Friday, July 18, 2014

Kenangan kami bersama MH17 ( Ams-KL) #alfatihahMH17


Assalamualaikum and Hi semua, 

Pasti semua dah tahu kan berita Flight MH17 milik penerbangan nasional Malaysia dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di sempadan Ukraine dan Russia, selepas beberapa jam berlepas dari Amsterdam. 

Demi Allah, waktu pertama kali saya dapat tahu berita ni, jantung saya berhenti beberapa saat. Terkejut, terkesima, dalam masa yang sama sgt sedih tapi cepat2 mengucap syukur di dalam hati kerana kami berempat (saya, suami, Ilyaas dan Imani) baru sahaja menaiki flight yg sama pada 21 June 2014 yang lepas. Belum genap sebulan perjalanan kami selamat sampai dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, flight yang sama kini hancur, terbakar, terhempas, berkecai.. 


Ya Allah, besarnya dugaan Mu dalam kita menginjak memasuki 10 malam terakhir Ramadhan... 

Ada beberapa orang dalam flight tersebut yang menjadi kenalan/sahabat kepada kawan-kawan saya semasa di Delft dulu, kawan-kawan saya semasa di TKC dulu, juga kenalan kepada ahli keluarga terdekat. 

Malam tadi, lepas tidurkan Ilyaas, saya terjaga semula, dan terus on TV untuk dapatkan live update.. 

Imani turut berjaga.. saya tunjukkan dia gambar yg saya snap melalui handphone saya semasa kami boarded pesawat yang sama, MH17 pada 21June lepas... 
Imani gelak gembira, mungkin ingatan dia masih kuat terhadap our 12hours long journey on the plane. 





ni gambar sebelum saya offkan hp selepas boarding. Imani di riba tak nampak dia.. Ilyaas dah siap2 pakai earphone. Memang sepanjang penerbangan kami dari Amsterdam ke KL, Ilyaas cuma tidur 2-3 jam sahaja, the rest of the time dia asyik menonton movies..ulang-ulang Lego Movie, Rio, Jurassic Park... 

Waktu makan pon dia masih menonton. suka sgt dia tgk TV dalam aeroplane. sepanjang our planes rides so far, rasanya dia paling enjoy paling berdikari semasa di atas MH17. x pakai pampers dah, handle remote sendiri.. just to jot down some of Ilyaas' experience on MH17 few weeks back. 




Imani pulak, for the first time she sleep very well dalam basinet. First time dia dapat basinet dalam plane. 
Saya ingat lagi pramugari yg tolong pasang dan bukak basinet untuk Imani bernama Fazlin. 
Wallahualam jika dia ialah Hamfazlin Sham seperti nama di bawah ini.. Jika benar, she was very good. Senyum sentiasa, memang tugas dia melayan penumpang dengan baik. 

Waktu flight dari KL ke Amsterdam bulan May lepas, saya ingat jugak seorang pramugari yang baik dan selalu tanya saya untuk memastikans saya sekeluarga selesa sepanjang perjalanan sebab waktu tu kami tak dpat basinet, saya terpaksa riba Imani sepanjang 12 jam perjalanan. Nama beliau Azrina... Mungkinkah dia Azrina Yakob seperti krew yang sama di bawah ini? 
Ya Allah.... saya memang jenis orang yg kalau berurusan dgn orang lain, benda pertama yg saya akan cari ialah kad nama/name tag orang tersebut. Once dah tahu nama, saya akan berkomunikasi dengan menggunakan nama. mungkin sebab itu sampai ke hari ni, saya masih ingat dan yakin nama2 pramugari yg banyak tolong saya dalam flight. 

FO Muhammad Firdaus Abdul Rahim pula kawan kepada adik ipar saya. 
FO Ahmad Hakimi Hanapi, juga kawan kepada senior saya di TKC dulu. 

Seorang penumpang Muhammad Ali Md.Salim (pemilik account IG @masa1777) ialah kenalan kepada kawan saya di delft. dia belajar di Erasmus University, Rotterdam. Saya pernah sampai ke sana masa berjalan2 di rotterdam dulu. Semoga Allah tenangkan roh mereka yg terkorban. 

Sepanjang malam tadi, saya tak dapat nak lelap mata sgt. tidur2 ayam je. 
setiap kali pejamkan mata, imej imej sewaktu di dalam pesawat MH17 kelihatan. 
yang saya ingat, pak cik Australian di sebelah saya. 
kami sekeluarga duduk di seat 30 E, F,G... sebelah kanan saya 30D, seorang warga Australia. berbadan besar. 
tp dia sentiasa pastikan saya tak sempit di sebelah dia. kalau saya tertidur, suami pon tertidur, Imani dalam basinet terjaga, dia akan tengokkan Imani sekejap sebelum kejutkan saya. 
dia tak kisah pon saya bfeed (with nursing cover on) dan terlanggar tangn dia yg besar tu. 

Sebelah kiri suami pulak, seorang lelaki warga Belanda. yg nampak mcm terganggu dgn kehadiran anak2 kami. budak2 kan mesti ada masa menangis, jerit...Itu kenangan dgn MH17 on 21st June. 

Saya ingt lagi , saya gilir gilir dgn suami bawa anak2 berjalan dalam flight MH17 sebab nak kami nak solat bergilir dan nak kurangkan rasa bosan anak2..
saya masuk ke crews' area, ambil minuman sendiri..borak-borak dgn crews...

Tapi bagi mereka yg boarded the same plane on 17th of July 2014, tiada siapa akan mengetahui kenangan mereka. kecuali bila kita rungkaikan kotak hitamnya suatu hari nanti. 

Tp saya lihat di IG @masa1777, dia ada upload video pendek dgn #hatiadasikitgentar....
Mungkin dia sudah dapat rasa sesuatu kan? 
Wallahualam.... 

Yang penting, kita doakan semua mangsa ditemui.. dapat dipulangkan kepada waris masing2..bukan mcm MH370 yang hilang sepi tanpa berita...

Gunakanlah kesempatan Ramadhan yg ada untuk mendoakan kita tahu ini angkara siapa.. 
Supaya Malaysia selamt dilindungi dari sebarang serangan luar atau pun dalam. 
Supaya pemimpin negara dapat hadapi situasi ini dgn baik, dan dapat selesaikan dgn baik dan cepat..
Doakan supaya semua ahli keluarga dan waris MH17 AMS-KL 17th July 2014 menerima berita ini dgn redha, tabahkanlah hati hati mereka..


Al-fatihah MH17 dan semua di dalamnya...  
kenangan kami bersama MH17


PS: Jangan lupa doakan MH370 ditemui juga... Hilang, tanpa berita, mungkin akan muncul kembali..

Allah Maha Besar




21 comments:

  1. Allahuakbar..takziah buat semua yg terkesan dlm tragedi ini..dari Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. al-fatihah untuk mereka yang terlibat
    semoga tenang di sana

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah....bace entry ni pun dah buat hati jadi sebak....:(

    ReplyDelete
  4. takziah buat keluarga mangsa..berita yang mengejutkan

    ReplyDelete
  5. athi jujur kakmi terus ingat athi sebab baru je balik....kakmi sure athi akan kongsi pengalaman flight yg sama ini....menyayat hati sungguh :(..Al Fatihah

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah buat sume penumpang & anak kapal MH17...

    sayu bace entri ini..

    ReplyDelete
  7. Sedihnya.. berlinang air mata baca entry ni.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  8. meremang... nasib awak dah balik fathiya... teringat kat awak gak yang pergi sana dulu. perancangan Allah...

    ReplyDelete
  9. Alfatihah untuk mangsa yang beragama Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rest in peace all people not only muslim
      this is your faith?

      Delete
    2. Yes, al-fatihah is for Muslims only

      Delete
    3. Al fatihah is for muslims. Rest in peace is for all..

      Delete
  10. Dua org kenalan hana yg study kt Netherlands kawan kepada Mohd Ali Salim. Tgk diorg update ttg Ali ni sebak je. One of my friend cube whatsapp dia tanya are u ok? Tapi tak berbalas. Sedih..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah sungguh kematian itu sangat dekat, Al Fatihah

    ReplyDelete
  12. Al Fatihah buat yg muslim..

    Thanks some of you yg teringat kan kami sekeluarga bila dapat berita ni..

    we just pray supaya jenazah dpat dibawa pulang ke pangkuan keluarga masing2 tak kira bangsa dan agama apa pun mereka..

    ReplyDelete
  13. Takziah buat kenalan daneluarga mh17. Alhamdulillah awak sekeluarga selamat.

    ReplyDelete
  14. Arwah Mohd Ali Md Salim junior di Maahad muar batch 2001 dan Uiam.

    Innalillahiwainna ilaihi rojiun.

    Sedih dan masih tergamam sehingga hari ni.

    Sepantas kilat..Tragedi ini berlaku.

    Janji Allah itu pasti..Mati itu pasti..

    Kita tak tahu bahagian kita nanti bagaimana.

    ALFATIHAH buat semua mangsa yang terkorban.

    Doakan juga agar kita semua dijauhkan Allah dari fitnah Dajjal..

    Amin ya rabbal'alamin


    Salam hormat
    che'pah
    www.latifahsuleiman.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Entry u ni sgt menyentuh hati...xtau kenapa...huuu...

    ReplyDelete
  16. Innalillahi Wa inna ilaihi roojiun, semoga para korban MH17 diberi tempat terbaik di sisi Allah SWT. Amiin.. Athi, I was so sad to hear that, the same flight when I was traveling Amsterdam-KL-Jakarta last 2012.

    ReplyDelete
  17. pastinya banyak kenangan ...
    takziah buat semua mangsa korban mh17. Semoga roh mereka bersemadi dengan aman.

    ReplyDelete
  18. Arwah Fazlin tu sama sekolah rendah dengan saya. Al-Fatihah.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...