Thursday, March 27, 2014

Prosedur buat Pasport Malaysia


Aritu kami satu family pergi buat pasport kat Pejabat Imigresen Ipoh (dekat kompleks kerajaan di Jelapang) (good job services kat sini...plus ada nursing room utk ibu menyusu, terbaik).
 Memandangkan ada beberapa prosedur yg kena ikut, saya nak list la kat blog ni..kot-kot boleh jadi rujukan korang yg akan buat pasport or nak renew pasport..

so tips and tricks dia:-

1. Dokumen yg diperlukan:-

Bagi yang nak buat pasport baru (first timer), sila bawa IC. Kalau budak bawah 12 thun, bawa MyKid dan Surat Beranak (saya bawak salinan asal). 

Bagi yg nak renew pasport, sila bawa semua dokumen yg sy mention kat atas + Pasport lama..

Bagi student yg nak gi oversea sambung belajar, bawa surat tawaran etc. Untuk rujukan, korang boleh baca details dekat link ni


2. Gambar

Tak perlu risau untuk ambil gambar pasport awal2 di kedai gambar. 
Sebabnya, utk pemegang pasport berusia 2 tahun dan ke atas, gambar pasport akan di ambil on the spot oleh kerani kaunter yg bertugas., 

Mcm kitaorg ni, mula2 sebelum gi imigresen, kitaorg cr kedai gambar dulu. Amik gambar sorang anak beranak.. Bila kat kaunter, n serahkan gambar yg kitaorg amik tu, kerani tu ckp, gambar Imani je valid. sbb Imani bawah 2 tahun. Ilyaas, myself n husband semua kena amik gambar on the spot kat kaunter tu. 

tp ni mungkin berbeza bg setiap pejabat imigresen. but dun have to worry much about the picture, dlm bangunan pejabat imigresen tu mmg akan ada at least satu kedai amik gambar yg mmg expert dah bab2 amik gambar utk pasport dan visa. 

3. Pakaian

Pakai la apa2 pon asalkan molek. 
tp utk nak amik gambar pasport, ada requirement, kena pakaian gelap. 
and kalau pakai tudung, advisable pakai tudung warna gelap. 
anak kecik boleh ikat tocang. letak pin rambut etc. 
tp make sure yg tak flash balik kat kamera la. 
korang kena pakai warna gelap sbb nnt gamabr pasport tu hitam putih je. so kalau pakai bj cerah, cam kelakar gambar pasport tu. 

4. Nombor Giliran

Setiap pemohon kena amik satu no giliran. 
kalau korang pergi 10 orang nak buat pasport asing2 kena amik 10 nombor. 
sebabnya nnt kat kaunter, setiap nombor tu akan jadi reference dkt borang yg akan disubmit utk buat pasport. so xleh la nak combine no mak dgn no anak ye..


5. Ukur tinggi 

Bagi pemohon pasport first time, baiklah korang pergi ukur tinggi korang siap2..sebelum pergi ke kaunter. 
nnt kerani kaunter tu akan tny berapa tinggi korang. 
normally akan ada pengukur ketinggian di tampal dlm ofis imigresen ni. budak2 pon kena ukur gak tau. baby pon kena. 


6. Proses

Proses dia senang je. 
-amik no giliran
-tunggu bila dipanggil
-bg all the details n kerani kaunter akan masukkan dlm borang online. 
-dia print n kita check details.
-amik gambar di kaunter (ada build in camera) bg yg berusia 2 tahun ke atas
-declare cap jari
-tunggu kejap
-ke kaunter bayaran, dapat kan resit and waktu utk collect
biasanya 1 jam dah siap. buat bayaran dulu. IC akan diserahkan kembali masa ni. 
-lepas 1 jam, collect pasport baru. kena tunjuk original resit. 


Pasport abang yash


pasport adik imani 

7. Bayaran

RM100 utk 2 tahun
RM80 utk 2 tahun (bagi kanak2 below 12 years old dan warga emas)
RM300 utk 5 tahun
RM150 utk 5 tahun(bagi kanak2 below 12 years old dan warga emas)

Ok tu je la yg I ingt.lain2 dah hilang ingatan...
Oh ye masa nak collect pasport tu, semua kena datang tau...sebab nnt kena cop jari. kecuali budak umur bawah 2 tahun la, ada exemption for cop jari...


4 comments:

  1. Wah..bt pasport dah kecik2 ni..nk g jalan over the sea ke????

    ReplyDelete
  2. Tdung bawal corah2 tp wrna gelap la blh pkai ke? Or kena yg plain?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...