimpahkan berkat-NYA ke atasmu, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikanmu seumpama memperbanyakkan pahalamu".

4. Melaksanakan Aqiqah
- 2 ekor kambing untuk anak lelaki
- seekor kambing untuk anak perempuan
- sunat dilakukan pada hari ke-7
- tetapi tidak salah dilakukan pada waktu lain

5. Mencukur kepalanya

Sabda Rasulullah: "Bagi setiap seorang anak hendaklah dilakukan aqiqah:sembelihlah haiwan baginya dan buangkan daripadanya penyakit (cukur rambut) (Riwayat al-Bukhari)

6. Memberi nama yang baik. 

7. Berkhatan

Sabda Rasulullah : "Lima amalan ini ialah fitrah manusia: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memendekkan misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak"( Riwayat all-Bukhari dan Muslim).


Rujukan: Majalah Al-Ustaz Edisi 09



No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...