Tuesday, April 7, 2015

Cita cita nak kurangkan lemak

Assalamualaikum semua, 

Sejak stop breastfeed Imani dalam bulan 10-11 tahun lepas, I mengalami masalah berat badan naik. Nak kata naik mendadak tu tak la jugak, tapi dapat rasa la naik kat certain tempat especially al-perut jadi lebih bunc-it, lengan jadi mcm lengan gergasi, double chin bagai kena tiup angin bawah dagu and bila berjalan, paha berlanggar and size pinggang bertambah la 1-2 size....Huwaaaaaa.. 

Stress sangat tau. Terus rasa kena pregnant lagi sebab kalau pregnant, gemuk camne pun takpe, at least gemuk berisi. Ni perut macam 4 bulan pregnant, tapi isi nan hado, Lelemak degil je ketegaq tak mau cair. Stesss sesangat. husband plak dok gelak gelak jer. bukan dia gelak sebab bini dia dah jadi huduh, tapi tengok perangai bini dia gelabah berat dah naik. Dia kata, dia relax je badan besar. hahahahah... itu orang lelaki lain perception pasal lelemak degil ni. Dia kata janji stamina ok, badan besar pon takpe. hahhahahah.. suka hati la bang, saya memang stress bila tengok perut mcm orang pregnant. 



So, mula la atur plan diet makan, and nak bersukan dengan penuh gigih. 
tapi banyak kali jadi macam gambar kat atas ni. 

Stressss!!!!



Rasanya dari bulan 1 lagi banyak kali cuba.
Ada one week tu tak makan nasi langsung. Tak sampai one week pon, 5 hari camtu je.
Masuk weekend, fuh tak boleh tahan. Makan jugak nasik. 
Dan minggu berikutnya, fail. Makan nasik jugak. 

Pastu mula2 breakfast makan oat je. demi jaga kolestrol jugak. Tapi, datang office, menyinggah pulak ke cafe, minum teh tarik paling2 tak pon, pastu mula la terliur tengok mee goreng la, roti canai banjir la, nasi lemak daun pisang. Hancur jugak keazaman berdiet tu. 

Bersukan memula rajin. Pastu jadi malas. Masalah dengan diri sendiri betul. Pastu bagi alasan banyak kerja, tak sempat gi jogging pepetang lepas office hour, balik lambat nanti kesian kat anak. Memang betul pon. 

Pastu ada member ajak join kelas aerobic. Semangat ni dengar ada kelas aerobic. Dah tanya price segala. Propose la dekat suami tercinta. Boleh plak dia kata, hmmm, mcm membazir je gi kelas aerobic ni. Buat ikut CD or youtube pon boleh. Errrrrrrkkkk, kalau dah cakap macam tu, maknanya tak izin la kan. Lagipun klu gi kelas aerobic lepas kerja, maknanya husband kena gi balik amik anak dulu then baru gi amik I dekat gym. Tak worth it, habis minyak camtu je and ulang2 alik atas jalan. Dinner pon confirm tak dpat prepare utk hari2 yg gi aerobic class tu. So, al kisahnya cancel la nak pergi class aerobic tu. 

Sekarang ni, ada la dalam seminggu 2-3x buat aerobic sendiri kat rumah. Ikut Cafe Mom Studios Workout Series.

 

Ada banyak level utk aerobic class series Cafe Mom ni. Mula2 I tak tau pon ada cafe mom studio ni, so I just follow aerobic biasa je. Yang rancak and berlagu2 tu. 2 kali follow yang rancak ni rasa mcm tak sesuai and tak de effect sangat dekat bahagian badan yg mempunyai kadar lemak tinggi. Try search for mum. terus keluar Cafe Mom Studio

Baca review and description dekat setiap workout video tu, baru perasan yang steps2 dalam aerobic Cafe Mom ni memang dah di design untuk ibu yang dh mengandung, go through proses melahirkan, menyusukan dan dok kelek anak ke hulur hilir. 




At the moment, I just follow yang 30-Minutes Cardio Workout. Penat and mencabar jugak untuk first timer especially part buat gaya mountain climbing. Aaaaa, masa tu rasa seriously I have a very poor stamina level. Hilang kehebatan seorang atlit masa zaman sekolah dulu. Yang bestnya, video aerobic Cafe Mom ni ada 2 version, satu utk yang normal fitness, and ada sorang dlm video tu akan buat a slightly lower fitness level (macam I la) di mana kita follow steps yg sama tp less intense. Instructions dia pon I rasa sangat berkesan, cuma lagu dia a bit slow and melow tak rancak sangat. 

Ada mcm2 series, utk dapat kan shape butt yg ideal, utk cardio, utk core exercise. depends dengan target kita. so far I buat yang cardio and baru nk masuk level core exercise. Buat sendiri dekat rumah mmg perlukan kerjasama husband. Alhamdulillah, husband I cooperative bab ni. Dia bagi me time dekat I, dia handle anak2. I bersukan follow youtube. hahaha, cost saving jugak at the same time. 

Bab makan plak, pelan kawal nafsu makan ni. slowly kurangkan intake rice dalam setiap meal. and cuba elak nasi waktu malam. 

Harus jaga kesihatan sendiri. Umur dah 28, tak lama lagi jadi 3 series. Klu tak rasa mengah and longlai je. So, harap2 nya kali ni cita cita untuk buang segala lebihan lemak and maintai fit berjaya. 
Doakan I. (psss: at the same time berjaya inspire husband supaya kurangkan intake nasi) 








6 comments:

  1. bagus kalau bersenam macam tu. saya pun bersenam dekat dalam rumah je.. kalau senaman selain aerobik, zumba pun boleh bantu kurangkan berat badan. pastu untuk setiap anggota badan, ada jenis workout dia sendiri. memang penatlah, tapi kena fikir, yang penting berbaloi. hahaha. biar susah sekarang, jangan susah kemudian,

    keep it up sis :)

    ReplyDelete
  2. imani tak sampai 10-11 tahun lagiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes,mmg imani belum sampai 10-11 tahun lg.
      i said bulan 10-11 tahun lepas

      Delete
  3. baru pas ajak husband eat clean start next week sbb 2 2 pn da naik..

    ReplyDelete
  4. Salam kenal sis... sy pun sama since oct last year bila anak saya masuk 2 tahun saya stop bf terus badan naik... sekarang pun duk jogging every day.... tapi bila dah buat tu saya dah mula xde lg rasa nak kuruskan badan, sy buat jet tuk kesihatan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula..but it pissed me off sebb ramai ckp i gemuk skrg....nangisssss

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...