Wednesday, September 18, 2013

Planters Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland

Hi, 

Arini nak sambung cerita pasal trip ke CH untuk tahun ini. cerita pasal hotel yang kitaorg menginap ni. 

Mulanya, masa plan nak gi sini, mak ayah dah ckp nak duduk kat Parkland Apartment. sebab dah berapa ploh kali pi CH, mmg duduk situ je...bagi kitaorg, bosan dah dgn parkland tu. Parkland apartment tu mmg convenient, dengan view pon not bad, pastu blik besar, ruang tamu luas. and kawasan strategic . eh ni dah ter review hotel lain pulak. nak baca review penuh beserta gambar kat parkland apartment, sila klik sini


This time around, kitaorg tidur kat Planters Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland. Berdebor debor bila nak sampai hotel ni. sebab takut tak mengikut piawaian bapak mertua i. huhu..ye la, i tolong booked kan. yang bayar nye ayah. :D 
sebab duduk sini ialah semua hotel lain dah penuh. parkland awal2 lagi dah fully booked. 
Hotel ni pon I booked via phone. kalau tgk kot booking.com or agoda, dah fully booked. 
Kitaorg amik Family Room. Dapat 2 katil queen. Harga Rm360 sebab peak season. 
Nak tengok rate dan gambar bilik, sila la klik sini

pintu masuk hotel
Untuk parking, mmg senang,dan banyak. depan hotel ni jalan besar tanah rata. lintas jalan, parking awam.
tepi dan belakang hotel pun banyak parking.
bawah hotel ni ada kedai nasi kandar, dgn kedai pizza.
ada kedai lain jugak tp tak ingt dia jual apa.
Hotel ni dalam bangunan rumah kedai je.
Sekali tengok mcm rasa hotel cikai.
Tapi interior dan tahap kebersihan dia boleh tahan bagus.
Sepanjang deretan rumah kedai ni, ada mcm2 kedai. kedai makan mmg banyak gila.
kedai mamak ada, cina ada, india ada.
kalau kedai makanan melayu, kena lintas jalan.
ada 2 food court kat depan hotel ni.
kitaorg lunch dgn dinner kat food court tu je.
breakfast pi makan roti canai kat kedai mamak. sebab hajat nak english breakfast terbatal . sobs. tp sure ada hikmah. nnt citer lain.


bahagian dalam hotel. ni depan bilik kitaorang. 

Decoration dia ala-ala English gitu. cozy je. Planters hotel ni satu tauke dgn Bala's Chalet and Breakfast. so ada van utk jadi shuttle bus between hotel ni dgn Bala's Chalet. 
dalam bilik pon cozy jugak. lampu dimmed je. 
pastu bila sejuk, dlm bilik rs mcm ada warmer. 
mmg feeling2 duduk oversea lah. 
btw masa kitaorg gi CH ni, hujan turun dr pukul 3 ptg sampai subuh. 
suhu mmg sejuk gila. rasanya dlm 15 or 16 degrees celcius la. 
mujur bawa sweater utk anak2. 
mak pun pi belikan snow cap utk cucu2 dia. kesian sejuk. 
tidur malam tak sejuk sgt, sbb bilik mcm ada warmer 

kawasan reception
cozy ambience
Family room yg kitaorg amik ni luas. kawasan dia mcm terbahagi pada dua bilik yg connected tanpa connection door. 
toilet satu je la. 
air panas dia just dkt shower. paip kat toilet takde air panas. hooooiii sejuk gila bontot gue..hahaha
kettle ada satu, gelas pon satu je. ni hampeh sikit la. 
kopi gula teh creamer tak disediakan. kedekut sikit bab ni. hahaha. 
kitaorg guna teh sendiri jer.



Ni view dalam bilik. Gambar belah kiri atas bawah tu katil queen no 1. 
gambar kanan tu katil queen no 2. 
depan tu ada ruang lagi, so i bentangkan lemik utk Imani pusing sana sini. 
TV dia hampeh. channel tv9 takde, pastu tak leh la kitaorg tgk match malaysia-myanmar. 

Overall, hotel ni ok. 
location superb sbb access to kedai makan sgt senang. 
view tak cantik. nampak pekan tanah rata. 
servis ok. 
kebersihan ok. 
deco nice. 

haaa, tu je la kot. ok bye. 

4 comments:

  1. seronoknya dia bercuti :) nampak selesa jugak kan hotel tu

    ReplyDelete
  2. next time boleh try kat equatorial apartment...best jugak...akak kalau pergi CH mmg stay kat equatorial apartment je sbb situ rest house utk company husband kerja...:)

    ReplyDelete
  3. Smlm tidur sini bilik 108, dalam bilik dia Ada tikus da, cepat minta tukaq bilik, hempah btl

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...