Thursday, August 21, 2014

Happy IHs with Ummi's Homemade Playdoh ( No Cook, without Tartar)

Assalamualaikum and Hi semua, 

Weekend lepas, sementara hati tengah resah tak berapa nak senang duduk memikirkan minggu ni I dengan husband akan menghadapi viva kitaorg, I cuba hilangkan tumpuan terhadap our upcoming viva dengan melayan kerenah anak-anak. (nanti I share experience kitaorg viva selang sehari in another entry)

Dah lama I tak share kat blog ni pasal homeschooling dorang kan. Bukan homeschooling mana pon. 
I cuma penuhkan aktiviti dorang je selain dari dok tengok CD or main mainan yang berlambak tu. 

kadang-kadang buat something yg lain sikit. 

So, yg bezanya kali ni I buat playdoh sendiri. Rupanya senang jer. Senang sesangat. dapat idea ni sebab kakak ipar I ada belikan anak2 dia playdoh. 
kenangkan anak sendiri, I google2 la resepi nak buat homemade playdoh. 
Sebab sekarang dalam proses jimat cermat mega buat keluarga kami, maka mmg sesuai sgtlah I aplikasikan homemade playdoh ni .





I buat 3 warna. sebab ada 3 pewarna ni jer dekat rumah. 

Bahan-bahan nak buat playdoh ni:-

Tepung gandum (Plain Flour) - 1 and half cup
Garam Halus (Salt) - 1 cup
Air suam (Warm Water) - 1 cup
Minyak sayuran (Vegetable Oil) - 1/2 cup (or less)
Pewarna Makanan (Food colouring) (tak kisah jenis liquid atau powder)

Cara-caranya:-

1. Dalam satu bekas, mix kan garam dengan tepung.

2. Dalam satu bekas lain, campurkan air suam dengan minyak dan pewarna makanan. Kacau supaya semua nya sebati. 

3. Kemudian, masukkan adunan tepung and garam dalam bekas campuran air suam , minyak dan pewarna tadi. 

4. Gaul sampai semua sebati. (Mula-mula I gaul dengan sudu, then I guna tangan je..uli-uli macam nak buat biskut semperit gitu)..

5. Kalau rasa lembik, tambah tepung...


Step by step picture macam kat atas ni...Mudah je tau.dalam 5 minit max nak uli satu adunan warna..

Then I continue with other colours pulak.



After that, I masukkan dalam fold-over plastic bag...
Lenyekkan sikit..


And masukkan kan kejap dalam fridge for about 40-60minutes. 



Lepas lunch and solat Zuhur, I keluarkan and biar my IHs main...

Sampai diorang mengantuk...dan bosan. 



Yang paling happy of course la Ilyaas Hafiy.. Sejak dia nampak I dok menguli adunan tepung tu, dia dah dok tanya, dah siap ke umi..dah boleh main ke..

Ilyaas main playdoh ni sampai sejam lebih...dia mixkan semua warna.

by the way, I bahagiakan adunan setiap warna tu kepada dua bahagian, satu untuk Ilyaas satu untuk Imani..

Imani main kejap je dalam 15minutes, sebab dia mmg dah sleepy. 

Dorang main guna acuan buat biskut raya je.. Nanti I nak cari acuan best best sikit dekat Mr DIY..

and of course nak tambah warna playdoh dorang ni..

Lepas main, I simpan balik dalam peti ais. boleh main lagi esok-esoknya.. 

Kalau lembik, just tambah tepung balik and uli-uli sikit. 

I tak sure la berapa lama boleh tahan, but my friend cakap sampai 2-3bulan..Lama la jugak tu kan...

Yang penting, I'm satisfied. Totally chemical free, anak2 nak tergigit pon tak la risau sgt.. Rasa dia masin yer, sbb kita letak garam kan, so once rasa masin tu dorang tak cuba masukkan dah dalam mulut..

korang pon boleh cuba...:)


4 comments:

  1. tq..nak buat la...klu makan masuk mulut pun tak la rasa waswas

    ReplyDelete
  2. Bestnya!...nak try la ...sbb i buat yg pakai cream of tartar tu kan,x jadi pong!!!!...melekat2...qasyaf ckp yeekkkkkk...

    ReplyDelete
  3. nak try.... tak sabar nak join main sekali

    ReplyDelete
  4. uih senangnya resepi ni...blh try buat utk ayish nanti...hehe

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...